Wednesday, November 26, 2008

DOLAR ke RM?

Apa yang aku nampak disekeliling aku ni terutama di tempat keje, ramai yang TAK BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.
Aku tak nak korek bende yang terlalu mendalam. Tapi cukup sekadar bende paling simple and "sweet mcm taik".
Contoh ayat "I beli baju ni 40 dolar!"
Aku rasa nak muntah. Kenapa suka sangat nak guna dolar tu? ko beli baju tu memang guan dolar ke? kedai mana yang jual barang guna dolar tu? nilai dia betul ikut dolar ke? atau kalau guna dolar kat belakang tu tetiba duit jadi beranak ke?
Yang aku pelik bagai nak mampus tu beli roti canai pun guna dolar gak!
Hina sangat ke guna perkataan RM tu?
Kalau guna Rupee sebut rupee, kalau guna rupiah sebut rupiah la!
geli weiii!
Aku bukan patriotik sangat tapi aku rasa tak selesa dengan keadaan dan situasi yang tak berpijak di bumi yang nyata. Kalau kita sendiri rasa malu atau tak mengaku nak jadi diri sendiri or rakyat Malaysia, agak2nya apa pandangan orang luar.
Kenapa agak2nya orang INDONESIA boleh menaikkan taraf industri hiburan diorang?
Pada pandangan aku, diorang ada semangat bangga menjadi rakyat Indonesia atau bangsa Indonesia. Dulu officemate aku cina Indonesia, sangat berbeza dengan officemate cina malaysia.
Bila aku tanya "Pak Rudy, kamu bangsa cina ya?"
dia jawab "Tidak, saya bangsa Indonesia".
PAk Rudy tau lagu-lagu artis Indonesia, cuba korang tanya ngan cina Malaysia mampus dorang tak tau.
Ntah apa aku merepek ni pun aku tak tau. layan je la yerrrrr!

Saturday, November 22, 2008

Persaingan, daya saing dan apa-apa saje yang berkaitan!

Aku menggambar diri aku ni kurang berdaya saing ataupun kengkadang tu tak berdaya saing langsung. Contohnya kalau orang kata kat aku "Apa hadiah husband you bagi masa birthday?", aku dengan tanpa segan silunya cakap "Dia wish pastu dia bagi saya 3 ketul cokolat ferrero Roche (wei aku rasa aku salah eja) yang masih ada lagi tanda harga petronas yang harga dia tak sampai 5 hengget", "I hadiah yang paling best I dapat dari my husband kete VIOS". Lepas tu aku tak rasa apa2, lantak ko la.
Ada lagi contoh, masa aku 2nd semester diploma, aku sebilik ngan coursemate. Disitu boleh mewujudkan kejadian persaingan. hehehehe. Memang wujud pun tapi sebelah pihak je. Aku tak berminat nak involve. Korang mesti nak tau kan? bak sini aku crita.
kalau tak silap aku, aku sebilik dengan dia selama 3 semester. Setiap kali result keluar aku tak yah susah-susah pegi bersesak2 nak tengok, aku tunggu je kat bilik, sebab dia akan memang nak tau, dia hapal no matrik aku ( dip - 58874, deg - 86092), aku tanya la karang, korang jgn salah paham, dia baik hati nak tolong aku, dia bermaksud nak compare result. Aku je yang menggunakan keadaan tu. Mula2 tu aku pegi gak tengok sendiri, pastu tgk sikap dia gitu nbuat apa nak susahkan diri. Macam biasala dalam bebanyak2 tu, adalah sesekali aku lebih dari dia hehe. Kalau dia lebih, dia suka, tersenyum. Tetapi tetiba aku terlebih, memang kelakarlah, siap tanya aku lagi.
Kalau time buat assignment pun best gak. Masa tu aku bawak komputer. Dia akan cepat2 buat assignment guna komputer aku. Buatla aku tak kisah. Aku akan buat nanti bila nak dateline. Selalu gak la dia tak puashati, mcm mana tetiba bleh siap. Ataupn kengkadang tu potong dia. hehehe. Sebenar orang yang buat keje last minute ni, kalau tak de aral melintang akan membuahkan hasil yg luar jangkaan, maksudnya sel2 otak tu akan digunakan luarbiasa.
Tapi honestly, memang kesianla, kalu dia sekumpulan ngan aku, sebab aku ni parasit sikit ngan dia, aku kurang menyumbang. Ialah sebabnya dia sangat bersungguh dan dia rasa lagi bagus dari aku, so dia selalu nak menang. Aku bagila dia menang, silalah buat kerja lebih. Aku akan buat bila dia suruh. Ada sekali dua je sekumpulan, pastu takde dah. hehehe! Kalu nengok aku study pun dia panas bontot, cepat2 dia study. Kalau aku nengok dia study, tengok keadaanla kengkadang aku study gak, kengkadang layan mata. Miahaha! Pastu dia tak sebilik ngan aku sebab masa tu kolej Kesepuluh baru bukak, dia kuar bersama kengkawan dia menjadi batch pertama penghuni kolej 10.
Selepas tu aku dah tak penah sebilik ngan coursemate, sebab aku tak berapa sangat nak involve dengan konflik mcm ni. Aku nak hidup tenang je. Bila aku masuk degree hidup lagi fun dan langsung tak ada persaingan sebab geng2 aku lain course. Cuma aku tanamkan kesedaran dalam diri supaya tidak "GB" atau nama lengkapnya GAGAL BERHENTI. Rugi tu kalau GB nanti aku tak dapatla bersosial dengan kengkawan. Ya! aku pegi UNIVERSITI bukan nak belajar 100%, aku cuma nak enjoy life as student and culture!
Ada pro and contra benda. Aku memilih untuk menjadi pasif ni masa aku remaja dengan lebih tepat masa umur 14 tahun. Masa tu aku berhadapan dengan jiwa kacau atau pun nak bagi nampak macam serius sikit aku guna istilah "KONFLIK JIWA". Miahahaha! Masa tu aku sedar aku ada potential untuk jadi orang berjuang atau bersaing ni. Aku try mengikut arus! Aku sangat pressure dan aku tak boleh terima keadaan tu. Ialah, kalau nak bersaing tentu antara kengkawan, aku sayang kawan2 aku, aku tak nak disudut hati aku ada niat tersorok, seperti bersaing tanpa dikesan. Aku tak happy. Masa tu aku decided untuk jadi orang yang tak nak compare ngan orang lain, belajar bila aku suka, gembira bila kawan dapat sesuatu yang bagus. Dan menganggap apa yang mereka dapat adalah rezeki masing-masing. Mungkin suatu hari nanti giliran aku lak. Kalau aku nak berusaha pun bukan sebab orang sekeliling tapi untuk diri aku sendiri je.
Kiranya kalau aku ni masuk rancangan realiti, aku sure tiap2 minggu juri jemputan akan komen aku macam ni, "Awak ni kurang daya saing, awak macam tak berminat nak menang, awak datang sini bukan nak belajar, awak datang sini untuk berkawan, awak tahu tak berapa ramai orang nak berada ditempat awak, awak mensia2kan peluang yang ada" Pastu minggu depannya aku kena undi kuarla. CHHHHHHHHHHHIIIIIIIITTTT!
Iya keburukkan yang nyata jika kurang daya saing ni, tentulah kurang berjaya. Aku teringat cerita "KETIKA CINTA BERTASBIH 2", salah satu dialognya "Ramai dikalangan kita yang berwajah singa tetapi memilih untuk menjadi kambing". Iya aku terasa sebab aku tak nak berubah kepada yang sangat baik untuk memajukan diri. Apa yang ada didalam kepala otak aku, aku nak jadi orang yang bersyukur dengan nikmat tuhan, bahagia sekiranya orang disekeliling aku berjaya dan dikelilingi oleh orang yang berhati mulia dan tak berdengki. Sekarang ni aku masih terdetik juga dalam hati "Apasal tuhan tak bagi aku, mcm ni?", masih ada lagi bisikan hati itu.
Malas aku nak fikir2 dan pening2 kepala, walaupun tak semaju manapun, cukup sekadar tidak bergantung dengan orang lain. Yang lain2 aku serahkan kepada yang maha Esa, manalah tau tuhan nak bagi aku rezeki yang melimpah ruah ke... hehehe verangan!

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, November 18, 2008

SAPE YANG BUAT HEADER TU?

TQ WEEN sudi buat kan aku header! Aku perasan dia buat sempena ari jadi aku! hehehe!

Ameer lak menyanyi hepi birthday untuk aku!




Ini je N3 aku ntuk ari ni.... ADIOS!

Monday, November 17, 2008

TODAY IS MY BIRTHDAY!

Wah! bangun pagi aku cepat bukak blog, terjah blog si Kakak aku CK, ada ucapan birthday yang touching, tak surprise pun sebabnya aku tau dia sayang aku... miahahahaha! Terima kasih Yong!

Pastu kat chatbox ade ucapan2 besdey, terima kasih korang! tapi kepada sesiapa yg belum ucap kat aku, baik korang ucap kat aku secepat mungkin, kalu tak aku sumpah korang jadi kek! hehehe.

Sempena ari jadi aku yang ujong 20-an ni, tahun depan aku dah masuk geng Kak Jah dah, aku pun belikan hadiah untuk diri sendiri. Tahun ni tapak kaki aku yang bernasib baik menerima hadiah dari aku. TARAAAAAAAAAAAAA!


Ye korang! aku belikan kasut getah jenama koroks oppppps sorry crocs, yang berharga RM129 (yang paling murah sekali dalam kedai tu, aku bukan sengaja nak cari yang paling murah, tapi hehehe rezeki tapak kaki aku kan). Tahniah tapak kaki! Mungkin tahun depan giliran hidung, bontot, tetek, telinga, jari, ketiak, kuku atau tutttt (kalau aku beli spender untuk hadiah besdey aku, harus ke aku publish?).

Sempena ari jadi aku ni, boleh tak aku wish nak kembali ke zaman kanak2 atau zaman gila-gila remaja aku? ye aku tau mengarut! tapi, memang itu dalam kepala hotak aku pun. OKla aku wish yang logic skit, Aku harap hidup aku aman dan ceria disamping emak, abah, ayong, Luqman, akmal dan juga buat yang baru hadir dalam hidup aku suami dan anak2ku.

Aku harapkan hari ni aku selesa sepanjang hari, jangan ada yang carik pasal ngan aku. Belasah kang!

SELAMAT HARI JADI UNTUK DIRI SENDIRI.. KE 29 TAHUN.

Thursday, November 13, 2008

19 tahun dahulu

Wahai Adinda ku,

Tahukah kamu 19 tahun dulu
Aku adalah manusia yang paling gembira
kerana aku rasa kamu adalah hadiah hari lahirku
ketika umurku sepuluh tahun

Tahukah kamu 19 tahun dulu
sekiranya tiada aku dan ayongmu
aku pasti kamu pasti bengang
kerana namamu mungkin "RAHMATUL NAJMI"

Tahukah kamu 19 tahun dulu
tiap2 hari aku cium kamu
sebab kulitmu putih bau mu harum
ketul2 di pehamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
eeeei tak sokanya aku
apasal lahir sama bulan ngan aku
apa keleeeeeess dengan kamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
ko dah tahu makna namamu
ko eksyen bagai nak mampus
kalu aku tau biarkan je dengan nama rahmatul najmi itu

Tapi kini 19 tahun berlalu
aku rasa nak pukul kamu
hehe sebab kamu selalu jadi lalat di blogku
selalu buat sibuk tak menentu




GAmbar lama! aku ingat nak guna apa yg ade kat blog, tapi sama lak dgn ko yong, baru aku pasan, jarang amik gambar budak yang sekor ni!


Malas nak citer panjang "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" bebeh!

Wednesday, November 12, 2008

YOUR SECRET IS NOT SAFE HERE!

Wei, aku rasa fening2 lalat! sejak akhir2 ni jarang buat N3, komen pun ade yang tak ter"reply". Macam tak larat je. Tapi yang aku herannya, jejalan umah korang (blog), bagi komen kat korang no hal. Bila nengok blog sendiri terus mual.

Tapi jiwa aku tetap nak juga buat N3, sebelum segala yang ada kat kepala benak aku ni hilang. Dan ada lagi beberapa N3 pending. HUWAAAAAAAAAA.. sedihnya.

Sejak berpenyakit yang di cari sendiri ni aku rajin melepak kat Jamban opis. Kat bawah ni la rupa jamban opis aku. Ada dua bilik yang kecik.

Mula2 niat aku nak melepak je. Tetapi dah jadi lain macam lak habitnya. Sebab jamban tu tak kedap bunyi.

