Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Della DoLLi

Wah! aku memang takleh nak kontrol diri dari RIAK.. ngahaha..
Bagi canla kat ye ari ni.. sekejap je tak lama pun.. hehe..
Semalam aku dapat desktop baru..... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! syiokkkk!
Punya la poyo siap aku bagi nama DElla DOlli lagi.. wakaka!
Aku baru nak jadi baik, nak buat keje kat opis, tak update blog.. ni dah punah dah!
Baru bercita2 nak buat resume nak mintak keje kat MYDIN, harusla aku tunda sebulan dua, sebab ngah kemaruk ngan Desktop baru...


Apasal dorang bagi aku?
Jawapannya dalam ramai2 staff tu, aku sorang je yang ADA BLOG, company aku menyokong aktiviti blogging aku diwaktu bekerja..
Verangan!
Sebenarnya ntahla aku pun tak tau, selain aku ade beberapa org yg dapat...
Lantakla apa pun reason ade aku kesah..

Saturday, August 23, 2008

Aku buat-buat sibuk atau memang sibuk


Muka aku yang memang dah mengantuk, menunggu orang..

Ye... saya sangat sibuk beberapa hari ini. Bukan sebab kerja saya, tapi sebab kerja orang lain. Kisah bermula hari khamis lepas, pagi2 lagi aku received call dari Buyer sebuah kilang yang ternama (1/3 pendapatan company kitaorang dari customer nila) menangis2 sebab lepas kena marah sebab account department punya attitude. Dia menangis bukan nak mintak payment tapi nak suruh settlekan invoice.. hehe sepatutnya kitaorg yang menangis2 mintak hutang ini terbalikla pulak. Aku memang sangat paham sangat dengan beban keje dia, memang kalu ada apa2 aku akan tolongla.. since boleh katakan tiap2 hari bercakap, memang agak close.

Tapi bende yang berkaitan dengan account department ni aku memang x ble nak kata apa.. lembab semacam. Tapi ari khamis lepas memang worst gila. aku siap pasang speaker bagi satu ofis dengar buyer ni nangis. Aku cakap kang tak caya.. hah! biar dengar sendiri.. Bila superior aku tau, kitaorg arrange meeting..

Alasan Acc mgr takleh nak settle sebab budak yang kena buat tu dah larikan diri, ghaib entah kemana, dia busy (ntah apa yang busy sangat aku pun tak tau, semua keje bermasalah.. tulah suka sangat pending keje.. sapa kata cina buat keje elok, kat opis aku ada contoh cina hampeh..), sorang lagi tu buat bank matter pastu dia ni ada perangai yang susah berkerjasama.. arghhh.. ade aku kisah!!!

Time meeting tu customer side nak aku yang settlekan, diorang dah menyampah ngan acc department aku. So, aku yang memang tak penah sentuh ni terpaksa menerima dengan hati yang terbuka. Nasib baik boss aku, si Ann ni berjanji akan support aku sekiranya orang lain banyak bunyi.

Alhamdulillah, hari pertama tu aku berjaya mengsiapkan seperti apa yang dischedulekan, customer side pun nampak happy. tapi aku la penat balik dekat pukul 9 malam, staff diorg pun dah tinggal berapa kerat. Tapi sinyonya acc tu, aku rasa nak sepak je (ACC mgr cuti), banyak bunyi.. dah la aku tolong department dia punya keje, dia tukang taip je... bila org cakap semua tak tau.. nak boikot aku la tu.. sori, silap orang!.. sikit aku tak takut..

Hari kedua lak, pagi2 lagi nyonya tu call, suruh aku buat keje cepat2 dia ada dinner malam tu.. mengelegak rasa kepala aku ni.. mau jd ijo.. sepatutnya aku yang cakap macam tu.. dia tak pikir aku ni kang x tau lagi pukul berapa balik.. nak kisah ko je ade family, abis tu aku ni apa?... sepak kang laju2.. Time tu jugak aku jerit "You jangan nak buat saya naik darah, I tolong your department to settle all rubbish, you lagi banyak crita.. dont care!" lepas tu ade la dia argue mcm2 last2 tu okla.. dua2 jenis cakap main lepas, xde simpan.. itu la pulak eloknya. Bos aku ada kat sebelah geleng2 kepala, siap cakap camni lagi "Haiya, you tolong dia, dia pulak yang bising.. I tak paham la dgn Acc department ni. So, sekali lagi aku balik kul 9.10 malam dari tempat customer..

