Friday, September 12, 2008

Lesung pipit kuda padi ku hilang...

Semalam aku cuti lagik, sebab nak ambik si kuda padi aku tu.. So kitaorang decided nak naik bas je.. Wei dah lama aku tak naik bas berdua! Last sekali masa amik kete ni tahun 2006. Hehe aku feeling remaja la! Nak naik teksi rasa macam tak mampu..
Dari umah aku naik bas ke Sunway Pyramid, pastu tunggu bas rapid no U62 gi pekan Klang.. kos dia RM2.90 seorang.. Sambil tu aku buat muka bodoh, menahan telinga, menyumpah dalam ati.. sebab apa? sebab laki aku membebel suh pegang beg tu elok2 dan macam2 lagikla, aku pun tak ingat.. kalu tegur tu baik2 takpe, ni menyakit telinga aku je.. solution aku buat tak tau!
Pegi Klang dulu amik geran kete kat Ambank, punya la banyak kete bersimpang siur... Last2 aku ajak laki aku lintas je.. main berani je.. nak patah balik cari jalan yang sunyi skit aku malas...
Setel tu, kitaorang tunggu teksi, siap jugak bergaduh dulu, ntah apa-apa ntah.. last2 memasing bawak diri, tunggu tempat lelain.. sib baik aku yang dapat teksi, kalau tak harus kena cerca ngan dia.. pastu aku suh pakcik tu amik laki aku..
Mula2 pakcik tu kata RM15 hengget, lepas beborak, amik ati skit, dapat diskaun jd sepuluh hengget je... mhwawawa best! Sampai sana waktu lunch, diorang kuar mkn, aku ngan jantan itu pun dah kepenatan, so kita orang ngan muka selamba rawknye lepak kat gerai makan tumpang duduk! lantakla orang nak kata apa..
Cina kongkang tu pun sampai.. wah puashati aku nengok kuda padi aku tu.. lesung pipt dah tak de! yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,.... bolehla aku tunggang kemana saja yang ku suka si kuda padi ku ini!.. Sori gambar xde! luperrrrr

Thursday, September 11, 2008

Di Tag Oleh Kak Jah

The rules:

*Link to your tagger and post these rules on your blog
*Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
*Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
*Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Saya sangat suka mencarut. Tiap-tiap hari saya mencarut dan bercakap lucah terutama didalam Office. Menurut kata mereka sebelum saya masuk tiada seorang pun bercakap lucah. Saya adalah pembawa virus itu. Saya tidak mencarut dan menlucah di dalam blog sebab ABAH saya baca blog saya ini.

Saya suka nombor 17 sebab nama saya sebenarnya EMILIA FARAHEZWANI berjumlah 17 huruf. Kebetulan pulak tarikh lahir saya pada 17 11 1979.

Saya lupa nama saya ada Ezwani. Jika orang memanggil dengan nama itu, saya tak akan memberi feedback. Bukan sebab saya x suka atau apa, tapi sebab saya Blurrr.. "Ehhhh! ko panggil aku ye.. lupa la nama aku ada Ezwani".

Saya tidak konsisten. Saya boleh menjadi seorang yang sangat rajin, sangat malas, sangat kreatif, disukai bos, dimarahi bos, sangat blur. Saya boleh menjadikan rumah saya bersih seperti di anjung seri atau bersepah, kotor macam rumah bujang. Semuanya bergantung pada mood saya. Secara lahiriahnya ciri2 yang ada pada saya ini dianogsiskan seperti pesakit tiriod.. dan saya telah menjalankan ujian darah tiriod atas nasihat doktor sebanyak dua kali pada 2005 dan 2008, tetapi kedua2nya adalah negatif, maksudnya saya bebas dari tiriod. Sikap ini menjahanamkan saya. Saya hutang jahit langsir dengan abah saya sejak bulan 6, separuh saja yang siap, separuh lagi terbengkalai.. akan berusaha menyiapkanya sebelum raya... Sebab tetiba malas.

Saya dikategorikan sebagai seorang yang berterus-terang. Saya jarang berselindung. Kalau tak saya rasa macam ada something tak selesai. Jangan ada sesiapa tanya pada saya "Apa yang ko tak suka tentang aku", please jangan tanya, nanti aku cakap kang! Dan agak celupar mulut itu...

