Wednesday, March 25, 2009

3 hari 2 malam

Salam korang, lama dah tak update. Inilah namanya bila kemalasan menguasai diri. Ahaks! First of all, nak update pasal diri sendiri ni. Sekarang ni aku peknen dan 27 minngu 5 hari. Sekejap je kan. Sehingga sekarang ni, aku takde mabuk2 laut macam mengandung Ameer itu ari, cuma kemalasan yang agak melampau. Cuma seperti peknen yang itu ari, kali ni pun aku kene diabetes gak.. emmmmmm! sangat menakutkan! walaupun aku dah cuba sedaya upaya diet, nampaknya tetap kene gak. Keberangkalian aku mengidap diabetes dalam 10 tahun akan datang adalah tinggi.
Jadi demi kesihatan aku memang kene diet, bukan saja disebab nak kurus semata-mata. Mula2 tu aku takde la takut sangat dengan diabetes during pregnancy ni, cuma aku rasa leceh la nak buat test tu selalu. Ntah macam mana satu ari tu search internet tentang diabetes, last2 aku rasa ngeri. Miahahaha!
Malas nak berteka-teki ngan korang tentang jantina baby, memandangkan aku jarang menghadet blog ni kan! Ahaks... Insyaallah aku dapat baby girl lak! (mengikut scanla, yang betul2nya tunggu la baby lahir sok) . Sekarang ni aku tengah sibuk cari nama baby ngan sedikit barang2 yang girlie skit. Nampaknya aku tutup kedai sekejapla!
Last week aku ngan small family, gi jalan2 skit, sebagai memenuhi calendar tahunan kitaorang, mesti berjalan setahun sekali dengan budget yang rendah semestinya. Disebabkan bajet ciput dan keadaan aku yang ala semput ni. Destinasi yang dipilih adalah "MELAKA BANDAR BERSEJARAH". Kitaorang stay kat A famosa resort.
Sampai je hotel aku dah rasa x selesa, sebab ada mat saleh complain pasal hotel tu. Bila masuk bilik air aku nampak ada sepender sape ntah tersidai kat bilik air tu. Spoil betul lah. Report kat housekeeping, lembab gila dia nak amik sepender tu. Walaupun breakfast disediakan, inilah first time dalam hidup aku xde buffet, ni dia guna per head. Siot betulla. Dah la rasa macam hampeh!
walaupun ada beberapa aktiviti kat A famosa tu, aku cuma pegi water world dia je, 3 orang RM118, tapi permainan yang disediakan tu memang tak padan ngan duit yang dah kuar. Sorryla aku nak pegi Animal world dia, aku bukannya pecinta haiwan. Baik aku gi ZOO je, night zoo baru RM25 untuk 3 orang. Kalu animal world tu, RM38 untuk ameer sorang je. Gila! Kesimpulannya A famosa tu x best! Baik aku sewa hotel kat Town je.
Akhir kata mehla tengok beberapa gambar sepanjang Mari melawat Melaka itu. Gambar main hantam je, Tak ikut urutan puan.
Belasah je, gambar kat memana... aku taktau ni kat mana!Jonker street!

Water world! ciiit pui.. baik aku gi sunway lagoon je, 5 min dari umah aku..
Kalu aku cakap laki aku tu abang beca mesti korang cayakan?
Iskh... kalu gi melaka tak gambar kat sini, macam kureng lak...
emmmmmm!
ntah kat mana, dah lupa!

katil single yang aku rapatkan supaya lapang skit.. miahahaha! kalu katil queen tu kecik tak moh aku.. almaklumlerrr budget ciput.

Sekian!