Esok ni aku kena pulak, pegi kilang dan siapkan beberapa keje untuk monday, sebab datelinenya monday.. customer dah fed up gila..

Mesej ni ditujukan untuk cik adik yang menghaibkan diri..
"Lain kali jangan buat macam ni dekat mana2 company.. Tak salah kalau nak menghaibkan diri, tapi make sure kerja tu boleh follow up.. mungkin boleh cakap padan muka kat company tu, tapi kekadang sebenarnya padan muka kat kawan2 sendiri. Dengan tindakan awak macam tu, saya yang kena buat semua walaupun xde kena mengena, buyer tu yang menangis2 teruk sampai MC hari jumaat.

Wednesday, August 6, 2008

Aku di makan ikan?

Hehehe (ketawa dulu).. Opis aku sekarang dekat ngan MYDIN Subang Jaya. Dah dua hari ni kitaorg jakun gi sana. Lagi satu, pagi tadi baru aku perasan, kilang tmpt aku keje ni sebaris ngan RIO DE FUTSAL.. hehe.. yang ERA selalu buat tournament! Wah, kelas gitu.. leh la aku menggatal..
Ari isnin time nak pegi parking kete kita org lalu kat ikan gigit2 tu (fish SPA), teruja gila nak buat. Semalam dengan hati semangat waja kitaorg (aku, kak khalidah, kak mai ngan fiza) nak cuba.. .
Tapi sampai je kat sana, fiza lak buat hal, tetiba lak takut... tak jadik..
Aku excited, walaupun..
Kak Mai dah ada pengalaman, tak pe..
Yang best kak khalidah, boleh dia cakap camni,
"Kaki I berkerakla, malula"
"Malu ngan sapa kak, kaki saya pun berkerak gak"
"Malu kat ikan" hehe.. ini macam pun bole ke?


Nyum! nyum! cedapnya... aku memang x leh tengok kaki aku, geli nengok di mengerumun tu.. kalu tertengok sure aku sepak2 ikan tu.. hahaha..


Ini memula nak celup kaki, auchhh.. memang geli sehhhh... aku sampai sepak air terkena kaki khalidah.. menjerit sakan..
(from left: Kak Khalidah, Fiza, Aku dan Kak MaI)

Masa ni dah steady, syok lak rasa nyerrrrrr... bila dah lama tu rasa sesemut je kat kaki tu..

Masa ni terperanjat nengok ikan mengerumun kaki abang tu, semua lari kat dia, apasal ye? apakah istimewanya kaki dia, adakah kaki kitaorg x cukup wangi atau sebaliknya... hahaha!


Kesimpulannya, saya sangat enjoy, macam nak pegi lagi esok.. Ada org tu miang la pulak tadi tak nak, ni teringin nak buat esok... layan jela...



Tuesday, August 5, 2008

BARU KU TAHU...

Baru ku tahu....

Subuh2 semalam check blog, baca msg dari shuotbox dari Kak Jie dan Kumbang. Katanya blog ni nampak weird kat header tu. Selama ni memang tak nampak apa2 beza sebab guna Internet explorer.. Tiba2 tergerak hati nak guna Mozilla, hah.. hambik ko... BARU KU TAHU tu dia hodohnya blog aku... Dengan kadar segera, cepat2 tukar layout.. buat dengan kadar kelam kabut.. apalagi bloglist lak menghaib... Harus xleh idup.. Ni yang bangun sesubuh nak tempek bloglist.. hehehe.. Maaf ye kepada sesape yang tetiba namanya masih tiada dalam bloglist tu.. tak sempat doule check lagi.. Boleh tak nak mintak tolong... hehe.. tolong tinggalkan jejak! please.. boleh le saya letak balik kat bloglist saya..

Baru ku tahu...

