Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Aku Kembali Lagi



Setelah berpurnama lamanya aku hilang, skang aku muncul kembali dalam arena penulisan ni. Alhamdulillah aku selamat beranakkan anak dara bernama Anis Farihah pada 6 Jun 2009. Dengan berat 2.21kg dan panjang 45cm (tapi semalam aku ukur dah bertambah 5cm).
Sepatutnya aku beranak 19 Jun 2009, Alkisah aku terbranak awal ni mcm ni. Disebabkan diabetes aku ni, klinik kesihatan suh aku pegi spital serdang untuk check-up. Sebabnya gi check up je, aku gi aje sensorang, kain baju aku ngan baby memang dah stand by dalam kete. Skali tu DR tahan aku masuk wad tang2 tu jugak, sebabnya aku diabetes, tapi baby kecik dahla tu air ketuban dah nak banyak, dan yang penting skali aku nye reading dah kelaut, almaklum le, pak mentua kan baru meninggal banyak kenduri. Aku ni bukan tahan sangat nengok makanan sedap2 ni.
3 hari la auk bermastautin kat wad tu, pastu check out ari rabu, diorang suh aku check in jumaat sebab dah 38 minggu, sesuai dah nak beranak. Jumaat tu aku masuk wad, Sabtu subuh sapie aku diinduce (masukkan ubat kat "tut"), time tu pun dah bukak 2 cm. start la sakit sikit2,boleh gelak lagik. Tghari check, okla dah bukak 3cm, DR. kata kang pukul 3 leh dah masuk labour. Aku mandi wangi2, sedia untuk bertolak ke labour room. Dr. pecahkan ketuban, sakit pun bertambah, dua jam pastu dia masukkan air untuk cepatkan beranak. dalam kul 6.30 ptg tu aku dah sakit mcm nak sepak org, dalam kul 6.45 rasa nak berak dah ni panggil nurse dia kata baru bukak 6cm. aku rileks lagi, dalam 5 min cam tu memang rasa nak berak, aku sensorang dalam labour tu, mentang2 aku diam je tak ade memekak. aku picit binatang yang panggil org tu, sekali kepala budak dah nak kuar. Bukak dalam 7 cm je. kelam kabut nurse tu. hehehe! Sib baik baby kecik. Aku suka nurse tu, muda lagik, keje dia teliti, abis dikoreknya darah aku, jahit pun elok je. Aku syak, dia termakan bodek aku, sebab aku kata dia lawa.. hehe..
Aku memang suka bodek nurse, nanti diorang serve bagus punya, taktik nih. Aku ni kalau beranak tak induce mcm x sah je. ni yang kene pikir panjang nak branak lagik. sakit dan debarannya lain mcm skit.


Thursday, November 13, 2008

19 tahun dahulu

Wahai Adinda ku,

Tahukah kamu 19 tahun dulu
Aku adalah manusia yang paling gembira
kerana aku rasa kamu adalah hadiah hari lahirku
ketika umurku sepuluh tahun

Tahukah kamu 19 tahun dulu
sekiranya tiada aku dan ayongmu
aku pasti kamu pasti bengang
kerana namamu mungkin "RAHMATUL NAJMI"

Tahukah kamu 19 tahun dulu
tiap2 hari aku cium kamu
sebab kulitmu putih bau mu harum
ketul2 di pehamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
eeeei tak sokanya aku
apasal lahir sama bulan ngan aku
apa keleeeeeess dengan kamu

Tapi kini 19 tahun berlalu
ko dah tahu makna namamu
ko eksyen bagai nak mampus
kalu aku tau biarkan je dengan nama rahmatul najmi itu

Tapi kini 19 tahun berlalu
aku rasa nak pukul kamu
hehe sebab kamu selalu jadi lalat di blogku
selalu buat sibuk tak menentu




GAmbar lama! aku ingat nak guna apa yg ade kat blog, tapi sama lak dgn ko yong, baru aku pasan, jarang amik gambar budak yang sekor ni!


Malas nak citer panjang "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" bebeh!