Dari dalam jamban tu aku boleh dengar bunyi tet bila activity buka dan tutp pintu (kita org guna security tu), bunyi tapak kaki dan macam2 bunyi.

method yang pertama :

Bunyi teett pintu, tapi sayup2 je. so, aku tau orang dari department aku keluar atau masuk.
Kalau bunyi teett pintu dekat. so, aku tau orang dari finance or top management keluar atau masuk.
Kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) kuat ke perlahan. so aku tau orang turun tangga.
kalau bunyi keletok2 (activity pergerakkan di tangga) perlahan ke kuat. so aku tau orang naik tangga.

method yang kedua :

Aku boleh kenal pergerakkan tapak kaki setiap orang.
Sekiranya jalan perlahan macam pencuri, itu lady bos aku.
Kalau jalan laju semacam je, itu bos finance aku.
Kalau jalan macam kasut nak tertanggal, itu amoi jess.
Kalau jalan keletok2 sikit je, itu kak khalidah.

method yang ketiga :

Yang ni actually yang tak bley tahan!

Kalau terus ke toilet sebelah, orang tu lelaki. NO HAL!

Kalau dekat je bunyi nye, maksudnya ke LADIES, tempat aku melepak!
Inilah masalahnya!

Kalau aku dengar:
pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, terus je lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini amoi2 atau aso2.

if ,

pintu ditutup, aktiviti buka-membuka, duduk, bunyi air kencing jatuh, ada bunyi air paip, dan lap ngan tisu, pastu dengar aktiviti pakai balik seluar atau skirt, pastu pam! ini aku, KK, MM, dan receptionist (indian).

Tapi kalau aku dengar diorang duduk lama skit, aku cepat2 blah, sebab aku tau diorang berak, bilik air tu tak kedap bau jugak aku tak tahan bau najis.. baik aku selamatkan diri. Aku pun cukup tension sebab kalau nak berhajat kene tengok keadaan sekeliling, aku malu.

Kekadang aku terfikir gak diorang buang hajat tak cuci dengan air ni ok ke?
Aku nak tanya tapi segan.
Tapi kekadang aku terfikir lak aku nak je belajar main lap2 ni, if incase time darurat aku takdelah menggelabah! tapi macam tak bersedia aje nak try.

Tapikan ade satu ari tu, tisu abis, Personal assistant to boss sibuk carik tisu. Aku pun kata tak tau. bagi aku kalau tisu takde boleh tutup mata, tapi kalu takde air fening!

Tetiba dia boleh cakap "How hah, you boleh survive without tissue?"

Aku terkesima, aku rasa tak selesala tapi OK je.. aku tak jawab, jawab dalam hati je.

Aku macam nak balas pula "How hah, you boleh survive main lap je, you selesa tak?"

Tapi aku tak cakap sebab aku kena fikir panjang, ini melibatkan kebiasaan seseorang atau bangsa, lagipun aku tak expert beristinjak menurut islam, aku ingat sikit2 je.

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau korang!

Kalau aku duduk melepak kat jamban tu, aku tau sapa orangnya, apa activity yang akan dilakukannya dan bagaimana diorang melakukannya.
Jadi sebenarnya lagi buat kepala aku pening.

Sekarang, aku ada port lain, MEETING ROOM DEPARTMENT AKU, baru aku pasan takde camera, kat company aku ni camera berada dimana2 saja. MAcam kat AF TU.

Wednesday, November 5, 2008

Adakah aku menyerupai seseorang?

Semalam aku pegi merendek blog cendawan.
Oh! rupanya aku telah di TAG.Sila baca Term and condition:


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

Dengan kadar segera aku capai camera dan....
lihat, inilah hasilnya!

Semalam ari sejuk. Econ betul kene muka, sampai aku terbersin! Aaachum.... Aku cover la idung aku ngan baju tu. Aku baru je kene panggil dengan big boss sebab dia terkujat tengok aku dari CCTV. har! har!.. I was thinking to use this picture as my wallpaper.

Aku nengok gambar ni aku teringat seseorang la. SAPE ERKK!

Friday, October 31, 2008

Sekadar satu repekan jangan ambil serius........

Aku baru habis baca novel "Ayat-ayat cinta" yang aku download dari internet. Iskh tak baik betul macam pencuri je rasanya. Well, aku niatkan dalam hati nanti aku akan beli jugak naskah yang original. Bila agaknya tu ye? Alamak si Ibukumbang ni tetiba lak rasa guilty macam tak biasa guna barang pirate. Ala bukan apa, aku rasa cite ni bagus, banyak ilmu, sebagai menghargai penat lelah orang yang pulun menulis tu. Berapa lama la agaknya dia amik masa nak buat citer ni ye.

Berbalik kepada bende yang nak aku repekkan. Sebenarnya aku tertarik dengan isu AISHAH adalah waris kekayaan mak ayah (ala2 Paris Hilton hehe), FAHRI lak adalah anak orang yang tak berapa ado yang sampai bergolok bergadai untuk belajar. Tetapi dipertemukan jodoh, dan Aishah sanggup memwakafkan dirinya kejalan Allah.

Nampak macam bestkan. Wah! bestnya kawin dengan bini yang kaya-raya. Tapi kalau difikirkan secara mendalam, weiiii, susah, kalau iman tak kuat, ilmu didada cetek, berkemungkinan akan terpelantingla kita di Neraka jahanam. Nauzubillah!

Mengikut dari pemerhatian, pembacaan (DCKK, Mingguan Malaysia) dan sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan orang bila disituasi ni, memang jarang boleh handle bila isteri lebih dari suami.

Samada Isterinya akan jadi sombong, "Sorry la kalau laki aku nak buat hal, duit dan harta yang dia gunakan tu aku yang punya".

Ataupun suaminya akan mengambil kesempatan diatas kekayaan si isterinya, bukan untuk jalan kebaikan tapi untuk jalan yang tak berapa nak baik!

Aku sendiri mengaku, kalau aku disituasi itu, aku pun tak mampu handle. Aku rasa aku akan kurang hormat ngan suami aku, akan tersasar dari konsep perkahwinan, nawaitu kenapa aku kahwin tu akan jadi tanda-tanya, kuasa sebuah perkahwinan tu akan jadi milik aku sebab aku kaya.

Aku tak nak jadi hipokrit, sebab walaupun sekarang ni aku tak kaya (sama je laki bini selalu dintis), aku selalu cakap dengan orang disekeliling, "Ala apa nak takut, aku keje, apa-apahal kalau laki buat pasal takde takut sangat". Aku dah ada unsur-unsur negatif. Sebenarnya aku ada banyak unsur2 negatif yang lain.

Aku teringat tentang seorang cikgu Add Maths aku masa aku sekolah dulu. Bagi aku kalau cikgu Add maths ni memang terer la kan. Dia masuk kat sekolah aku masa aku form 4. First impression aku, cikgu ni pandai, dari keluarga ado-ado, berlagak skit, orang KL dan masa tu dia bujang. Aku takut dengan dia ni. Dia penah citer, sebenarnya mak ayah dia suruh dia belajar medical, tapi minat dia dekat Maths, setahu aku dia ada master, tak tau la kalu sekarang dah ada PHD.

Apa yang gempaknya dan menjadi perbualan kat sekolah aku ialah cikgu ni bercinta dengan PAR kat sekolah aku tu (takde salah jadi PAR pun, cuma situasi je yang buat aku terkagum skit). Pendapat aku terhadap silelaki ini dia seorang yang ada happy go lucky, aku dulu pun selalu buat lawak2 bodoh ngan dia, selalu jadi mangsa sakat ngan cikgu2 atau pekerja sekolah yang lain.

Last aku jumpa diaorang 4 tahun lepas, masa tu diorang dah kawin, dah ada 2 orang anak lelaki. Macam mana diorang handle, aku tak tau, tapi masa mula2 nak kawin mendapat tentangan dari family cikgu tu.

Aku faham jodoh adalah kuasa tuhan. Cuma aku rasa ia nampak macam bernasib baik dari satu segi, tetapi juga adalah dugaan yang besar dari satu segi. Bukan calang-calang orang yang boleh handle situasi ini. Dan aku sehingga saat ini tidah bersedia menjadi perempuan kaya atau waris kepada kekayaan. Aku amat bersyukur dengan apa yang ada sekarang. "Ya Allah, barulah aku tahu kenapa kau jadikan aku begini, rupanya aku bukanlah orang mampu menghadapi dugaan yang seperti ini".

Actually, aku pernah dan selalu berangan jadi anak orang kaya, hahahaha.... PECAH LOBANG! Especially, time2 mak abah aku tak nak bagi apa yang aku nak, masa aku belajar2 dulu.

Aku adalah perempuan dari keluarga yang sederhana, tahap pelajaran yang sederhana, mempunyai pekerjaan yang sederhana. Berkahwin dengan lelaki dari keluarga yang sederhana, mempunyai tahap pelajaran yang sederhana dan pekerjaan yang sederhana.

Tapikan aku dari dulu sampai dot dot dot selalu berangan nak kawin ngan orang kaya. AHAKKSSSSSS!

Monday, October 27, 2008

Dengan ini saya disahkan.......

Aku macam nak menyorok bawah bantal je sekarang ni. Apa taknya lepas aku buat N3 ala2 lucah skit, pastu aku buat N3 ni.

Minggu lepas aku tak bape nak sihat. batuk2 skit!

Sebagai seorang perempuan yang bersuami, sebelum mengambil sebarang ubat harus, menimbang tara segala kemungkinan.

contohnya:
Mengandung ke tak? kalau tak pasti,
Dah lewat ke blum?
Kalau dah lewat, harus pegi check dulu.

Dalam pengiraaan aku memang dah lewat seminggu masa tu, so aku pun check la.
ALHAMDULILLAH.. POSITIF pregnant!

Terima kasih atas ucapan tahniah korang, confident je aku yg korang nak ucapkan tahniah!

Macam biasa family aku dan belah somi tak heran aku pregnant, sebab aku selalu pregnant. HAHAHAHA! Kali ini adalah kali ke 4 aku pregnant, yang jadi nya baru 1.

Excited tu ade la skit, tapi seram yang lebih hehehe.. ngeri
la weiii ngingatkan saat2 keguguran tu.. ayoyoyo!
masa first time gugur 2004 tu tak sakit sgt cuma aku stress je.
Tapi yang aku gugur Nov 2007 memang sakit woo, kalah beranak!

Kenapa aku asyik gugur je?
Yang 2004 tu aku berlari kejar kawan aku kat KLIA, balik tu terus gugur.
2007, janin tu memang tak jadi.. tak rezeki.

Untuk pregnancy yang kali aku berserah pada rezeki, kalau ada rezeki adalah, kalau takde nak buat macam mana. Aku macam dah leh managed FEAR FACTOR aku ni.

So, aku mintak maaf kat korang untuk beberapa ketika ni aku agak sunyi skit di arena blog2 ni dan kurang buat lawatan sambil belajar kat umah2 korang..sebab aku rasa macam mual, mengantuk, sakit bahu skit!

Oh ye! kemungkinan aku akan bersalin pada 20 JUNE 2008, aku rasa macam sama ngan JILL.. yeke Jill?

Monday, October 20, 2008

ENRTY 18SX : Antara aku dan Sex.....

Seingat aku lah, aku tahu pasal sex secara lite2 masa aku TADIKA. Masa tengah lepak2 umah Zihan (jiran aku masa tu umur dia 5 tahun) dengan kengkawan yang lain Izhar, Sara dan Nora, aku tak tau idea sapa, ajak kitaorang mengintai kakak zihan yang baru kawin. Alasannya kalau orang kawin tido, nanti diorang cium-cium pastu peluk-peluk. Pastu kitaorang ramai ni, mengintaila dekat depan pintu. hehehe... Tetiba tengah sibuk tu, Ayah Zihan jerkah kitaorang dari belakang. Apalagi, larikla kitaorang sampai tak cukup tanah. Tapi masa tu pengetahuan aku sampai takat peluk2 ngan cium2 je lah.

Bila dah darjah 3, Ada seorang kawan sekelas aku yang paling baik dan pendiam (sekarang dia jadi Cikgu) hehehe, bawak satu buku lucah yang di jumpa kat belakang umah jiran dia, bertajuk JANDA KL, satu kelas baca, nasib baik tak kena apa2 dengan cikgu. Tapi, honestly masa tu aku tak paham sangat apa yang nak disampaikan dekat buku tu, hehehe... confiusla sekejap.

