Kadangkala mengingati kenangan manis lagi memedihkan hati sebab terfikir andainya masa boleh di putar kembali.. Sebaliknya mengingati kenangan pahit pula menyebabkan kita tesenyum kerana kejayaan kita mengharungi detik-detik perit itu.
Monday, December 31, 2012
New hope
Kadangkala mengingati kenangan manis lagi memedihkan hati sebab terfikir andainya masa boleh di putar kembali.. Sebaliknya mengingati kenangan pahit pula menyebabkan kita tesenyum kerana kejayaan kita mengharungi detik-detik perit itu.
Thursday, June 3, 2010
BILA AKU YANG MENGAWAL MASA
Kuat hati aku ni nak berhenti jadi suri rumah. Tapi aku nak jadi suri rumah yang ada income. Aku sangat jealous tengok life sepupu aku. Dia ada skill menjahit yang dibuat sebagai sumber pendapatan. Lepas tu dia ada masa untuk pergi kelas baking, and I sure itu akan jadi sumber pendapatannya jugak. Dan yang penting dia dapat look after her kids. Aku jugak amat pasti dia ada masa nak bersosial sebab dia hantar anak dia ke tadika. Nice!
So , today aku MC sebab aku sangat letih dan tertekan. Aku abiskan masa aku dengan layan youtube untuk cari apa sebenarnya minat aku. Well aku dapat jugakla ideanya dan aku ada beberapa planning menuju kearah itu. Kalau nak ikutkan kelapangan memang tak lapang tapi aku nak tanamkan "JANGAN CARI ALASAN TAPI JALAN". Aku tidakla nak berhenti sekarang ni membabi-buta tapi bila tepat masanya nanti aku akan buat jugak. Sambil-sambil tu aku cuba cari keje lain gak.
Aku sangat sedih hari Isnin yang lepas, sebab aku tak tau anak aku periksa. Tak kisahla setakat tadika 5 tahun pun, tapi nampak sangat aku tak bagi perhatian. Macam mana aku nak bagi perhatian, aku batuk tak habis-habis. Balik keje sangat penat.
Hari ni aku sangat segar, sempat jugak aku pegi gim, pecah-pecahkan lemak yang ada. Dah berbulan gak aku tak pegi. Tapi lepas ni aku try cari masa jugak, sayang aku dah bayar untuk 2 tahun. Dapat pegi 2 kali seminggu pun berbaloi gak!
Apa-apa hal pun aku nak tunggu bonus baru aku tukar keje. Sayang wei... dah la keje macam orang gila. Nak la jugak bonus tu. Percaya atau tidak setakat ni aku baru cuti public holiday raya cina aje, walaupun public holiday hanya entitle 10 hari sahaja. Aku rasa cuti agung ni aku keje gak. Sangat sadis OK! Tak kisahla walaupun bayar double pay pun.. aku bukan gila duit sangat pun. Sekarang ni aku rasa company jahanam ni yang monitor hidup aku sampai aku rasa no life, semuanya terabai!
huhuhu serius rasa nak nangis!
Sunday, March 28, 2010
TERASA INGIN MEMULAKAN SEMULA
Nampaknya kena cari masa untuk berblogging sekarang ni. Bermacam2 sebab kenapa seseorang tu berblogging. Matlamat saya hanyalah untuk release apa yang ada di benak ni. Yang telah terkumpul selama 9 bulan atau yang dulu-dulu. Berusaha mencari masa, ditengah-tengah kesibukan tugas sebagai manusia. Tiada janji ataupun komitmen yang mampu saya berikan, atau sesuatu yang extravaganza hasil dari luahan ini. Hehehe! Wah seriusnya ayat. Sometimes pengalaman hidup menjadi orang itu berubah watak! Walaupun diluar watak saya masih sengal dan bengal tapi didalam dunia maya ni saya x mampu melindungkan rasa hati. Penat sangat agaknya.
Beberapa bulan yang lepas saya mendiamkan diri seketika sebab beberapa ahli keluarga membaca blog saya, saya rasa macam tak boleh nak luahkan rasa. Malu..... Tapi sekarang mereka itu mungkin dah lupa saya ada blog yang sedang berupdate. I feel free. Kepada yang masih membaca terima kasih bebanyak. Cukuplah dulu sebagai intro. Nak upload gambar anak dara yang terbaru pun tak dapat, lupa lah nak bawak kabel camera.
Monday, November 17, 2008
TODAY IS MY BIRTHDAY!
Pastu kat chatbox ade ucapan2 besdey, terima kasih korang! tapi kepada sesiapa yg belum ucap kat aku, baik korang ucap kat aku secepat mungkin, kalu tak aku sumpah korang jadi kek! hehehe.
Sempena ari jadi aku yang ujong 20-an ni, tahun depan aku dah masuk geng Kak Jah dah, aku pun belikan hadiah untuk diri sendiri. Tahun ni tapak kaki aku yang bernasib baik menerima hadiah dari aku. TARAAAAAAAAAAAAA!