Sunday, September 21, 2008

Aku rindu kamu

September bukan saja tentang memori indah tapi juga tentang memori sayu. Tak lama lagi 27 september 2008 genap 7 tahun perginya seorang insan yang paling aku sayang. UWO, gelaran yang kami sekeluarga gunakan untuk memanggil emak kepada emak aku.
Walaupun bertahun uwo pergi tapi aku tetap rindunya padanya, dan hari ini aku betul-betul rindu dengannya. Sebab kami adik beradik adalah cucu yang tinggal serumah dengan UWO. Uwo lumpuh selama 30 tahun iaitu sejak umur emak aku berumur 16 tahun lagi. Disebabkan adik beradik emak yang lain dah berumahtangga, secara automatiknya, emak aku yang bongsu dan masih single masa tu bertanggungjawab menjaga nenek aku tu..
Mak ngan abah aku sediakan tempat uwo dibahagian atas, sebab atas tu rumah kayu jadi takdelah uwo rasa sejuk dan memudahkan dia mengesot. Uwo tak suka duduk diatas katil, sebab mengikut kata uwo, menyekat pergerakkan dia. Selain itu mak abah sediakan sinki dan air paip untuk mengambil air sembahyang dan bersuci. Uwo tak berseorangan tinggal diatas tu, sebab kami semua tidur diruangan tu.. Syok sangat tidur berjemaah disitu. Tengok TV, borak, makan dan tidur kat situ. Masa tu ruang bawah dan bilik-bilik jarang kami gunakan. Bagi kami, uwo is everything!
Ramai jugak orang mempertikaikan kenapa uwo diletakkan dia atas, bagi mereka penyelenggaraan lebih mudah sekiranya uwo diletakkan dibawah. Memang betul setiap hari emak (kadang kami adik badik) akan mengangkat 2 baldi air untuk kegunaan uwo, mengangkat hidangan hidangan dan membuang najis uwo. Tapi bagi kami itu bukan masalah yang penting uwo selesa!
Aku paling suka bila memandikan uwo, disebabkan tangan sebelah kiri uwo tak berfungsi, jadi uwo memerlukan bantuan untuk mandi. Bagi aku dan CK masa tu adalah heaven! main2 air sambil gosok daki uwo. Yang paling best mesti dapat upah. Kan CK?
Uwo ni tak lokek setiap kali ada duit kami adik badik adalah orang2 yang bertuah mendapat habuan. Kalau aku lari budget, aku selalu urut2 uwo, pastu uwo mesti bagi habuan. Tapi kekadang duit tu aku gunakan untuk belikan baju uwo, sebab uwo ni walaupun dia duduk dirumah saja tapi dia suka pakai cantik2. Pakaian uwo adalah kebaya dan kain batik. Bagi dia tak de alasan untuk dia berselekeh!
Seingat aku uwo tak pernah berungut tentang nasib dia, cuma dia terkilan tak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Uwo paling suka dengar cerita orang yang balik dari mekah. Setiapkali ada jiran atau saudara mekah, mereka akan melawat uwo dan mesti ada buah tangan untuk uwo. Walaupun uwo sakit, tapi sehingga ke saat terakhir hidupnya, uwo dapat mengerjakan solat dan puasa, termasuk yang sunat.
Boleh dikatakan setiap hari ada orang datang melawat, mungkin disebabkan uwo ni soft-spoken (menurun kat mak aku dan adik aku no.3.), orang selesa dengan dia syok tau, rumah kami meriah sangat. Bila time raya lagila meriah, semua keluarga bertumpu kerumah kami.
Takde giliran untuk menjaga uwo, emak dengan rela menjaga dan merawat uwo. Bagi aku banyak yang emak terpaksa korbankan. Disebabkan pekerjaan abah takde kat sungai besar ( sungai besar mana ada hotel), emak terpaksa berjauhan dengan abah. Emak terpaksa menjaga uwo yang lumpuh, atok yang uzur dan anak 4 orang yang masih kecil. Sudah tentulah percutian keluarga takde. Memang jarangla kami menjejak kaki keluar dari daerah sungai besar ni. Emak lagi rela tak kemana-mana dari tinggalkan uwo. kecuali jika betul2 perlu.
