Wednesday, January 2, 2013

Telekung cinta Ibu

Dalam bulan june 2012, saya kehilangam kasih sayang dan doa seorang ibu mertua. Bersyukur beliau tidak lama menderitta. Meninggalkan dalam keadaan baik. Ameer Farhan, anak teruna saya memaggil ibuku itu "nenek ikan". Jujurnya saya sangat terasa kehilangannya. Mungkin pada sesetengah menantu adalah satu kelegaan (bukan menuduh tapi berdasarkan cerita-ceriti kawan). Tapi bagi saya pula, saya rasa terbeban. Kalaulah selama ni, memberi kasih sayang kepada suami saya kongsi bersama, tapi kini tugas itu terbeban dipundak saya, ALONE!.. Maaf suamiku, si isteri mu ini agak bebal memasak. Tidak tergapai dek saya kecekapan dan keenakan masakan nenek ikan. Saya akur! Sempat juga saya mengambil telekung peninggalan nenek ikan. Aduhai, saat pertama kalu saya memakai telekung itu, airmata berjurai tak berhenti. Hati sayu tak tergambar dek saya. Perasaan yang berbeza ketika memakai telekung itu, berbanding telekung sendiri. Saya terfikir saat itu alangkah  beruntung sekira setiap kali orangyang memakai telekung pemberian kita, mdoakan dan sudah tentu pemberian itu, untuk jalan yang benar.  Agaknya sebab itu nenek  ikan mengumpul banyak telekung semasa hayat dia.  Dia tahu bila dia pergi, telwkung itu akan dimiliki oleh warisnya, akan memgingatinya setiap kali solat. Alhamdulillah!

Kakak Sentap dan Adik Kekwat

Beberapa bulan yang lepas saya berkrisis dengan BFF, dan sehingga kini masih lagi sentap-menyentap haha... Anyway during persahabatan, kami sangat close.. banyak benda yang dikongsikan.. especially rahsia. Kami juga ada lagu tema tentang persahabatan kami ni. hehe childish sangat. Walhal memasing dah kertu.

Walaupun kami berlainan jantina tapi tidak menimbulkan kontroversi. Sebab dia kategori lelaki berjiwa halus (harap reader paham kiasan saya ni). Saya selesa dengan dia. Bercakap apa saja, menangis bila saya rasa nak menangis, mengutuk, but the best is adelah bergosip.. Dia sangat pandai bergosip hahaha..

Punca kenapa berkrisis ni, tidakla saya tahu.Semua jenis cara memujuk telah dipraktiskan.. huhu.. tapi fail! Si dia senyap seribu bahasa membiarkan saya tertanya.. I hate silence! Kebanyakan manusia di dunia ni tak pandai membaca hati orang lain. So, speak out please! dengan cara itu orang akan tahu apa yang ada dalam hati kita, membetulkan salah paham yang ada.

Tapi yang kelakar si Adik kekwat (nama yang saya gelarkan sebab tahap egonya itu), sentiasa bergosip tentang saya.. Gosip ringan2 saje uolss.Kadangkala mengundang senyuman dan sengihan buat saya. Kelakar hokey!. Seperti saya juga si adik kekwat bagi gelaran kakak sentap untuk saya. Tang mana yang sentap pun tak ku tahulah.

Alhamdulillah dalam tempoh "Berpatah arang, berkerat rotan", belum sekalipun saya membuka aib sidia, mengungkit apa yang pernah saya lakukan untuknya. Takkan saya buat perangai keji. Pada saya jika kita boleh lakukan apa saja masa berbaik, why not kita teruskan hingga saat kita bergaduh. Masa nilah kita dapat menilai, jenis sahabat apakah kita ini?

Bunga-bunga untuk berbaik macam dah ada, cuma ego sahaja yang membatas segala-galanya. Sesuailah sangat nama adik kekwat tu. hehe... Honestly saya memang rindu nak bergosip-gosip dengan adik kekwat... huhu sangat rindu. Rindu juga laksa buatannya.

 Dia bukan sahabat yang terletak sipi-sipi dalam hidup saya. Tapi dia menghuni di sudut paling jauh dalam  hati saya.. Susah tu nak keluar.. Kita boleh berkawan dengan ramai orang tapi hanya beberapa sahaja yang mampu buat kita rasa selesa, bak kata orang ada "chemistry". Dia adalah salah seorangnya.