Sempena ari jadi aku ni, boleh tak aku wish nak kembali ke zaman kanak2 atau zaman gila-gila remaja aku? ye aku tau mengarut! tapi, memang itu dalam kepala hotak aku pun. OKla aku wish yang logic skit, Aku harap hidup aku aman dan ceria disamping emak, abah, ayong, Luqman, akmal dan juga buat yang baru hadir dalam hidup aku suami dan anak2ku.
Aku harapkan hari ni aku selesa sepanjang hari, jangan ada yang carik pasal ngan aku. Belasah kang!
SELAMAT HARI JADI UNTUK DIRI SENDIRI.. KE 29 TAHUN.
Monday, October 27, 2008
Dengan ini saya disahkan.......
Minggu lepas aku tak bape nak sihat. batuk2 skit!
Sebagai seorang perempuan yang bersuami, sebelum mengambil sebarang ubat harus, menimbang tara segala kemungkinan.
contohnya:
Mengandung ke tak? kalau tak pasti,
Dah lewat ke blum?
Kalau dah lewat, harus pegi check dulu.
Dalam pengiraaan aku memang dah lewat seminggu masa tu, so aku pun check la.
ALHAMDULILLAH.. POSITIF pregnant!
Terima kasih atas ucapan tahniah korang, confident je aku yg korang nak ucapkan tahniah!
Macam biasa family aku dan belah somi tak heran aku pregnant, sebab aku selalu pregnant. HAHAHAHA! Kali ini adalah kali ke 4 aku pregnant, yang jadi nya baru 1.
Excited tu ade la skit, tapi seram yang lebih hehehe.. ngeri
la weiii ngingatkan saat2 keguguran tu.. ayoyoyo!
masa first time gugur 2004 tu tak sakit sgt cuma aku stress je.
Tapi yang aku gugur Nov 2007 memang sakit woo, kalah beranak!
Kenapa aku asyik gugur je?
Yang 2004 tu aku berlari kejar kawan aku kat KLIA, balik tu terus gugur.
2007, janin tu memang tak jadi.. tak rezeki.
Untuk pregnancy yang kali aku berserah pada rezeki, kalau ada rezeki adalah, kalau takde nak buat macam mana. Aku macam dah leh managed FEAR FACTOR aku ni.
So, aku mintak maaf kat korang untuk beberapa ketika ni aku agak sunyi skit di arena blog2 ni dan kurang buat lawatan sambil belajar kat umah2 korang..sebab aku rasa macam mual, mengantuk, sakit bahu skit!
Oh ye! kemungkinan aku akan bersalin pada 20 JUNE 2008, aku rasa macam sama ngan JILL.. yeke Jill?
Monday, October 20, 2008
ENRTY 18SX : Antara aku dan Sex.....
Bila dah darjah 3, Ada seorang kawan sekelas aku yang paling baik dan pendiam (sekarang dia jadi Cikgu) hehehe, bawak satu buku lucah yang di jumpa kat belakang umah jiran dia, bertajuk JANDA KL, satu kelas baca, nasib baik tak kena apa2 dengan cikgu. Tapi, honestly masa tu aku tak paham sangat apa yang nak disampaikan dekat buku tu, hehehe... confiusla sekejap.
Tapi yang aku betul2 paham kaitan SEX dalam kehidupan kita ialah masa darjah 6. Masa tu aku tengah lepak2 ngan kawan aku kat kedai dia (kedai dia depan sekolah, umur dia 4 tahun lagi tua dari aku), tetiba aku cakap macam ni, "Wirda, ko suruhla mak ko mengandung lagi, nanti bestla ko ada adik?".. Lepas tu dia jawab, "Mana boleh mak aku mengandung lagi".. aku confius "Apasal pulak?"... "Bodohla ko ni, Mak aku mana ada suami, mana boleh mengandung?"... Aku betul tak paham masa tu, pastu diapun explainla ngan aku macam mana proses persenyawaan tu terjadi... Barulah aku paham.
Masa first year kat UPM, masa tu umur aku 18 tahun, abah aku belikan aku komputer. Aku memang dah lama gila teringin nak nengok CD lucah hahaha... Bersungguh aku carik supplier, hehehe... Dapatla sekeping CD lucah Jepun. Reramai la aku ajak nengok CD tu kat bilik bernombor 002 Blok Cermai, Kolej Kediaman ke 6, UPM sessi 1997/1998. Kebanyakannya first time nak nengok. Masing2 berdebar nak nengok.. kih kih... Of course la aku yang depan sekali, tukang kontrol mouse ngan speaker... hehehe.. Sekali buka, hampa! semua dibahagian alat sulit tu diblurkan... Sundel betulla...
Tapi aku tak putus asa, aku carik lagi CD blue tu bersungguh2, akhirnya dapat. Reramai lagikla mengerumuni bilik aku, kebetulan masa ari tu, ada semburan nyamuk sekeliling kolej, punyalah khusyuk, tak sedar pun tinggal kitaorang je dalan bangunan tu, orang lain semua dah kuar hehehe.. Sedar2 ada bau busuk jer.. kih kih... Tapi masa tu puashatilah dapat tengok dengan jelas. Sejak aritu bermula lah era bilik aku jadi markas... kah kah.. Serius, aku tak berani nak tengok CD lucah sesorang, sebab aku takut ternaik nafsu, kalu tengok reramai tak kisah sangat, sebab banyak bercakap.