Ada sekali emak terpaksa pergi ke Pahang, kenduri kahwin abang sepupu, cucu sulung uwo. Masa tu aku dah form 3, CK dah kerje. Dengan hati berat mak terpaksa menyuruh aku menjaga uwo. Aku happy sangat, aku ajak JEMOD, BATUL dan MADON tidur rumah aku selama 3 hari. Jadi mak akula yang menjalankan tugas meminta kebenaran ngan mak dorang, lagipun masa tu cuti sekolah. Memang kelakar, ari pertama masak, sian uwo makan bende x sedap! nasi lak lembik semacam. Jangan tak tau, sejak hari tu BATUL terer masak, berkemah kat rumah aku telah mencungkil bakat masak dia! Kawan-kawan aku ni sayang uwo, sebab setiapkali diorang datang umah (selalunya time abah aku takde), uwo mesti paksa2 aku hidangkan diaorang makanan, dahla tu siap suruh bagi diorang bantal, walhal diorang datang tu time petang.
Bagi aku lak, disebabkan emak banyak tanggungjawab, menjadikan aku berdikari. Bila umur 13 tahun, time2 ni dah kena pakai bra, aku pegi beli bra sendiri. Aku ingat lagi jenama sweetie, hehehe. Lepas tu, masa form 2 aku tengok semua kengkawan ada saving account, dengan selamba derrk aku pegi bank buat account sendiri.
Orang yang melihat, mungkin rasa kami terbeban menjaga uwo, tapi bagi kami uwo adalah kegembiraan kami. Dia nadi kami.
Ada orang cakap, kesiannya mak aku jauh dari suami, tapi bila uwo meninggal pun tetap berjauhan dengan abah sebab abah keje offshore, memang x boleh nak berkepit.
Ada orang cakap, tak takut ke suami kawin lain sebab sibuk sangat jaga emak yang sakit. Alhamdulillah setakat hari ini aku tak dengar lagi dan pasti abah takde isteri lain.
Ada orang cakap, kesian anak2 tak bawak berjalan kemana2, asyik terperap je kat rumah. Tapi bila uwo meninggal, seingat aku memang kitaorang x pergi kemana2 juga, sesekali je.
Ada orang cakap, susah nak jaga anak2 kalau suami jarang ada, takut anak2 terbiar, pelajaran tertinggal, anak jadi jahat. Alhamdulillah, adik beradik aku takde yang membawa masalah walaupun tak excellent!
Ada orang cakap, dah la bela emak tu sendiri, duit pun tak kongsi dengan adik beradik yang lain. Alhamdulillah sepanjang emak membela uwo, hidup kami berkat, sentiasa cukup duit, tak pernah tak makan walaupun tak kaya raya.
Dan macam-macam lagi orang bercakap tentang itu. Seolah-olah mereka lupa kuasa tuhan. Manusia tak pernah selesa dengan apa yang kitaa buat, buat jahat dikata, buat baik pun kena kata.
Kami bersyukur, setelah 30 tahun uwo diduga tuhan, saat terakhir dia sangat mudah. Sehari sebelum itu, uwo masih lagi sihat walafiat seperti biasa. Dapat menikmati pisang goreng yang dia nak makan. Takde sapa pun yang perasan pemergian uwo, walaupun emak yang tidur sebelah uwo. Uwo meninggal diwaktu awal pagi, ketika mengambil air wuduk untuk sembahyang sunat( Memang setiap awal pagi uwo akan sembahyang sunat), kerana ditangan ada cebuk dan kakinya terjulur ke sinki dan begitulah cara uwo setiapkali mengambil wuduk. Semoga roh uwo tenang disana. Al-fatihah.
Alhamdulillah, taklama selepas pemergian uwo, mak segera melaksanakan impian uwo untuk mengerjakan haji. Walaupun secara upah, setidak-tidak impian beliau terlaksana.
Maaf tiada gambar uwo dipaparkan disini bagi menghormati perasaan emak saya yang masih tidak boleh melihat gambar uwo (CK jangan bagitau emak aku buat N3 ni).
Cerita ini dipaparkan bukan untuk apa-apa tujuan sekadar meluahkan perasaan yang susah untuk diluahkan melalui kataa-kata dan sekadar renungan kitaa bersama.