Tapi yang aku betul2 paham kaitan SEX dalam kehidupan kita ialah masa darjah 6. Masa tu aku tengah lepak2 ngan kawan aku kat kedai dia (kedai dia depan sekolah, umur dia 4 tahun lagi tua dari aku), tetiba aku cakap macam ni, "Wirda, ko suruhla mak ko mengandung lagi, nanti bestla ko ada adik?".. Lepas tu dia jawab, "Mana boleh mak aku mengandung lagi".. aku confius "Apasal pulak?"... "Bodohla ko ni, Mak aku mana ada suami, mana boleh mengandung?"... Aku betul tak paham masa tu, pastu diapun explainla ngan aku macam mana proses persenyawaan tu terjadi... Barulah aku paham.

Masa first year kat UPM, masa tu umur aku 18 tahun, abah aku belikan aku komputer. Aku memang dah lama gila teringin nak nengok CD lucah hahaha... Bersungguh aku carik supplier, hehehe... Dapatla sekeping CD lucah Jepun. Reramai la aku ajak nengok CD tu kat bilik bernombor 002 Blok Cermai, Kolej Kediaman ke 6, UPM sessi 1997/1998. Kebanyakannya first time nak nengok. Masing2 berdebar nak nengok.. kih kih... Of course la aku yang depan sekali, tukang kontrol mouse ngan speaker... hehehe.. Sekali buka, hampa! semua dibahagian alat sulit tu diblurkan... Sundel betulla...

Tapi aku tak putus asa, aku carik lagi CD blue tu bersungguh2, akhirnya dapat. Reramai lagikla mengerumuni bilik aku, kebetulan masa ari tu, ada semburan nyamuk sekeliling kolej, punyalah khusyuk, tak sedar pun tinggal kitaorang je dalan bangunan tu, orang lain semua dah kuar hehehe.. Sedar2 ada bau busuk jer.. kih kih... Tapi masa tu puashatilah dapat tengok dengan jelas. Sejak aritu bermula lah era bilik aku jadi markas... kah kah.. Serius, aku tak berani nak tengok CD lucah sesorang, sebab aku takut ternaik nafsu, kalu tengok reramai tak kisah sangat, sebab banyak bercakap.

Satu ari tu, aku lepak umah hamba Allah yang sorang ni, masa tu dia baru kahwin, jadi aku lepak kat bilik belakang yang ada komputer. Rezeki aku agaknya, terjumpala aku satu beg berisi CD lucah. Apalagi aku pun rembatla, senang keje aku tak yah susah mintak kat orang CD, hehe aku dah ade stok sendiri.. ngeh.. ngeh.. So, setiap kali aku datang umah hamba Allah ni, aku pun pulangkan CD yang aku ambik dulu, so aku ambik CD baru. Semua tu tanpa pengetahuan mereka suami isteri.

Dalam banyak2 CD tu, adalah CD yang best sikit, so, bila dah semua geng2 aku tengok, aku pun bawakla ke rumah kawan aku (semuanya nurse).. So memasing excited, banyak kali nengok, Ntah macam mana, VCD player tu bengong agaknya, tertelanla CD tu. Wah! aku sangat gelabah okey, nak mintak tolong kedai betul kan segan. last2 kitaorg biarkan je dalam tu... kih kih..

Tapi sekarang ni dipaksa tengok pun aku belum tentu nak tengok, malas! silap2 kalu Datuk Shahrukh khan bogel pun aku suruh dia pakai baju ngan suar balik.. hehehe.. No feeling..

Bagi aku sex ni ibarat makanan, syaitan ni ibarat bahan perasa, masa belum kawin pandangan kita terhadap sex ni satu bende yang seronok sangat, sebab ada syaiton yang jadi bahan perasa. Tapi bila dah kawin, semua syaiton lari, sex ni umpama kewajipan. Healthy food kan tak sedap! huwawawawa!

So, kepada adik2 yang terbaca N3 ni, tak salah untuk explore apa itu sex? tapi make sure understand dengan betul2. SEX bukan semata2 untuk berseronok tetapi adalah anugerah dari tuhan untuk hamba2nya, dimana taggungjawab yang besar diperlukan untuk mengendalikan sex.

Dan kengkawan sorry about this N3, I know it is not a suitable topic, but I can't stop myself to publish it.. so ENJOY..

Thursday, October 16, 2008

SELAMAT HARI LAHIR... Tambah tua ko yerr... ermmm aku muda lagik!


Hari ni bersamaan 16 OKTOBER 2008 ni, hari lahir budak sengal nama Siti Khuzaimah...
Insyaallah dia ni kawan sejati aku sampai bila2..
DAh lama kenal dia ni...
Sejak tadika sampaila sekarang ni dan akan berterusan..
Masa dulu tadika umur 6 tahun, sekarang umur dah 29 tahun
maksudnya dah 23 tahun berkawan dan masih seperti dulu
Perasaan tu masih sama cuma kena sesuaikanla dengan keadaan... uhuk..uhuk...
Ktaorang sekelas masa TADIKA...
Masa darjah satu sampai Darjah 6
Tak sekelas masa Form 1 smpi form 3 (Tapi aku slalu sneak out gi kelas dia... tu yg x bape nak cerdik tu... asyik ingat nak main je..)
Sambung balik sekelas masa form 4 sampai form 5..

Bermulanya perkenalan tu dengan sadisnya...
Masa tu 2nd day Tadika...
Motor mak aku ngan motor mak Jemod ni sebelah-menyebelah...
Dia pegang satu cokolat yg panjang tu sambil makan...
Sekarang dah takde, dulu rege 2 kupang je...
Gua terliur Hokey.....
Aku pun mintakla dengan selambanya...
dengan eksyennya, dia tak bagi..
Dia cakap, Tak boleh ni mak saya beli....'
Dah tentu2 mak ko yg beli setan! mana ko ade duit time tu walaupun 2 kupang je..
Eksyen ngan aku..

Masa darjah 1, ade bende yang buat aku nak pukul dia.. Terjadi kat sekolah Agama...
Akak aku si Cakapkosong ni, masa tu dah otai...
Agaknya musim tu, musim ukir nama kat pensel..
Adela pensel dia ukir nama ELMELY..
Sebagai seorang budak yg kekwat, harusla aku bawak pegi sekolah.. menunjuk-nunjuk!
Esoknya pensel aku hilang... tetiba lak si Jemod ni ade pensel berukir nama ELMELY ..
Aku mintakla... Ade ke patut dia kata kat aku, abang dia yang ukir nama Elmely...
walaupun masa tu aku kecik lagi, tapi aku tak mudah tertipu OK...
Mati2 dia tak ngaku.. Pund**s betul!
Korang caya tak, dia mengaku masa tu kitaorang dah besar ni...
Memangla aku sakit hati... dahla tu mengaku sambil gelak2..
Aku masa tu membebel macam mak nenek...

Seingat aku kitaorang tak penah berkrisis lagi..
Ade sekali, bergaduh sebabkan pen, masa darjah 6..
tak lama pun dalam setengah jam je..


Actually... antara aku ngan si Jemod ni..
Totally different..
sebab berbeza tu la agaknya boleh serasi kot..
saling melengkapi antara satu sama lain..
Dia suka tido macam babi, aku lak jarang tido..
Sebabkan ketidoran dia tu, kengkadang aku suka gak pekenakan..
Contohnya masa bulan posa baru ni...
Aku dari pekan sungai besar, lalu depan umah mak dia, nampak la kete sisengal ni..
Apalagi menyinggahla...
Tengok minah ni tengah tido, anak2? takpe laki dia ade tolong tengokkan..
aku kejutkan..
Boleh dia cakap, "ko cakapla, aku ni tutup mata tapi telinga aku dengar.."
Aku tak kira, aku kejutkan gak, sambil gosip lite2 ngan mak dia (aku ngan mak dia ngam)..
Dah segar bijik mata dia, aku blah... hehehe! padan muka..

kawan aku ni, yang paling best tentang dia,
kalu kita cerita tentang problem..
Dia tak penah nak tolong selesaikan..
tapi di menjalankan tugas dia sebagai seorg kawan iaitu
Mendengar dan bagi sedikit pendapat bila perlu..
Salah satu nasihat dia yang mengubah hidup aku ialah
"Tiapkali berdoa untuk pasangan hidup, cukupla dengan berdoa dipertemukan jodoh yang baik dan sesuai untuk kita, walaupun masa tu ade boipren... tak kisahla kita tak berapa suka sangat,
tapi itu adalah terbaik"
Jangan tak caya dengan cakap dia tu, meroyan aku yang dah berminggu2, terus okey, dan aku nampak jalan aku dan pegangan hidup aku...
Dan yang paling best, dia dapat husband yang bagus... berkat doa dia sejak remaja...
Gatal ko ye, kecik-kecik dah doa pasal jodoh.. :P

Bila dah masuk U, aku kat UPM, Jemod kat USM..
Aku rasa kehilangan skit..
time first year tu susah skit..
banyak kawan kat keliling tapi
takde feel.. kitaorang still contact, guna surat.. hehehe..

Akhir kata kepada PUAN Siti Khuzaimah,
Semoga berbahagia disampaing DR Mohamad Khairizam ,
Dan kedua-dua anak yang tersayang Ahmad Khabir dan Siti Khalisa...
Terima kasih jadi kawan aku selama 23 tahun ni...
dan aku harap walaumacammana pun keadaan ko atau aku, tapi dalam hati kita tetap sama...
Best ye zaman kita kecik2 sampai remaja tu.. sekarang best jugakkan

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29.. All the best!

Tuesday, October 14, 2008

Bola kecik dalam lubang hidung, hidung sapa? bukan hidung aku.... korang ingat aku xde keje lain ke nak masukkan bola kecik tu...

Hari jumaat lepas tengah aku bersiap2 gi keje, sambil feeling2 raya yg masih menebal jiwa dan feeling itu bertambah tebal sebab aku tem tu pakai baju raya hokey.... Masa aku nak ke jamban sebab nak gi berak.. sakit perut! Aku nampak ameer tengah pegang bola kuning kecik, bola tu peluru tembak cicak.. bola plastik je.. Sebab dh nazak sangat dan aku takut terburai kat situ ngak, aku x ambik la bende tu..

Selesai je, bisnis juta2 tu, aku tanya si Ameer anak ku yang amat ku sayangi itu..

Mana bola kuning kecik tu?

Ameer dah masukkan dalam hidung Ameer...

What the fuck.. seb baik anak aku tak paham... aku suh dia baring, dia refused... pastu aku bagi susu, dia otomatik baring...

Tu dia, dapat kulihat bola kuning itu didalam lobang hidungnya... tetiba aku meroyan! hangin... aku belasah dia sedas dua...

Punyalah nak cepat gi klinik, ameer pakai suar terbalik pun aku x pasan.. Seb baikla kitaorg dah mandi..betul! aku tak tipu.. Masuk jumpa doktor, dr tu ble ketawa.. sebab ni kali kedua ameer buat perangai camtu.. Bila Dr tu suluh2 dia tak dapat tgk.. Dia advise jumpa pakar kat SJMC...

uwahhhhhh.. tak hengat, IK bawak anak dia gi jumpa pakar kat SJMC.. Apa korang ingat aku banyak duit ke.. kalu aku banyak duit, xdenya aku beranak kt hosp klang.. hehe.. Ala aku gi SJMC pun sebab tempat pakyob keje tu guna ING, ble cover kitaorg anak beranak.. harap company aku, mcm taik! ble claim RM30.00... bodoh piang!

Kalu dah namanya pegi SJMC harusla aku mcm feeling org ado2 walaupun dalam purse ade 30 hengget.. hehehe.. SJMC ni tempat parking dia kalah spital kerajaan.. punyalah jauh! DAhla bapak punya lama aku tunggu DR.. macam tunggu DR kat spital kerajaan je... Sesambil tu aku SMS pak yob, bagitau perangai anak dia... dah sejam gitu, baru la ameer dipanggil, dr tu check, dia kata bola tu ble dicungkil kuar.. seremmmmm gak aku nengok alat dia..

Untuk tak nak bagi Ameer bergerak, nurse lilit badan ameer ngan selimut panjang, aku lak duduk atas kerusi riba ameer dan kepit dia kuat2.. nurse pegang kepala ameer... hehehe meraung dia... PADAN MUKA, sapa suruh buat pangai2.. DR. ENG PENG CHUA, ENT specialist tu pun cungkil idung dia... 10 sec dah kuar... hehe lega aku... Ameer lak, nangis tak sudah2..

BAPE la agaknya diorang charge untuk keje 10 sec tu kan? emmmmmmm... lantakla, jgn suh aku bayau dh le..