Satu ari tu, aku lepak umah hamba Allah yang sorang ni, masa tu dia baru kahwin, jadi aku lepak kat bilik belakang yang ada komputer. Rezeki aku agaknya, terjumpala aku satu beg berisi CD lucah. Apalagi aku pun rembatla, senang keje aku tak yah susah mintak kat orang CD, hehe aku dah ade stok sendiri.. ngeh.. ngeh.. So, setiap kali aku datang umah hamba Allah ni, aku pun pulangkan CD yang aku ambik dulu, so aku ambik CD baru. Semua tu tanpa pengetahuan mereka suami isteri.
Dalam banyak2 CD tu, adalah CD yang best sikit, so, bila dah semua geng2 aku tengok, aku pun bawakla ke rumah kawan aku (semuanya nurse).. So memasing excited, banyak kali nengok, Ntah macam mana, VCD player tu bengong agaknya, tertelanla CD tu. Wah! aku sangat gelabah okey, nak mintak tolong kedai betul kan segan. last2 kitaorg biarkan je dalam tu... kih kih..
Tapi sekarang ni dipaksa tengok pun aku belum tentu nak tengok, malas! silap2 kalu Datuk Shahrukh khan bogel pun aku suruh dia pakai baju ngan suar balik.. hehehe.. No feeling..
Bagi aku sex ni ibarat makanan, syaitan ni ibarat bahan perasa, masa belum kawin pandangan kita terhadap sex ni satu bende yang seronok sangat, sebab ada syaiton yang jadi bahan perasa. Tapi bila dah kawin, semua syaiton lari, sex ni umpama kewajipan. Healthy food kan tak sedap! huwawawawa!
So, kepada adik2 yang terbaca N3 ni, tak salah untuk explore apa itu sex? tapi make sure understand dengan betul2. SEX bukan semata2 untuk berseronok tetapi adalah anugerah dari tuhan untuk hamba2nya, dimana taggungjawab yang besar diperlukan untuk mengendalikan sex.
Dan kengkawan sorry about this N3, I know it is not a suitable topic, but I can't stop myself to publish it.. so ENJOY..
Tuesday, October 14, 2008
Bola kecik dalam lubang hidung, hidung sapa? bukan hidung aku.... korang ingat aku xde keje lain ke nak masukkan bola kecik tu...
Selesai je, bisnis juta2 tu, aku tanya si Ameer anak ku yang amat ku sayangi itu..
Mana bola kuning kecik tu?
Ameer dah masukkan dalam hidung Ameer...
What the fuck.. seb baik anak aku tak paham... aku suh dia baring, dia refused... pastu aku bagi susu, dia otomatik baring...
Tu dia, dapat kulihat bola kuning itu didalam lobang hidungnya... tetiba aku meroyan! hangin... aku belasah dia sedas dua...
Punyalah nak cepat gi klinik, ameer pakai suar terbalik pun aku x pasan.. Seb baikla kitaorg dah mandi..betul! aku tak tipu.. Masuk jumpa doktor, dr tu ble ketawa.. sebab ni kali kedua ameer buat perangai camtu.. Bila Dr tu suluh2 dia tak dapat tgk.. Dia advise jumpa pakar kat SJMC...
uwahhhhhh.. tak hengat, IK bawak anak dia gi jumpa pakar kat SJMC.. Apa korang ingat aku banyak duit ke.. kalu aku banyak duit, xdenya aku beranak kt hosp klang.. hehe.. Ala aku gi SJMC pun sebab tempat pakyob keje tu guna ING, ble cover kitaorg anak beranak.. harap company aku, mcm taik! ble claim RM30.00... bodoh piang!
Kalu dah namanya pegi SJMC harusla aku mcm feeling org ado2 walaupun dalam purse ade 30 hengget.. hehehe.. SJMC ni tempat parking dia kalah spital kerajaan.. punyalah jauh! DAhla bapak punya lama aku tunggu DR.. macam tunggu DR kat spital kerajaan je... Sesambil tu aku SMS pak yob, bagitau perangai anak dia... dah sejam gitu, baru la ameer dipanggil, dr tu check, dia kata bola tu ble dicungkil kuar.. seremmmmm gak aku nengok alat dia..
Untuk tak nak bagi Ameer bergerak, nurse lilit badan ameer ngan selimut panjang, aku lak duduk atas kerusi riba ameer dan kepit dia kuat2.. nurse pegang kepala ameer... hehehe meraung dia... PADAN MUKA, sapa suruh buat pangai2.. DR. ENG PENG CHUA, ENT specialist tu pun cungkil idung dia... 10 sec dah kuar... hehe lega aku... Ameer lak, nangis tak sudah2..