Tuesday, September 16, 2008

Aku baru paham, selama ni tak paham!

Aku nak citer pasal sesuatu yang berpuluh tahun aku tak paham, tetiba je sabtu lepas baru aku paham!
Sejak kecik lagi, kalau time berbuka posa kat umah kitaorang xde makanan tambahan, kalau ade pun jarangla.. kuih-muih tu memang nan ado la... Sebab abah aku tak suka lauk banyak2 ni dia kata MEMBAZIR!
Aku ni apalagi, sebagai seorang anak yang lahir pada zaman PARAM ni, harusla mcm bengang2 sikit.. apahal lak xde lauk tambah? Rasa mcm x caya je bapak aku tu x suke membazir... macam dengar BED TIME STORY je... Musykil mak!
Sejak aku kecik lagi aku memang kenen2 ngan abah aku ni nak lauk tambah, tapi selalunya mesti aku kene marah!.. Yang aku peliknya adik-badik aku yang lain tu macam rilek je, tak kisah je... Bior betul? diorang ni xde perasaan nak membazir makanan... sesuatu diorang ni.. ke atau aku yang sesuatu suka sangat nak kenen2 abah aku..
Kekadang aku buat spekulasi dalam pala otak aku ni.. Agaknya abah aku ni bekas awek dia jual kuih kat PARAM kot, sebab tu tak suka makanan PARAM, macam ala2 kecewa gamaknye.. Tapi aku x brani tanya ngan abah aku, kang x pasal2 kurus posa abah aku sebab marahkan aku, silap gaya terpaksa bapak aku berbuka sebelum waktunya.. ngahahahaha!
Sebab tu bila aku dah masuk UPM, time tu berbuka ikut suka akulah nak makan apa kan, so..first day posa tu aku beli mcm2 makanan, yang aku x makan pun aku beli.. saje je .. GILO!, Sampai ade member heran apasal aku gitu... Aku cakap dengan dorang saje sesuke.. Mesti dorang ingat style aku berbuka macam tu. Walhal nan ado! Ngahaha! Punya la psiko... Aku memang xleh terima alasan abah aku kata MEMBAZIR, sebab kengkadang aku tengok abah aku kuat gak membazir bende lainn..
Setelah bertahun2 lamanya, sabtu lepas time aku berbukak posa kat kampung abah aku cakap camni
"Masa berpuasa ni lah, banyak sekali makanan terbuang2 kat hotel2 dan kafeteria, tak sampai separuh je, dah masuk tong sampah, sayang rasanya!"
Aku melongo! bukan kagum dengan cite abah aku tu, tapi baru aku paham apasal abah aku x suke makanan tambahan.. Sebab abah aku ni keje line perhotelan dan catering, ala2 pakcik kantin la, yang masak2 tu (jangan tanya apasal aku x tau masak). Jadi dia antara orang2 yang menyaksikan makanan itu dicampakkan kedalam tong sampah! Apasal lambat sangat pick up ni!
Apalah abah aku ni, cubalah cakap dari awal lagi sebab-musababnya, kan aku senang x yah nak musykil2! Nak gaduh2 manja ngan dia, aku ni ade ala2 anak memberontak skit, kene ade gaya baru aku ikut cakap kalau tak aku confius! ngahahaha..

Nilah abah saya, saya tangkap curi gambarnya ketika dia sedang membuta diwaktu tengahari, dimana emakku sedang bersarkas memasak! (aku tak tolong mak aku, penat baru sampai.)

Sunday, September 14, 2008

Adik ke atau abang?

Aku rasa macam x pernah citer pasal adik lelaki aku yang bawah aku kan? Actually dia ni muda 3 tahun dari aku.. Start dari sekolah rendah sampai la masuk UPM aku sentiasa bersama si budak hitam ni.. Actually aku la bodoh nak mampus.. Sebab masa dia matrix aku selalu dok cerita pasal kos veterinar kat dia.. sebab member bilik aku amik kos tu.. Aku dok excited citer macam2.. Ntah mcm mana tetiba agaknya dia minat dia apply kos tu... serius aku tak sangka dia amik kos tu, sebab dia ni bley pengsan nengok darah!

Aku dah start rasa mcm x best la.. asyik2 jumpa muka dia.. kalu sporting x pe... dia punya perangai punyala skemaaaaa.. aku ngan dia macam langit dan bumi.. Start dari sekolah menengah dia memang suka la tegur aku mcm2.. Aku kan kakak, apa aku kesah!.. CK tak sekolah sama ngan kitaorg dia skolah Agama..

Rezeki dia agaknya, masukla dia kat UPM tu, yang menjadikan idup aku terusik skit.. Dah la dia tu skema, korang tau tak banyak2 persatuan kat UPM tu, dia masuk Persatuan Mahasiswa Islam.. Bertambah hangatla dia mengkhutbah aku... tapi aku kebal!

