Showing posts with label 1001 kisah. Show all posts
Showing posts with label 1001 kisah. Show all posts

Friday, August 5, 2011

MENCARI CINTA

Hati rasa macam ada taman, siap tersenyum sepanjang hari..
Aik bercinta dengan siapa pulak si ibu kumbang ni? ada kekasih gelapkah?
Nehi! Nehi! tapi si Ibu kumbang baru lepas baca novel cinta!

Kisah cinta yang biasa, senang kata KLISE!
Tapi cukup membuatkan hati berdebar, menyirap keseluruh genap tubuh.
Good mood sepanjang hari.. Betapa hebatnya kuasa cinta!

Realitinya kalau perasan cinta dalam diri aku mungkin sudah menurun peratusannya.
Yeah! I'm Mother of three.. isteri dan bekerja.. Terlalu banyak cabang emosi ni hendak di agih- agihkan! kekadang terlupa tentang CINTA! Lebih gemar melayan penat badan ketika senggang!
Apatah lagi orang seperti aku ini, terang-terang menganggap REALISTIK adalah teras kehidupan.. WALAH!

Sehinggalah suatu hari, ketika menonton bersama encik suami, aku memberi komen "eiiiii kalau dah tak boleh dapatkan seseorang tu sudahlah. Realistik la sikit!

Encik suami membalas"Awak tak pernah rasa cinta yang sebenar, awak tak tau."

Everyone, jangan salah faham, kami kahwin bukan kahwin paksa tetapi bercinta. Cuma aku tidak memberi 100% cinta padanya, well aku kan realistik katanya. hehe... Tetapi dia (suami aku pernah merasa cinta yang hebat dan tulus dari seseorang).. Aku pun terasa bahangnya. Aku tak salahkan suami aku kerana pernah ada orang lain ketika masa bercinta hingga awal perkahwinan aku, sebab ketika itu memang hak dia untuk memilih siapa yang patut jadi isterinya.. cuma menjadi tanya, apasal pilih aku? jawapannya adalah JODOH! lagipun aku seseolah memberi lompong-lompong yang boleh diisi oleh orang lain.. Aku sedar tapi I CANT HELP IT. OMG. HEHE.KAYU SUNGGUH!

Berbalik kepada komen encik suami itu, aku terdiam (bukan aku cemburu) tetapi rasa seseolah ruginya aku kerana tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati rasa CINTA itu. Kalau selama ini baca buku cerita tanpa rasa. Tetapi sekarang ini aku cuba perapkan ia dalam hati untuk nikmatinya dan serap dalam jiwa.

Abang, mungkin dari umur saya 17 tahun hingga 32 tahun (15 tahun rupanya perhubungan kita) ni saya tak pernah bagi diri saya untuk bercinta dan awak tak pernah merasakannya dari saya.. mana tau suatu hari terasa bahangnya kan? kerana saya sedang memupuk rasa cinta ni....jaga-jaga! hahaha

Wednesday, November 12, 2008

YOUR SECRET IS NOT SAFE HERE!

Wei, aku rasa fening2 lalat! sejak akhir2 ni jarang buat N3, komen pun ade yang tak ter"reply". Macam tak larat je. Tapi yang aku herannya, jejalan umah korang (blog), bagi komen kat korang no hal. Bila nengok blog sendiri terus mual.

Tapi jiwa aku tetap nak juga buat N3, sebelum segala yang ada kat kepala benak aku ni hilang. Dan ada lagi beberapa N3 pending. HUWAAAAAAAAAA.. sedihnya.

Sejak berpenyakit yang di cari sendiri ni aku rajin melepak kat Jamban opis. Kat bawah ni la rupa jamban opis aku. Ada dua bilik yang kecik.

Mula2 niat aku nak melepak je. Tetapi dah jadi lain macam lak habitnya. Sebab jamban tu tak kedap bunyi.

