Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

SEMUANYA TENTANG AMEER

(entry ini agak panjang, almaklumla sesekali menulis)

Kepada yang tak tahu lagi anak aku yang sulung namanya Ameer Farhan, yang bermaksud "ketua kegembiraan". Alasannya aku nak anak aku tu akan gembira walaupun apa pun masalah yang menimpanya in future. Masa aku mengandung Ameer ni, aku berada dalam keadaan yang paling dibawah dalam kehidupan aku. Mungkin kalau dibanding dengan orang lain aku tak adalah malang sangat, cuma jika dibuat graf sepanjang hayat aku selama 31 tahun ni. Masa tu titik graf aku adalah dibawah sekali. Kalau hidup ini bulat macam tayar, masa tu tayar tu dekat bawah sekali. Rumahtangga, kewangan, kerjaya sungguh tak memberangsangkan. Tapi aku ada kesihatan yang baik dan keluarga yang sangat awesome support hidup aku. Jadi bila aku mengandung Ameer (before tu aku penah gugur), aku rasa masa itu adalah "the best thing happened in my life".

Walaupun hidup aku tak berapa nak bagus masa tu, aku sangat happy dan bahagia. Walaupun aku kena jalan kaki 2KM pegi dan 2KM balik sebab tak ada transport, bas pun tak ada. Cuma sesekali adalah suami hantar (dia keje shift) atau pun tumpang kawan kerja (aku malu nak tumpang selalu sebab diorang tak lalu dekat umah aku). Kekadang muntah-muntah tengah jalan especially on the way nak pegi keje tapi aku still tersenyum. Kebetulan masa tu cleaner opis aku berenti, jadi aku offer diri aku jadi cleaner part time after working hours sebab gaji masa tu RM750 je, mana nak cukup. Sempat gak la 2, 3 bulan. Boss aku lak jenis cerewet dan marah tak kira masa, tadah je la telinga. Masa tu aku je the one and only malay kat situ. Kiranya kawan nak megadu nasib pun takde. Masa tu penggunaan internet tak adalah macam sekarang. Nak guna opis punya jangan harap ok.

Masa tu aku realize, kebahagian dan kegembiraan itu adalah dalam diri sendiri, tak kira macam mana keadaan kita. Apa yang kita dapat, kejayaan apa yang kita capai, kecantikan yang kita miliki, kekayaan yang melimpah ruah belum tentu menjamin kebahagian dan kegembiraan. Jangan hairan kalau orang yang memiliki segalanya mengalami kemurungan, dan jangan terperanjat kalau orang yang kais pagi makan pagi hidup aman damai. Ia tidak dapat ditukarkan dengan duit, wahai tuan dan puan.

Dan apabila dugaan itu datang tak ada siapa yang dapat menggantikan atau mengatasinya, mereka dikeliling hanya mampu mendoakan dan bagi support saje. Jadi kenalah strong dan redha. Biarkan ia berlalu mengikut masa, fikir mengatasi dugaan tu sekadar boleh saje. time tu, aku malas nak fikir sangat, jalani hidup seperti biasa. Rasanya kalau tak fikirkan lagi banyak ilham dan idea.

Tiap hari-hari aku berdoa agar anak yang lahir ni mampu mengatasi segala masalah yang dia hadapi, Aku tak peduli yang lain2. Aku nak dia bahagia dunia dan akhirat. Sebab aku masa tu aku menikmati kebahagian dalam diri walaupun orang lain mungkin kata aku agak malang. Sampai sekarang aku rasa, masa itu adalah masa yang paling bahagia penah aku rasa sepajang hayat aku 31 tahun.

Alhamdulillah Ameer lahir sihat dan nama adalah doa. Dia adalah orang Happy go lucky, ceria sokmo. Dia bukan budak yang cerdik sangat. Tahap pembelajaran dia biasa-biasa. Just ikut silibus sekolah je. Mengaji pun sederhana. Tapi kelebihan dia, sangat sayang kawan, tak kedekut dan tak simpan dalam hati kalau kena marah. Sebagai ibu, aku tak susah sangat nak faham dia, sebab ada banyak sikap dia yang ikut perangai aku. Kekurangan dia aku perasan sejak kecil, kurang tumpuan.

