Wednesday, April 1, 2009

Banyaknye kes ragut!

Semalam aku tak bawa kete, jadi teksi adalah alternatif yang terbaik untuk aku. Sambil menunggu teksi sempat beramah mesra ngan auntie production yang nak pegi ke public phone. Dari tempat aku berdiri tu memang nampak auntie tu dengan jelas. Tetiba aku tengok orang naik motor mendekati auntie tu, dan tarik rantai dia. Nasib baik auntie tu tak jatuh, if terjatuh aku tak berani nak membayangkan, sebab kawasan tu tengah sesak dengan kete. Seb baik jugak, rantai tu pun x dapat diambil sebab putus. Kalau nak tau rantai tu kecik sangat, mcm tak mungkinla ada orang sanggup meragut sebabkan rantai tu.. Masuk je teksi, aku cite ngan uncle tu, dia kata aku orang ketiga yang cerita kat dia kes ragut untuk hari tu (semalam). Denar citer kak kujie pun kene ragut gak! Iskh apa nak jadi la...

********************************

Nak cite pasal menggandung pulak. Previous n3, aku ade bagitau pasal aku ada diabetes masa mengandung kan? For both pregnancies actually! Alhamdulillah, aku dapat mengawal kandungan gula walaupun kengkadang terkantoi sebab tekak ni degil, nak jugak makan bende yang berbahaya! Disebabkan mengawal pemakanan ni, berat aku tak naik sangat, before pregnant 60kgs, now baru 65.7kgs. Ahaks! cakap kosong lagi berat dari aku.. Aku ajak diet, boleh dia cakap "Ko sorang yang sakit, nak paksa lak orang pun makan macam ko.. sebijik macam abang ipar ko".. Kurang ajaq punya pompuan, tapi itu ari aku balik kampung memang jaki tengok dia makan, menyelerakan! huhuhu... aku je terpaksa kontrol!

Alhamdulillah, aku hanya tahap diet control je, takdelah sampai amik insulin. Sebabkan aku follow up dengan goverment (tapi aku ade gak follow up ngan klinik bersalin swasta, supaya banyak sikit maklumat bleh aku dapat), jadi kene amik darah every 2 weeks! jenuhla kalu nak pegi kesana semata2 nak tau bacaan gula tu je, last2 aku beli kat Guardian, yang murs2 sajork! Ala bukan nak pakai lama pun! Untuk makluman, sesape yang kene diabetes, tidak digalakkan mengambil susu, silalah ambil pil kalsium! (Dah dua kali peknen, baru2 ni je aku tau.. Hampehsss, itu pun dr kat klinik swasta yang bagi tau).

Aku dah start beli barang and of course kaler pink menjadi pilihan! Setakat ni aku dah beli, baju 4 pasang (regenya - RM4.80 sepasang, ahaks! baju ni ada jual kat kedai antarabangsa sg besar je, reason aku beli sebab kain tu nipis dan lembut sangat dan tak banya jahitan... masa ameer pun beli baju ni gak.. guna sampai hancur beb!) sarung tangan dan kaki sepasang, selimut baby yang ada topi tu sehelai, kain untuk bedung 2 helai dan mungkin ada penambahan (aku beli kain kapas, sebab dia besar dan lembut, 4.90 semeter) dan sarung bantal (ni aku jahit sendiri, laki aku kata kalu tak jahit sendiri dia nak buang mesin jahit tu... huaaaaaaaa! kejamnya)...

Sekadar fakta :

Apa itu diabetes?
Kondisi sistem didalam badan yang tidak boleh menukarkan gula dan karbohidrat yang diambil dalam makanan ditukarkan dalam bentuk tenaga. Maka, badan akan mengumpul gula yang berlebihan didalam darah dan didalam air kencing.

Gestational Diabetes?
Diabetes yang menyerang wanita mengandung dimana beliau bebas dari diabetes sebelum mengandung.
Kebiasaannya boleh dikawal dengan memakan makanan berkhasiat dan senaman. Kadangkala ada juga pengidap diabetes jenis ini yang terpaksa mengambil insulin.
Ia akan hilang sejurus selepas bersalin, tetapi ada juga yang akan berseterusan.
Berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dimasa akan datang.