Dari dalam jamban tu aku boleh dengar bunyi tet bila activity buka dan tutp pintu (kita org guna security tu), bunyi tapak kaki dan macam2 bunyi.

method yang pertama :

Bunyi teett pintu, tapi sayup2 je. so, aku tau orang dari department aku keluar atau masuk.
Kalau bunyi teett pintu dekat. so, aku tau orang dari finance or top management keluar atau masuk.
Kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) kuat ke perlahan. so aku tau orang turun tangga.
kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) perlahan ke kuat. so aku tau orang naik tangga.

method yang kedua :

Aku boleh kenal pergerakkan tapak kaki setiap orang.
Sekiranya jalan perlahan macam pencuri, itu lady bos aku.
Kalau jalan laju semacam je, itu bos finance aku.
Kalau jalan macam kasut nak tertanggal, itu amoi jess.
Kalau jalan keletok2 sikit je, itu kak khalidah.

method yang ketiga :

Yang ni actually yang tak bley tahan!

Kalau terus ke toilet sebelah, orang tu lelaki. NO HAL!

Kalau dekat je bunyi nye, maksudnya ke LADIES, tempat aku melepak!
Inilah masalahnya!

Kalau aku dengar:
pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, terus je lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini amoi2 atau aso2.

if ,

pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, ada bunyi air paip, dan lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini aku, KK, MM, dan receptionist (indian).

Tapi kalau aku dengar diorang duduk lama skit, aku cepat2 blah, sebab aku tau diorang berak, bilik air tu tak kedap bau jugak aku tak tahan bau najis.. baik aku selamatkan diri. Aku pun cukup tension sebab kalau nak berhajat kene tengok keadaan sekeliling, aku malu.

Kekadang aku terfikir gak diorang buang hajat tak cuci dengan air ni ok ke?
Aku nak tanya tapi segan.
Tapi kekadang aku terfikir lak aku nak je belajar main lap2 ni, if incase time darurat aku takdelah menggelabah! tapi macam tak bersedia aje nak try.

Tapikan ade satu ari tu, tisu abis, Personal assistant to boss sibuk carik tisu. Aku pun kata tak tau. bagi aku kalau tisu takde boleh tutup mata, tapi kalu takde air fening!

Tetiba dia boleh cakap "How hah, you boleh survive without tissue?"

Aku terkesima, aku rasa tak selesala tapi OK je.. aku tak jawab, jawab dalam hati je.

Aku macam nak balas pula "How hah, you boleh survive main lap je, you selesa tak?"

Tapi aku tak cakap sebab aku kena fikir panjang, ini melibatkan kebiasaan seseorang atau bangsa, lagipun aku tak expert beristinjak menurut islam, aku ingat sikit2 je.

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau korang!

Kalau aku duduk melepak kat jamban tu, aku tau sapa orangnya, apa activity yang akan dilakukannya dan bagaimana diorang melakukannya.
Jadi sebenarnya lagi buat kepala aku pening.

Sekarang, aku ada port lain, MEETING ROOM DEPARTMENT AKU, baru aku pasan takde camera, kat company aku ni camera berada dimana2 saja. MAcam kat AF TU.

Tuesday, September 30, 2008

1 Litre Tears

Pepagi lagi aku dah bangun tido, kengkonon nak siapkan jahitan langsir yg aku memang janji ngan abah aku nak siapkan ari ni... Lepas jahit sesikit tu aku gi layan tenet jab... tengah sedap bertenet datang la pulok raksasa mengacau ketenteraman, almaklumka notebook yg bley online satu je, yang nak guna ramai.. Harus berebut!
Pastu ntah macammana bleylak dia suh aku nengok drama Jepun (bila aku nengok drama tu, leh la dia bertenet)... Tajuk cerita 1 litre Tears...
Oh my god, cerita ni betul2 buat aku terkasima, inspiring sangat... ade 11 episode, Boleh dikatakn sepanjang cerita tu, airmata aku berjujuran... Bagi aku cerita sangat bagus ubtuk ditonton... Ialah memang kita tahu sebagai manusia, kita harus bersyukur dengan pemberian tuhan, tapi kebanyakan waktu, kita terlupa dan selalu bersungut.. Setidaknya dengan ade cerita yang seperti ini kita boleh menilai semulasegala tindak tanduk kita2 ni dan berusaha untuk lebih menghargai denagn apa yang kita ada...