BAPE la agaknya diorang charge untuk keje 10 sec tu kan? emmmmmmm... lantakla, jgn suh aku bayau dh le..
Aku sampai sana kul 8.30 am, siap kul 11.00 am... terus hantar ameer gi umah akak pengasuh tu, aku lak terus gi keje... Yang hampehnya, Pakyob yg xde kene-mengena ni lak dapat balik kul 1pm... siot betul.. sebab time aku sms tu dia ade meeting, apalagi amik kesempatan la... walhal nan ado, balik umah dia tido..
NOTA TAPAK KAKI GAJAH:
Actuallykan, nak aku marah Ameer tu nakal sikit, aku kena ingat Ameer tu dari gen2 aku... Bila tengok dia sekarang ni aku tingat masa aku kecik... uhuk! uhuk! Dulu aku penah stapler jari dan jahit jari guna mesin... KO ingat tak CK?.. Aku ingat lagik ramai orang tegur aku (ntahla aku pun dah lupa sape?) , JANGAN NAKAL2 SANGAT NANTI KALAU DAPAT ANAK NAKAL. Aku bukan nak insap pun, aku gunakan balik pesanan tu untuk lawan balik abah aku.. Bila dia marah aku menakal, aku mesti cakap "ALa angah nakal ni, sebab abah masa kecik nakal" Sekali amik ko... anak aku nakal skit... Tapi kalu ikut pangai aku je, setakat nakal je la... no problem.. yg aku takut tu, kalau lebih dari itu.. Tapikan kalu ade time machine kan, aku tetap nak menakal gak, barula happening zaman kanak2 dan remaja dan sekarang ni... PEACE!.. Senang kata IK is happy being HERSELF no regret so FAR, it doesnt matter either good or bad experience!
Monday, October 6, 2008
Bumper RAYA..... atau lebih dikenali jadual harian aku di hari raya!

SALAM Korang..... aku disini masih bercuti lagi... ngahahahahaha!
Meh kita lihat jadual aku sepanjang bercuti panjang.....
27 ramadhan
Lepas berbuka, aku terus chiow gi umah CK amik adik bongsu aku, sebab CK amik dia subuh tu kat hentian putra... Husband aku tak ikut balik sebab dia keje lagik! Lepas borak skit2 tu aku pun gerak lak amik opah aku kat Port Klang.... hik hik.. sian opah aku tunggu aku lama... Sampai kampung dekat2 kul 12 malam...
28 ramadhan
Memulakan hari dengan semangat waja nak siapkan langsir yang bertahun tak siap tu, mampus aku kena sumpah kang ngan abah aku... dah siap separuh, aku pun nak take 5, last2 aku take berejam2, sebab aku layaan cite jepun... hambik kau sampai la ni langsir aku tak siap lagik.. huhuhuhu!
29 ramadhan
Aku kena amik pakyob kat subang, dalam pale otak ni macam nak pegi shopping je, almaklum le baju ade satu jerrr.. Ameer tinggal kat mak aku jab... sepanjang jalan tu aku pun pantang jumpa ATM je mesti nak check gaji dah masuk ke belum... tapi aku hampa still lagik masuk.. huwaaaaaaaaaaaaa,,,, kecewa sial! Dahla aku janji ngan abang ipar aku nak jumpa kat depan Jaya jusco bukit tinggi sebab dia nak kirim duit singgit2 kat mentua aku... Ntah macam mana rezeki aku nak shopping walaupun ciput, tetiba aje abang ipar aku bagi seratus, dia kata tu duit pak yob tapi dia lupa tukarkan singgit2... Aku punyala tersenyum suka... dulik aku pak yob bagi ke tak? yang penting aku lenjan dulu, kat tangan aku ade lagik seratus.. Dan2 tu gak aku pusing kete masuk JJ bukit tinggi... lesapla duit tu.. aku beli kasut vinci longgok, 2 pasang.. ngeh ngeh.. pastu baju sepasang... balik umah tu, pak yob ajak gi melawat bank2 kat TAIPAN tu (bayar hutang.. hehehe).. Temankan dia makan (aku dah lenjan Big Apple masa berbuka tu... tapi aku x bagi dia), siap2 aku pun hantar dia gi keje (dia keje malam, masuk kul 11).. senang skit esoknya aku terus amik dia...
30 ramadhan
Sesubuh ari pak yob tepon, kejutkan aku la tu... siap2.. Alamak! tetiba sakit perut... jam dah kul 7.. Msg jab mamat tu.. tengah drive, ada msg, pak yob msg, "Kalau awak x sampai 7.30, saya balik naik teksi".. amboi! eksyen nye... kang aku berak dalam kete ni baru tau... buat derkkk je, malas layan. Sampai sana,singgah dulu sungai besar rembat sikit duit pa yob nak beli baju, dapat la aku dua pasang RM110.00. lepas tu terus gerak pegi umah mak dia.. borak2, balik umah mak aku kul 12.30 mlm.. Seb baik si CK tak tido lagik, sibuk dia layan tenet... gosip skit2, ngumpat laki aku dan laki dia skit2.. pastu tido!