Saya kuat berak. Saya berak tiap2 hari.. wajib dan kekadang banyak kali sehari. Saya tak boleh salah makan, mesti saya cirit-birit., tapi ade aku kesah! kalau makanan tu sedap saya lebih rela sakit perut dari tak dapat makan. Selalu menggunakan alasan sakit perut dan cirit birit bila nak MC. Bagi saya saat yang paling indah apabila saya berak dengan lancarnya.. "Wah! bestnya aku berak ari ni! hahahahahaha".

Saya hanya marah dalam tempoh sepuluh minit atau kurang! Lepas tu mula lah sibuk nak ketawa2 balik.

Saya tak suka kalau outing ngan kengkawan pompuan tetiba diorang bawak pakwe atau laki. Dulu ada kawan saya suka sangat pakwe dia menyibuk time kitaorang jenjalan. Aku tak suka OK! Apa yang ko nak buktikan ni, ko nak buktikan betapa ko cintakan awek ko ke sampai ko nak involve semua xtvt kitaorg... Semua geng tahu aku tak suka sebab masa tu mulut aku macm mak nenek membebel! hehehe

Saya tidak cium baby bila melawat baby baru lahir dan sebenarnya saya teringin nak cium, tapi saya suka orang cium baby saya. Ada sebab sebenarnya, masa tu aku banyak sangat jerawat, muka aku macam buntut ayam (ada budak nama LINA masa kat UPM cakap muka aku mcm tu, mana ko sekarang aku nak sepak muka ko, time tu gak aku balik kampung, ponteng kelas, nangis bagai nak mampos sampai mak aku terkujat), aku pegila melawat anak sedara best friend aku. Masa aku nak cium budak tu, dia cakap macam ni " Baby ni, dia sensitif dengan kuman tak elok sentuh2 sangat" .. Pahamla aku dengan kata2nya itu.. sejak ari tu aku mcm takut nak pegang2 baby sangat!

Aku rasa dah lebih tujuh ni..

Aku nak pass tag ni kepada:

PrincessQ- sila la buat, blog ko dah lama tak update!
zzuerah - silakan!
Combi - silakan! kalu dah buat tak yah buat!
Kite punya - sila buat kalau belum buat!
Suzi - Sila buat kalau belum buat!
Izan - sila buat kalu belum buat!
CakapKosong - aku tak kenal ko.... silalah buat , kak jah pun suh ko buat!

Tuesday, September 9, 2008

Cerita Sadis aku di hari minggu

Lepas kejadian aku sentap laki aku kata aku masak tak best tu kan, Aku pun rileks la sambil ngok TV.. mula2 aku dengar suara Ameer kecoh2 ngan ayah dia... so malas nak kacau.. Tetibakan aku rasa macam senyap sunyi jeeeeeeeeee... aku mula dah rasa x sedap ati..
Jeng! jeng! Huwaaaaaaaaaaawaaaaaaaa.. abis separuh gula aku...


"Ameer buat apa?"
"Ameer x buat apa2, dinasour tengah main pasirrrrrrrrrrrrr!

Ni yang aku x soka ni tak pasal2 terbuang gula aku!!! Tapi xpelah at least x la gula tu berterabur.

Esoknya lepas subuh, time tu aku tengah nak sambung lena aku, Si Ameer bangun la pulok...
Adoyaiii, kacaulah.. Mak ko ni ngantuk ni.. Aku bukak kan CD citer kartun, buat susu... pastu aku lelap!
Tetiba dalam kul 9 tu, aku dengar riuh kat dapur... hati aku memang dah x sedap hokey...
Sekali aku gi dapur.... sila lihat gambar dibawah..


