Tak pernah aku terlintas hati untuk menjadi suri rumah sebelum ini. Bagi aku hidup akan jadi bosan, badan gemuk, no social life dan yang pastinya tak de duit lah apalagi. Sebab aku tengok orang-orang sekeliling aku macam itu. Tapi pandangan sekarang dah berubah semenjak aku keje tempat baru ni. Memang horror gila. No life dan sangat memenatkan. Aku sangat tak boleh tahan keje 6 hari seminggu dan 10 jam (2 jam adalah wajib overtime-berbayar) sehari dengan keadaan aku yang ada anak 2 dan yang kecik tu kira bayi lagi.
Kuat hati aku ni nak berhenti jadi suri rumah. Tapi aku nak jadi suri rumah yang ada income. Aku sangat jealous tengok life sepupu aku. Dia ada skill menjahit yang dibuat sebagai sumber pendapatan. Lepas tu dia ada masa untuk pergi kelas baking, and I sure itu akan jadi sumber pendapatannya jugak. Dan yang penting dia dapat look after her kids. Aku jugak amat pasti dia ada masa nak bersosial sebab dia hantar anak dia ke tadika. Nice!
So , today aku MC sebab aku sangat letih dan tertekan. Aku abiskan masa aku dengan layan youtube untuk cari apa sebenarnya minat aku. Well aku dapat jugakla ideanya dan aku ada beberapa planning menuju kearah itu. Kalau nak ikutkan kelapangan memang tak lapang tapi aku nak tanamkan "JANGAN CARI ALASAN TAPI JALAN". Aku tidakla nak berhenti sekarang ni membabi-buta tapi bila tepat masanya nanti aku akan buat jugak. Sambil-sambil tu aku cuba cari keje lain gak.
Aku sangat sedih hari Isnin yang lepas, sebab aku tak tau anak aku periksa. Tak kisahla setakat tadika 5 tahun pun, tapi nampak sangat aku tak bagi perhatian. Macam mana aku nak bagi perhatian, aku batuk tak habis-habis. Balik keje sangat penat.
Hari ni aku sangat segar, sempat jugak aku pegi gim, pecah-pecahkan lemak yang ada. Dah berbulan gak aku tak pegi. Tapi lepas ni aku try cari masa jugak, sayang aku dah bayar untuk 2 tahun. Dapat pegi 2 kali seminggu pun berbaloi gak!
Apa-apa hal pun aku nak tunggu bonus baru aku tukar keje. Sayang wei... dah la keje macam orang gila. Nak la jugak bonus tu. Percaya atau tidak setakat ni aku baru cuti public holiday raya cina aje, walaupun public holiday hanya entitle 10 hari sahaja. Aku rasa cuti agung ni aku keje gak. Sangat sadis OK! Tak kisahla walaupun bayar double pay pun.. aku bukan gila duit sangat pun. Sekarang ni aku rasa company jahanam ni yang monitor hidup aku sampai aku rasa no life, semuanya terabai!
huhuhu serius rasa nak nangis!