Tengokla muka budak yang masukkan bola kecik tu... hehe yg kelako DR tu siap takutkan ameer, dia kata kalu ameer buat lagi nanti dia potong nose ameer... menjerit dia, sambil cakap tak nak buat lagik.. TAU TAKUT...


Aku sampai sana kul 8.30 am, siap kul 11.00 am... terus hantar ameer gi umah akak pengasuh tu, aku lak terus gi keje... Yang hampehnya, Pakyob yg xde kene-mengena ni lak dapat balik kul 1pm... siot betul.. sebab time aku sms tu dia ade meeting, apalagi amik kesempatan la... walhal nan ado, balik umah dia tido..

NOTA TAPAK KAKI GAJAH:

Actuallykan, nak aku marah Ameer tu nakal sikit, aku kena ingat Ameer tu dari gen2 aku... Bila tengok dia sekarang ni aku tingat masa aku kecik... uhuk! uhuk! Dulu aku penah stapler jari dan jahit jari guna mesin... KO ingat tak CK?.. Aku ingat lagik ramai orang tegur aku (ntahla aku pun dah lupa sape?) , JANGAN NAKAL2 SANGAT NANTI KALAU DAPAT ANAK NAKAL. Aku bukan nak insap pun, aku gunakan balik pesanan tu untuk lawan balik abah aku.. Bila dia marah aku menakal, aku mesti cakap "ALa angah nakal ni, sebab abah masa kecik nakal" Sekali amik ko... anak aku nakal skit... Tapi kalu ikut pangai aku je, setakat nakal je la... no problem.. yg aku takut tu, kalau lebih dari itu.. Tapikan kalu ade time machine kan, aku tetap nak menakal gak, barula happening zaman kanak2 dan remaja dan sekarang ni... PEACE!.. Senang kata IK is happy being HERSELF no regret so FAR, it doesnt matter either good or bad experience!

Monday, October 13, 2008

Kalau aku dah tua, aku takut...

Balik kampung raya kali ni amat berbeza dengan dengan tahun lepas...

Tahun ni..
Pak mentua aku, dah tak mampu naik motor
Uwo chiok (adik nenek aku), dah tak mampu naik basikal
Aci (pak cik aku) pun dah tak mampu nak bawa motor
Opah, pergerakan sedikit parkinson.. menggigil..

Ya.. Aku sangat takut menjadi tua bukan kerana tak cantik lagi tetapi aku taku sebab hilang keupayaan untuk berdikari.. Amat takut!

Pada satu tahap, satu demi satu keupayaan kita akan diambil tuhan....

Aku harap kalau aku dah tua nanti aku akan berdikari sehingga mampu.. atau pun aku berharap semoga masa tu society kita mempunyai kesedaran untuk support orang-orang tua untuk lebih berdikari...

Tapi kalau menjadi orang yang bergantung kepada suami pun amat menakutkan.. iskh dibuatnya tetiba laki hilang keupayaan atau mati atau kawin lain.. tak ke haru...
Selama ni tak penah bawak kete ke atau motor, harapkan suami bawak je, tetiba kene buat sendiri... menangis weii... ngeri tu.. Nak harapkan anak2, diorang jauh atau ade komitmen lain..

Bila dapat melakukan sesuatu menggunakan tulang 4 kerat ni, itu adalah sesuatu anugerah yg paling bermakna....

Sorry uoll, aku ni saje je menyarut, because aku ngeri nengok fenomena yang berlaku dekat orang2 tua disekeliling aku...

Alamak!

AKU JALAN2 RUMAH KENGKAWAN BLOGGER, LAYAN KISAH DORANG...

TETIBA AKU NENGOK JAM DAH KUL 12.30 MALAM..

DAH LEWAT NI...

AKU AMIK KEPUTUSAN NAK BUAT N3 NI,

SEBAB AKU X SEMPAT NAK REPLY KOMEN...

AKU JUGAK X SEMPAT NK BUAT N3...

ADE BERAPA CERITA NAK KONGSI..

TAPI MATA NGANTUK DAH NI...

ESOK NAK PEGI KEJE..

OOOOOOHHH.. AKU ADE IDEA, ESOK AKU UPDATE KAT OPIS LA!


EMMMM.. GOOD NITE, SWEET DREAM!

Tuesday, October 7, 2008

Kemalangan jiwa - Edisi haiwan

Sebenarnya aku x sengaja nak buat statistik dan pemerhatian..
Almaklumla kebanyakan masa aku time raya ni dekat atas jalan..
Selain aku tertengok kemalangan antara manusia..
Aku jugak dapat lihat versi haiwan!

Kawasan yang terlibat ialah SUBANG JAYA -> PORT KLANG -> MERU -> KAPAR -> KUALA SELANGOR -> TANJUNG KARANG -> SUNGAI BESAR -> SABAK BERNAM -> BAGAN DATOH

Haiwan2 yang telah menemui ajal ialah:

  • KUCING : 6 ekor
  • ANJING : 3 ekor
  • ULAR : 2 ekor (seekor tu aku yang langgar lari)
  • AYAM : 2 ekor
  • MEMERANG : 1 ekor
Oleh itu wahai kengkawan marilah kita berhati2 ketika memandu...

Monday, October 6, 2008

Bumper RAYA..... atau lebih dikenali jadual harian aku di hari raya!


SALAM Korang..... aku disini masih bercuti lagi... ngahahahahaha!
Meh kita lihat jadual aku sepanjang bercuti panjang.....
27 ramadhan

Lepas berbuka, aku terus chiow gi umah CK amik adik bongsu aku, sebab CK amik dia subuh tu kat hentian putra... Husband aku tak ikut balik sebab dia keje lagik! Lepas borak skit2 tu aku pun gerak lak amik opah aku kat Port Klang.... hik hik.. sian opah aku tunggu aku lama... Sampai kampung dekat2 kul 12 malam...

28 ramadhan

Memulakan hari dengan semangat waja nak siapkan langsir yang bertahun tak siap tu, mampus aku kena sumpah kang ngan abah aku... dah siap separuh, aku pun nak take 5, last2 aku take berejam2, sebab aku layaan cite jepun... hambik kau sampai la ni langsir aku tak siap lagik.. huhuhuhu!

29 ramadhan

Aku kena amik pakyob kat subang, dalam pale otak ni macam nak pegi shopping je, almaklum le baju ade satu jerrr.. Ameer tinggal kat mak aku jab... sepanjang jalan tu aku pun pantang jumpa ATM je mesti nak check gaji dah masuk ke belum... tapi aku hampa still lagik masuk.. huwaaaaaaaaaaaaa,,,, kecewa sial! Dahla aku janji ngan abang ipar aku nak jumpa kat depan Jaya jusco bukit tinggi sebab dia nak kirim duit singgit2 kat mentua aku... Ntah macam mana rezeki aku nak shopping walaupun ciput, tetiba aje abang ipar aku bagi seratus, dia kata tu duit pak yob tapi dia lupa tukarkan singgit2... Aku punyala tersenyum suka... dulik aku pak yob bagi ke tak? yang penting aku lenjan dulu, kat tangan aku ade lagik seratus.. Dan2 tu gak aku pusing kete masuk JJ bukit tinggi... lesapla duit tu.. aku beli kasut vinci longgok, 2 pasang.. ngeh ngeh.. pastu baju sepasang... balik umah tu, pak yob ajak gi melawat bank2 kat TAIPAN tu (bayar hutang.. hehehe).. Temankan dia makan (aku dah lenjan Big Apple masa berbuka tu... tapi aku x bagi dia), siap2 aku pun hantar dia gi keje (dia keje malam, masuk kul 11).. senang skit esoknya aku terus amik dia...

30 ramadhan

Sesubuh ari pak yob tepon, kejutkan aku la tu... siap2.. Alamak! tetiba sakit perut... jam dah kul 7.. Msg jab mamat tu.. tengah drive, ada msg, pak yob msg, "Kalau awak x sampai 7.30, saya balik naik teksi".. amboi! eksyen nye... kang aku berak dalam kete ni baru tau... buat derkkk je, malas layan. Sampai sana,singgah dulu sungai besar rembat sikit duit pa yob nak beli baju, dapat la aku dua pasang RM110.00. lepas tu terus gerak pegi umah mak dia.. borak2, balik umah mak aku kul 12.30 mlm.. Seb baik si CK tak tido lagik, sibuk dia layan tenet... gosip skit2, ngumpat laki aku dan laki dia skit2.. pastu tido!

1 syawal

SELAMAT HARI RAYA!
Siap2, gi umah mak mentua aku, jalan raya... kul 11.30pm balik umah mak aku, sekali lagi CK bukak pintu sebab dia bertenet... borak2, aku sambung lak nengok cite jepun SEITO SHOKUN sampai lebam.. terus tido..... PAk yob tido kat bilik, aku ngan ameer tido kat ruang rehat kat dapur.. aku memang suka tido kat situ, macam2 ada... astro, internet, jamban, makanan dan komik dua almari...


2 Syawal

Aku bangun kul 9.30 pagi itu pun sebab ameer kejutkan , pak yob tengah minum, muka macam gergasi jeling aku... aku buat muka sempoi , mandi slow2... Pastu gerak umah mak mentua aku.. jalan raya... Last sekali lepak umah kakak ipar aku... diorang semua pakat2 nak gi umah mak aku... pak yob lak sibuk nak gi umah mak dia... siap bawak ameer lagi... Tak pe, aku ade agenda baik.. Aku tumpang kete anak sedara dia... layan diorang serba serbi... pastu time diorang nak gerak balik umah mentua aku, aku pakat dengan diorang, suh cakap ngan pak yob aku tak leh nak ikut gi umah mentua aku, ade sedara datang... HAHAHAHAHA... tak tunggu lama, aku tido sampai kul 9.00 malam... ngantuk oooooo... penangan cite jepun.. SEMBAHYANG? aku kantoi! Mak aku tak dapat kejut aku kunci bilik.. ngahahahaha... Lepas bangun, mandi2, sambung tengok cite jepun... tepon pak yob suh amik... lepak2 jab, sebab umah mentua aku ada lagi kak ipar aku... TIDO!

3 syawal

Pepagi lagik aku ajak kak ipar aku gi market... tapi kita orang pegi gi kul 11.30 am.. kul 12.30 pm aku balik umah mak aku sebab kul 2.30pm nak antar adik aku pegi bus stand, ameer tak nak ikut... bagus! aku ada agenda! sampai umah mak aku sambung lak nengok cite jepun yg lain tajuk JOTEI... best sial! antar adik aku, temanan opah aku buat gigi palsu, cabut balik! sambung balik ngok cite JOTEI tu, dekat2 kul 7 sampai umah mentua aku... hehe.. bagi alasan tertido!.. tak berani aku nak cakap aku sibuk nengok citer jepun.. mampus! tak pasal aku kena SOUND kang!

4 syawal
bangun pepagi! siap2, aku balik umah mak aku, sebab dah janji nak bawak opah ngan mak aku gi bagan datoh, kmpg Opah aku.. Aku x ajak pak yob, malas! balik dari tu terus gi umah mentua aku, sebab pak yob ajak balik subang ahad dia nak keje.. hehehe.. abang ipar aku dah sampai... Aku sound diorang laki bini sedas... dua das! apsal aku sound diorang? nanti aku citer next N3... Kul 10 pm gerak umah mak aku sebab nak amik baju yg tertinggal.. last2 tertido... huhuhuhu! Sebelum tu aku tengok cite jepun tajuk papa to musume no nanakon...

5 syawal

Pak yob kejutkan aku... siot betul, dikuis bontot aku ngan kaki... nasib baik laki... kalu orang lain mau aku lempang... Siap2, Balik berdua je, sebab Ameer tido lagik... Lepas sarapan kat mamak, aku terus choww, tapi aku x terus balik kampung, aku singgah Jaya Jusco Bukit raja... HAHAHAHA... kali ini aku ade duit... Malam raya baru duit gaji aku masuk.. ngahahaha.. aku pun beli baju keje... sedih weiiii, baju aku size XL, suar lak size XXL... bahagian montot aku x leh diselamatkan lagik... balik umah, mak aku lak ajak gi umah mentua.... aku ikut je la... Malam tu aku khatamkan cite papa to musume no nanakon.

6 syawal

Setelah tersentap masa try baju kat JJ, aku pun berpuasa ari ni, siang tadi aku temankan opah aku beli tepon baru... hahaha siap ade camera dan bluetooth lagik... hahaha kelas Opah aku... Ni aku baru balik beraya umah Deena, bergosip2 lebih kurang... Ok la korang selamat bekerja... gua ada lagi cuti 2 hri... hehehe... Adios!