Serius aku memang sangat tensi nengok lecahhhh tu woiii.... huwaaa... rasa mcm nak nangis..
Sambil tu sempat lagi tanya ...
"Ameer buat apa tu"
"Ameer buat air"
Ni bukan buat air tapi buat racun ni....
Susu dia baru separuh guna dah terserak, ribena ada lagi sikit pun dah kemana, oren sunquick aku abis 3/4 botol, nescafe abis separuh.... semua berlecak kat lanatai..
Pastu baju T-shirt murah aku baru pakai sekali dia buat kain lap.. sebab baju tu aku letak kat atas washing machine, tu yang sedang dia amik.. washing machine tu kat dapor ..
Aku speechless, aku kejutkan laki aku, aku maleh handle, takut emo, bahaya!
Apalagi kena rotan la si Ameernya... Ala rotan manje2 je!
Jenuh gak wei nak menyetelkan tu woiiii! tak pasal aku menyental lantai...

Setelkan semua keje umah, kitaorg pun siap2 balik kampung..
Sampai kat Meru, tetiba rasa mcm kena banggggg!
Huwawawawa.... !
Dengan hujan rintik-rintik, jalan jemmmm bertambah jem!
Uh.. seb baik tak teruk kete aku rasa mcm dah senang ati..
Sekali, ropa2nya itu bonet takleh nak tutup!..

See, bukan 2 kete terlibat tapi 4 kete!
KItaorang trus gi report kat balai polis trafik klang..
punyalah lama kat sana..
Last2 kul 6.30 baru sampai kampung, kempunan aku nak gi bazaar ramadhan Sungai Besar..
Semalam aku dah antar kete kecilku itu ke bengkel...
Itulah cerita sadis aku di hari minggu!

BILA SEWEL ITU DATANG

Masa aku kawen aku tak keje lagi.. sesambil nak nunggu masa berlalu tu aku gi la buat lesen memandu guna duit salam kaut (sian aku kan).. Kawen pun ala kadar! tahun aku kawen tu sama ngan erra fazira dan yusry.. sejibik macam langit dan bumi..

Bersungguh aku amik test memandu! Alhamdullilah aku berjaya dengan jayanya... lepas je lulus, aku simpan je lesen aku tanpa bawak kete sampai abis "P".

Ntah mcm mana, suatu ari tu gila aku datang, teringin nak bawak kete membuak2 sangat, tidur, berjalan, makan, keje dan berak pun aku teringat2 nak bawak kete.. Pagi esoknya, laki dan anak aku tengah tido, aku senyap2 start engine, kete dia manual.. (Skang kete tu ade terperosok bawah umah mak mentua aku... ada problem skit kete tu).. Untu pengetahuan korang laki aku x penah offer aku suh bawak kete.. pandai2la aku la nak guna akal jahat ni... Ari pertama berjalan lancar... Wah! aku suka, imaginasi dah melangit, berangan nak bawak kete ke KL!

Ari kedua aku bawak time tu, ada pasar ahad kat sijangkang tu, tak pasal2 aku terlanggar side mirror orang, hancur berderai.. biru muka, pucat! tapi aku x mintak maaf pun.. ini kes langgar lari...

Bila dah agak pandai tu, aku ni konon nak cepat terer belaja parking.. try la nak parking depan kedai, sekali ntah apa nasib aku, aku langgar kedai orang, pastu dpn tu ada motor, ngan motor2 tu aku langgar... HWAWAWa pucat oooo, takoottttttt,... tuan punya kedai tu rileks je.. dia kata " apa boleh buat bende nak jadi katanya... sekali bini dia datang, ghopa2nya bini dia buat butik kat atas tu, di cercanya aku. Sialan sungguh! "Mcm mana bawak keta ni, orang lain bawak jugak, tapi takde la langgar kedai orang, ni sapa nak bayar".. Bodoh! aku la bayar..

Nasib baik masa tu aku baru kuarkan duit dalam RM300.00, barang2 dalam kedai tu x delah rosak.. cuma motor je yg rosak.. aku pun bagi la RM250.00.

Korang agak aku serik tak? hehe tak serik pun minggu depan aku try lagi merempit ngan kete tu.. ahaks!

Sekarang ni aku dah tak reti bawak kete manual, kereta kecil ku itu AUTO! Ngahahahahaha!

Saturday, September 6, 2008

Sila ucapkan takziah kat aku, nasi ayam aku tetttttttttt!