Aku hantar sekolah Tadika Islam dengan harapan dia dapat basic agama, sebab aku tak mampu nak ajar. Memberi pendidikan agama itu wajib, tak apalah bahasa english ke, 3rd language dan yang lain2 tu, banyak masa lagi nak belajar. Kekadang ada masa tanya jugak cikgu tentang Ameer, jawapan mereka seperti diduga, tak reti duduk dian, banyak bercakap.. hehe!

Beberapa hari before raya puasa hari tu, time hantar Ameer dan adik dia kat pengasuh, pengasuh dia tanya semalam Ameer ada cerita apa2 apa tak?. Aku jawab tak ada. Pengasuh suruh telefon sekolah sebab semalam ada mak kawan sekolah tunjal kepala. Berderau darah aku. Sampai tempat keje aku call sekolah. Cikgu kata masa tu kelas belum mula satu budak nama Nain panggil Ameer, dia kata nak tunjuk sesuatu, rupa-rupanya mak dia tunggu depan pintu pagar, mak Nain tu marah-marah Ameer dan tunjal kepala Ameer dengan alasan Ameer pukul anak dia sampai lebam. Masa tu Ameer menangis teresak-esak. Cikgu yang ada kat situ terperanjat tengok situasi itu, Cikgu tanya tak nampak pun lebam-lebam dekat Nain. Dia kata 2 minggu lepas. Cikgu suruh mak budak tu balik sebab tak baik buat perangai depan budak-budak. Cikgu ada alasan tak nak bagitau, sebab diorang tak nak masalah jadi besar. Aku accept, aku setuju untuk tak membesarkan masalah. Cuma andai kata anak aku pukul anak orang atau nakal sangat tolonglah bagitau aku. Supaya aku boleh buat sesuatu.

Bulan lepas, cikgu call, telinga Ameer luka, kawan dia buat. Diorang bawak klinik keadaannya tak serious. Malam tu Mak budak tu call, mintak maaf. Aku cuma kata bende kecil, anak aku pun sama, sama-sama nakal. "Budak-budak memang la negil" bak kata Ameer. Haha!

Waahhhh! ngantuknya.. ermmm dah 4.15 pagi rupanya! terpaksa sambung episod dua esok.

P/S: Nia, apa email nia nanti akak forward no kak Ann.

and for those yang comment, thank you sangat. Bukak2 blog2 ini main curi2. anak2 jeles.


Wednesday, August 13, 2008

Kamu ada fikir tak?

Gambar ni aku amik kat google, kredit kat tuan punya gambar "wanmus.com"

Tengah aku lepak kat SYED masa tunggu Ameer tu ada 3 orang budak sekolah menengah mcm ponteng sekolah (sabtu lepaskan sekolah ganti untuk cuti raya).. diorang pakai baju biasa.. tapi bawak beg.. dalam beg tu macam ada baju sekolah.. Selamba je tetiga isap rokok.. I'm speechless okey.. Risau aku nak menghadapi zaman anak remaja ni.. Elak la aku dari semua..

Cuma aku kat sini nak kupaskan satu isu "Kalau diorang buat sesuatu ni, ada fikir ke tentang baik buruknya".. ada orang buat nakal tapi masa depan tak terjejas.. ada orang buat nakal hidup jadi tak guna sampai bebila..

Senario satu - Hisap rokok
  • Si Joni (bukan nama sebenar) merokok, dia punya limit sampai takat tu je, masa depan dia still terjaga, silap2 sampai satu masa dia berhenti merokok.
  • Si Mamud (bukan nama sebenar) merokok, beberapa bulan akan datang dia try ganja, kemudian ectasy pastu heroin last2 sampai ke tua jadi penghisap dadah tegar...

Senario Dua - Pergi Disko
  • Farah (bukan nama sebenar) pergi disko saja-saja nak layan muzik, nak enjoy dengan kengkawan. Dekat sana dia cuma minum air fresh orange sahaja. Duduk bersama dengan orang yang dia kenal, masih menjaga pakaian. Sebelum dia pegi, dia make sure assignment dan sudah ulangkaji pelajaran (andaikan dia budak IPT). Dia tak nak enjoy sampai menggadai masa depan!
  • Ezwani (bukan nama sebenar) lak pergi disko jugak.. excited ni, bila dah pegi lupa diri.. pelajaran entah kemana. Pedulik apa dia time peksa ke cuti.. Mula2 pegi minum air fresh orange, pastu tingin lak nak try air kuning... pakaian lak mak oiii ikut pesen maaaa.. bila tengok orang lain try ectasy, dia pun nak cuba jugak... Nak enjoy! last2 kena buang universiti, hancur musnah!...