This drama is based on the real-life struggles of a 15-year-old girl named Aya Kitou who suffered from an incurable disease, but lived life to the fullest until her death at 25. The script is based on the diary Aya kept writing until she could no longer hold a pen. The book that later followed entitled One Litre of Tears has sold over 1.1 million copies in Japan alone. Aya Kitou proved her courage and positive attitude towards an uncertain future when suffering such an illness, spinocerebellar ataxia. The drama spans a decade, during which she graduates from school while her conditions worsen.

The story begins as Aya prepares for the new semester. Despite being happy, she suffers from slight physical problems, which only her mother seems to notice. However, one day, she falls unconsciously on the floor.

After she is sent to the hospital, she is shortly diagnosed with the disease. Despite the fact that she is diagnosed with the terminal illness, she does not lose the will to survive.

She still makes friends with others, including her first love, Yuji. She later develops an interest in Haruto. Although somewhat cold, Haruto was still kind to her. Meanwhile, her health continues to deteriorate.

Knowing that she will not survive for long, she returns the gift Haruto has given, who discovers the fact when he reads the love letter that Aya gave him.

Akibat dari aku menonton crite ni, korang tau tak ape yang terjadi dengan aku pada 28 ramadhan tu? Langsir yang aku nak jahit tu terbengkalai, aku mandi pagi pukul 4 ptg, kena bebel ngan opah aku, mak aku masak sengsorang, tisu umah aku abis dan mata aku bengkak... Kalau orang nengok mata aku masa, mesti orang ingat aku bergaduh ngan laki aku.. wahal nan ado... hehe.. So aku nasihatkan korang tengok time lapang!
Ok ! korang selamat menonton dan menghayati...

Tuesday, September 9, 2008

Cerita Sadis aku di hari minggu

Lepas kejadian aku sentap laki aku kata aku masak tak best tu kan, Aku pun rileks la sambil ngok TV.. mula2 aku dengar suara Ameer kecoh2 ngan ayah dia... so malas nak kacau.. Tetibakan aku rasa macam senyap sunyi jeeeeeeeeee... aku mula dah rasa x sedap ati..
Jeng! jeng! Huwaaaaaaaaaaawaaaaaaaa.. abis separuh gula aku...


"Ameer buat apa?"
"Ameer x buat apa2, dinasour tengah main pasirrrrrrrrrrrrr!

Ni yang aku x soka ni tak pasal2 terbuang gula aku!!! Tapi xpelah at least x la gula tu berterabur.

Esoknya lepas subuh, time tu aku tengah nak sambung lena aku, Si Ameer bangun la pulok...
Adoyaiii, kacaulah.. Mak ko ni ngantuk ni.. Aku bukak kan CD citer kartun, buat susu... pastu aku lelap!
Tetiba dalam kul 9 tu, aku dengar riuh kat dapur... hati aku memang dah x sedap hokey...
Sekali aku gi dapur.... sila lihat gambar dibawah..


Serius aku memang sangat tensi nengok lecahhhh tu woiii.... huwaaa... rasa mcm nak nangis..
Sambil tu sempat lagi tanya ...
"Ameer buat apa tu"
"Ameer buat air"
Ni bukan buat air tapi buat racun ni....
Susu dia baru separuh guna dah terserak, ribena ada lagi sikit pun dah kemana, oren sunquick aku abis 3/4 botol, nescafe abis separuh.... semua berlecak kat lanatai..
Pastu baju T-shirt murah aku baru pakai sekali dia buat kain lap.. sebab baju tu aku letak kat atas washing machine, tu yang sedang dia amik.. washing machine tu kat dapor ..
Aku speechless, aku kejutkan laki aku, aku maleh handle, takut emo, bahaya!
Apalagi kena rotan la si Ameernya... Ala rotan manje2 je!
Jenuh gak wei nak menyetelkan tu woiiii! tak pasal aku menyental lantai...