Kalau dia tetiba jumpa aku kat mana2 tengah lepak2 ngan kengkawan sambil gelak2 besar, dengan keadan diri yang lepas laku, heh! dan2 tu gak aku dapat sms yang tertulis lebih kurang begini:

"Ko ni cakap slow2 la, apasal pakai baju ketat? pakai la baju labuh2 skit.."(dia kalu boleh nak akak dia pakai baju kurung ngan tudung labuh!, ko suh CK pakai dulu baru aku)

Mula tu aku sentap gak la.. tapi lelama aku x heran! Tapi paling kelakor kalu kawan aku Dilah terjumpa adik aku kat mana2 memang best.. Bukan dia kisah ngan adik aku yang ala2 jalan tunduk, yang ala2 bengkek nengok akaknya dengan geng2 ni... Mesti punya dila tegur adik aku,
"Man, apasal sombong sangat tak nak tegur kak dilah, amboi... pemalunya..meh la sini borak2"
Ni antara yang aku ingatla.. ada lagi dialog yang lain... Aku apalagi ketawa melekek-lekek la... aku tau adik aku x suke, tapi aku suke.. ngahahahaha!.. Kekadang tu kalu aku jumpa dia, aku saje2je pegang2 dia... kena marah ooo aku. tapi aku sengih2 jela! Dia ni dah macam ABANG aku lak!

Tapi dalam tu, ada gak manfaatnya dia belajo kat tmpt yang sama ngan aku, bila dia masuk sana, bapak aku belikan motor (aku x de motor, aku jalan kaki je, exercise!).. Apalagi aku, pantang je ade peluang, aku pinjamla untuk berjoli2, walaupun lesen xde, kawan2 ade lesen, kalu x pun aku tibai jela GUNA LESEN AGUNG AKU!

Kalau tak pun dia ni aku gunakan sebagai machai aku, tukang amik kat LRT atau komuter.. jimat maaaaaaaaaa... aku selalu sengkek sebab kuat joli! Mulut dia membebel2 campur ngan hadis sekali, tapi telinga aku spesel, semua yang dia cakap tu masuk belah kanan terus kuar belah kiri, tak sangkut kat mana2 sel otak aku pun! pelik bin ajaib betul aku!
Bila time hujung semester, dia ni jadi along aku dan penyelamat, seingat aku sampai la ni ade lagi hutang piutang aku kat dia yang tak berbayar... Aku harap dia halalkan la hendaknya! Itula sebahagian kenangan aku ngan adik aku yang tak hensem tu! Kalu dia baca ni, jap2 lagi mesti di cerca aku.. ngahahahaha!

CK, mak aku (mak aku je yang memenuhi kriteria berpakaian adik aku), adik ku itu dan aku!

Wednesday, September 3, 2008

TENET dalam Kelambu

Kalau kat umah mak mentua aku, kitaorang guna kelambu, sebab banyak gila nyamuk yang akan buat "lovebite". Masa sahur hari pertama tu sahur sana. Sambil nak tunggu azan subuh tu, aku pun melayari internetla dalam kelambu, syiokk je rasanya..tapi lembab nak mampus Berukband celcom tu.. Tengah syok2 tu datangla pulok gergasi menyibuk, sesuka hati je amik tempat aku tanpa belas kasihan... kata kejap tapi hampeh..

Kurang asam betul la gergasi ni, hangin aje aku nengok... lama ooo dia guna.. aku tak puashati, aku kejutkan aku punya Ultraman Dyna menyelamatkan aku dari gergasi ni..


Sekali tu, ultraman Dyna tu memangla dia dapat menghapuskan gergasi tu, tapi ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi".. dia monopoli sampai kul 9.. hambik kau..