Senario Tiga - Berkasih sayang

  • Ani (bukan nama sebenar) bercinta dengan Abu (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang.. bila dah selalu bersama kadang2 tercuit jugak nafsu tu... tapi kedua2nya faham situasi tu.. diaorang masih belajar dan banyak risiko kalau diorang buat yang tak baik.. Diorang jadikan bercinta ni sebagai pemangkin untuk berjaya. Diorang belajar bersungguh2, graduate dan cepat2 cari kerja dan kahwin..
  • Ana (bukan nama sebenar) bercinta dengan Ali (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang... bila dah selalu bersama tercuit nafsu, tanpa mempertimbangkan baik buruk.. akhirnya sigadis termengandung sebelum tiba masanya.. jika nasib baik silelaki akan bertanggungjawab jika tidak terkontang-kanting atau buang bayi... berkemungkinan akan dibuang belajar kedua2nya.. masing2 menyalahkan antara satu sama lain..
See, macam mana situasi yang sama tapi hasilnya berbeza... sebagai ibubapa adakah cara melarang anak untuk tidak melakukan sesuatu itu masih boleh diguna pakai? Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, budak ni terdedah sangat..
Ada seseorang kenalan rapat bagi tip cara menangani anak2 zaman sekarang, yang aku rasa "good idea". Katanya sebagai ibu bapa kita harus menerangkan sebab akibat setiap tindak tanduk yang harus mereka terima terhadap jalan mereka pilih.. Ajar mereka berfikir sejak kecil lagi, dan dan biarkan anak2 membuat keputusan sendiri sejak kecil, ibubapa hanya perlu guide sahaja..
Huh... besarnya tanggungjawab kita ye sebagai ibubapa? Takkan kita nak anak2 kita jadi remaja tak bermoral.. Cara nak kendalikan anak pun kenalah Up to date...
Semoga semua yang membaca ni jadi ibubapa yang baik atau anak yang memikirkan masa depan, Masyarakat yang bertanggungjawab.. Sedih nengok budak sekarang ni.. Pelacuran, mat rempit, buang anak macam lagi....

Friday, August 1, 2008

Milik siapakah "GADIS" ini?

Lokasi : Pasar malam Seksyen 26, Shah Alam
Tarikh : 31 Julai 2008
Masa : 6.30 ptg
Note : N3 ini agak serius, diharap kawan semua dapat menghayati dan memberi pendapat untuk dikongsi bersama

Wahai kawan-kawan yang dihormati mari kita renungkan gambar dibawah untuk sejenak. Apakah yang anda dapat lihat?

Ya, Seorang perempuan tua (lebih tepat lagi uzur) yang sedang meminta sedekah ditengah-tengah kesibukan pasar malam. Diwajahnya tergambar kesakitan yang amat sangat. Sambil mulut terkumat-kamit. Dalam hati aku tertanya siapakah manusia jahanam yang sanggup menjadikan perempuan tua uzur ini meminta sedekah. Tidak mungkin atas kerelaan sendiri.

Aku beranikan diri mengambil gambar tua ini. Aku mengaku ada sedikit takut, kerana percaya ada seseorang yang sedang memerhati ibu tua ini. Kaki aku melangkah tapi mata aku tidak lepas memandang si perempuan uzur itu. Berhenti digerai nasi ayam tidak jauh dari si perempuan tua itu.

"Kak, pilih nak beli apa?"
"Emmm" mata aku tak lepas memandang.
"Tengok apa kak?"
"Oh.. tu tengok makcik tu, kesian tengok dia."
"Makcik tu anak perempuan dia yang letak dia kat situ."
"Betul ke ni?"
"Betul kak, hari tu dekat pasar malam seksyen 6, dipukulnya makcik ni"
"Kenapa dia nak pukul makcik tu?"

