"29 tahun kak"
"Anaknya berapa?"
"Satu kak"
"Waduh kok kenapa badannya macam anak tiga?"
"Ntah la kak, dalam tempoh dua tahun ni naik 10kg (dari 54kg ke 64kg)"
"Nggak cuba berdiet?"
"Ada kak tapi hangat2 taik ayam"
"Sebenarnya mau kurus aku ada petuanya"
*excited*"Ajar aku kak"
"Kamu ambil 7 helai daun sirih, rebus bersama segelas air putih, kalau kamu mahu, boleh juga rebus dengan manjakani, setelah setengah gelas, kamu ambil, tunggu sejuk sedikit dan minum"
"Berapa lama nampak hasil ni kak"
"Diminumnya sekali seminggu, hanya orang yang sudah melahirkan anak sahaja yang boleh guna petua ini, hasilnya terpulang, tapi ia juga untuk bagus untuk barang sulit wanita"
Terusku terjah kedai india sebelah tu, beli sirih, wah berkobar2 ni,... masa mula2 nak minum pahitnya, dahla tu rasa pedas... tapi nak kurus punya pasal ku gagahkan juga.. dah 3 minggu ni.. ngeh2 belum nampak hasil yang ketara...

Sedikit fakta tentang sirih..
Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.