Hehehe (ketawa dulu).. Opis aku sekarang dekat ngan MYDIN Subang Jaya. Dah dua hari ni kitaorg jakun gi sana. Lagi satu, pagi tadi baru aku perasan, kilang tmpt aku keje ni sebaris ngan RIO DE FUTSAL.. hehe.. yang ERA selalu buat tournament! Wah, kelas gitu.. leh la aku menggatal..
Ari isnin time nak pegi parking kete kita org lalu kat ikan gigit2 tu (fish SPA), teruja gila nak buat. Semalam dengan hati semangat waja kitaorg (aku, kak khalidah, kak mai ngan fiza) nak cuba.. .
Tapi sampai je kat sana, fiza lak buat hal, tetiba lak takut... tak jadik..
Aku excited, walaupun..
Kak Mai dah ada pengalaman, tak pe..
Yang best kak khalidah, boleh dia cakap camni,
"Kaki I berkerakla, malula""Malu ngan sapa kak, kaki saya pun berkerak gak" "Malu kat ikan" hehe.. ini macam pun bole ke?

Nyum! nyum! cedapnya... aku memang x leh tengok kaki aku, geli nengok di mengerumun tu.. kalu tertengok sure aku sepak2 ikan tu.. hahaha..

Ini memula nak celup kaki, auchhh.. memang geli sehhhh... aku sampai sepak air terkena kaki khalidah.. menjerit sakan..
(from left: Kak Khalidah, Fiza, Aku dan Kak MaI)
Masa ni dah steady, syok lak rasa nyerrrrrr... bila dah lama tu rasa sesemut je kat kaki tu..
Masa ni terperanjat nengok ikan mengerumun kaki abang tu, semua lari kat dia, apasal ye? apakah istimewanya kaki dia, adakah kaki kitaorg x cukup wangi atau sebaliknya... hahaha!
Kesimpulannya, saya sangat enjoy, macam nak pegi lagi esok.. Ada org tu miang la pulak tadi tak nak, ni teringin nak buat esok... layan jela...