"Saya rasa dia nak mintak duit kot.." Abang nasi ayam tu membuat andaian yang pada saya logik. Kami sama-sama memandang makcik tu, ada beberapa orang menghulurkan sedekah. Aku pasti ada orang lain yang tersenyum melihat duit yang sedang dihulurkan itu. Aku seperti ingin menjerit "tolong... jangan korang bagi duit tu kat makcik tu, bukan dia yang dapat, semua tu binatang bertopeng manusia yang dapat.."
"Saya biarlah susah macam ni meniaga kat pasar malam, nak suruh mak saya mintak sedekah tidak sama sekali." Abang nasi ayam itu meluakan pendapatnya.

Siap membeli nasi ayam, saya berlalu dengan hati yang sebal.

Amaran : Kata-kata kesat dibawah, ditujukan kepada anak perempuan si perempuan uzur. Sila jangan baca sekiranya anda tidak selesa.

Eh! pompuan ko ada pantatkan? pegila menyundal. Apasal ko nak suruh mak ko mengemis. Bagi aku ko la manusia hanjeng dalam dunia ni. Aku tak heran kalau orang nak melacur ke, jadi perompak ke, ko tau tak! tapi orang macam ko ni memang lahanat dunia akhirat.. Aku harap sangat nak tengok muka ko.. hidup ko macam mana.. aku nak tengok balasan tuhan kat ko.. kalau ko rasa boleh senang dengan cara ni ko silap.. aku dan beberapa orang yang tengok mak ko mengemis, pembaca-pembaca blog ni mendoakan semoga tuhan laknat hidup ko... mampus lagi baik.. anjing dengan babi lagi elok dari ko... perempuan jahanam!!!

Tuesday, July 29, 2008

Hari pembalasan itu telah tiba



Suatu hari si isteri terbaring lesu setelah penat menidurkan anak kecilnya yang baru berusia beberapa bulan. Si anak ini memang selalu meragam diwaktu malam sejak lahir lagi. Membuat si isteri bertambah lesu.
Si isteri memandang kesekeliling, matanya rimas memandang rumahnya yang tidak teratur, fikirannya teringat kain baju yang belum berlipat. Tadi dia hanya sempat membasuh kain dan membasuh pinggan mangkuk.
Masa yang ada digunakan untuk berehat. Dia sungguh letih. Inilah dugaan sebagai seorng IBU. Ikutkan hati mahu sahaja dia berenti kerja, tapi apa boleh buat kewangannya masih tidak membolehkan dia membuat keputusan seperti itu.
Baru saja ingin lena, terdengar dia pintu dibuka. Si suami memandang sekeliling terus ke dapur, dilihatnya tiada makanan, pergi ke bilik, dilihat kain baju masih belum dilipat. Si isteri dapat melihat kemarahan diwajah si suami.
Si suami masuk semula ke bilik, diambilnya bajunya, dibawa ke bilik tetamu. Dicapai tuala, mandi, bersiap, ambil kunci kereta. Dimuka pintu dipandangnya si isteri, dikeluarkan kata-kata yang berbisa "Isteri, awak ini sejak ada si anak semua tidak terjaga, tidak memasak, kain baju di biarkan begitu sahaja, suatu hari nanti jangan menyesal". Lalu dia keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan si isteri yang kelesuan, yang kesedihan dan yang kelaparan.
Kantuk si isteri mula terbantut, fikirannya mula melayang, terasa kecewa.. tidak sampai setengah jam si isteri dapat berfikiran waras semula "lantakla dia, buat apa aku fikirkan ini semua, dia diluar sana bergembira, aku disini sengsara. Pedulikan semua itu, aku mahu tidur lena demi si anak kecil ini dan masa depan".
Si isteri terjaga mendengar rengekan si anak. "Oh! anakku lapar". Jam didinding di jelingnya, jarum pendek di nombor 5, jarum panjang di nombor11. Si isteri terdengar pintu dibuka. Si suami sudah pulang. Terus masuk bilik tetamu dan tidur pulas. Si isteri bangun melakukan apa yang patut dan keluar mencari rezeki. Tidak hiraukan si suami.
Di suatu hari yang lain, si suami terbaring lesu walaupun sedang bercuti. Si isteri baru sahaja sampai. "Suami, tolong isteri masak air untuk si anak". Si suami memandang isteri, "Isteri, awak tahu tak saya penat, seharian menjaga anak. Si anak ini asyik merengek! isteri tahu tak?"
Si isteri tersenyum, tahu, inilah masa yang paling sesuai untuknya"Suami, awak hanya menjaganya untuk setengah hari, saya sudah melalui sejak si anak lahir. Apa yang awak rasa hari ini, adalah apa yang saya rasa setiap hari. Jadi jika saya tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan sempurna awak harus faham, dan lebih baik jika hulurkan bantuan. Jika suami tidak suka dan ingin mencari pengganti lain, janga risau, teruskan bersikap ego, dan saya sendiri akan keluar dari hidup suami." Si isteri terus menuju ke bilik mencari si anak, buah hatinya tanpa mempedulikan si suami.
Si suami tergamam, direnungnya album perkahwinannya. Dicapai, lalu dibuka satu persatu. Dimuka surat terakhir, ada sekeping kad jemputan perkahwinannya. Disitu tertulis kata-kata yang akan mengubah dirinya untuk selama-lamanya.