Tuesday, September 30, 2008

1 Litre Tears

Pepagi lagi aku dah bangun tido, kengkonon nak siapkan jahitan langsir yg aku memang janji ngan abah aku nak siapkan ari ni... Lepas jahit sesikit tu aku gi layan tenet jab... tengah sedap bertenet datang la pulok raksasa mengacau ketenteraman, almaklumka notebook yg bley online satu je, yang nak guna ramai.. Harus berebut!
Pastu ntah macammana bleylak dia suh aku nengok drama Jepun (bila aku nengok drama tu, leh la dia bertenet)... Tajuk cerita 1 litre Tears...
Oh my god, cerita ni betul2 buat aku terkasima, inspiring sangat... ade 11 episode, Boleh dikatakn sepanjang cerita tu, airmata aku berjujuran... Bagi aku cerita sangat bagus ubtuk ditonton... Ialah memang kita tahu sebagai manusia, kita harus bersyukur dengan pemberian tuhan, tapi kebanyakan waktu, kita terlupa dan selalu bersungut.. Setidaknya dengan ade cerita yang seperti ini kita boleh menilai semulasegala tindak tanduk kita2 ni dan berusaha untuk lebih menghargai denagn apa yang kita ada...



This drama is based on the real-life struggles of a 15-year-old girl named Aya Kitou who suffered from an incurable disease, but lived life to the fullest until her death at 25. The script is based on the diary Aya kept writing until she could no longer hold a pen. The book that later followed entitled One Litre of Tears has sold over 1.1 million copies in Japan alone. Aya Kitou proved her courage and positive attitude towards an uncertain future when suffering such an illness, spinocerebellar ataxia. The drama spans a decade, during which she graduates from school while her conditions worsen.

The story begins as Aya prepares for the new semester. Despite being happy, she suffers from slight physical problems, which only her mother seems to notice. However, one day, she falls unconsciously on the floor.

After she is sent to the hospital, she is shortly diagnosed with the disease. Despite the fact that she is diagnosed with the terminal illness, she does not lose the will to survive.

She still makes friends with others, including her first love, Yuji. She later develops an interest in Haruto. Although somewhat cold, Haruto was still kind to her. Meanwhile, her health continues to deteriorate.

Knowing that she will not survive for long, she returns the gift Haruto has given, who discovers the fact when he reads the love letter that Aya gave him.

Akibat dari aku menonton crite ni, korang tau tak ape yang terjadi dengan aku pada 28 ramadhan tu? Langsir yang aku nak jahit tu terbengkalai, aku mandi pagi pukul 4 ptg, kena bebel ngan opah aku, mak aku masak sengsorang, tisu umah aku abis dan mata aku bengkak... Kalau orang nengok mata aku masa, mesti orang ingat aku bergaduh ngan laki aku.. wahal nan ado... hehe.. So aku nasihatkan korang tengok time lapang!
Ok ! korang selamat menonton dan menghayati...

Sunday, September 28, 2008

should I say sorry? ehmmmmmmmmm ooooooo... urmmm

Of course la kan sempena raya ni memang patutla berminta maaf. Walaupun tak kenal secara face-to-face, tapi secara maya pun kekadang ada buat silapkan, menyakitkan orang lain ngan tulisan tak kiralah sengaja atau tak... huhu..
Setelah dua bulan aku involve dunia berblog ni aku rasa best sgt, apalagi sejak akhir2 berkenalan ngan blogger yg kepala gila-gila... wah! syiooooooooook woooo.... macam haremm je... I loike..... Aku rasa macam baca majalah GILA-GILA aje bila baca blog korang... But sometimes aku macam baca section dicelah-celah kehidupan pun ade gak (bila time korang meroyan la.. hehehe)... but terkadang aku terasa macam baca majalah MANGGA, ni bila kak bed ngan kak senduk buat POSE mautla... BIla dah dekat2 nak raya ni aku terasa mcm baca majalah SAJI, apa taknya bermacam resepi korang buat sebagai N3... Tak lupa gak aku seperti baca majalah WANITA bila aku membaca petua2 yang korang bagi.. Dasyat korang yerrr.... Aku tak payah beli majalah, korang semua boleh memenuhi kehendak aku... Thank you Uoll..
So sempena bulan yang mulia ni aku nak menyusun semua jari jemari aku untuk bersalam ngan korang, walaupun tak dapat buat2 betul2 kita secara virtual je la ye... Mintak maaf la korang mencarut, mencerca tu bahasa harian aku, seperti irama dan lagu, aur dan tebing , rumi dan juli... hehe..

Nampaknye sunyila bila time raya ni, memasing sibuk beraya la katakan... Tapi aku rasa aku xde cuti dari berblog kot, cuma kurang aktif saja... Bukan apa, kes berebut dengan adik badik nak guna Internet.. hehehe..

Sungguh aku tak sangka, saat2 akhir puasa ini aku dapat kad raya dari RUDY dan VICKY, dan sebekas kuih raya dari VICKY...Macam best la... Tak caye? meh tengok gambar kat bawak ni... nampakkkan... Tersenyum aku sampai kepetang...






OKEYLA KORANG SELAMAT BERHARI RAYA DAN JANGAN SAMPAI LUPA DIRI! ... KALAU LUPA DIRI HABIS LA KORANG GEMUKSSSSSSS LA JAWABNYA NANTI.. :00 HEHEHE
BYE!

Friday, September 26, 2008

Dia sudah pandai

Semalam Pakyob (bukan Yeop yang jadi rebutan antara Cokolat, Kak Bed dan Kak senduk tu.. Kak Jah ko join sekali tak ngan dorang ni?) takde kat umah, aku ni pulak balik lambat mcm x sempat je menyinggah ke pasar ramadhan... Jadi one two go aku rebus je maggi perisa asam laksa buat juadah di bulan ramadhan ni.. Sedih? xde maknanya, best adela.. maggi is my feberet!
Si Ameer Semalam buat pertama kalinya anak aku yang comot itu telah makan mee, itu pun maggi.. hahahaha.. Tengok gambar tu.. alalala mocok ibu... excited u olls dia makan.. Mula2 dia tengok aku makan sampai telan2 air liur.. pastu hidu2, pastu mintak ngan aku nak sikit... pastu bertambah dan bertambah lagi sampai setengah dia balun.. Siap cakap" SEDAPNYA IBU MEE NI"..


Untuk pengetahuan korang semua, anak aku ni tak makan nasi, mee dan bende2 yang lembek... Kalau aku makan nasi memang aman la dia tak de mengacau.. dekat pun dia tak nak... dia lagi takut nasi dari rotan.. aku senang je kalu dia nakal2 aku ugut nak bagi nasi.. memekik melolong takut... hehe..

Actually masa dia umur bulan2 tu aku bagi makan bubur nasi, tapi bila dia dah setahun tu mula tak nak makan nasi, sup dan nestum.. dia macam jijik.. korang bayangkan la dia makan susu semata2.. Nasib baik akak kat nursery Ameer tu bijak dia buatkan tempe goreng... jadi tiap2 arila si Ameer ni balun tempe.. Jadi jawa sekejap.. takpe kat sijangkang tu mudah carik tempe.. Pastu kitaorang ajar makan ayam, ikan, keropok, tapi mesti goreng.. berkolestrol betul anak aku ni.. Makan milih lak tu.. Sabo je yerrkk, itu ikut pangai bapak dia.. aku babi dan sekutunya aja tak makan.. ngeh ngeh..

Ada suatu hari tu aku bawak dia schedule check up (sekarang ni dah 6 bulan) kat Sijangkang.. Jadi nurse ni ajak sembang2 la (masa ni Ameer baru tau cakap sikit2)..

nurse : Apa nama adik?

Ameer : Ameer.

Nurse : Ameer dah makan?

Ameer : Dah, akan tempe, ayamm..

Nurse : Makan dengan nasi ke?

Ameer : tak! nasi yerrrrrrrrrrkkk... (kuat gila dia menjerit)..

Korang bayangkan la boleh dia kata nasi yerkk, macam hina sangatla nasi tu.. Aku memula tu konon2 tensi la anak aku tak makan nasi.. Siap mengadu domba kat makpak aku, Pastu mak aku ingatkan aku.. Actually masa aku kecik2 dulu aku pun tak makan nasi hehehe.. sampai sakit2... Tapi aku takde la macam Ameer nampak nasi macam nampak hantu.. hehehe..
Lepas ni bolehla aku tambah menu mee yg lain takkan nak bagi Mee Maggi kot.. dan kena la aku makan maggi time dia tido, kan orang kata budak x elok makan maggi... uhuk! uhuk! ... Aku masih lagi mencarik idea camne nak bagi dia makan nasi..

Wednesday, September 24, 2008

Misteri sape intai aku mandi?

Cerita sebenar mengimbas kenangan lalu! seingat aku kejadian ni berlaku masa aku Form 1. Masa zaman tu, kat kampung aku tu orang suka buat bilik air kat luar, termasukla umah aku.. dahla kat luar, security dia hampagas...

Dulu bilik air aku kat tempat aku parking kete ni, masa tu umah belakang tu belum ada..
Satu pagi tu aku nak mandi gi sekolah, tengah aku gosok gigi aku yang berkarat tu, aku rasa mcm ada orang pandang aku... Apalagi aku jerit nak mampusssss kuat, semua org kat umah tu terperanjat.. kelam kabut sipenyintai tu larik ke arah sawah...

Mak abah aku syak budak2 yg keje mesin padi tu yang menyintai, sebab Kalau musim orang menuai padi memang hazabla... kawasan sawah padi tu jadi sangat lapang dan orang keje sampai malam, ngeri siot... Tapi aku dapat tengok muka budak tu, dan aku memang kenal sangat sape orang tu.. budak tu jiran sebelah umah aku, kira kitaorang sebayalah.. masa tu agaknya dia baru akil baligh.. tu yang teruja nak menyintai anak dara orang...
MAsa kena intai tu, aku pakai spender je, Tapi silapla dia, nak nyintai aku.. memang bangang.. tem tu aku mana ada tetek, kalu tak pakai baju tengah jalan pun tarak hal.. Aku agak masa tu dia nak intai CK kot, haha CK masa tu Form 4 (aku rasa tem ni CK dok hostel, kalu x silap), tetek pun dah besor sikit.. ngeh! ngeh!
Jadi, aku yang akal jahat ni mengambil kesempatan la ari tu, tak nak pegi sekolah dengan alasan trauma ! Auta je tu... yang sebenarnya aku malas nak gi sekolah... Tapi memang betul aku TRAUMA... Dekat setahun gak aku tak mandi pagi tem pegi sekolah... TApi korang jangan nak speku ok, aku tetap wangi.. sebab aku dah sembur dengan minyak wangi jenama apa aku pun dah lupa! hehe... kalu ade orang cakap budak cina tak mandi pagi, aku terasa siot.. tapi aku tak de la bagitau dorang aku x mandi pagi.. nak manpusss, mau kena kutuk! mesti makan tahunnye!


NOTA TAPAK KAKI GAJAH :

Semalam aku terbuka sepuluh minit lebih awal dari korang semua.... sebabnya sayup2 aku dengar azan dari masjib dekat umah aku (Ameer tgh tengok DVD), rupanya bukan! Merasa la seteguk aku balun air tu.... Aku x kira, aku anggap aku posa gak semalam... Allah itu lebih mengetahui....

Aku tak tau mana aku letak duit RM100.00.... hati aku dok teringat2 ni.... Time bersenggama pun aku dok teringat duit tu... tau2 dah selesai..... hahahahaha! duit tu kalu ikut budget aku leh beli baju siap tu.... Mintak2 aku jumpala duit itu..... sodih mak!

Tuesday, September 23, 2008

Kak Jah & Suzi mengetag

TAk mo citer panjang ni aku nak selesai keje sekolah aku... Kak Jah dah warning dah kalu x buat di nak majuk sampai raya! susah kang nak pujuk...
Suzi ko nak majuk gak ke?


1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?


Setakat arini baju aku ade sepasang je, warnanya maroon hitam! warna hitam lebih skit.. nak cover lemak yg degil! Baju ni aku beli siap kat MYDIN, esok2 tu ramaila yg sama baju ngan aku! kalu ada yg aku nampak pakai sama ngan aku, aku ajak dorang gambo sekali ngan aku.. baru meriah uolllls... Kalu dah sepasang je harus la aku basuh malam , siang tu aku pakai balik! Sakan aku pakai baju tu untuk 7 ari berturut2.. tahun ni aku amik cuti banyak... ngahaha! Kalau tak pun aku kena shopping baju siap last minit... kita tungguu jela ape yg terjadi ngan aku sempena raya ni!