Setelkan semua keje umah, kitaorg pun siap2 balik kampung..
Sampai kat Meru, tetiba rasa mcm kena banggggg!
Huwawawawa.... !
Dengan hujan rintik-rintik, jalan jemmmm bertambah jem!
Uh.. seb baik tak teruk kete aku rasa mcm dah senang ati..
Sekali, ropa2nya itu bonet takleh nak tutup!..

See, bukan 2 kete terlibat tapi 4 kete!
KItaorang trus gi report kat balai polis trafik klang..
punyalah lama kat sana..
Last2 kul 6.30 baru sampai kampung, kempunan aku nak gi bazaar ramadhan Sungai Besar..
Semalam aku dah antar kete kecilku itu ke bengkel...
Itulah cerita sadis aku di hari minggu!

Saturday, September 6, 2008

Sila ucapkan takziah kat aku, nasi ayam aku tetttttttttt!


Semalam aku berkobar2 buat nasi ayam. Terbayang nasi ayam blogger2 yang akuselalu terjah. Sampai2 sampai umah aku dah bersilat kat dapur. Gigih sangat.. siap SMS kat laki aku "saya masak nasi ayam ni".. Dah 2-3 hari ni aku memang teringin nak makan nasi ayam, tapi aku nengok kat param tu langsung x menyelerakan..

Sambil nunggu azan tu aku bagi Ameer ayam tu, boleh dia cakap "Ayam ni tak cantik, Ameer nak ayam E-one (ayam kat TV tu), ayam ni itam" Ya Allah sakitnya ati aku dia cakap camtu.. macam la penah makan ayam E-one, beli pun aku tak penah... pastu ble komplen itam.. memang la itam, mak ko ni dah bagi kicap.. aku rasa nak piat je mulut tu.

Pastu laki aku lak buat pasal, dia kata something wrong, mcm x bape sedap, simple sangat.. hello! awak ingat yang kat param tu sedap sangat, saya ni balik keje terkejar2 ni nk masak, memang aku akuila aku guna resepi yg paling simple.. Sebenar sedap OK aku makan bertambah2.. diaorg dua branak tu memang carik pasal ngan aku.. Kang aku mogok tak masak tau la.. Kesimpulannya dalam ramai2 blogger yang masak nasi ayam aku adalah testimonial yang gagal... HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 5, 2008

Mimpi

Aku kenal laki aku sejak form 4. Punyalah sayang nak mapos kat dia. Jiwang sangat. Sampaikan kawan aku Jemod penah sound aku "Esok kalu ko putus cinta ngan dia, merana". masa tu aku mcm x leh nak terimala nasihat dia tu.. Macam xleh la bayangkan kalau aku hidup tanpanya (wah.. asyik masyuknye aku...).Time tu jangan ada sesapa pun yang nak buat lawak bodoh kata nak rampas boipren aku, aku meroyan kang..

Tapi masa aku Form 5, time tgh sibuk nak peksa tu, aku mimpi boipren aku (skrg ni laki aku) mati... mula2 tu sentap gila, mcm nak nangis! selepas tu aku selalu sangat mimpi laki aku mati.. Bila dah selalu mimpi gitu, aku automatik mcm x berani nak sayang laki aku lebih2 sangat.. memang aku akui semua orang akan mati, tapi aku dah terset kat pala otak..... sebab dalam mimpi tu mcm real je..