Minggu lepas dapat email dari P.A boss, invite semua staff pegi new factory petang ahad, ada makan2 katanya.. siapa suruh pakai baju merah, suar putih.. saya ngan fiza sepakat nak pakai tudung putih. sebab saya ngan dia je yang pakai tudung... poyo-poyo la ni kitaorg dok ikut tema.. Sekali pegi sana makan bihun goreng, ada beberapa kuih muih, pastu ada kambing panggang.. (semua halal... aku ngan boss aku ni tak runsing sangat sebab kalu pegi umah dia memang stand by pinggan mangkuk untuk orang Islam termasuk periuk belanga ngan sabun2 sekali).. Aku makan la sikit kambing tu..
Time nak balik tu, lalu depan tokong, memang kat situ ada bilik khas diorang sembahyang ngan tokong (takpe yang penting surau lagi besar.. hehehe).. sekali aku nampak ada daging kambing (sepinggan la besar dia) tadi kat dalam tokong tu... huahuahua.. aku tak suka... pastu aku nampak sami... hehe BARU KU TAHU, diorang buat upacara sembahyang bulan hantu... patutla kitaorang kelamkabut pindah, walaupun tempat tu serabai lagi..sebab orang cina percaya bulan hantu tak sesuai untuk pindah randah ni Ngeh.. Ngeh..


Baru ku tahu....

Selama ni aku baik ngan seorang nyonya la... semuanya berjalan lancar.. tapi dia selalu la kutuk nyonya yang lain... kata nyonya2 yg lain tu sombong lah, mcm2 lagila.. Memang aku tak pernah nengok nyonya2 yang lain ajak dia makan... So, masa kitaorang sibuk2 pindah tu, kitaorang dah start nampak perangai dia.. Fiza ni satu Department ngan nyonya tu, sepanjang masa buat packing tu boleh dikatakan Fiza ngan HOD je yang buat keje.. Paling ketara, waktu last day kitaorang kemas2 tu, semua orang balik lambat.. dia sorang je yang balik kul 6... Wah.. sangat selamba... lantak la situ..
Nak dijadikan cerita, semalam opis aku still lagi networking x stabil.. So, Vicky (bos nyonya tu) call aku pepagi buta, suh bawah aku punya broadband (diorg semua guna streamyx).. Aku pun bawak la dengan rela hati (dengan notebook sekali aku bawak.. malas nak install dah..) so, aku letakla kat account department, nyonya tu dah start pandang aku ngan pandangan seolah2 aku bawak tu suka2 aje! Dulik ngan jelingan manja itu...
Bila dah penat jadi cleaner tu, aku gi la ke account dept ni, nak melepak jab.. tetiba boleh dia kata macam ni..
"Emi, tadi Vicky mau pijak you punya notebook.. dia kata sapa punya ni letak kat sini sepah saja.. Vicky marah ooo"
Aku jeling Fiza, Fiza geleng2 kepala slow2, aku pahamla nyonya tu fitnah Vicky.
"Oh yeke Vicky cakap macam tu, ke you yang cakap macam tu? sebabkan Vicky yang call I pagi2 suruh bawak my notebook.. kalau tak pun nanti I tanya Vicky, samada dia ada cakap macam ni ke tak? I rasa macam tak percaya Vicky cakap macam tu.."
Muka dia dah sentap... hehehe aku tipu je, tak koser nak prolong kan issue, lagipun diorang mesti dah kenal perangai dia yg sebenar2nya.
Satu benda lagi ni aku tertanya dengan cerita dia... dia selalu cakap, husband Vicky tu bekas pakwe dia. Pastu selalu pesan ngan aku jangan crita ngan sesapa, Vicky x suka kalau Vicky tau... bila2 fikir balik, macam tipu je.. Sekarang BARU KU TAHU siapa dia sebenarnya..

Saturday, August 2, 2008

Last day! tayar ko pancit!

Sebelum blah harusla bergedik2 dekat depan opis ni hehe.. muka berminyak, mcm boleh goreng telor... hehehe.. Dah sebulan kitaorg pakai suar jeans, Slamba je g tmpt customer mcm g pasaraya.. hwawa! dulik.. Tapi lepas ni kena pakai Office wear la balik.. huhhhh..