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?

Hahaha kalu aku cakap ni mesti mak aku kecik ati... aku suka nasi impit dan rendang mak mentua aku... cara dia masak nasi impit tu memang leceh gila tapi sedapppppp!... mula dia rebus nasi (kalau secawan beras, 3 cawan air) dengan sesudu minyak.. dah sejuk dia bungkus ngan daun pisang, pastu dia kukus.. Cara dia buat rendang pun leceh, tapi aku x reti.. yg pasti lama gila dia buat.. Sesape yg datang mesti cari nasi impit dia... kekadang tu dia kena top up lagi! Kalu mak aku nasi impit tu dia guna yg NONA tu je... kira memang xlehla dia amik hati, sape suruh beli ready made! Lagipun mak aku tu pun sama ngan aku, suka makan nasi impit mak mentua aku... siap tersengih2 lagi kalu aku tapaukan...

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?

Bongokla CK ni ke dia hilang ingatan... walhal setiap kali raya mesti dia rompak kuih ni.. Nama kuih ni keropok maco kuih tradisional orang KAMPAR (macam minang tapi bukan, gaya bahasa macam minang tapi lain sikit... akula tu orang kampar, sok2 aku buat N3), pedas sikit2, ada ikan bilis kat atas.. dia ade acuan spesel.. buat ni leceh... kena hati.. kalau silap sikit kuih ko burok.. sekarang ni ade dah orang jual tapi jarang... ramai org tak tau.. aku memang suka makan kuih ni tapi malas tolong buat.. dulu masa kecik2 (kecik2 apa, sampai form 5) kalau mak aku suh tolong, bagi aku ponteng posa, kalu x aku tak nak tolong... sekarang ni mak aku gotong royong buat ngan jiran.. seorang tukang masukkan dalam acuan, sorang tukang letakkan ikan bilis, sorang tukang goreng, sorang tukang keluarkan dari acuan.. dulu part aku tukang masukkan dalam acuan! sambil buat, sambil makan... Dalam kul 8 tu start buat, kang dalam kul 2 ptg setel la...

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?

sesikit yang boleh.. sape bagi kat anak aku, aku bagila balik.... ikut bape anak aku kolek...

5. Apakah aktiviti malam raya korang?

Memang hazab! kejap2 aku kat umah aku... bila lama skit, mak mentua aku tepon aku... walhal anak dia (laki aku) aku dah ada kat umah dia... suh datang ade sedara datangla, memacam lagi... aku pun zas ke umah mentua aku... pastu umah aku lak meriah, aku zassss ke umah mak aku... Penat gak wei... Banyaknya kat umah mak mentua aku... kengkadang sian mak aku, sebab tu la aku selalu balik kampung time x raya! Tapi kalu malas aku datang, nasibla.. aku ngelat! kalu banyak keje umah mentua aku balik umah mak aku atau sebaliknya! Umah aku mak x sibuk sangat, sempoi jerr, cuma umah mentua aku sibuk mcm nak kenduri... Laki aku lagi sewel, kalu dia nak tido, pegi umah mak aku (sebab ade bilik sendiri ).. takde sape heran... tido la 24 jam.. Buat camtu kat umah mentua aku, harus mak dia membebel.. Alah diorang tak harap sangat aku masak, cuma aku ni jadi tugas2 khas, basuh pinggan ke, gi market ke.. hehe!

Sekian saje jawapan TAG aku... tettttttttttttttt..

Della DoLLi

Wah! aku memang takleh nak kontrol diri dari RIAK.. ngahaha..
Bagi canla kat ye ari ni.. sekejap je tak lama pun.. hehe..
Semalam aku dapat desktop baru..... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! syiokkkk!
Punya la poyo siap aku bagi nama DElla DOlli lagi.. wakaka!
Aku baru nak jadi baik, nak buat keje kat opis, tak update blog.. ni dah punah dah!
Baru bercita2 nak buat resume nak mintak keje kat MYDIN, harusla aku tunda sebulan dua, sebab ngah kemaruk ngan Desktop baru...


Apasal dorang bagi aku?
Jawapannya dalam ramai2 staff tu, aku sorang je yang ADA BLOG, company aku menyokong aktiviti blogging aku diwaktu bekerja..
Verangan!
Sebenarnya ntahla aku pun tak tau, selain aku ade beberapa org yg dapat...
Lantakla apa pun reason ade aku kesah..

Sunday, September 21, 2008

Aku rindu kamu

September bukan saja tentang memori indah tapi juga tentang memori sayu. Tak lama lagi 27 september 2008 genap 7 tahun perginya seorang insan yang paling aku sayang. UWO, gelaran yang kami sekeluarga gunakan untuk memanggil emak kepada emak aku.
Walaupun bertahun uwo pergi tapi aku tetap rindunya padanya, dan hari ini aku betul-betul rindu dengannya. Sebab kami adik beradik adalah cucu yang tinggal serumah dengan UWO. Uwo lumpuh selama 30 tahun iaitu sejak umur emak aku berumur 16 tahun lagi. Disebabkan adik beradik emak yang lain dah berumahtangga, secara automatiknya, emak aku yang bongsu dan masih single masa tu bertanggungjawab menjaga nenek aku tu..
Mak ngan abah aku sediakan tempat uwo dibahagian atas, sebab atas tu rumah kayu jadi takdelah uwo rasa sejuk dan memudahkan dia mengesot. Uwo tak suka duduk diatas katil, sebab mengikut kata uwo, menyekat pergerakkan dia. Selain itu mak abah sediakan sinki dan air paip untuk mengambil air sembahyang dan bersuci. Uwo tak berseorangan tinggal diatas tu, sebab kami semua tidur diruangan tu.. Syok sangat tidur berjemaah disitu. Tengok TV, borak, makan dan tidur kat situ. Masa tu ruang bawah dan bilik-bilik jarang kami gunakan. Bagi kami, uwo is everything!
Ramai jugak orang mempertikaikan kenapa uwo diletakkan dia atas, bagi mereka penyelenggaraan lebih mudah sekiranya uwo diletakkan dibawah. Memang betul setiap hari emak (kadang kami adik badik) akan mengangkat 2 baldi air untuk kegunaan uwo, mengangkat hidangan hidangan dan membuang najis uwo. Tapi bagi kami itu bukan masalah yang penting uwo selesa!
Aku paling suka bila memandikan uwo, disebabkan tangan sebelah kiri uwo tak berfungsi, jadi uwo memerlukan bantuan untuk mandi. Bagi aku dan CK masa tu adalah heaven! main2 air sambil gosok daki uwo. Yang paling best mesti dapat upah. Kan CK?
Uwo ni tak lokek setiap kali ada duit kami adik badik adalah orang2 yang bertuah mendapat habuan. Kalau aku lari budget, aku selalu urut2 uwo, pastu uwo mesti bagi habuan. Tapi kekadang duit tu aku gunakan untuk belikan baju uwo, sebab uwo ni walaupun dia duduk dirumah saja tapi dia suka pakai cantik2. Pakaian uwo adalah kebaya dan kain batik. Bagi dia tak de alasan untuk dia berselekeh!
Seingat aku uwo tak pernah berungut tentang nasib dia, cuma dia terkilan tak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Uwo paling suka dengar cerita orang yang balik dari mekah. Setiapkali ada jiran atau saudara mekah, mereka akan melawat uwo dan mesti ada buah tangan untuk uwo. Walaupun uwo sakit, tapi sehingga ke saat terakhir hidupnya, uwo dapat mengerjakan solat dan puasa, termasuk yang sunat.
Boleh dikatakan setiap hari ada orang datang melawat, mungkin disebabkan uwo ni soft-spoken (menurun kat mak aku dan adik aku no.3.), orang selesa dengan dia syok tau, rumah kami meriah sangat. Bila time raya lagila meriah, semua keluarga bertumpu kerumah kami.
Takde giliran untuk menjaga uwo, emak dengan rela menjaga dan merawat uwo. Bagi aku banyak yang emak terpaksa korbankan. Disebabkan pekerjaan abah takde kat sungai besar ( sungai besar mana ada hotel), emak terpaksa berjauhan dengan abah. Emak terpaksa menjaga uwo yang lumpuh, atok yang uzur dan anak 4 orang yang masih kecil. Sudah tentulah percutian keluarga takde. Memang jarangla kami menjejak kaki keluar dari daerah sungai besar ni. Emak lagi rela tak kemana-mana dari tinggalkan uwo. kecuali jika betul2 perlu.
Ada sekali emak terpaksa pergi ke Pahang, kenduri kahwin abang sepupu, cucu sulung uwo. Masa tu aku dah form 3, CK dah kerje. Dengan hati berat mak terpaksa menyuruh aku menjaga uwo. Aku happy sangat, aku ajak JEMOD, BATUL dan MADON tidur rumah aku selama 3 hari. Jadi mak akula yang menjalankan tugas meminta kebenaran ngan mak dorang, lagipun masa tu cuti sekolah. Memang kelakar, ari pertama masak, sian uwo makan bende x sedap! nasi lak lembik semacam. Jangan tak tau, sejak hari tu BATUL terer masak, berkemah kat rumah aku telah mencungkil bakat masak dia! Kawan-kawan aku ni sayang uwo, sebab setiapkali diorang datang umah (selalunya time abah aku takde), uwo mesti paksa2 aku hidangkan diaorang makanan, dahla tu siap suruh bagi diorang bantal, walhal diorang datang tu time petang.
Bagi aku lak, disebabkan emak banyak tanggungjawab, menjadikan aku berdikari. Bila umur 13 tahun, time2 ni dah kena pakai bra, aku pegi beli bra sendiri. Aku ingat lagi jenama sweetie, hehehe. Lepas tu, masa form 2 aku tengok semua kengkawan ada saving account, dengan selamba derrk aku pegi bank buat account sendiri.
Orang yang melihat, mungkin rasa kami terbeban menjaga uwo, tapi bagi kami uwo adalah kegembiraan kami. Dia nadi kami.
Ada orang cakap, kesiannya mak aku jauh dari suami, tapi bila uwo meninggal pun tetap berjauhan dengan abah sebab abah keje offshore, memang x boleh nak berkepit.
Ada orang cakap, tak takut ke suami kawin lain sebab sibuk sangat jaga emak yang sakit. Alhamdulillah setakat hari ini aku tak dengar lagi dan pasti abah takde isteri lain.
Ada orang cakap, kesian anak2 tak bawak berjalan kemana2, asyik terperap je kat rumah. Tapi bila uwo meninggal, seingat aku memang kitaorang x pergi kemana2 juga, sesekali je.
Ada orang cakap, susah nak jaga anak2 kalau suami jarang ada, takut anak2 terbiar, pelajaran tertinggal, anak jadi jahat. Alhamdulillah, adik beradik aku takde yang membawa masalah walaupun tak excellent!
Ada orang cakap, dah la bela emak tu sendiri, duit pun tak kongsi dengan adik beradik yang lain. Alhamdulillah sepanjang emak membela uwo, hidup kami berkat, sentiasa cukup duit, tak pernah tak makan walaupun tak kaya raya.
Dan macam-macam lagi orang bercakap tentang itu. Seolah-olah mereka lupa kuasa tuhan. Manusia tak pernah selesa dengan apa yang kitaa buat, buat jahat dikata, buat baik pun kena kata.
Kami bersyukur, setelah 30 tahun uwo diduga tuhan, saat terakhir dia sangat mudah. Sehari sebelum itu, uwo masih lagi sihat walafiat seperti biasa. Dapat menikmati pisang goreng yang dia nak makan. Takde sapa pun yang perasan pemergian uwo, walaupun emak yang tidur sebelah uwo. Uwo meninggal diwaktu awal pagi, ketika mengambil air wuduk untuk sembahyang sunat( Memang setiap awal pagi uwo akan sembahyang sunat), kerana ditangan ada cebuk dan kakinya terjulur ke sinki dan begitulah cara uwo setiapkali mengambil wuduk. Semoga roh uwo tenang disana. Al-fatihah.
Alhamdulillah, taklama selepas pemergian uwo, mak segera melaksanakan impian uwo untuk mengerjakan haji. Walaupun secara upah, setidak-tidak impian beliau terlaksana.
Maaf tiada gambar uwo dipaparkan disini bagi menghormati perasaan emak saya yang masih tidak boleh melihat gambar uwo (CK jangan bagitau emak aku buat N3 ni).
Cerita ini dipaparkan bukan untuk apa-apa tujuan sekadar meluahkan perasaan yang susah untuk diluahkan melalui kataa-kata dan sekadar renungan kitaa bersama.