Masa aku kat UPM ade beberapa kengkawan aku komplen, kenapa aku macam orang x de boipren? suka2 joli ngan kengkawan pompuan je.. Bila aku dah kawen aku still berperangai berdikari dan mengontrol diri dari tersayang lebih2 ngan laki aku tu.. Sampai ada yang tanya aku "Tak takut ke laki cari lain?".. aku punya jawapan cukup simple "Kalau jodoh tu dah takde, kalau bukan pompuan lain amik pun, tuhan akan ambik"..

Inilah jawapan yang sebenarnya kenapa aku tak romantik sangat. Mungkin ada yang mempertikaikan tindakan aku, tapi pada aku ini yang aku rasa paling selesa untuk diri aku.. Dan setiap orang berhak untuk buat apa2 saje untuk diri sendiri..

Dan malam tadi aku bermimpi benda yang sama, tapi kali ini aku semakin tabah dan boleh menyambung semula tidurku!

Tuesday, August 19, 2008

Surprise SMS di pagi buta


Pagi tadi dalam kul 7.58 am dapat message dari school mate, adik kepada classmate masa form 3. SMS berbunyi :

"As'kum, Emilia. Ni A adik F. A nak mintak tolong sekejap pada kamu. Nak pinjam RM150 hari ni. Nk ckpkn byr blnan kreta. Hari jumaat ni, A dpt loan RM3500.00. A pulangkan time tu. F susah skit nak bagi pinjam. Boleh ke, Emilia? slamat pagi dan hati2."

Terperanjat okey, tetiba dapat SMS macam ni. Dia ni muda setahun dari aku, kenal2 gitu je. Last jumpa masa aku kahwin. Pastu ari tu jumpa kad kedai runcit on the way gi kenduri Deena. Time tu, dia mintak no, aku bagi, dia miscal aku. Nombor dia pun aku tak save lagi..

Selain permasalahan duit, macam mana dia punya tak segan nak pinjam duit dari orang yang dah lama dia tak jumpa. Apakah disebabkan orang yang rapat dengan dia dah memang blacklist dengan dia ni? (wah! aku buat speku) Kalau nak berniaga tu OKla, aku tak kisah! tak de salahnya pun. Yela kan, kalu orang ada bisnes ni, kengkawan lama memang salah satu prospek la kan.

Of course aku tak bagi, bila dia cakap abang dia susah nak bagi lagila aku memmmaaaaang tak nak bagi. Lagipun duit mak ni ada bape hengget je nak mencukupkan sampai hujung bulan ni noks.. Sorry bebeh.. kalau BFF mak nak pinjam duit skang ni pun, sepuluh hengget je yang mak mampu bagi nok...

Monday, August 11, 2008

Muat ke kasut tu?

Biasanya kalu hari jumaaat tu mood aku bila kat tempat keje memang daboommm la.. OKje.. macam nak sakat2 orang ke, tenyum2.... makan2.. semua yang bebaik je.. hik2 hik2.. Alkisahnya, Jumaat lepas Fiza pakai flat shoes.. comel sangat, jadi aku yang memang suka nyakat ni curik kasut dia (FYI, department dia xleh pakai kasut, dia tak tau pun aku amik), tinggalkan selipar aku.
Sekali pakai, alamak, terbesar sudeyyyy (kaki aku saiz 4, kaki dia saiz 6), tapi gigih gak pakai ni.. saja nak nyakat.. Bila dah kekdahnya gitu kepala otak aku berdiskusi..

Apa yang aku diskusikan sangat tu?

Ya, aku berdiskusi tentang kasut dan tentang kehidupan kita yang sebenarnya...

Bila aku jadi ibu zaman moden ni aku selalu cakap "eiiii nasib baik jadi mak2 zaman ni, kalu jadi mak2 zaman dulu mesti susah, xde diapers". Tapi mak2 zaman dulu tak de kisah pun atau rasa susah... bila xde diapers anak2 diorang cepat tanggal pampers.. Ataupun bila kita tengok orang yang agak susah, terdetik kat hati ni "sian, diorang hidup susah" Tapi peliknya diorang boleh tersenyum.. Sometime bila teringat balik zaman2 xde Hphone ni mcm hilang ingatan pulok terfikir mcm mana ya dulu kalu buat temujanji, hehe mcm susah je... tapi masa time tu semua orang punctual, tak susah pun. Kalu sekarang nak gi temujanji telipon beratus kali...

