Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Wednesday, July 8, 2009
Bersyukur itu nikmat!
Sebenarnya dah lama teringin nak buat entry ni dan aku sedar ada beberapa blogger pernah meluahkannya. Setiap kali aku melawat blog orang lain (tidak semuanya) atau tengok status dekat Facebook terdetik perasaan rendah diri, terasa kecil sangat. Kadang-kadang segala mak nenek story diorang tu mempengaruhi kepala hotak aku.
Mula memperbandingkan sendiri. Segala kekurangan diri mula dikaji. Terasa down siot. serius! especially masa memula berkecimpung ngan dunia berblog2 ni. Terbaca lak blog yang penulisnya segala-gala dalam blog citer yang gah-gah je. Perhhhhhhhhh! rasa nak jadi lalat je. Cuma iman sahaja yang menghalang aku jadi lalat! hahaha!
lari tajuk sikit, sometimes ada orang akan meroyan bila ada lalat. Tapi kena ingat sebagai tuan punya blog kekadang ko yang mencetuskan orang nak jadi lalat. Ibarat perempuan yang pakai terlalu menjolok mata, tetiba ada lelaki pandang ko bagai nak rogol, jangan maki orang tu pulak. Sebabnya ko yang mencetuskan orang tu nak pandang ko mcm nak rogol (sebab tu disuruh tutup aurat - tapi aku pun x tutup mana pun, propa je lebih miahahaha).
Tapi sebagai pembaca pula kita ingat itu adalah hak induvidu suka hati la nak tulis apa pun. Tak suka jangan baca. Disebabkan timbang tara yg macam tu mengengkang aku dari jadi lalat. (blog tijah rating tinggi tukang romen hehe komen pun masyuk takde kecoh pun pasal lalat, tapi sendri mau ingatla mcm mana dia punya stail, sgt rileks! jadi kalu banyak lalat tu kena muhasabah diri tu.. peace no war).
Dalam aku rasa rendah diri tu aku baca gak blog2 yg mengundang amarah ni, bukan apa aku nak menguatkan perasaan dalaman aku. Dari situ aku mula menanamkan dalam hati:
1. Semua tu rezeki dari Allah yang maha esa, pencipta semua yang ada di bumi ni.
2. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Mungkin apa yang diceritakan tu yang best2 je, yang sadis simpan dalam poti bosi.
3. Aku rasa sangat tak adil disebabkan beberapa kekurangan yang ada kat aku, aku lupa semua nikmat yang tuhan bagi. Sesungguhnya aku adalah dikalangan mereka yang tidak bersyukur.
4. Sejak aku sedar, aku mula bersyukur kepada tuhan, menikmati segala anugerah yang dia bagi kepada aku, dan aku percaya tuhan akan bagi apa yang aku pohon bersesuaian dengan masanya. Bak kata mak aku "Apa ko nak risau tuhan orang lain sama dengan tuhan ko, kalau tuhan boleh bagi rezeki dekat diorang, tak mustahil suatu hari nanti ko dapat. tapi kalu sibuk susah hati, sembahyangnya pemalas, macam mana tuhan nak bagi kat ko". Rasa macam kene pelempang bila dengar cakap mak aku tu! Pecah lobang lak malas sembahyang (tapi berusaha untuk melakukan kewajiban itu). Insyaallah!
5. Aku berusaha untuk memulakan hari aku untuk bersyukur supaya aku boleh menikmati hari-hari aku dengan senyuman. Aku percaya kalau kita tak bersyukur, tuhan bagi macam-macam anugerah pun belum tentu mampu mengembirakan hati. Semuanya dari hati beb!
6. as a result, sekarang ni sesapa propa macam-macam kat blog, kirim salam la aku nak jeles! ADE AKU KESAH! miahaha!
Monday, July 7, 2008
BILA JIWA KACAU, FIKIRAN BUNTU..
Mesti semua orang melaluinya... ialah sebagai bukti tuhan sayang kita dan diuji dengan pelbagai cara. Sebagai makhluk tuhan yang lemah ni, kekadang cara kita mengatasinya itu tak berapa nak kena.. disini ada beberapa tip2 yang saya nak share (setelah dicampur2 ngan pengalaman kengkawan dan pengalaman sendiri...) taraaaaaa.. inilah hasilnya.. semoga boleh membantu saya dan sesiapa sahaja dikemudian hari....Stage 1 - Menangis sepuas-puasnya
Sila ambik cuti untuk menangis ini.. . Menangis sehingga anda rasa puas. Sekira anda seorang yang susah nak menangis sila baca novel, tengok cite sedih2 atau apa saje yang boleh buat anda menangis.
(sila jangan fikir cara untuk mengatasi masalah tersebut).
Stage 2 - Cari doa-doa yang boleh menyabarkan dan menenangkan hati
Ini penting supaya fikiran kita waras dan tidak dikacau oleh syaitan yang dilaknat tuhan itu. Ini juga boleh mengelakkan kita dari membuat tindakan bodoh seperti bunuh diri dan mengambil najis dadah.
(sila jangan fikir cara untuk mengatasi masalah tersebut).
Stage 3 - Baca buku-buku motivasi
Untuk menambahkan ilmu dan buah fikiran dari orang yang professional dan juga untuk memperkasakan jiwa, hati dan minda. Di stage ini anda boleh merancang tindakan2 anda atau membuat keputusan, menekadkan diri dan mencari punca2 masalah dan bermusahabah diri. Tulis mutiara kata atau kata2 motivasi besar2 dan tampal ditempat yang mudah dilihat.
Stage 4 - Bertukar-tukar fikiran atau meminta pendapat
Semasa anda di Stage 1 hingga 3, tidak digalakkan untuk meminta pendapat. Ini kerana kadangkala orang disekeliling kita ini menambahkan lagi masalah tersebut samada dengan sengaja ataupun tidak.. kekadang mereka yang terlebih emosi dan kita yang ditimpa masalah pula yang terpaksa menyabarkan mereka. Kadangkala mereka memberi pendapat yang tidak relevan untuk digunakan. Jadi emosi yang stabil amat penting ketika anda berada di stage ini. Sekiranya anda rasa pendapat mereka bukan cara anda, jangan terus dibuang, sila timbang tara semula.
Stage 5 - Buat keputusan
Senaraikan keputusan-keputusan (sebanyak mungkin) yang mungkin anda ambil, dan tulis akibat dan risiko dari keputusan-keputusan tersebut. Sekiranya masih tidak dapat buat keputusan, pergi rileks2, jangan fikir langsung. sekira masalah tersebut adalah masalah dirumah, jangan bawak (kalu bawak pun bukan leh selesai, menambahkan tension adalah) ketempat kerja, kedai makan atau panggung wayang. Gunakan peluang2 untuk release tension tersebut dengan sebaik mungkin. Kalau ada orang buat lawak, sila sedaya upaya untuk ketawa. Bila anda rasa tenang semula, bolehla untuk menilai semula masalah tersebut. Sila jangan abaikan kedua orgtua ketika membuat keputusan kerana restu dari mereka amat penting.
Actually cara ini amat berkesan kepada saya... hiks hiks..
hidup mesti happy, kalu tak rugi!
Subscribe to:
Posts (Atom)