Friday, September 19, 2008

Wow... Dah lima tahun rupanya!

Aku memang tak sabar2 buat N3 ni, sebab saje je nak tayang gambar kahwin aku kat korang...
Lagipun aku cukup kagum sebab dah bertahan 5 tahun, siyesss aku ingat 5 bulan pun tak sampai itu ari... Almaklumla asyik gaduh sesaje..

Tapi pada firasat aku sebab tu la, sampai sekarang bernyawa lagi, semua main luahkan.. takde simpan2.. tak puashati cakap je.. kalau aku simpan hati, mau gila! not so me..

Tadi kitaorang leh tergelak sebab terperanjat dah lama kitaorg kahwin ghopanya! hehe.. as usual, kitaorg x celebrate pun! MALAS..

Banyak2 gambar aku suka yang ni.. aku mcm perempuan melayu terakhir!

Gambar ni aku suka skit2 je.. amik kat beranda bilik aku..

Yang ni aku suka view je, please muka aku macam ntah2, jangan tengok!

Kalau berdasarkan muka aku yang asal tu, mengikut kepakaran KAK BED, boleh tak ko alter jadi eira fazira or nasha aziz! sila buat cercaan KAK BED!

Actually masa aku kahwin ni aku xde duit. Almaklum la tak keje.. semua memang berdasarkan budget yang abahanda sediakan. Walhal ikut aku punya nafsu merancang mau dasyat gila.. uhuk! uhuk! sedih.. Hantar proposal kat abahanda banyak reject dari approve! (Peringatan : Bukan aku yang beriya2 nak kahwin, mak bapak aku ngan mak bapak mentua aku yang suruh kahwin!)

Yang paling kelakor, masa tu aku nak gi beli hantaran kat SOGO (Sogo lagi!), dalam pala hotak aku mcm2 ni.. Sekali abahanda bagi aku RM500.00 je, weiiii! runtuh segala cita2 aku.. Dalam perjalanan tu Pakyob tanya aku "Apakata awak beli barang awak, saya beli barang saya, pastu kita tukar jela"... dengan erti kata lain RM500.00 tu aku guna untuk beli barang aku la.. Shit! shit! shit! tak nak!... Pastu aku jawab ngan berkhemah "Eh, takpe, awak belila barang saya, saya beli barang awak, kita beli barang saya dulu".. Apalagi aku main tunjuk2 je (tapi barang yg sederhana je, macam Carlo Rino yg ada sale, G Amani sensei yg ada promotion gak).. yang pasti lebih la dari RM500.00.

Time beli barang dia, kesian betul la mamat ni.. Dia tunjuk Perfume CK rege Rm200.00++, aku kata x best, aku tunjuk dia HUGO BOSS rege seratus lebeh je yang ada perfume ngan shower jel aje, dengan alasan aku suka bau tu... kencing kuat, walhal duit nan ado! Pastu beli lak kasut, dia pilih kasut sarung BONIA, aku leh cakap gini "Abis tu xkan awak ada dua kasut sarung, awak bukannya keje opis, kasut sarung tu awak kene beli sendiri, sebab masa nikah nanti awak kene pakai kasut sarung gak.. Apakata untuk hantaran saya beli yang ni (sandal Bonia, rege RM99 lepas 50% less), awak bley pakai selalu".. huhuhu.. seb baik dia agree kalau dia angry mampos naya... Jangan tak tau sandal tu dia pakai sampai dekat 4 tahun! Akhir berjaya gak aku beli barang hantaran dengan budget ciput! ada lebih RM30.00, sori aku nak bagi balik kat abahanda, aku belanja pak yob Makan kat KFC! ngahaha.. Balik tu abahanda tanya, "Ada balance tak?", Aku tipu, aku cakap"Orang siap tambah duit sendiri lagik"..

Untuk bilik pengantin abahanda aku bagi budget ciput gak.. RM500.00 campur langsir dan kelambu! Dahla tingkap bilik aku ada 3, campur pintu 1, pintu beranda 1... Mak aihhh abahanda ni memangla.. Gi survey cadar semuanya, rege lari budget! last2 aku dapat idea tempah je, cadar tu, aku buat atas dia kain cotton kosong warna peach, keliling dia kain langsir warna peach, harga RM250.00.. Masa ari kejadian (ari aku kahwin), ada gak yg komplain (dah agak dah), tapi aku x sangka ada gak yg suka... ada kawan aku pun follow gak buat cadar gitu.. sampar skang aku pakai, sebab selesa!

Maka abah aku lak masa nak tentukan duit hantaran, boleh dorang nak samakan macam duit hantaran CK,walhal hantaran dia kategori ciput gak time tu, kalu aku sama duit hantaran ngan dia, mau orang ingat laki aku kahwin ngan JANDA (janda pun hantaran mahal skang!).. time CK kahwin tu zaman nabi, aku kahwin zaman millenium! Dengan alasan dorang taknak ada perbezaan antara anak dorang.. aku argue! mana bleh ni tak de kene mengena denagn KEADILAN, hantaran kene ikut zaman hehehe.. Last2 dorang stuju gak nak naikkan sikit tak banyak pun! hantaran kitaorang adik badik ciput! sebab tu performance kitaorg sebagai wife pun ciput!

Sebenarnya banyak lagi bende yag sengal2, tapi mcm tak pelah, cukupla ni.. Tapi sebenarnya sekarang ni aku bersyukur sangat sebab aku kahwin time x keje, memang tensi sebab xdpt ikut kehendak tapi untung sebab tak sakit kepala nak pikir duit! Budget ciput pun x kesahla asal free... Aku xde terfikir pun nak bayar balik kat abahanda aku tu, cuma aku nak ucap terima kasihla sebab sponsor time kahwin itu ari... TQ ABAH!

So, sempena ulangtahun yang ke 5 ni, aku rasa OK la kitaorg punya relationship.. x stress sgt! Aku no complaint lagik.. Prinsip aku mudah je selagi tak kena lempang, bagi nafkah, x kena madu, x kongkong aku, ok da tu.. kalu nak buat jahat sila jgn bagitau aku, buat senyap2 je.. x koser aku nak amik tau!

Doa aku, tak nak la doa semoga diperpanjangkan jodoh, sebab tetiba dia buat x senonoh, pastu doa aku dimakbulkan tuhan! HAZAB aku..

Biarla ALLAH yang menentukan dan semoga hanya yang terbaik sahaja untuk kami, sekiranya jodoh yang panjang itu yang terbaik, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya perpisahan itu yang terbaik, pendekkanlah jodoh kami! AMIN..

P/S : Kak Bed wedding planner tersohor, nasib baik masa tu aku miskin, pastu belum bergelumang dengan dunia berblog ni, kalu tak harus mak suh ko adjust muka mak yang nan ado ni... tapi kalu x chanteeekkkkk harus gak mak cerca ko!

Wednesday, September 17, 2008

Pegi SOGO beli Baju Longgok!

Masa puasa ke-2 ari tu, aku dah berkobar nak pegi beli baju raya si Ameer. Siap cakap lagi kat Pakyob (nama laki aku Ayob, family dia panggil pak yob, aku pun layan jerrr), nak carik kat SOGO. Macamla kat subang ni xde shopping kompleks.. Yang sebeno2nya aku nak usha baju aku.. ngahahahaha!
So, gigihla aku ni mujuk dia, bukan xleh nak gi sorang tapi aku ni memerlukan suntikan modal.. Akal jahat dah datang! Kalau aku ada duit apa barang ajak dia!
Seperti biasa sampai aje budaknye department kitaorang bawak diri memasingla.. tak main cari sesama kang perang lak! aku pun carikla size 4 tahun, yang pakyob ni carik size 3 tahun.. aku tak tegur lantak ahhhh... malas siot nak gaduh! masa ni aku tengah ada nafsu nak membeli belah.. Tapi idakla kita orang carik baju yang memahal, standard aku yang ada diskaun 50% dan 70% je..
Tapi bila dia nengok baju yang aku pilih tu siap cerca2 aku lagi, aku buat derkkk je.. aku yakin ngan pilihan aku.. Siap sound aku lagi! "Suka sangat nyusahkan diri, kang berapa kali nak datang sini".. Yola mak cik tadah je telinga ni, buat degil aje.. Sebenarnya aku rasa baju yang dia pilih yang salah size, anak aku boleh tahan tembannya..
Kalau biasanya aku mesti argue kali ni aku diam je sebab kalu dia salah size lehla aku napak ke SOGO lagi... aku mcm terdengar2 SOGO ni ajak aku datang lagik!
Yang aku paling x tahan lagi tu, leh dia tanya kat cashier tu, "Ni kalau salah leh tak tukar" pastu jari tunjuk baju yang aku pilih.. ngahahaha, aku gelak kuat dalam hati.. meh nak tengok baju sape yang kena tukar nanti.
Sampai umah aku try baju yang aku pilih, semuanya sesuweiiiiiii... pakyob punye muka sudah lain, pastu sengih2... Ni nak habaq mai, sendat je, mcm pakai baju tahun lepas je.. ada satu baju tu pulak, kepala pun x muat.
Yeye... ada alasan nak gi SOGO lagi! ari khamis minggu lepas, lepas aku amik kete, aku terus gi SOGO sengsorang, pi la tukar size 4 tahun.. sekali balik, baju yang x muat kepala tu pun dah tukar size still x muat kepala... camne tu, dahla baju tu yang paling mahal!
Yeye! ada alasan lagi nak pegi SOGO! Ari sabtu tu, lepas sahur terus ajak Fiza gi SOGO, aku amik dia kat umah dia kul 9.. siap husband dia heran apasal gi pepagi... wei jangan memain gi sogo kene pegi subuh ari... sampai sana nak kul 10.00pg.. Ramai gila orang menunggu kat depan sogo, aku masuk parking pun kene beratur panjang, lepas tu level 1 dah penuh...jenuh gak aku carik parking.. gila bebeh! kayo orang Malaysia ni...
First time sebenarnya masuk shopping complex masa diorang bukak pintu.. merasala aku pekerja SOGO tu tunduk hormat kat aku sambil wish "Good morning" "Selamat pagi".. Aku tersengih2 macam YB melawat kawasan.. seb baik dorang tak salam cium tangan ngan aku...
Kali ni aku memang xde nia nak tukar2, terus naik tingkat 7, jual balik baju tu.. pastu aku terus beli baju T-shirt ntuk aku.. Padan muka ko Pakyob, marah2 lagi aku, tak pasal2 duit baju tu dapat kat aku balik! ngahaha..
Pastu aku ngan Fiza jenjalan kat jalan TAR, tapi tak beriya sangatla, minah tu pegnen, sian dia kene dera ngan aku..
Balik tu singgah SUBANG PARADE gi beli Big Apple, time tu aku x posa, apalagi makaaaaaannnnn! Gambar xde.. aku ibarat piranha x makan sebulan!

Sila lihat baju longgok yang kitaorang beli!

Tuesday, September 16, 2008

Aku baru paham, selama ni tak paham!

Aku nak citer pasal sesuatu yang berpuluh tahun aku tak paham, tetiba je sabtu lepas baru aku paham!
Sejak kecik lagi, kalau time berbuka posa kat umah kitaorang xde makanan tambahan, kalau ade pun jarangla.. kuih-muih tu memang nan ado la... Sebab abah aku tak suka lauk banyak2 ni dia kata MEMBAZIR!
Aku ni apalagi, sebagai seorang anak yang lahir pada zaman PARAM ni, harusla mcm bengang2 sikit.. apahal lak xde lauk tambah? Rasa mcm x caya je bapak aku tu x suke membazir... macam dengar BED TIME STORY je... Musykil mak!
Sejak aku kecik lagi aku memang kenen2 ngan abah aku ni nak lauk tambah, tapi selalunya mesti aku kene marah!.. Yang aku peliknya adik-badik aku yang lain tu macam rilek je, tak kisah je... Bior betul? diorang ni xde perasaan nak membazir makanan... sesuatu diorang ni.. ke atau aku yang sesuatu suka sangat nak kenen2 abah aku..
Kekadang aku buat spekulasi dalam pala otak aku ni.. Agaknya abah aku ni bekas awek dia jual kuih kat PARAM kot, sebab tu tak suka makanan PARAM, macam ala2 kecewa gamaknye.. Tapi aku x brani tanya ngan abah aku, kang x pasal2 kurus posa abah aku sebab marahkan aku, silap gaya terpaksa bapak aku berbuka sebelum waktunya.. ngahahahaha!
Sebab tu bila aku dah masuk UPM, time tu berbuka ikut suka akulah nak makan apa kan, so..first day posa tu aku beli mcm2 makanan, yang aku x makan pun aku beli.. saje je .. GILO!, Sampai ade member heran apasal aku gitu... Aku cakap dengan dorang saje sesuke.. Mesti dorang ingat style aku berbuka macam tu. Walhal nan ado! Ngahaha! Punya la psiko... Aku memang xleh terima alasan abah aku kata MEMBAZIR, sebab kengkadang aku tengok abah aku kuat gak membazir bende lainn..
Setelah bertahun2 lamanya, sabtu lepas time aku berbukak posa kat kampung abah aku cakap camni
"Masa berpuasa ni lah, banyak sekali makanan terbuang2 kat hotel2 dan kafeteria, tak sampai separuh je, dah masuk tong sampah, sayang rasanya!"
Aku melongo! bukan kagum dengan cite abah aku tu, tapi baru aku paham apasal abah aku x suke makanan tambahan.. Sebab abah aku ni keje line perhotelan dan catering, ala2 pakcik kantin la, yang masak2 tu (jangan tanya apasal aku x tau masak). Jadi dia antara orang2 yang menyaksikan makanan itu dicampakkan kedalam tong sampah! Apasal lambat sangat pick up ni!
Apalah abah aku ni, cubalah cakap dari awal lagi sebab-musababnya, kan aku senang x yah nak musykil2! Nak gaduh2 manja ngan dia, aku ni ade ala2 anak memberontak skit, kene ade gaya baru aku ikut cakap kalau tak aku confius! ngahahaha..