Maksudnya kita takkan rasa susah kalu kita dah memang disituasi itu atau telah menyesuaikan diri. Kita akan rasa susah kalau kita cuba lawan arus, berusaha nak keluar dari keadaan itu.. sebenarnya bagus kalau nak kuar demi kebaikan. But sometimes, kita memang terpaksa berada dalam situasi begitu. Kalau kita tak leh terima jugak keadaan itu, melawan arus, at the end kita takkan rasa happy, kita lupa sebenarnya ada bende lain yang boleh buat kita rasa menikmati keadaan hidup yang sebenarnya...

Ibaratnya kalau kasut tu kecik, kaki ko besar, jgn la nak try jugak nak masukkan kaki ko tu... sakit la kaki tu, kalu tak pun kasut rabak... alternatif yang baik, ko carik la kasut yang ikut saiz ko..

Tetiba aku teringat pasal kisah raya 3,4 tahun lepas. Adalah sedara aku ni, keje kat Shah Alam, keje biasa2 je, jalan raya umah sedara-mara termasukla umah mak aku... korang tau tak dengan keadaan panas tu, boleh dia pakai neck tie... muka kitaorang masa tu memang takleh nak cakap memang rasa nak terkencing gelak, sesungguh ni tahan gelak.. kalau tengok muka dia tu huhhhh.. memang tergambar betapa bangga gila pakai neck tie masa berjalan di hari raya...

Ibaratnya, kalu ko pakai Heels 3" kat opis, okla tu xde masalah pun. Tapi bila ko gi tapak project tu, yang kawasannya ala2 hazab tu, baik la ko pakai safety shoes dan apa2 saje yang sesuai. kalu ko degil gak nak catwalk pakai kasut runcing tu, tergolek kang orang gelakkan dengan gaya yang luarbiasa...

Satu lagi penyakit, ada sesetengah orang yang memang sanggup papa asal bergaya, kalau beli kete tak hengat, nak yang best je... Walaupun mampu bayar bulanan, tapi jangan lupa pasal mantainance, penyakitbya, roadtaxnya dan minyaknya.. semua ni kena di timbang tara. At the end kalu salah kira kita gak yang susah.. Kalau ko rasa kemampuan ciput, just cukup untuk kete yang ciput.. kalau ko rasa kemampuan ko gajah.. yeah! no problem, terserah nak apa...

Ibarat kalu kasutnya, kalu kat tangan ko ada 40 hengget, tak yahla ko pulun gi pinjam kat ah long ke apa ke semata2 nak beli kasut Gucci (gucci ade kasut ke? ntah aku belasah je ni... tak tau pun.. sori kalu salah), 40 hengget tu mehla join aku gi beli kasut kat vinci ke, bata ke atau mana-mana le mydin pun boleh gak... Ko jangan risau banyak-banyak barang, kasut ni kalu bukak kasut baru nampak jenamanya... kalu aku beli kasut ribu-riban harus aku gantung kat leher.. hehe.. kalu aku beli seluar dalam yang memahal lak, aku pastikan ade label jenama tu bebesor, pastu aku pakai kat luar... hehehe ehhh.. lari tajuk pulak aku rasa...

Jadi apa jenis kasut dan kehidupan yang korang rasa korang suka?

Kalau aku aku sukakan kasut yang selesa. Tapi aku tak kisah kalau pakai heel bila keadaan memerlukan. Kalau kehidupan pulak aku suka bersederhana, bak kata abah aku "Kalau kita banyak duit pun orang tak hingin nak rompak, kalau kita susah pun orang tak caci"... Ada pepatah dulu2 yang aku memang ingatla.. "Kerbau kalau jatuh, buruk bunyinya"..