Ntah apa la nasibnya.. penat2 aku bye2 kat office, dari jauh aku nengok tayar dah melepek.. hwawawa.. tak bestnya, harus aku terpaksa bli tayar baru. terbang lagik duit..

Yang penting aku x tau mcm mana nak tukar tayar.. ni first time kene ni.. nasib baik siang. Dengan muka tak malunya aku mintak tolong kat pekerja company pindah-memindah ni.. nasib baik ada yang nak nolong.. sambil tu aku belajar le..

Tools yang diperlukan:
jek (betul ke gini spelling nye? aku dgr sipi2 je.. kalu x betul tolong betulkan)
pembuka skru
batu bata

Cara2 merangkap kekdahnya:
  • Mula2 longgarkan skru (kalau guna kete auto make sure gear kat "P")
  • Naikkan jek harus la bersungguh bagai nak mampus
  • kalu tak cukup tinggi letak batu-bata bawah jek tu, pastu naikkan jek tu
  • Tukar gear kat "N" (supaya tayar boleh pusing2)
  • Tanggalkan skru dan kuarkan tayar
  • Letakkan tayar spare
  • tukar gear ke "P"
  • pasang skru dan ketatkan manja2
  • turunkan jek
  • ketatkan skru bagai nak gila
  • siap
  • pegi pam angin dan ketatkan skru kat kedai
hehe.. tapi mampu ke aku buat sendiri...

Thursday, July 31, 2008

PINDAH part 1

Hari ni last la aku kat opis lama, esok bermula la episod opis baru. Dalam minggu ni memang hazabla. Paling hazab bila ari isnin aircond dicabut... hwaaaaa.. kitaorng bawak kipas sendiri.. Mula tu merungut (bukan aku sorang semua yang kat opis tu) gak tak tau merungut kat sape. Lelama tu aku insaf, baru aircond tak de, orang lain ade lagi susah.. Ni la manusia x reti bersyukur (marah diri sendiri hehe..).. dah dua hari ni kitaorg enjoy je..
Nyonya2 tu pulak, pakai baju macam tak pakai.. aku nak tangkap gambar tapi takut hehe.. seksi mcm gi tepi pantai.. hahaha..
Bila dah serba kekurangan ni, ada benda yang menarik perhatian aku..


Ni gambar meeting room, meja dah bawak ke tempat baru.. so, nak meeting tak de meja, bos aku pun tarik2 kotak buat mcm ni.. masa tu pecah perut nengok kih kih

Ni ilham receptionist hehehe... lasung tak selamat.

Sian aku mengecan duduk lantai.. klako!

Saturday, July 19, 2008

Bye bye Mas Rudy

Khamis Lepas hari last Rudy.. Wah! ada skit sedih lorrr... Mas ini orangnya pandai ambil hati lho.. gantengnya nggak tapi manis skali..
Kaluau bicara soal politik sering kali berkata begini..
"Malaysia sekarang nggak ubah kayak indonesia zaman Suharto"
Meh.. enjoy gambar..







Ini gambar org terlepas tanjung rambutan.... Rindu la pulak ngan MAS RUDY..

Wednesday, July 16, 2008

Nasi Lemak Party...