Semalam aku berkobar2 buat nasi ayam. Terbayang nasi ayam blogger2 yang akuselalu terjah. Sampai2 sampai umah aku dah bersilat kat dapur. Gigih sangat.. siap SMS kat laki aku "saya masak nasi ayam ni".. Dah 2-3 hari ni aku memang teringin nak makan nasi ayam, tapi aku nengok kat param tu langsung x menyelerakan..

Sambil nunggu azan tu aku bagi Ameer ayam tu, boleh dia cakap "Ayam ni tak cantik, Ameer nak ayam E-one (ayam kat TV tu), ayam ni itam" Ya Allah sakitnya ati aku dia cakap camtu.. macam la penah makan ayam E-one, beli pun aku tak penah... pastu ble komplen itam.. memang la itam, mak ko ni dah bagi kicap.. aku rasa nak piat je mulut tu.

Pastu laki aku lak buat pasal, dia kata something wrong, mcm x bape sedap, simple sangat.. hello! awak ingat yang kat param tu sedap sangat, saya ni balik keje terkejar2 ni nk masak, memang aku akuila aku guna resepi yg paling simple.. Sebenar sedap OK aku makan bertambah2.. diaorg dua branak tu memang carik pasal ngan aku.. Kang aku mogok tak masak tau la.. Kesimpulannya dalam ramai2 blogger yang masak nasi ayam aku adalah testimonial yang gagal... HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 5, 2008

Mimpi

Aku kenal laki aku sejak form 4. Punyalah sayang nak mapos kat dia. Jiwang sangat. Sampaikan kawan aku Jemod penah sound aku "Esok kalu ko putus cinta ngan dia, merana". masa tu aku mcm x leh nak terimala nasihat dia tu.. Macam xleh la bayangkan kalau aku hidup tanpanya (wah.. asyik masyuknye aku...).Time tu jangan ada sesapa pun yang nak buat lawak bodoh kata nak rampas boipren aku, aku meroyan kang..

Tapi masa aku Form 5, time tgh sibuk nak peksa tu, aku mimpi boipren aku (skrg ni laki aku) mati... mula2 tu sentap gila, mcm nak nangis! selepas tu aku selalu sangat mimpi laki aku mati.. Bila dah selalu mimpi gitu, aku automatik mcm x berani nak sayang laki aku lebih2 sangat.. memang aku akui semua orang akan mati, tapi aku dah terset kat pala otak..... sebab dalam mimpi tu mcm real je..

Masa aku kat UPM ade beberapa kengkawan aku komplen, kenapa aku macam orang x de boipren? suka2 joli ngan kengkawan pompuan je.. Bila aku dah kawen aku still berperangai berdikari dan mengontrol diri dari tersayang lebih2 ngan laki aku tu.. Sampai ada yang tanya aku "Tak takut ke laki cari lain?".. aku punya jawapan cukup simple "Kalau jodoh tu dah takde, kalau bukan pompuan lain amik pun, tuhan akan ambik"..

Inilah jawapan yang sebenarnya kenapa aku tak romantik sangat. Mungkin ada yang mempertikaikan tindakan aku, tapi pada aku ini yang aku rasa paling selesa untuk diri aku.. Dan setiap orang berhak untuk buat apa2 saje untuk diri sendiri..

Dan malam tadi aku bermimpi benda yang sama, tapi kali ini aku semakin tabah dan boleh menyambung semula tidurku!

Thursday, September 4, 2008

KEREK seh!!!!

Ameer dah pandai mengata aku.. a day b4 ramadhan aku sefamily gi makan KFC. Aku nak makan McD tapi tu lagi dua org rakan karib tu nak makan KFC.. ikut majority terpaksala ikut je. Punyala pelahap si Ameer ni bley dia sorang je makan 2 ketul, tu blum lagi campur nugget.. iskh! iskh! patutla baju banyak tak muat.


Sekali aku tgh dok berperang dengan laki aku (memang biasa berperang), leh dia sound kitaorang, "hep! jangan gaduh-gaduh, nanti Ameer marah"
Ni yang aku x suka ni.. dah kena batang idung.. yela dulu dok gelak bila dengar citer kengkawan bila anak2 diorang melaser... sekarang, tengok aku pun dah kena!