Jangan salah faham ye, aku buat N3 ni bukan nak sindir sesapa, kalau ada yang terasa hati maafkan saya..

.... Lalu ku pulangkan kasut Fiza yang besar itu, lantas ku pakai selipar ku yang comfort tu... wah! bestnya.. aku tersenyum lalu meneruskan kerje aku sebagai machai... dusss... tot.

Kaki ku ngan selipar ku yang best!

Monday, July 28, 2008

Kalau aku terkentut macam mana?

Korang penah alami atau tidak?

Bukan kentutla.. kalau korang tak kentut baik pegi check kat spital...




Begini ceritanya..





semalam aku gi Sungai Besar nak beli selipar. Singgahla satu kedai ni. Mak aku kata kedai tu baru bukak, boleh tahan le design nya.. Mak aku duta Sungai Besar Okay.. Mak aku ni lebih kurang ITA.ITU,SANA.SINU la.. Kalau Ita duta Sungei Wang, Mak aku duta Sungai Besar.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. cool Ita cool!


Masuk2 je ada dah pekerja nak layan aku.. biasalah tu.. tapi aku rasa rimas, dia follow aku.. aku try lah gi kedepan jalan lelaju, dia ikut aku lelaju gak... Aku cool lagik.. try2 kasut sambil tu aku bagi dia satu pandangan (kalau pandangan tu bercakap dia kata "berambus" hehe).. tapi dia still lagik follow aku dengan jarak yang paling dekat.. mcm mak ngan anak kecik.. huh.. rimas2..


Ada tiga bende bermain dalam kepala hotak aku :

  1. Of course ... RIMASSSSSSSSS!
  2. Kalau aku terkentut macam mana? mesti bau punya.. pastu mestu aku malu, pecah lobang woooo.. mesti pastu dia ngumpat aku kaw..kawnye.. di buatnye masa tu aku dah 3 hari tak membuang!
  3. Aku bawak duit 10 hengget je.. aku target nak bli selipar rege RM6.90 jerr.. tak payahla nak ikut sangat, lainla kalu aku beli kasut PRADA sekontena.. uhuk!uhuk!

Last2 aku tak tahan hati, aku sound budak tu...

"Dik, kalau nak ikut akak, akak tak kisah tapi jangan rapat2 sangat"

"kalau akak terkentut macam mana? pls keep your distance" ( ini aku sambung dalam hati jerr...)

Aku rasa niat dia follow aku baik aku pun xsalahkan dia, mesti bos dia dah letakkan kat job description huhuhu.. tapi aku rasa bos dia lupa nak letakkan standard jarak yang patut untuk memfollow hik! hik!.. Tengok gaya budak tu xde experience lagikla, mcm lepas SPM jer.

Lepas tu budak tu tersentap, aku pun kuar dari kedai tu.. yang penting aku tak beli apa2 pun.. Aku sure punya dia mesti ngumpat aku kaw..kaw.. hehe ade aku kesah!!!

Saturday, July 26, 2008

Aku ada masalah... hehe

Setiapkali aku lalu kat sini mulut aku memang macam mak nenek membebelkan pasal kedudukan traffic light.. apatak nya menggagau aku carik traffic light ni.. gila.. apasal diorg letak lampu tu kat kedai tu? apa la logiknya..


Adoyai... ada sekali tu aku hampir2 terlanggar motor gara2 tak nampak tiang tu.. bapak kumbang cakap aku tak tumpukan perhatian.. aku jawab balik.. "sebab saya tumpukan sangat kat jalan ni sebab tu saya tak nampak traffic light yang kat tepi kedai tu" hehehe.. laki aku tersentap.. haha "Suka hati awak la"..


Jab lagi aku nak balik kampung.. nak lau traffic light ni hehehe...