"Hawa dijadikan Allah dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"

Airmata suami mengalir, betapa diri terlalu mementingkan diri-sendiri. Dia terus bangun, menuju ke bilik, ingin dikucup tangan isterinya tanda mintak maaf. Akan dilindunginya kedua-dua insan yang menjadi tanggungjawabnya dan ditebusnya segala kekhilafan yang telah dilakukannya.



Nota : Si penulis (ibu kumbang) menjadi emosi (mula2 tu cool) ketika menulis karangan 380 atau lebih perkataan ini. Tujuan sebenarnya nak bagitau pembaca kad jemputan kahwin dia (kad kahwin tersebut ditaja oleh Dila a.k.a Faidee) ada kata2 hikmah dia atas, itu saje. Disini sipenulis tidak puashati dengan kata2 yang diluahkan oleh si isteri, tapi dia terpaksa tulis macam tu untuk mengekalkan suasana cerita...
Dia kalau boleh nak guna ayat macam ni..

"Hei! tahu pun awak letih.. awak tau tak saya dah lama rasa tau.. Mengaku lelaki konon.. buat keje sikit dah lembik.. kalau macam ni bukan awak yang patut bercita-cita cari lain,.. saya ni yang patut cari lain. Tahu tak!" phuhh lega!

Thursday, July 17, 2008

Harus ke aku malu?




INFO : Daerah kawasan Sabak Bernam ni memang terkenal dengan produk IKS contohnya seperti kuih-kuih raya dan kerepek yang diusahakan dikawasan rumah. Salah satu usaha untuk memajukannya, pengusaha akan mengupah orang-orang kampung menjaja produk mereka dikawasan Klang Valley. Mereka ini dibayar berdasarkan komisen, banyak jual, banyak dapat duitnya.


Tadi masa aku tengah tunggu mee kari aku (best wooo.. kat gerai SS19) aku terjumpa jiran aku yang jadi penjaja kerepek ni, meh ikuti perbualan antara penjaja kerepek ngan aku..

Ibukumbang : Makcik.. tak sangka nak jumpa kat sini..
Penjaja : Ala apasal boleh jumpa kamu kat sini, malu makcik... eh! tak payah2 cakap2 lagi nanti kawan2 kamu nampak malu kamu..
Ibukumbang : Eh! Tak dela.
Penjaja : Yela apa pulak kawan kamu kata nanti nampak kamu bersembang ngan penjaja..
Ibukumbang : Apa salahnya menjaja, rezeki yang halal..



Pastu aku terpikir kenapa aku perlu malu? Sebab keje menjaja kerepek dan keje tu tak standard ke.. Aku rasa aku tak perlu malu untuk mengaku kenal, bersaudara atau bersembang dengan mereka dikhalayak ramai.. Malahan aku respect mereka..
  • Mereka mencari rezeki yang halal
  • Mereka wanita2 (kebanyakan wanita) yang kuat.. bayangkanlah mereka mengheret dua plastic besar kerepek.. berat ooo... tadi aku try angkat.. harus aku tercirit.. tut...
  • Mereka survivor
  • Mereka bersungguh-sungguh (alang2 buat tak jadi...)
  • Mentality mereka kuat (ingat senang jumpa orang jual produk)
Lagipun layak ke aku nak malu.. aku ni..hanya sekadar pekerja biasa, aku tak mampu nak jumpa orang jual barang dan gaji aku cukup2 makan saje.. Last2 aku rasa aku lak yang malu dengan diorang... Ialah pendapatan diorang melalui komisen.. kalau banyak jualan aku sure memang mengatasi aku.. ngeh..ngeh.. aku malu.. aku malu..

