Wednesday, November 26, 2008

DOLAR ke RM?

Apa yang aku nampak disekeliling aku ni terutama di tempat keje, ramai yang TAK BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.
Aku tak nak korek bende yang terlalu mendalam. Tapi cukup sekadar bende paling simple and "sweet mcm taik".
Contoh ayat "I beli baju ni 40 dolar!"
Aku rasa nak muntah. Kenapa suka sangat nak guna dolar tu? ko beli baju tu memang guan dolar ke? kedai mana yang jual barang guna dolar tu? nilai dia betul ikut dolar ke? atau kalau guna dolar kat belakang tu tetiba duit jadi beranak ke?
Yang aku pelik bagai nak mampus tu beli roti canai pun guna dolar gak!
Hina sangat ke guna perkataan RM tu?
Kalau guna Rupee sebut rupee, kalau guna rupiah sebut rupiah la!
geli weiii!
Aku bukan patriotik sangat tapi aku rasa tak selesa dengan keadaan dan situasi yang tak berpijak di bumi yang nyata. Kalau kita sendiri rasa malu atau tak mengaku nak jadi diri sendiri or rakyat Malaysia, agak2nya apa pandangan orang luar.
Kenapa agak2nya orang INDONESIA boleh menaikkan taraf industri hiburan diorang?
Pada pandangan aku, diorang ada semangat bangga menjadi rakyat Indonesia atau bangsa Indonesia. Dulu officemate aku cina Indonesia, sangat berbeza dengan officemate cina malaysia.
Bila aku tanya "Pak Rudy, kamu bangsa cina ya?"
dia jawab "Tidak, saya bangsa Indonesia".
PAk Rudy tau lagu-lagu artis Indonesia, cuba korang tanya ngan cina Malaysia mampus dorang tak tau.
Ntah apa aku merepek ni pun aku tak tau. layan je la yerrrrr!

Saturday, November 22, 2008

Persaingan, daya saing dan apa-apa saje yang berkaitan!