Nilah abah saya, saya tangkap curi gambarnya ketika dia sedang membuta diwaktu tengahari, dimana emakku sedang bersarkas memasak! (aku tak tolong mak aku, penat baru sampai.)

Monday, September 15, 2008

Blog personality




Your Blogging Type is Logical and Principled



You like to voice your well thought out opinions on your blog.

And if someone doesn't what you write, you really don't care!

Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way.

But you're a true and loyal friend to those who truly get you.

Aku tengok ramai orang buat, aku pun nak buat gak.. huissshh, macam jahat je aku punya personality... tapi mcm ada gak yang betulnya..

Sunday, September 14, 2008

Adik ke atau abang?

Aku rasa macam x pernah citer pasal adik lelaki aku yang bawah aku kan? Actually dia ni muda 3 tahun dari aku.. Start dari sekolah rendah sampai la masuk UPM aku sentiasa bersama si budak hitam ni.. Actually aku la bodoh nak mampus.. Sebab masa dia matrix aku selalu dok cerita pasal kos veterinar kat dia.. sebab member bilik aku amik kos tu.. Aku dok excited citer macam2.. Ntah mcm mana tetiba agaknya dia minat dia apply kos tu... serius aku tak sangka dia amik kos tu, sebab dia ni bley pengsan nengok darah!

Aku dah start rasa mcm x best la.. asyik2 jumpa muka dia.. kalu sporting x pe... dia punya perangai punyala skemaaaaa.. aku ngan dia macam langit dan bumi.. Start dari sekolah menengah dia memang suka la tegur aku mcm2.. Aku kan kakak, apa aku kesah!.. CK tak sekolah sama ngan kitaorg dia skolah Agama..

Rezeki dia agaknya, masukla dia kat UPM tu, yang menjadikan idup aku terusik skit.. Dah la dia tu skema, korang tau tak banyak2 persatuan kat UPM tu, dia masuk Persatuan Mahasiswa Islam.. Bertambah hangatla dia mengkhutbah aku... tapi aku kebal!

Kalau dia tetiba jumpa aku kat mana2 tengah lepak2 ngan kengkawan sambil gelak2 besar, dengan keadan diri yang lepas laku, heh! dan2 tu gak aku dapat sms yang tertulis lebih kurang begini:

"Ko ni cakap slow2 la, apasal pakai baju ketat? pakai la baju labuh2 skit.."(dia kalu boleh nak akak dia pakai baju kurung ngan tudung labuh!, ko suh CK pakai dulu baru aku)

Mula tu aku sentap gak la.. tapi lelama aku x heran! Tapi paling kelakor kalu kawan aku Dilah terjumpa adik aku kat mana2 memang best.. Bukan dia kisah ngan adik aku yang ala2 jalan tunduk, yang ala2 bengkek nengok akaknya dengan geng2 ni... Mesti punya dila tegur adik aku,
"Man, apasal sombong sangat tak nak tegur kak dilah, amboi... pemalunya..meh la sini borak2"
Ni antara yang aku ingatla.. ada lagi dialog yang lain... Aku apalagi ketawa melekek-lekek la... aku tau adik aku x suke, tapi aku suke.. ngahahahaha!.. Kekadang tu kalu aku jumpa dia, aku saje2je pegang2 dia... kena marah ooo aku. tapi aku sengih2 jela! Dia ni dah macam ABANG aku lak!

Tapi dalam tu, ada gak manfaatnya dia belajo kat tmpt yang sama ngan aku, bila dia masuk sana, bapak aku belikan motor (aku x de motor, aku jalan kaki je, exercise!).. Apalagi aku, pantang je ade peluang, aku pinjamla untuk berjoli2, walaupun lesen xde, kawan2 ade lesen, kalu x pun aku tibai jela GUNA LESEN AGUNG AKU!

Kalau tak pun dia ni aku gunakan sebagai machai aku, tukang amik kat LRT atau komuter.. jimat maaaaaaaaaa... aku selalu sengkek sebab kuat joli! Mulut dia membebel2 campur ngan hadis sekali, tapi telinga aku spesel, semua yang dia cakap tu masuk belah kanan terus kuar belah kiri, tak sangkut kat mana2 sel otak aku pun! pelik bin ajaib betul aku!
Bila time hujung semester, dia ni jadi along aku dan penyelamat, seingat aku sampai la ni ade lagi hutang piutang aku kat dia yang tak berbayar... Aku harap dia halalkan la hendaknya! Itula sebahagian kenangan aku ngan adik aku yang tak hensem tu! Kalu dia baca ni, jap2 lagi mesti di cerca aku.. ngahahahaha!

CK, mak aku (mak aku je yang memenuhi kriteria berpakaian adik aku), adik ku itu dan aku!

Friday, September 12, 2008

Lesung pipit kuda padi ku hilang...

Semalam aku cuti lagik, sebab nak ambik si kuda padi aku tu.. So kitaorang decided nak naik bas je.. Wei dah lama aku tak naik bas berdua! Last sekali masa amik kete ni tahun 2006. Hehe aku feeling remaja la! Nak naik teksi rasa macam tak mampu..
Dari umah aku naik bas ke Sunway Pyramid, pastu tunggu bas rapid no U62 gi pekan Klang.. kos dia RM2.90 seorang.. Sambil tu aku buat muka bodoh, menahan telinga, menyumpah dalam ati.. sebab apa? sebab laki aku membebel suh pegang beg tu elok2 dan macam2 lagikla, aku pun tak ingat.. kalu tegur tu baik2 takpe, ni menyakit telinga aku je.. solution aku buat tak tau!
Pegi Klang dulu amik geran kete kat Ambank, punya la banyak kete bersimpang siur... Last2 aku ajak laki aku lintas je.. main berani je.. nak patah balik cari jalan yang sunyi skit aku malas...
Setel tu, kitaorang tunggu teksi, siap jugak bergaduh dulu, ntah apa-apa ntah.. last2 memasing bawak diri, tunggu tempat lelain.. sib baik aku yang dapat teksi, kalau tak harus kena cerca ngan dia.. pastu aku suh pakcik tu amik laki aku..
Mula2 pakcik tu kata RM15 hengget, lepas beborak, amik ati skit, dapat diskaun jd sepuluh hengget je... mhwawawa best! Sampai sana waktu lunch, diorang kuar mkn, aku ngan jantan itu pun dah kepenatan, so kita orang ngan muka selamba rawknye lepak kat gerai makan tumpang duduk! lantakla orang nak kata apa..
Cina kongkang tu pun sampai.. wah puashati aku nengok kuda padi aku tu.. lesung pipt dah tak de! yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,.... bolehla aku tunggang kemana saja yang ku suka si kuda padi ku ini!.. Sori gambar xde! luperrrrr

Thursday, September 11, 2008

Di Tag Oleh Kak Jah

The rules:

*Link to your tagger and post these rules on your blog
*Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
*Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
*Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Saya sangat suka mencarut. Tiap-tiap hari saya mencarut dan bercakap lucah terutama didalam Office. Menurut kata mereka sebelum saya masuk tiada seorang pun bercakap lucah. Saya adalah pembawa virus itu. Saya tidak mencarut dan menlucah di dalam blog sebab ABAH saya baca blog saya ini.

Saya suka nombor 17 sebab nama saya sebenarnya EMILIA FARAHEZWANI berjumlah 17 huruf. Kebetulan pulak tarikh lahir saya pada 17 11 1979.

Saya lupa nama saya ada Ezwani. Jika orang memanggil dengan nama itu, saya tak akan memberi feedback. Bukan sebab saya x suka atau apa, tapi sebab saya Blurrr.. "Ehhhh! ko panggil aku ye.. lupa la nama aku ada Ezwani".

Saya tidak konsisten. Saya boleh menjadi seorang yang sangat rajin, sangat malas, sangat kreatif, disukai bos, dimarahi bos, sangat blur. Saya boleh menjadikan rumah saya bersih seperti di anjung seri atau bersepah, kotor macam rumah bujang. Semuanya bergantung pada mood saya. Secara lahiriahnya ciri2 yang ada pada saya ini dianogsiskan seperti pesakit tiriod.. dan saya telah menjalankan ujian darah tiriod atas nasihat doktor sebanyak dua kali pada 2005 dan 2008, tetapi kedua2nya adalah negatif, maksudnya saya bebas dari tiriod. Sikap ini menjahanamkan saya. Saya hutang jahit langsir dengan abah saya sejak bulan 6, separuh saja yang siap, separuh lagi terbengkalai.. akan berusaha menyiapkanya sebelum raya... Sebab tetiba malas.

Saya dikategorikan sebagai seorang yang berterus-terang. Saya jarang berselindung. Kalau tak saya rasa macam ada something tak selesai. Jangan ada sesiapa tanya pada saya "Apa yang ko tak suka tentang aku", please jangan tanya, nanti aku cakap kang! Dan agak celupar mulut itu...

Saya kuat berak. Saya berak tiap2 hari.. wajib dan kekadang banyak kali sehari. Saya tak boleh salah makan, mesti saya cirit-birit., tapi ade aku kesah! kalau makanan tu sedap saya lebih rela sakit perut dari tak dapat makan. Selalu menggunakan alasan sakit perut dan cirit birit bila nak MC. Bagi saya saat yang paling indah apabila saya berak dengan lancarnya.. "Wah! bestnya aku berak ari ni! hahahahahaha".

Saya hanya marah dalam tempoh sepuluh minit atau kurang! Lepas tu mula lah sibuk nak ketawa2 balik.

Saya tak suka kalau outing ngan kengkawan pompuan tetiba diorang bawak pakwe atau laki. Dulu ada kawan saya suka sangat pakwe dia menyibuk time kitaorang jenjalan. Aku tak suka OK! Apa yang ko nak buktikan ni, ko nak buktikan betapa ko cintakan awek ko ke sampai ko nak involve semua xtvt kitaorg... Semua geng tahu aku tak suka sebab masa tu mulut aku macm mak nenek membebel! hehehe

Saya tidak cium baby bila melawat baby baru lahir dan sebenarnya saya teringin nak cium, tapi saya suka orang cium baby saya. Ada sebab sebenarnya, masa tu aku banyak sangat jerawat, muka aku macam buntut ayam (ada budak nama LINA masa kat UPM cakap muka aku mcm tu, mana ko sekarang aku nak sepak muka ko, time tu gak aku balik kampung, ponteng kelas, nangis bagai nak mampos sampai mak aku terkujat), aku pegila melawat anak sedara best friend aku. Masa aku nak cium budak tu, dia cakap macam ni " Baby ni, dia sensitif dengan kuman tak elok sentuh2 sangat" .. Pahamla aku dengan kata2nya itu.. sejak ari tu aku mcm takut nak pegang2 baby sangat!

Aku rasa dah lebih tujuh ni..

Aku nak pass tag ni kepada:

PrincessQ- sila la buat, blog ko dah lama tak update!
zzuerah - silakan!
Combi - silakan! kalu dah buat tak yah buat!
Kite punya - sila buat kalau belum buat!
Suzi - Sila buat kalau belum buat!
Izan - sila buat kalu belum buat!
CakapKosong - aku tak kenal ko.... silalah buat , kak jah pun suh ko buat!