Senang kata Sape kita nak buat penilaian, bila2 fikir banyak kali... hah terperanjat.. rupanya kita yang patut malu.. Lagipun hidup ni mcm roda, kalu sekarang ni kita kat atas, bukan standard la kenal ngan penjaja2 ni, tapi suatu hari nanti kita pulak kat bawah.. masa tu lagi perit..




Wallahualam..

Tuesday, July 15, 2008

Bila Suami Cari Lain

NORA DANISH DICERAIKAN OLEH SUAMINYA MUNGKIN DISEBABKAN ORANG KE-3Samada nak terima atau tidak ini adalah hakikatnya.. kebanyakkan wanita Malaysia (negara lain pun ada gak) memang berisiko suami cari lain.. tak kisah le dia ni cantik ke, baik ke, bijaksana ke ataupun yang cukup pakej.. Kadang2 orang lelaki bila ditanya kenapa cari lain, jawapannya ialah "Ntahla isteri saya tu semuanya cukup tapi hati telah dicuri oleh wanita yang lain yang kurang daripada isteri saya.." Mak ai.. yang cukup sifat ada risiko, apalagi aku ni yang ntah apa2 ni... ngeh..ngeh... Kalu macam ni baik aku bersedia dari sekarang.. hik hik.. Siap awak cik abang.. kalau awak cari lain saya dah prepare semua bullet2, segala macam bentuk seni mempertahankan diri.. Ada berani?
Bila terjadi situasi macam ni kita ada 3 pilihan (bukan langsung tak de pilihan ok!), menurut pendapat org dah berpengalaman (nama dirahsiakan) jangan harapla lelaki akan buat pilihan, harus kita yang buat.. kalu harap lelaki main tarik tali le jawabnya.. diorang mesti cakap macam ni "sabarla yang abang tengah fikirkan, orang disana betul2 dah mengharapkan abang bagila masa, abang takut nanti dia buat bende yang tak betul, abang yang kena".. harus dia akan terus permainan cintanya itu... ngeh..ngeh..

BILA DAPAT BERITA SUAMI ADA ORANG LAIN
Bila suami bagitau dia ada orang lain, jangan lak mengelabah, jangan sesekali cakap macam ni "Abang! kenapa abang buat ayang macam ni? abang tau tak ayang sayang sangat ngan abang, ayang tak sanggup hidup tanpa abang, cinta ayang hanya untuk abang..." confirmla itu abang naik kepala.. eksyen la dia.. hehehe mesti dalam hati cakap macam ni "hohoho.. yippie..yippie.. bini aku takut kehilangan aku, ada harapan aku kawin lain.." Bila tau je dia ada orang lain hehe patut cakap macam ni "Oh! patutla nampak abang lain macam je.. kalau ditakdirkan abang jodoh banyak susah la hidup abang ye, nak bahagikan gaji abang yang ciput tu, ayang nak banyak ni RMxxxx.xx tiap2 bulan, nasib baikla rumah, kete ngan saham ASB tu nama ayang... tapi bang ayang tak berani nak benarkan abang kawin sebab ayang tengok abang tak berapa nak mampu, ayang takut berdosa sebabkan ayang benarkan abang kawin, abang tak berlaku adil, berdosa tu.. kena fikir masak2 perkara ni.. tapi terpulangla kat abang" ckup sampai disitu... hehe bagi dia fikir dulu... pastu kita harusla fikir strategi.. dalam mikir strategi kena lapangkan otak.. ahaks...
Kalau kita dapat tau dari orang lain lak... fikir2 dulu apa yang kita tak tukar nama lagi untuk harta2 yang ada, mintak duit buat simpanan ngan suara yang manja.. harus hati2 jangan sampai dia kahwin senyap.. buat2 tak tau dulu.. sebab kalu dia tau yang kita tau nanti dia kurang respect ngan kita.. harus atur strategi tanpa sedar.. sebab orang yang tengah cover curang ni dia akan kabulkan semua permintaan kita.. hehehe.. kalu kita press2 dia... kang dia cakap camni lak "hah! senangla kalu awak tahu, tak payahlah saya nak sorok2.. kalau saya lambat balik tu fahamla ya.."

