Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Orang kampung aku tengah kayo!

Sekarang ni tengah musim potong padi wei.. memasing aku tengok sengih sajork. Almaklum le harga padi mahal. masak la lepas ni harga beras naik lagi. Sesape yang suka makan nasik tu baik belajar kurangkan sumber karbohidrat tu.
Aku teringat satu kisah berkisar musim potong padi. Tapi kejadian ni berlaku kat kampung kawan aku. Aku tak tau apasal ntah kawan aku yg sorang ni banyak tol gosip kat kampung. Sampai aku boleh kenal orang kampung dia mengalahkan aku kenal orang kampung aku sendiri.
Ada seorang pompuan ni dia berkehendakkan barang kemas dekat laki dia, siang malam memujuk kalah bebudak. Walhal anak ramai. Duit padi yang dapat tu pun setakat bleh makan je la. Tapi disebabkan tak tahan dengar bini merengek kalah budak umur 4 tahun, laki dia ni gigih gak la kuarkan duit yang termampu. Time tu duit RM1000.00 sekeping laku lagi. Yang laki ni pun bagi la kat bini tadi. Bini dia ni x pueh ati, sebab tak cukup ngan rege barang kemas yang dia nak. Nak dijadikan cite, tetiba bini dia koyakkan duit tadi. Apalagi laki dia tadi terus ceraikan ngan talak 3. Aku bila dengar citer tu aku ketawa dulu, sebab jarang dengar hehehe! Kalu aku jadik laki dia pun aku ceraikan jugak haha!

Sunday, July 5, 2009

Milo panas, biskut Hup Seng


Dah macam habit dah aku ni. Dalam pale mcm ade jam loceng. kul 1 lebih aku bangun, breast feeding anak aku, pastu aku lapar. Menu setakat ni takde ubah lagik, Milo panas satu, ngan biskut cream crackers jenama HUP SENG. Kalau sesape belikan aku jenama lain, boleh mengundangkan bencana for sure muka aku macam lahanat. Sambil supper tu, aku online, skodeng blog, facebook dan gosip2 artis. Website porno? sumpah aku tak bukak, betul aku tak tipu. time camni, biasa abah aku blum tido lagik, kitaorang berjemaah la depan laptop, abah aku sibuk main game ZUMA ngan LUXOR. Jangan main2 abah aku champion! Tapi kalu akak aku ade, takde can aku online, dia konker. Bak sini aku nak pecah lobang skit akak aku tu sibuk berforum, sebab tu tak layan blog dah skang. Aku ni macam nak start berblog balik ni, samada betul-betul ataupun hangat2 tahi anak aku (chitt, pengotor!). Meh kita saksikan.
Air Melo aku dah abis, jadi masanya aku untuk tidur.

Friday, October 31, 2008

Sekadar satu repekan jangan ambil serius........

Aku baru habis baca novel "Ayat-ayat cinta" yang aku download dari internet. Iskh tak baik betul macam pencuri je rasanya. Well, aku niatkan dalam hati nanti aku akan beli jugak naskah yang original. Bila agaknya tu ye? Alamak si Ibukumbang ni tetiba lak rasa guilty macam tak biasa guna barang pirate. Ala bukan apa, aku rasa cite ni bagus, banyak ilmu, sebagai menghargai penat lelah orang yang pulun menulis tu. Berapa lama la agaknya dia amik masa nak buat citer ni ye.

Berbalik kepada bende yang nak aku repekkan. Sebenarnya aku tertarik dengan isu AISHAH adalah waris kekayaan mak ayah (ala2 Paris Hilton hehe), FAHRI lak adalah anak orang yang tak berapa ado yang sampai bergolok bergadai untuk belajar. Tetapi dipertemukan jodoh, dan Aishah sanggup memwakafkan dirinya kejalan Allah.

Nampak macam bestkan. Wah! bestnya kawin dengan bini yang kaya-raya. Tapi kalau difikirkan secara mendalam, weiiii, susah, kalau iman tak kuat, ilmu didada cetek, berkemungkinan akan terpelantingla kita di Neraka jahanam. Nauzubillah!