1 syawal
SELAMAT HARI RAYA!
Siap2, gi umah mak mentua aku, jalan raya... kul 11.30pm balik umah mak aku, sekali lagi CK bukak pintu sebab dia bertenet... borak2, aku sambung lak nengok cite jepun SEITO SHOKUN sampai lebam.. terus tido..... PAk yob tido kat bilik, aku ngan ameer tido kat ruang rehat kat dapur.. aku memang suka tido kat situ, macam2 ada... astro, internet, jamban, makanan dan komik dua almari...
Aku bangun kul 9.30 pagi itu pun sebab ameer kejutkan , pak yob tengah minum, muka macam gergasi jeling aku... aku buat muka sempoi , mandi slow2... Pastu gerak umah mak mentua aku.. jalan raya... Last sekali lepak umah kakak ipar aku... diorang semua pakat2 nak gi umah mak aku... pak yob lak sibuk nak gi umah mak dia... siap bawak ameer lagi... Tak pe, aku ade agenda baik.. Aku tumpang kete anak sedara dia... layan diorang serba serbi... pastu time diorang nak gerak balik umah mentua aku, aku pakat dengan diorang, suh cakap ngan pak yob aku tak leh nak ikut gi umah mentua aku, ade sedara datang... HAHAHAHAHA... tak tunggu lama, aku tido sampai kul 9.00 malam... ngantuk oooooo... penangan cite jepun.. SEMBAHYANG? aku kantoi! Mak aku tak dapat kejut aku kunci bilik.. ngahahahaha... Lepas bangun, mandi2, sambung tengok cite jepun... tepon pak yob suh amik... lepak2 jab, sebab umah mentua aku ada lagi kak ipar aku... TIDO!
3 syawal
Pepagi lagik aku ajak kak ipar aku gi market... tapi kita orang pegi gi kul 11.30 am.. kul 12.30 pm aku balik umah mak aku sebab kul 2.30pm nak antar adik aku pegi bus stand, ameer tak nak ikut... bagus! aku ada agenda! sampai umah mak aku sambung lak nengok cite jepun yg lain tajuk JOTEI... best sial! antar adik aku, temanan opah aku buat gigi palsu, cabut balik! sambung balik ngok cite JOTEI tu, dekat2 kul 7 sampai umah mentua aku... hehe.. bagi alasan tertido!.. tak berani aku nak cakap aku sibuk nengok citer jepun.. mampus! tak pasal aku kena SOUND kang!
4 syawal
bangun pepagi! siap2, aku balik umah mak aku, sebab dah janji nak bawak opah ngan mak aku gi bagan datoh, kmpg Opah aku.. Aku x ajak pak yob, malas! balik dari tu terus gi umah mentua aku, sebab pak yob ajak balik subang ahad dia nak keje.. hehehe.. abang ipar aku dah sampai... Aku sound diorang laki bini sedas... dua das! apsal aku sound diorang? nanti aku citer next N3... Kul 10 pm gerak umah mak aku sebab nak amik baju yg tertinggal.. last2 tertido... huhuhuhu! Sebelum tu aku tengok cite jepun tajuk papa to musume no nanakon...
5 syawal
Pak yob kejutkan aku... siot betul, dikuis bontot aku ngan kaki... nasib baik laki... kalu orang lain mau aku lempang... Siap2, Balik berdua je, sebab Ameer tido lagik... Lepas sarapan kat mamak, aku terus choww, tapi aku x terus balik kampung, aku singgah Jaya Jusco Bukit raja... HAHAHAHA... kali ini aku ade duit... Malam raya baru duit gaji aku masuk.. ngahahaha.. aku pun beli baju keje... sedih weiiii, baju aku size XL, suar lak size XXL... bahagian montot aku x leh diselamatkan lagik... balik umah, mak aku lak ajak gi umah mentua.... aku ikut je la... Malam tu aku khatamkan cite papa to musume no nanakon.
6 syawal
Setelah tersentap masa try baju kat JJ, aku pun berpuasa ari ni, siang tadi aku temankan opah aku beli tepon baru... hahaha siap ade camera dan bluetooth lagik... hahaha kelas Opah aku... Ni aku baru balik beraya umah Deena, bergosip2 lebih kurang... Ok la korang selamat bekerja... gua ada lagi cuti 2 hri... hehehe... Adios!
Wednesday, September 24, 2008
Misteri sape intai aku mandi?
Satu pagi tu aku nak mandi gi sekolah, tengah aku gosok gigi aku yang berkarat tu, aku rasa mcm ada orang pandang aku... Apalagi aku jerit nak mampusssss kuat, semua org kat umah tu terperanjat.. kelam kabut sipenyintai tu larik ke arah sawah...
MAsa kena intai tu, aku pakai spender je, Tapi silapla dia, nak nyintai aku.. memang bangang.. tem tu aku mana ada tetek, kalu tak pakai baju tengah jalan pun tarak hal.. Aku agak masa tu dia nak intai CK kot, haha CK masa tu Form 4 (aku rasa tem ni CK dok hostel, kalu x silap), tetek pun dah besor sikit.. ngeh! ngeh!