Hari jumaat dah received email dari Admin manager suruh lapangkan perut sebab abang Din nak belanja makan nasi lemak.. bukan nak kata apa la, nasi lemak dia memang power (isteri dia yang masak).. sambalnya pedas tapi tak memeritkan perh..perh..perh.. Pagi tadi aku memang dah set kepala otak, teringat tahun lepas punya kenangan masa makan nasi lemak tu.. Aku ingat aku sorang je excited, rupanya boss aku pun sama, siap tanya ngan aku lagi pepagi "Emi, today Abg Din bring nasi lemak, right?" hehe aku sengih "Yup, yummy!".. Pukul 12.30 tgh geng makan aku call, "Emi, we eat first, bley makan banyak".. aku ngan semangat nye.. "Okay, lets go".. aku kelentong boss aku "Ann, I eat first, course I have an appointment with xxxx", Slumber je boss aku jawab "Go lah, dont finish it..".. YA ampun tahun ni punya nasik lemak memang ada ummph.. hehehe.. sampai ada yang tak dapat makan.. tahun lepas ada gak berlebih. kih kih.. kes terlupa la ni... Nyonya2 dan amoi2 tu pun berlawan tambah nasi nampak.. ngeh2.. Ada memang yang on leave siap mintak tolong simpankan dalam peti es lagik.. Yang ni klakar, kawan aku si Indon cina tu pun tak dapat makan, kali ni pun dia gunakan perkataan yang boleh menimbulkan kontroversi "Aduh! Emi saya lupa dong, ari ini abang din bawak nasik lemak.. ini kerna terliwat.. " aku gelak kuat2 dulu.. "Mas Rudy, jangan guna perkataan itu Mas, bisa bikin huru-hara..." I'm gonna miss him.. Esok hari last dia keje.. Susahla aku nak praktis cakap Indon..

Sunday, July 6, 2008

Bende Yang Aku Slalu Buat Kat Opis

Datang Lambat
Ala bukan jauh pun umah aku ngan opis 15 minit jerr... opis masuk kul 9.00a.m, tapi aku 9.00am baru nak gerak dari umah.... (Tapi ada jugak aku datang awal.. hehe)

Touch up
Dah la datang lambat, siap touch up dulu, kalu tambah lawa tak pe ni tambah warukk.. ngeh..ngeh..

Buat Air Milo
Pelik kat umah aku tak de la nak minum sangat, tapi kat opis macam wajib jerr...

Online
Bukan nye tak de kemudahan itu dirumah, tapi macam best jerr bila online kat opis, buleh release tension.. hik..hik..

Bukak Jobstreet.com
Siyes aku tak penah bukak jobstreet kat umah, tapi bila kat tmpt keje itu la aku bukak dulu.. bukan nak carik keje sgt pun tapi dah jadik tabiat..

Suka pakai selipar ladybird
Aku rasa pelik bila pakai kasut tumit2 ni.. cuma standby kat shoes cabinet in case nak gi meeting ngan buyer... kalu sehari aku tak kuar, seharila aku akan pakai selipar itu.. walau macam mana voguenya aku ari itu.. ngeh.. (kadang boss jeling2 gak.. ade aku kesah)

Suka angkat tepon
Bukannya takde receptionist, tapi tangan aku terangkat tepon tu jugak.. sampai boss aku sound "you nak jadi receptionist ke? kalau macam ni Shanti tak payah kerja la".

Suka sangat check fax in kat mesin fax
Lepas tu aku volunteer gi antar kat diorg, sambil tu aku g sakat2 sesapa esspecially satu amoi graphic designer tu.. kepala otak dia bley tahan.. (yang ni aku ngambik kesempatan nak borak2.. ngeh2 ngeh..).. lepas tu aku kena lalu depan reception counter.. hehe aku pun menebeng pulak kat situ.. receptionist ni memang best...

Walaupun aku rasa apa yang aku buat tu tak berapa nak elok dilakukan kat opis tapi kalu aku tak buat sesemua tu aku macam tak bersemangat nak kerja.. Sebab bila keje aku nak comfortable dan happy.. bila dua2 tu ada aku akan bagi 100% errrkk tak tak 99% atau 95% entah2 85%.. atau...70%... hehe nampak nye aku ni bukan pekerja cemerlang. Nasib baik dapat boss yang tak kisah pasal etika kerja asalkan apa yang dia mintak dapat, tak putar belit dan tak menyusahkan dia.. Lagipun dah buat MoU ngan dia.. Kalu ada bende urgent dan tengah sibuk, aku takkan amik cuti, sanggup balik lewat dan sanggup keje weekend... tu yang dia tutup mata jerrrkk..

Friday, July 4, 2008

SUP BUNTUT!!

Office aku ada sorang Cina Indon, walaupun 98% office aku chinese, dia rapat ngan aku disebabkan bahasa dan culture. Biarla aku gelar dia Mas Rud.