Aku menggambar diri aku ni kurang berdaya saing ataupun kengkadang tu tak berdaya saing langsung. Contohnya kalau orang kata kat aku "Apa hadiah husband you bagi masa birthday?", aku dengan tanpa segan silunya cakap "Dia wish pastu dia bagi saya 3 ketul cokolat ferrero Roche (wei aku rasa aku salah eja) yang masih ada lagi tanda harga petronas yang harga dia tak sampai 5 hengget", "I hadiah yang paling best I dapat dari my husband kete VIOS". Lepas tu aku tak rasa apa2, lantak ko la.
Ada lagi contoh, masa aku 2nd semester diploma, aku sebilik ngan coursemate. Disitu boleh mewujudkan kejadian persaingan. hehehehe. Memang wujud pun tapi sebelah pihak je. Aku tak berminat nak involve. Korang mesti nak tau kan? bak sini aku crita.
kalau tak silap aku, aku sebilik dengan dia selama 3 semester. Setiap kali result keluar aku tak yah susah-susah pegi bersesak2 nak tengok, aku tunggu je kat bilik, sebab dia akan memang nak tau, dia hapal no matrik aku ( dip - 58874, deg - 86092), aku tanya la karang, korang jgn salah paham, dia baik hati nak tolong aku, dia bermaksud nak compare result. Aku je yang menggunakan keadaan tu. Mula2 tu aku pegi gak tengok sendiri, pastu tgk sikap dia gitu nbuat apa nak susahkan diri. Macam biasala dalam bebanyak2 tu, adalah sesekali aku lebih dari dia hehe. Kalau dia lebih, dia suka, tersenyum. Tetapi tetiba aku terlebih, memang kelakarlah, siap tanya aku lagi.
Kalau time buat assignment pun best gak. Masa tu aku bawak komputer. Dia akan cepat2 buat assignment guna komputer aku. Buatla aku tak kisah. Aku akan buat nanti bila nak dateline. Selalu gak la dia tak puashati, mcm mana tetiba bleh siap. Ataupn kengkadang tu potong dia. hehehe. Sebenar orang yang buat keje last minute ni, kalau tak de aral melintang akan membuahkan hasil yg luar jangkaan, maksudnya sel2 otak tu akan digunakan luarbiasa.
Tapi honestly, memang kesianla, kalu dia sekumpulan ngan aku, sebab aku ni parasit sikit ngan dia, aku kurang menyumbang. Ialah sebabnya dia sangat bersungguh dan dia rasa lagi bagus dari aku, so dia selalu nak menang. Aku bagila dia menang, silalah buat kerja lebih. Aku akan buat bila dia suruh. Ada sekali dua je sekumpulan, pastu takde dah. hehehe! Kalu nengok aku study pun dia panas bontot, cepat2 dia study. Kalau aku nengok dia study, tengok keadaanla kengkadang aku study gak, kengkadang layan mata. Miahaha! Pastu dia tak sebilik ngan aku sebab masa tu kolej Kesepuluh baru bukak, dia kuar bersama kengkawan dia menjadi batch pertama penghuni kolej 10.
Selepas tu aku dah tak penah sebilik ngan coursemate, sebab aku tak berapa sangat nak involve dengan konflik mcm ni. Aku nak hidup tenang je. Bila aku masuk degree hidup lagi fun dan langsung tak ada persaingan sebab geng2 aku lain course. Cuma aku tanamkan kesedaran dalam diri supaya tidak "GB" atau nama lengkapnya GAGAL BERHENTI. Rugi tu kalau GB nanti aku tak dapatla bersosial dengan kengkawan. Ya! aku pegi UNIVERSITI bukan nak belajar 100%, aku cuma nak enjoy life as student and culture!
Ada pro and contra benda. Aku memilih untuk menjadi pasif ni masa aku remaja dengan lebih tepat masa umur 14 tahun. Masa tu aku berhadapan dengan jiwa kacau atau pun nak bagi nampak macam serius sikit aku guna istilah "KONFLIK JIWA". Miahahaha! Masa tu aku sedar aku ada potential untuk jadi orang berjuang atau bersaing ni. Aku try mengikut arus! Aku sangat pressure dan aku tak boleh terima keadaan tu. Ialah, kalau nak bersaing tentu antara kengkawan, aku sayang kawan2 aku, aku tak nak disudut hati aku ada niat tersorok, seperti bersaing tanpa dikesan. Aku tak happy. Masa tu aku decided untuk jadi orang yang tak nak compare ngan orang lain, belajar bila aku suka, gembira bila kawan dapat sesuatu yang bagus. Dan menganggap apa yang mereka dapat adalah rezeki masing-masing. Mungkin suatu hari nanti giliran aku lak. Kalau aku nak berusaha pun bukan sebab orang sekeliling tapi untuk diri aku sendiri je.
Kiranya kalau aku ni masuk rancangan realiti, aku sure tiap2 minggu juri jemputan akan komen aku macam ni, "Awak ni kurang daya saing, awak macam tak berminat nak menang, awak datang sini bukan nak belajar, awak datang sini untuk berkawan, awak tahu tak berapa ramai orang nak berada ditempat awak, awak mensia2kan peluang yang ada" Pastu minggu depannya aku kena undi kuarla. CHHHHHHHHHHHIIIIIIIITTTT!
Iya keburukkan yang nyata jika kurang daya saing ni, tentulah kurang berjaya. Aku teringat cerita "KETIKA CINTA BERTASBIH 2", salah satu dialognya "Ramai dikalangan kita yang berwajah singa tetapi memilih untuk menjadi kambing". Iya aku terasa sebab aku tak nak berubah kepada yang sangat baik untuk memajukan diri. Apa yang ada didalam kepala otak aku, aku nak jadi orang yang bersyukur dengan nikmat tuhan, bahagia sekiranya orang disekeliling aku berjaya dan dikelilingi oleh orang yang berhati mulia dan tak berdengki. Sekarang ni aku masih terdetik juga dalam hati "Apasal tuhan tak bagi aku, mcm ni?", masih ada lagi bisikan hati itu.
Malas aku nak fikir2 dan pening2 kepala, walaupun tak semaju manapun, cukup sekadar tidak bergantung dengan orang lain. Yang lain2 aku serahkan kepada yang maha Esa, manalah tau tuhan nak bagi aku rezeki yang melimpah ruah ke... hehehe verangan!