Jadi, aku yang akal jahat ni mengambil kesempatan la ari tu, tak nak pegi sekolah dengan alasan trauma ! Auta je tu... yang sebenarnya aku malas nak gi sekolah... Tapi memang betul aku TRAUMA... Dekat setahun gak aku tak mandi pagi tem pegi sekolah... TApi korang jangan nak speku ok, aku tetap wangi.. sebab aku dah sembur dengan minyak wangi jenama apa aku pun dah lupa! hehe... kalu ade orang cakap budak cina tak mandi pagi, aku terasa siot.. tapi aku tak de la bagitau dorang aku x mandi pagi.. nak manpusss, mau kena kutuk! mesti makan tahunnye!
NOTA TAPAK KAKI GAJAH :
Semalam aku terbuka sepuluh minit lebih awal dari korang semua.... sebabnya sayup2 aku dengar azan dari masjib dekat umah aku (Ameer tgh tengok DVD), rupanya bukan! Merasa la seteguk aku balun air tu.... Aku x kira, aku anggap aku posa gak semalam... Allah itu lebih mengetahui....
Aku tak tau mana aku letak duit RM100.00.... hati aku dok teringat2 ni.... Time bersenggama pun aku dok teringat duit tu... tau2 dah selesai..... hahahahaha! duit tu kalu ikut budget aku leh beli baju siap tu.... Mintak2 aku jumpala duit itu..... sodih mak!
Friday, September 19, 2008
Wow... Dah lima tahun rupanya!
Lagipun aku cukup kagum sebab dah bertahan 5 tahun, siyesss aku ingat 5 bulan pun tak sampai itu ari... Almaklumla asyik gaduh sesaje..
Tapi pada firasat aku sebab tu la, sampai sekarang bernyawa lagi, semua main luahkan.. takde simpan2.. tak puashati cakap je.. kalau aku simpan hati, mau gila! not so me..
Tadi kitaorang leh tergelak sebab terperanjat dah lama kitaorg kahwin ghopanya! hehe.. as usual, kitaorg x celebrate pun! MALAS..
Gambar ni aku suka skit2 je.. amik kat beranda bilik aku..
Yang ni aku suka view je, please muka aku macam ntah2, jangan tengok!
Kalau berdasarkan muka aku yang asal tu, mengikut kepakaran KAK BED, boleh tak ko alter jadi eira fazira or nasha aziz! sila buat cercaan KAK BED!
Actually masa aku kahwin ni aku xde duit. Almaklum la tak keje.. semua memang berdasarkan budget yang abahanda sediakan. Walhal ikut aku punya nafsu merancang mau dasyat gila.. uhuk! uhuk! sedih.. Hantar proposal kat abahanda banyak reject dari approve! (Peringatan : Bukan aku yang beriya2 nak kahwin, mak bapak aku ngan mak bapak mentua aku yang suruh kahwin!)
Yang paling kelakor, masa tu aku nak gi beli hantaran kat SOGO (Sogo lagi!), dalam pala hotak aku mcm2 ni.. Sekali abahanda bagi aku RM500.00 je, weiiii! runtuh segala cita2 aku.. Dalam perjalanan tu Pakyob tanya aku "Apakata awak beli barang awak, saya beli barang saya, pastu kita tukar jela"... dengan erti kata lain RM500.00 tu aku guna untuk beli barang aku la.. Shit! shit! shit! tak nak!... Pastu aku jawab ngan berkhemah "Eh, takpe, awak belila barang saya, saya beli barang awak, kita beli barang saya dulu".. Apalagi aku main tunjuk2 je (tapi barang yg sederhana je, macam Carlo Rino yg ada sale, G Amani sensei yg ada promotion gak).. yang pasti lebih la dari RM500.00.
Time beli barang dia, kesian betul la mamat ni.. Dia tunjuk Perfume CK rege Rm200.00++, aku kata x best, aku tunjuk dia HUGO BOSS rege seratus lebeh je yang ada perfume ngan shower jel aje, dengan alasan aku suka bau tu... kencing kuat, walhal duit nan ado! Pastu beli lak kasut, dia pilih kasut sarung BONIA, aku leh cakap gini "Abis tu xkan awak ada dua kasut sarung, awak bukannya keje opis, kasut sarung tu awak kene beli sendiri, sebab masa nikah nanti awak kene pakai kasut sarung gak.. Apakata untuk hantaran saya beli yang ni (sandal Bonia, rege RM99 lepas 50% less), awak bley pakai selalu".. huhuhu.. seb baik dia agree kalau dia angry mampos naya... Jangan tak tau sandal tu dia pakai sampai dekat 4 tahun! Akhir berjaya gak aku beli barang hantaran dengan budget ciput! ada lebih RM30.00, sori aku nak bagi balik kat abahanda, aku belanja pak yob Makan kat KFC! ngahaha.. Balik tu abahanda tanya, "Ada balance tak?", Aku tipu, aku cakap"Orang siap tambah duit sendiri lagik"..