Friday, August 29, 2008

DIA IDOLA SAYA

Sempena hari merdeka lagi dua hari lagi ni aku nak la kongsi cerita tentang seseorang yang jadi idola hidup aku. Nama dia aku panggil kak Ati, dia ni jiran aku masa tinggal kat Flat proton. Dia ni surirumah biasa je. Sambil2 tu dia jaga anak orang ataupun kengkadang menjahit.
Apa yang membuat aku kagum sesangat ngan dia ialah semangat juang yang ada dalam diri dia. Actually ikut cerita dia, masa tingkatan dua dia dah berenti sekolah, sebab ayah dia ikut Arqam, jadi dia tak bagi anak2 gi sekolah. Tapi keinginan nak sekolah tu kuat. Bila dah umur 18 tahun tu dah ada duit hasil keje butik dia ambil peksa SRP dan SPM hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah dapat pangkat 2.
Lepas bila dah ada anak laki dia lak tak bagi keje, kak Ati ni dengan paksa rela ikut cakap sominya. Anak dia 2 orang tu, bila start pandai cakap kak ati dah ajar membaca. Percaya atau tidak, tak denya guna buku2 teks yang jual kat kedai tu. Tapi guna dairy buruk yang dia tulis sendiri ALPHABETnya. Si Azah ngan Adam ni (anak kak Ati) boleh membaca dalam umur 4 tahun (tapi merangkak la). Kedua-dua anak dia tak masuk TADIKA pun. Ada gak aku rasa macam sangsi sebab jarang kita tengok budak tak masuk TADIKA.. Tapi dengan mata kepala aku ni, menyaksikan performance anak dia yang mengalahkan budak2 yang di sogok ngan tuition dan bende canggih. Mak tabik spring kat ko nok!
Lagi satu yang aku kagum dengan dia ni tentang menabung. Cukup kagum! Tahun 2007 dia dapat menyimpan RM10,000.00. Pendapatan purata bulanan sekeluarga tak sampai RM3,000.00. Mesti korang tertanyakan macam mana aku leh korek semua ni, adala caranya. Aku ni adik angkat kesayangan dia, dia memang suka share sesuatu yang berguna.. Iskh bayangkan macam mana dia kuatkan semangat nak menyimpan.. Kalau aku memang x dapatla.
Beberapa hari yang lepas dia call aku tanya pasal notebook, teringin nak beli untuk anak2 dia. Aku apalagi racun kuat, hehehe.. siap offer diri nak temankan dia survey notebook.. Itulah serba sedikit tentang idola aku yang sangat berwawasan. Walaupun dia ni dalam golongan yang pertengahan tapi dialah contoh terbaik bagi diri aku. Inilah baru dikatakan "TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN, MAMPU MENGONCANG DUNIA".

Note :
Aku ada seorang kakak bernama ELMELY SALWANI, semalam dia telah memecahkan lobang, bagitau nama sebenar aku kat blog dia... SENTAP TAU!.. ni aku nak share ngan korang semua. Actually, sejak dia lahir tak penah orang panggil dia dengan nama ELMELY SALWANI tu. Cuma sejak akhir2 ni je dia sedar yang dia ada nama tu, blog pun buat nama elmely-cakapkosong.blogspot.com. Kalau Family panggil dia AYONG, orang kampung panggil dia ANI, kalau kengkawan dia panggil dia APEK... kenapa panggil dia APEK? sebab muka dia sebijik macam CINA BAGAN kalau tak pun CINA BUKIT.. but anyway dia ni pun IDOLA aku gak.. HAHAHAHA...

Wednesday, July 30, 2008

Kelambu bayi dinasour

Korang biasa nampak tak bende ni?

Ameer tengah tidur waktu tengahari, berkelambu lagi...


hehe.. aku first time nampak bende ni kat umah mentua aku.. dia punya bentuk macam kelambu budak kecik. Tapi saiz dia besar. Bolehla muat seekor bayi dinasour.

Mana mak mentua aku beli?
Ala kat kampung aku tu biasa orang datang umah jual2 barang. Mak mentua aku mudah kesian. Dia pantang orang datang jual mesti beli, walaupun satu. Cukup buat syarat. Sebab tu penjaja tu memang dah AIM umah mentua aku. Inilah salah satu barang yang dia beli. Pada pendapat aku bende ni memang unik.

Yang bestnya Ameer suka la sangat dengan bende ni. Kalau dia tidur, tak kirala siang, apalah lagi malam mesti minta bende ni. Ameer panggil bende ni payung hehehe..