Mas Rud : Aku mahu cerita sama kamu.
Ibu kumbang : Cerita la..
Mas Rud : Soalnya ini salah paham, kamu jangan rasa ngak senang ya..
Ibukumbang : Mas, jgn nak bunga2 doang, straightforward pls..
Mas Rud : Kelmarin aku ingin makan sup dari anggota sapi (lembu), aku lihat ada gerai disekitar rumah aku yang agak ramai pelanggan.
Ibukumbang : Ok..pastu?
Mas Rud : Maka aku pun order apa yang aku inginkan.. "Bang bagi saya SUP BUNTUT satu bungkus".. Tiba2 aku rasa enggak enak, kerana org itu pandang aku semacam aja.. aku pasti sudah salah cakap..
Ibukumbang : hehehehe.... *aku gelak dulu*
Mas Rud : Mintak maaf bang, aku yang sebenarnya mau sup tailnya lembu, Di Indo itu namanya Sup buntut.. Saya nggak tau deh di Malaysia namanya apa..
Ibukumbang : :)

Aku pun slalu misscommunication ngan mas ni, berbeda bahasanya ya mas Rud! yang bestnya mas ni suka belikan aku bakso.. sedap gila.. katanya beli kat mentari Sunway.. Enak banget.. Bila2 sok nak gi sana la..

Update : Sup buntut dalam bahasa melayu "sup ekor"

Saturday, June 28, 2008

Wah eksyen nyerrr..

Ni nak cite skit la kan.. Company aku ni budak melayu ade 8 daripada 70 org kat production, 3 (termasuk aku) dari 25 org kat office, campur2 aku sorg jerr pompuan melayu.. Jadi bila sesorg tu paham jerr la macam mana attitude kita of course depensive (kalu tak kena buli), plain (takde ayat bunga ni, sumer straight forward) dan yang paling penting aku x koser nak campur bila diorg ngumpat (hehe lagipun aku x paham hehehe).. After chinese new year masuk ler dua org staff melayu, cik pengantin (account) ngan HR (pangkat akak-akak.. biarla aku namakan Kak HR)
Company aku ni memang aku akui la tak berprosuder sgt.. cthnye gaji 8 hbulan dan rasanya dah lama tak naik gaji... memang la aku pong sakit ati.. tapi aku ni jenis malas nak sakit2 kepala (sambil2 tu aku mintak gak keje lain), aku cari gak kelebihannya (aku dah keje sini almost 3 years).. bos atas aku bertimbang rasa, senang coti hehehe... boleh datang lambat...hehe patut masuk kul 9.00 aku masuk kul 9.30.. jgn tak tau ade scan time lagik hehe.. yang penting keje ko siap dan jangan banyak songeh...
Aku ni sebenonye nak cite pasal akak HR ni la.. (cik pengantin lebih kurang aku gak... tak banyak hal...) Selalu la nanya aku memacam ttg company ni.. mula2 aku layan gak lama aku menyampah.. bosan sebab dia ni belagak nan mampus.. sampai aku aku boleh hapal ayat dia "akak ni dah berpengalaman selama 13tahun kat Company P******M, jaga 853 org untuk semua cawangan kat malaysia, setakat buat keje HR celah gigi jerr" dah la tu cakap ngan aku yg memang celupar ni hehe.. aku pernah la terjwb "Alah kak kalu tak betul pun mana saya nak tau" (Dia nk bukak mulut, cepat2 aku blah hehe..). Ade la beberapa insiden lagi kita bertengkar ala2 gitu.. hehe..
ari selasa lepas time aku, ms vogue dan cik pengantin makan kat pantry dia pun datang, sambil start la complain2.. aku dah start menyampah dan tercakap la macm ni.. "Buruk2 pun mesti ade kelebihannye" di jawab "ni lain kalu org yang dari corporat company macm saya datang ke company kecik mcm ni memang tak puashati, lainla kalau org yg dari company kecik dtg ke sini memang tak rasa apa2" Sorila aku mmg x pandai cover2, time tu gak aku terus berbual ngan cik pengatin crita pasal lain tanpa pedulikkan dia.. dan pastu kalu aku tgh berckp akan terus diam kalu dia datang. Kalu diterasa aku pedulik hapa...
Bagi pendapat aku, kita keje ni untuk cari rezeki, yang pasti ajal maut, rezeki dan jodoh memang dari si pencipta. Kalu dah berusaha tapi dapat takat camtu bersyukur ajela, supaya berkat dan cukup sampai hujung bulan.. Kalu banyak complain ni mcm kita tak redha dengan apa yg tuhan bagi.. mungkin jugak tuhan nak uji kita, ataupun kena gak musahabah diri, mana nak tau sbb sikap kta sendiri tuhan nak bagi terduduk sikit, biar insaf.. walau mcmmanapun saya suka company ni.. :))

