Sempena aku dalam mode "berpantang" adalah beberapa kawan yang sudi datang melawat. Memang menceriakan aku sesangat. Terima kepada sesapa yang melawat aku. Walaupun kepada makcik sebelah umah aku yang memang tak baca blog ni.
Last week ada kawan datang melawat aku, Batul dan Rohaya datang melawat. Rohaya ni memang dah lama tak jumpa dengan aku. Mukadimahnya mestilah bertanya khabar dan disusuli oleh gosip sipi-sipi. Gosip kampung dia pun "on" jugak walaupun aku tak kenal.
Ntah macam mana tetiba Rohaya ataupun kitaorang panggil "Ro" (aku rasa pelik lak tetiba nickname dia ni) bersuara "Emi, ko ni dari sekolah sampai sekarang ni tak berubah-ubah ye, macam dulu jugak". Lepas tu apalagi diorang pun mengungkit segala macam kenakalan aku masa sekolah dedulu.
Actually aku try nak explain kat diorang, yang sebenarnya aku ni ada juga perubahan. Tapi semuanya melibatkan dalaman. Kalau orang tu tak bercerita secara serius dengan aku memang tak nampak apa-apa. Aku terasa janggal untuk bertindak matang yang bersesuaian ngan umur (akak sekarang dah 30 tahun ye adik-adik) bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan terutamanya yang lama tak jumpa. Buat masa ni aku cuma bertindak matang bila membuat keputusan untuk diri aku atau keluarga, dan memberi pendapat kepada kekawan bila diorang bercerita masalah.
Bagi aku memang patut aku berubah dari sekarang. Bayangkanlah umur dah dekat 3o tahun tapi perangai secara lahiriah masih macam belasan tahun (badan memang dah macam omak orang lah). Ini memang tak bagus! Aku dapat rasakan orang yang peringkat umur bawah aku atau pangkat anak-anak buah macam kurang respect atau lepas laku ngan aku.
Ini mendatatangkan kesan yang kurang baik, sebab aku ada anak-anak yang sedang membesar. Takut kang anak aku tak respect lak ngan. Camno tu? Aku terperangkap dalam keselesaan sebagai Emilia yang nakal, sehingga aku susah nak berubah. Aku takut kehilangan my sense of humor tu. Aku tengah cari jalan untuk seimbangkan personality aku, yang sampai sekarang aku tak dapat nak cari. WISH ME LUCK!