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, November 18, 2008

SAPE YANG BUAT HEADER TU?

TQ WEEN sudi buat kan aku header! Aku perasan dia buat sempena ari jadi aku! hehehe!

Ameer lak menyanyi hepi birthday untuk aku!


video

Ini je N3 aku ntuk ari ni.... ADIOS!

Monday, November 17, 2008

TODAY IS MY BIRTHDAY!

Wah! bangun pagi aku cepat bukak blog, terjah blog si Kakak aku CK, ada ucapan birthday yang touching, tak surprise pun sebabnya aku tau dia sayang aku... miahahahaha! Terima kasih Yong!

Pastu kat chatbox ade ucapan2 besdey, terima kasih korang! tapi kepada sesiapa yg belum ucap kat aku, baik korang ucap kat aku secepat mungkin, kalu tak aku sumpah korang jadi kek! hehehe.

Sempena ari jadi aku yang ujong 20-an ni, tahun depan aku dah masuk geng Kak Jah dah, aku pun belikan hadiah untuk diri sendiri. Tahun ni tapak kaki aku yang bernasib baik menerima hadiah dari aku. TARAAAAAAAAAAAAA!


Ye korang! aku belikan kasut getah jenama koroks oppppps sorry crocs, yang berharga RM129 (yang paling murah sekali dalam kedai tu, aku bukan sengaja nak cari yang paling murah, tapi hehehe rezeki tapak kaki aku kan). Tahniah tapak kaki! Mungkin tahun depan giliran hidung, bontot, tetek, telinga, jari, ketiak, kuku atau tutttt (kalau aku beli spender untuk hadiah besdey aku, harus ke aku publish?).

Sempena ari jadi aku ni, boleh tak aku wish nak kembali ke zaman kanak2 atau zaman gila-gila remaja aku? ye aku tau mengarut! tapi, memang itu dalam kepala hotak aku pun. OKla aku wish yang logic skit, Aku harap hidup aku aman dan ceria disamping emak, abah, ayong, Luqman, akmal dan juga buat yang baru hadir dalam hidup aku suami dan anak2ku.

Aku harapkan hari ni aku selesa sepanjang hari, jangan ada yang carik pasal ngan aku. Belasah kang!

SELAMAT HARI JADI UNTUK DIRI SENDIRI.. KE 29 TAHUN.

Thursday, November 13, 2008

19 tahun dahulu

Wahai Adinda ku,

Tahukah kamu 19 tahun dulu
Aku adalah manusia yang paling gembira
kerana aku rasa kamu adalah hadiah hari lahirku
ketika umurku sepuluh tahun

Tahukah kamu 19 tahun dulu
sekiranya tiada aku dan ayongmu
aku pasti kamu pasti bengang
kerana namamu mungkin "RAHMATUL NAJMI"

Tahukah kamu 19 tahun dulu
tiap2 hari aku cium kamu
sebab kulitmu putih bau mu harum
ketul2 di pehamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
eeeei tak sokanya aku
apasal lahir sama bulan ngan aku
apa keleeeeeess dengan kamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
ko dah tahu makna namamu
ko eksyen bagai nak mampus
kalu aku tau biarkan je dengan nama rahmatul najmi itu

Tapi kini 19 tahun berlalu
aku rasa nak pukul kamu
hehe sebab kamu selalu jadi lalat di blogku
selalu buat sibuk tak menentu




GAmbar lama! aku ingat nak guna apa yg ade kat blog, tapi sama lak dgn ko yong, baru aku pasan, jarang amik gambar budak yang sekor ni!


Malas nak citer panjang "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" bebeh!

Wednesday, November 12, 2008

YOUR SECRET IS NOT SAFE HERE!

Wei, aku rasa fening2 lalat! sejak akhir2 ni jarang buat N3, komen pun ade yang tak ter"reply". Macam tak larat je. Tapi yang aku herannya, jejalan umah korang (blog), bagi komen kat korang no hal. Bila nengok blog sendiri terus mual.

Tapi jiwa aku tetap nak juga buat N3, sebelum segala yang ada kat kepala benak aku ni hilang. Dan ada lagi beberapa N3 pending. HUWAAAAAAAAAA.. sedihnya.