Untuk bilik pengantin abahanda aku bagi budget ciput gak.. RM500.00 campur langsir dan kelambu! Dahla tingkap bilik aku ada 3, campur pintu 1, pintu beranda 1... Mak aihhh abahanda ni memangla.. Gi survey cadar semuanya, rege lari budget! last2 aku dapat idea tempah je, cadar tu, aku buat atas dia kain cotton kosong warna peach, keliling dia kain langsir warna peach, harga RM250.00.. Masa ari kejadian (ari aku kahwin), ada gak yg komplain (dah agak dah), tapi aku x sangka ada gak yg suka... ada kawan aku pun follow gak buat cadar gitu.. sampar skang aku pakai, sebab selesa!
Maka abah aku lak masa nak tentukan duit hantaran, boleh dorang nak samakan macam duit hantaran CK,walhal hantaran dia kategori ciput gak time tu, kalu aku sama duit hantaran ngan dia, mau orang ingat laki aku kahwin ngan JANDA (janda pun hantaran mahal skang!).. time CK kahwin tu zaman nabi, aku kahwin zaman millenium! Dengan alasan dorang taknak ada perbezaan antara anak dorang.. aku argue! mana bleh ni tak de kene mengena denagn KEADILAN, hantaran kene ikut zaman hehehe.. Last2 dorang stuju gak nak naikkan sikit tak banyak pun! hantaran kitaorang adik badik ciput! sebab tu performance kitaorg sebagai wife pun ciput!
Sebenarnya banyak lagi bende yag sengal2, tapi mcm tak pelah, cukupla ni.. Tapi sebenarnya sekarang ni aku bersyukur sangat sebab aku kahwin time x keje, memang tensi sebab xdpt ikut kehendak tapi untung sebab tak sakit kepala nak pikir duit! Budget ciput pun x kesahla asal free... Aku xde terfikir pun nak bayar balik kat abahanda aku tu, cuma aku nak ucap terima kasihla sebab sponsor time kahwin itu ari... TQ ABAH!
So, sempena ulangtahun yang ke 5 ni, aku rasa OK la kitaorg punya relationship.. x stress sgt! Aku no complaint lagik.. Prinsip aku mudah je selagi tak kena lempang, bagi nafkah, x kena madu, x kongkong aku, ok da tu.. kalu nak buat jahat sila jgn bagitau aku, buat senyap2 je.. x koser aku nak amik tau!
Doa aku, tak nak la doa semoga diperpanjangkan jodoh, sebab tetiba dia buat x senonoh, pastu doa aku dimakbulkan tuhan! HAZAB aku..
Biarla ALLAH yang menentukan dan semoga hanya yang terbaik sahaja untuk kami, sekiranya jodoh yang panjang itu yang terbaik, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya perpisahan itu yang terbaik, pendekkanlah jodoh kami! AMIN..
P/S : Kak Bed wedding planner tersohor, nasib baik masa tu aku miskin, pastu belum bergelumang dengan dunia berblog ni, kalu tak harus mak suh ko adjust muka mak yang nan ado ni... tapi kalu x chanteeekkkkk harus gak mak cerca ko!
Tuesday, September 16, 2008
Aku baru paham, selama ni tak paham!
Sejak kecik lagi, kalau time berbuka posa kat umah kitaorang xde makanan tambahan, kalau ade pun jarangla.. kuih-muih tu memang nan ado la... Sebab abah aku tak suka lauk banyak2 ni dia kata MEMBAZIR!
Aku ni apalagi, sebagai seorang anak yang lahir pada zaman PARAM ni, harusla mcm bengang2 sikit.. apahal lak xde lauk tambah? Rasa mcm x caya je bapak aku tu x suke membazir... macam dengar BED TIME STORY je... Musykil mak!
Sejak aku kecik lagi aku memang kenen2 ngan abah aku ni nak lauk tambah, tapi selalunya mesti aku kene marah!.. Yang aku peliknya adik-badik aku yang lain tu macam rilek je, tak kisah je... Bior betul? diorang ni xde perasaan nak membazir makanan... sesuatu diorang ni.. ke atau aku yang sesuatu suka sangat nak kenen2 abah aku..
Kekadang aku buat spekulasi dalam pala otak aku ni.. Agaknya abah aku ni bekas awek dia jual kuih kat PARAM kot, sebab tu tak suka makanan PARAM, macam ala2 kecewa gamaknye.. Tapi aku x brani tanya ngan abah aku, kang x pasal2 kurus posa abah aku sebab marahkan aku, silap gaya terpaksa bapak aku berbuka sebelum waktunya.. ngahahahaha!
Sebab tu bila aku dah masuk UPM, time tu berbuka ikut suka akulah nak makan apa kan, so..first day posa tu aku beli mcm2 makanan, yang aku x makan pun aku beli.. saje je .. GILO!, Sampai ade member heran apasal aku gitu... Aku cakap dengan dorang saje sesuke.. Mesti dorang ingat style aku berbuka macam tu. Walhal nan ado! Ngahaha! Punya la psiko... Aku memang xleh terima alasan abah aku kata MEMBAZIR, sebab kengkadang aku tengok abah aku kuat gak membazir bende lainn..