Si kumbang addicted to computer games


Memang dah lama giler tak update... nak buat camne kalu nak guna kene berebut dengan si kumbang... bapak punya payah.. So, last week my hubby and I decided to control his addiction. Macam2 ler alasan kitorg bagi, kata bawak gi kejela , tinggal kat tempat keje.. dan macam2 lerr.. tiap2 ari tanya mana notebook... huhhh.. aku dulu masa umur 3 tahun bukan sajo x main bondo ni, ntah2 x wujud lagik.. Buat lawak bodoh la pulak.. hik hik... lariksssss..


Bila kat opis laks memang tak sempat banyak bende nak buat... nak packing lagi... nak filing bende yang dah berzaman aku sorokkan bawah meja aku tuuuuuu... Nak jumpa buyer lagi... Tau jerrr la kalu deal ngan company jepun ni memang sakit ati, semua nak cepat jeerrr.. ingat kitaorg print barang macam petik jari kerrr.. Lagi satu yang aku menyampah, kalu mintak sesuatu.. example stock balance, mintak kul 3, kul 3.30 dah nak result.. hello korang ingat kitaorg ni tak de client lain kerrr... nak jaga buntut korang jerr ker. memang la betul Customer is always right but be considerable a skit... Ade ke patut last friday, ini berkaitan ngan invoice la (hehe takde kene mengena dgn aku pun tapi saje nak sakit ati jugak..mhuwahahaha)... cabinet dan meja ditanggalkan, jadi komputer pun di buka jugak ler... dan2 tu lak buyer company C ni call la kata invoice tu ade error mesti revised time tu jugak.. PIC kata nanti dia revised lepas komputer pasang balik mbe after lunch.. punya la bengap budak tu boleh dia kata urgent... sekarang jugak.. last2 mampus situ la.. pedulik hape.. eh dah melalut jauh la pulak hehehe ..

So today I wish I can post few entries to cover last week stories (marathon la ni). Amin..

Saturday, June 21, 2008

Makan Time

Ms. Vogue, Cik Pengantin, Ibukumbang and Ms. Young Forever

Sejak, dua menjak, tiga menjak nak pindah ofis ni aku rajin pose2 ala gediks kat lam opis tu.. Terutamanya tempat yang paling selalu aku kunjungi iaitu pantry.. adeje yang aku nak buat kat sana. Amik ayo kosong, buat ayo untuk hilangkan mengantuk dan adalah tempat wajib waktu lunch. Pendek kata tak ade org berani kacau lerrr.. biasanyer aku kalu makan mesti berempat Ms.young forever, Ms. Vogue dan Cik pengantin.

Sekarang ni kitaorang paraktik bawak bekal dari rumah. Mula2 tu rasa susah, lama2 tu okla.. rasa macam bestlak.. kalu tak bawak pun biasanyerrr kita orang tapau dari kedai sebelah.. Buat masa sekarang ni opis ni shoplot..

Thursday, June 19, 2008

Pindah



Sekarang ni tengah sibuk kemas barang, pasalnya nak pindah ketempat yang lagi besar.
Badan punyalah penat. tapi yang best banyak sampah lagi dari document yang nak disimpan.
Esok ada lagi yang nak dipacking..

Grrrrr... lotih makcik!
Mak aiiii, workstation aku macam pusat pembuangan sampah....
Cepatla pindah... hehe tambah dekatla nampaknya..