Sejak berpenyakit yang di cari sendiri ni aku rajin melepak kat Jamban opis. Kat bawah ni la rupa jamban opis aku. Ada dua bilik yang kecik.

Mula2 niat aku nak melepak je. Tetapi dah jadi lain macam lak habitnya. Sebab jamban tu tak kedap bunyi.

Dari dalam jamban tu aku boleh dengar bunyi tet bila activity buka dan tutp pintu (kita org guna security tu), bunyi tapak kaki dan macam2 bunyi.

method yang pertama :

Bunyi teett pintu, tapi sayup2 je. so, aku tau orang dari department aku keluar atau masuk.
Kalau bunyi teett pintu dekat. so, aku tau orang dari finance or top management keluar atau masuk.
Kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) kuat ke perlahan. so aku tau orang turun tangga.
kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) perlahan ke kuat. so aku tau orang naik tangga.

method yang kedua :

Aku boleh kenal pergerakkan tapak kaki setiap orang.
Sekiranya jalan perlahan macam pencuri, itu lady bos aku.
Kalau jalan laju semacam je, itu bos finance aku.
Kalau jalan macam kasut nak tertanggal, itu amoi jess.
Kalau jalan keletok2 sikit je, itu kak khalidah.

method yang ketiga :

Yang ni actually yang tak bley tahan!

Kalau terus ke toilet sebelah, orang tu lelaki. NO HAL!

Kalau dekat je bunyi nye, maksudnya ke LADIES, tempat aku melepak!
Inilah masalahnya!

Kalau aku dengar:
pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, terus je lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini amoi2 atau aso2.

if ,

pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, ada bunyi air paip, dan lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini aku, KK, MM, dan receptionist (indian).

Tapi kalau aku dengar diorang duduk lama skit, aku cepat2 blah, sebab aku tau diorang berak, bilik air tu tak kedap bau jugak aku tak tahan bau najis.. baik aku selamatkan diri. Aku pun cukup tension sebab kalau nak berhajat kene tengok keadaan sekeliling, aku malu.

Kekadang aku terfikir gak diorang buang hajat tak cuci dengan air ni ok ke?
Aku nak tanya tapi segan.
Tapi kekadang aku terfikir lak aku nak je belajar main lap2 ni, if incase time darurat aku takdelah menggelabah! tapi macam tak bersedia aje nak try.

Tapikan ade satu ari tu, tisu abis, Personal assistant to boss sibuk carik tisu. Aku pun kata tak tau. bagi aku kalau tisu takde boleh tutup mata, tapi kalu takde air fening!

Tetiba dia boleh cakap "How hah, you boleh survive without tissue?"

Aku terkesima, aku rasa tak selesala tapi OK je.. aku tak jawab, jawab dalam hati je.

Aku macam nak balas pula "How hah, you boleh survive main lap je, you selesa tak?"

Tapi aku tak cakap sebab aku kena fikir panjang, ini melibatkan kebiasaan seseorang atau bangsa, lagipun aku tak expert beristinjak menurut islam, aku ingat sikit2 je.

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau korang!

Kalau aku duduk melepak kat jamban tu, aku tau sapa orangnya, apa activity yang akan dilakukannya dan bagaimana diorang melakukannya.
Jadi sebenarnya lagi buat kepala aku pening.

Sekarang, aku ada port lain, MEETING ROOM DEPARTMENT AKU, baru aku pasan takde camera, kat company aku ni camera berada dimana2 saja. MAcam kat AF TU.

Wednesday, November 5, 2008

Adakah aku menyerupai seseorang?

Semalam aku pegi merendek blog cendawan.
Oh! rupanya aku telah di TAG.Sila baca Term and condition:


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

Dengan kadar segera aku capai camera dan....
lihat, inilah hasilnya!

Semalam ari sejuk. Econ betul kene muka, sampai aku terbersin! Aaachum.... Aku cover la idung aku ngan baju tu. Aku baru je kene panggil dengan big boss sebab dia terkujat tengok aku dari CCTV. har! har!.. I was thinking to use this picture as my wallpaper.

Aku nengok gambar ni aku teringat seseorang la. SAPE ERKK!