Setelah bertahun2 lamanya, sabtu lepas time aku berbukak posa kat kampung abah aku cakap camni
"Masa berpuasa ni lah, banyak sekali makanan terbuang2 kat hotel2 dan kafeteria, tak sampai separuh je, dah masuk tong sampah, sayang rasanya!"
Aku melongo! bukan kagum dengan cite abah aku tu, tapi baru aku paham apasal abah aku x suke makanan tambahan.. Sebab abah aku ni keje line perhotelan dan catering, ala2 pakcik kantin la, yang masak2 tu (jangan tanya apasal aku x tau masak). Jadi dia antara orang2 yang menyaksikan makanan itu dicampakkan kedalam tong sampah! Apasal lambat sangat pick up ni!
Apalah abah aku ni, cubalah cakap dari awal lagi sebab-musababnya, kan aku senang x yah nak musykil2! Nak gaduh2 manja ngan dia, aku ni ade ala2 anak memberontak skit, kene ade gaya baru aku ikut cakap kalau tak aku confius! ngahahaha..
Monday, September 15, 2008
Blog personality
Your Blogging Type is Logical and Principled |
You like to voice your well thought out opinions on your blog. And if someone doesn't what you write, you really don't care! Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way. But you're a true and loyal friend to those who truly get you. |
Tuesday, September 9, 2008
BILA SEWEL ITU DATANG
Bersungguh aku amik test memandu! Alhamdullilah aku berjaya dengan jayanya... lepas je lulus, aku simpan je lesen aku tanpa bawak kete sampai abis "P".
Ntah mcm mana, suatu ari tu gila aku datang, teringin nak bawak kete membuak2 sangat, tidur, berjalan, makan, keje dan berak pun aku teringat2 nak bawak kete.. Pagi esoknya, laki dan anak aku tengah tido, aku senyap2 start engine, kete dia manual.. (Skang kete tu ade terperosok bawah umah mak mentua aku... ada problem skit kete tu).. Untu pengetahuan korang laki aku x penah offer aku suh bawak kete.. pandai2la aku la nak guna akal jahat ni... Ari pertama berjalan lancar... Wah! aku suka, imaginasi dah melangit, berangan nak bawak kete ke KL!
Ari kedua aku bawak time tu, ada pasar ahad kat sijangkang tu, tak pasal2 aku terlanggar side mirror orang, hancur berderai.. biru muka, pucat! tapi aku x mintak maaf pun.. ini kes langgar lari...
Bila dah agak pandai tu, aku ni konon nak cepat terer belaja parking.. try la nak parking depan kedai, sekali ntah apa nasib aku, aku langgar kedai orang, pastu dpn tu ada motor, ngan motor2 tu aku langgar... HWAWAWa pucat oooo, takoottttttt,... tuan punya kedai tu rileks je.. dia kata " apa boleh buat bende nak jadi katanya... sekali bini dia datang, ghopa2nya bini dia buat butik kat atas tu, di cercanya aku. Sialan sungguh! "Mcm mana bawak keta ni, orang lain bawak jugak, tapi takde la langgar kedai orang, ni sapa nak bayar".. Bodoh! aku la bayar..
Nasib baik masa tu aku baru kuarkan duit dalam RM300.00, barang2 dalam kedai tu x delah rosak.. cuma motor je yg rosak.. aku pun bagi la RM250.00.
Korang agak aku serik tak? hehe tak serik pun minggu depan aku try lagi merempit ngan kete tu.. ahaks!
Sekarang ni aku dah tak reti bawak kete manual, kereta kecil ku itu AUTO! Ngahahahahaha!
Wednesday, August 27, 2008
Dream Job

Sejak akhir-akhir ni aku boleh dikatakan tiap2 ari pegi MYDIN... lunch lorrrr... ada2 aje alasan aku nak menerjah kesana... gila!
Jadi time aku kuar tu staff ofis MYdin ramai lerr yang kuar rehat.. aku pun macam best aje pandang diorang... iskh.. syioknya dorang ni tak yah kuar makan jauh2...
Lepas tu kan ... hehe.. ada lagi bende yang aku rasa macam ntah apa2 ntah.. dalam minggu lepas leh lak aku teringin nak kerja kat Mydin tu... memang gila la!!!
Mula2 tu aku ingat main2 je.. almaklumla kepala otak aku ni pandai merapu.. pastu datang lagi perasaan nak keje kat MYdin tu... membuak2 lak tu..
Ari ni lagi aku sudah tak tahan.. hehehe aku open website MYDIN tengok career oppurtunities. HEHE.. sah dah tu.. aku memang kemaruk...
Tapi aku ni malas la nak betulkan resume tu.. tapi dengan semangat aku yang macam ni, tak mustahil aku akan usahakan jugak nak amend kan resume aku...
Memang gila! dah lama aku tak de semangat nak cari keje lain.. tetiba ade semangat, aku teringin keje MYDIN lak...