Pilihan yang kita ada ialah :
Rampas balik (Pulangkan cinta hatiku..) kenapa ya?
Of course la diakan milik kita, yang pasti kita tak nak anak kita akan berkongsi kasih sayang ngan adik badik tiri, itu laki akula...hwawawawa !!!! Tapi harus diingat kita ada peluang 50% untuk merampasnya balik, harus juga bersedia jika jodoh sampai takat itu.. sebenarnya bila bersedia untuk tidak dapat lagi senang sebab mentality kita dah kuat.. Dapatla pesaing yang bodoh nak mampos senang la kita atur strategi...
Berundur... kenapa nak mengalah?
Huh.. kalu pangai laki tu banyak buruk dari baiknye, sanggup aku ikat reben kat kepala dia bagi kat pompuan tu.. ataupun malas nak rebut2, macam le hensem dan best sangat!!! ataupun "Yippie Boleh cari laki baru, best! best!"
Sanggup bermadu.... ada berani?
hehe ni secara personalnya saya tidak akan memilihnya... uhuk..uhuk..hehehe no idea!

Opps jangan lupa lak sediakan bala tentera yang akan jadi perisai... siapakah bala tentera itu? of course mak ayah dia, sedara mara dia dan kengkawan dia... kekadang membantu tau. mhuahahaha... Ceritakan keburukan suami yang tengah cari lain tu dengan cara berhemah.. hihi

Mengikut kata orang lebih berpengalaman (nama dirahsiakan) "Jangan paksa suami tinggalkan kekasihnya, tapi cuba ajak suami itu berfikir"... Cikgu aku dulu selalu cakap (aku rasa dia menyindir sebab kitaorg bengap subject fizik tak paham2 dia ajar) "Kita boleh paksa kuda itu pegi ketempat minum, tapi kita tak boleh paksa kuda itu minum" ..Peace cikgu Ali Asad..

Walaubagaimanapun harus diingat ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan.. kekadang bukan salah lelaki semata2, mungkin khilaf dari diri kita sendiri... N3 ini sebagai panduan saya juga sekiranya berdepan dengan situasi begini dan saya harap akan bertindak dengan waras dan tahu apa yang saya pilih,..

Wallahualam!

Monday, July 14, 2008

Koleksi..

Sedar tak sedar ada barang yang menjadi koleksi bersama.. Kekadang kalau pegi mana2 rumah mesti terjumpa benda-benda ni...

Alasan kita menyimpan tu macam-macam la.. jejarang kalau kita dapat barang-barang ni terus buang... Benda-benda ni lokasi dia kat ceruk2 dapur atau kat dalam stor.. Jarang orang mengaku ini barang koleksi.. Walau pun dalam rumah itu benda2 diatas dan barang-barang seperti kristal ker pinggan mangkuk memahal kerr apa2 saja disimpan oleh tuan rumah, tapi standardnya berbeza. Kristal dan pinggan mangkuk memahal tu akan diletakkan diruang tamu untuk dipamerkan kepada orang yang datang, dibelikan almari antik bagai...

Macam tu jugak dalam kehidupan kita dengan orang sekeliling.. kadang2 kita terlepas pandang.. orang itu sentiasa membantu kita, tapi kita tidak iktiraf dan hargai dia dalam hidup kita. Tapi kita selalu cari mereka2 ini.. Orang2 yang kita sanjung menhilang bila kita memerlukan..Ada juga sesetengah ibu bapa yang double standardkan anak-anak sendiri.. yang berjaya, yang menawan, yang bijaksana akan disayangi, dipuji.. harus diwar warkan orang kampung.. kekadang tambah perisa lagi kasik enak.. Setandan pisang tak semuanya elok.. Anak yang tak bernasib baik ni.. tak cantik.. duduk kat umah ngan mak bapak, buat keje2 dapur.. selalu la pulak dibanding2 ngan anak yang bernasib baik... At the end bila jatuh sakit.. anak yang diwarwarkan tadi entah kemana.. bagi alasan tak menjengok sebab banyak keje, tak leh tinggalkan.. last2 anak yang dipandang rendah itulah yang menjaga.. masa tu menyesal tak sudah..

Disini saya bukan ingin menyindir sesiapa tetapi sekadar berkongsi buah fikiran dan rasa kerana saya juga tak terlepas dari tidak menghargai orang sekeliling saya...

MAAFKAN SAYA..P/s : Harus ke aku bli almari antik untuk barang2 kat atas tu..? hehe