Mengikut dari pemerhatian, pembacaan (DCKK, Mingguan Malaysia) dan sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan orang bila disituasi ni, memang jarang boleh handle bila isteri lebih dari suami.

Samada Isterinya akan jadi sombong, "Sorry la kalau laki aku nak buat hal, duit dan harta yang dia gunakan tu aku yang punya".

Ataupun suaminya akan mengambil kesempatan diatas kekayaan si isterinya, bukan untuk jalan kebaikan tapi untuk jalan yang tak berapa nak baik!

Aku sendiri mengaku, kalau aku disituasi itu, aku pun tak mampu handle. Aku rasa aku akan kurang hormat ngan suami aku, akan tersasar dari konsep perkahwinan, nawaitu kenapa aku kahwin tu akan jadi tanda-tanya, kuasa sebuah perkahwinan tu akan jadi milik aku sebab aku kaya.

Aku tak nak jadi hipokrit, sebab walaupun sekarang ni aku tak kaya (sama je laki bini selalu dintis), aku selalu cakap dengan orang disekeliling, "Ala apa nak takut, aku keje, apa-apahal kalau laki buat pasal takde takut sangat". Aku dah ada unsur-unsur negatif. Sebenarnya aku ada banyak unsur2 negatif yang lain.

Aku teringat tentang seorang cikgu Add Maths aku masa aku sekolah dulu. Bagi aku kalau cikgu Add maths ni memang terer la kan. Dia masuk kat sekolah aku masa aku form 4. First impression aku, cikgu ni pandai, dari keluarga ado-ado, berlagak skit, orang KL dan masa tu dia bujang. Aku takut dengan dia ni. Dia penah citer, sebenarnya mak ayah dia suruh dia belajar medical, tapi minat dia dekat Maths, setahu aku dia ada master, tak tau la kalu sekarang dah ada PHD.

Apa yang gempaknya dan menjadi perbualan kat sekolah aku ialah cikgu ni bercinta dengan PAR kat sekolah aku tu (takde salah jadi PAR pun, cuma situasi je yang buat aku terkagum skit). Pendapat aku terhadap silelaki ini dia seorang yang ada happy go lucky, aku dulu pun selalu buat lawak2 bodoh ngan dia, selalu jadi mangsa sakat ngan cikgu2 atau pekerja sekolah yang lain.

Last aku jumpa diaorang 4 tahun lepas, masa tu diorang dah kawin, dah ada 2 orang anak lelaki. Macam mana diorang handle, aku tak tau, tapi masa mula2 nak kawin mendapat tentangan dari family cikgu tu.

Aku faham jodoh adalah kuasa tuhan. Cuma aku rasa ia nampak macam bernasib baik dari satu segi, tetapi juga adalah dugaan yang besar dari satu segi. Bukan calang-calang orang yang boleh handle situasi ini. Dan aku sehingga saat ini tidah bersedia menjadi perempuan kaya atau waris kepada kekayaan. Aku amat bersyukur dengan apa yang ada sekarang. "Ya Allah, barulah aku tahu kenapa kau jadikan aku begini, rupanya aku bukanlah orang mampu menghadapi dugaan yang seperti ini".

Actually, aku pernah dan selalu berangan jadi anak orang kaya, hahahaha.... PECAH LOBANG! Especially, time2 mak abah aku tak nak bagi apa yang aku nak, masa aku belajar2 dulu.

Aku adalah perempuan dari keluarga yang sederhana, tahap pelajaran yang sederhana, mempunyai pekerjaan yang sederhana. Berkahwin dengan lelaki dari keluarga yang sederhana, mempunyai tahap pelajaran yang sederhana dan pekerjaan yang sederhana.

Tapikan aku dari dulu sampai dot dot dot selalu berangan nak kawin ngan orang kaya. AHAKKSSSSSS!