Macam-macam dah mak mentua aku beli dari penjaja tu, karpet, tikar buluh, baju telekung .. iskh.. banyak lagi.. yang pastinya harga dia mahal la sikit. Kitaorang laki bini ni adalah nasihatkan dia, jangan beli selalu sangat ngan penjaja ni, takut dia terbiasa. Tapi mak mentua aku kesian sangat ngan diorang tu. hehehe... IBU MERTUAKU.. OH.. IBU MERTUAKU

Sunday, July 27, 2008

Mencari khazanah alam

Semalam cik abang pegi memancing kat JERAM, aku sebagai seorang isteri yang MITHALI ni pegi mengantarkan pepagi buta.. yg penting aku x sempat mandi.. acccemmmm!!!.. sikumbang pun x mandi gaks... hehehe..
Cik abang saya ni memang kaki pancing.. Aku menggalakkan pun tidak, melarang pun tidak.. suka hati hang la.. Asalkan jangan suruh aku sediakan semua peralatan sebelum memancing.. pastu balik jangan suruh aku mengemaskan bende2 tu..
Tapikan kekadang cukup susah hati kalu dia balik bawak ikan banyak.. hehe.. sebab mana aku nak simpan, peti ais aku kecik..huhu.. alamat sedekah kat org lerr.. satu lagi sebab, terpaksa aku memasak.. yang pasti sebelum tu kena siang.. hehe itu yang aku paling alergik nak buat.. hahaha.. Aku suka jer kalu dia bwk balik batang pancing jerrr..


Ameer ngah nengok anak ikan
Ameer ngan mahluk asing a.k.a ayah dia

Dua beranak yang belum mandi lagik..


Ameer excited nengok belacak.. hehehe


Ketibaan para nelayan..

Aku nak carik muka yang burok2 la nak tempek kt muka dia (laki aku) ni... eksyen x nak muka tempek kat blog aku.. siap ko..



Hasil tangkapan


Sesi pembahagian khazanah laut... (kebanyakkannya ikan gelama)
Nasib baik aku terus balik kampung, jadi hasil tangkapan tu tadi ble pass2 kat org tua kat kmpg ni...hehehe



Thursday, July 10, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



Selamat bertambah umur ayong..
Aku sayang kat ko walaupun...
ngeh..ngeh... patut ke cakap..
masa kecik2 dulu ko panggil aku Zaiton sameon
Ko selalu kata mak tak sayang aku
sebab kena pakai baju ko
ko tau tak jadi trauma kat aku
Bertambah kronik bila ko cakap
aku minum sisa ko
sebab puting susu mak dah lunyai ko kerjakan
pastu baru aku guna...
Bila ko dapat baju baru ko eksyennnnnnn...
ko cakap.. nanti bila aku sebaya umur ko
aku boleh pakai baju tu...
Hwaa... sungguh kejam...
Tapi, aku tak kurang jahatnya ngeh..ngeh..
Aku tarik subang ko.. makanya
hampir terputus telinga ko
Masa aku darjah 3, ko darjah 6
Aku daftar tabung haji, dapat tabung
dengan keqwatnya aku datang kelas ko, suruh engko simpan..
akibatnya cikgu ko cakap... hihihihi
"Tengok Elmely, Emilia dia simpan duit, awak macam mana"
Kui..kui.. Aku suka, aku suka.....
Bila sekolah menengah kita sebilik
Dengan keadaan aku yang berat tulang ni
ko la jadi mangsa mengemas
hehehe best.. best.....
Bila ko dah keje aku suka sangat..
ko suka belikan aku macam-macam
paling best ko bagi aku soft toy ladybird..
sejak hari itu aku jatuh cinta ...
Sebab tu nama blog ni pun ada kena mngena dengan ladybird...
SEMOGA KO SUKSES selalu yerrr...
LOVE YOU FOREVER...

Semalam ada kesempatan untuk kuar sama2.. kitaorg berdua je.. suami tak leh ikot.. sibuk je..
Setelah teruja dengan blog Lensa-Lily kitaorg pun makan kat WILLIAM.. Wah sungguh enak.. yummy.. Burghhh.. Alhamdulillah.. Lain kali boleh pegi lagi..

Wah.. cedapnye air tu... ice blended ribena dan ice blended manggo...


yummy... yummy.. Roti cheese nan ngan Spaghetti carbonara Seafood (betul ke aku eja ni.. belasah jela..)

P/s : Dila, sedap tau.. nanti bila ko turun KL kita makan2 kat sana okey..

Saturday, July 5, 2008

Dari kacamata mak aku..

Aku memang suka merendek ngan mak aku kalu balik kampung.. apalagi kalu laki aku tak ikut(dia keje shift-weekend kekadang kena keje).. Sambil2 tu mengumpatla... buat luahan rasa.. bertukar2 pandangan la katanya.. tapi kalu ada akak aku lagik best.. kengkadang dia punya citer yang pelik2 je aku rasa..

Tetiba mak aku cakap camni.. "anak mak ada 4 org, mak peratikan semuanya ada kelebihan tersendiri tapi pada pandangan makla (elmely, aku, adik itam dan lil bro)". Aku pun macam tak sabar je naktau... hiks hiks ini mcm pujia2an jerr ni.. "So.. What's up, MAMA?.. grrr hehe tipu jerr aku tanya macam ni sebenarnye.. "apadia mak?"

"Anak mak yang sulung tu, suka sangat telefon mak, kalu telepon mesti pesan macam2, hati2 bawak motor (mak aku minah rempit hokey), pesan suruh kunci rumah kalu tinggal sorang, jangan lupa makan ubat, macam2 la pesan nye.. (hik..hik.. anak mak yang sulung tu memang suka membebel.. bayangkan kalu dia dah tua sok...lariksss). Anak mak yang tengah ni (aku la tu) suka jengok mak.. boleh dikatakan tiap2 minggu balik, tak dela mak rasa sunyi, kekadang suka belikan mak barang. Anak mak yang itam tu, kalu gaji mesti bagi kat mak walaupun sikit.. Anak mak yang kecik tu kalu balik suka bermanja dengan mak walaupun muka dia garang dan badan besar.."

"Ala mak anak orang lain lagi best2.. bagi duit kak mak diorg banyak2 (aku tak bagi duit kat mak.. uhuk..uhuk..), kaya-kaya, pandai-pandai dan cecantik"

"Mak bukan nak duit pun, apa yang ada dah cukup bagi mak.. kamu tak bagi duit tapi minyak kereta tu pun dah kira duit.. Bagi mak keikhlasan dan ambil berat tu yang penting, dah cukup membahagiakan"(aku sangat terharu macam nak nangis.. aku citer kat salah sorg adi badik aku, dia nangis.. sape ye orang itu.. lariks...)

Terima kasih mak sebab sudi memandang kami dari perspektif yang berbeza, berfikiran terbuka dan sudi mencari kelebihan kami yang sebesar hama dicelah2 kekurangan sebesar gajah.. almaklumla kami adik badik ni tak seberapa sangat dari segi material, kepandaian, kerjaya dan apa saje la.. tak de apapun yang boleh dibanggakan..

Thursday, July 3, 2008

Hantar my lil bro


Aku sampai kat sana kul 10.30pm, punya la aku try bawak kete tahap kura-kura tua, tapi totap jugak sapai awal... Apasal aku nak lambat2? sebab musababnye tiket bas adik aku tu pukul 12.00mlm. Malas bagi dia tunggu lelama... mana lerrr tau ade org try nak culik dia... ade ke org nak culik??? isk...isk.. aku rasa perompak pun takut nak culik.. almaklumlerr badan ala2 incredible hulk (nasib baik tak hijau...hehe).. Sori le lil bro.. gurau je.. Aku rasa selamat bila jalan ngan dia.. rasa macam upah bodyguard la pulak..


Aku lepakla jugak 2,3 minit, survey2 orang keliling.. kot2 ler ade org yang kenal ker.. tapi aku tengok kawasan dia okey jerr, takdela macam puduraya... pastu aku chow.. baru jerr ni aku Sms dia, dah naik bas.. lega ati.. pwehhhh!!

Saturday, June 14, 2008

Melawat ICHA

baru je melawat anak sedara Ayah Kumbang di Banting, si Icha ni melecur 10% kat peha ngan bontotnyerr... Sian si ICHA ni.. Kumbang punya lerr suka jumpa cousin dier.. Coz my side he is the one only grandchild my parent had. Memang dah lama tak jumpa my In Law ni.. actually we are close and both of us kalu itu jam sembang tak cukup masa.. hehe.. Apalaga kalu time sakat my mother in law...


My in law ni kalu masak punye le sedap.. siap amik tempah catering.. Tapi kali datang tak de makan ape2 almaklumler baru balik spital.. HOPE ICHA GET WELL SOON!

Sunday, June 1, 2008

Birthday Abah

Tak lama lagi birthday abah yang ke-62 tahun, dah tua abah rupanya... sepanjang hidup aku ni tak penah lagi bagi present kat abah... so tahun ni dah bincang dengan ayong, man, amal dan emak nak bagi hadiah untuk abah kami... hadiah ape yerrrr,, sebenarnya nak bagi notebook.. harap2 tercapaila hasrat kami adik beradik.......