Friday, August 5, 2011

MENCARI CINTA

Hati rasa macam ada taman, siap tersenyum sepanjang hari..
Aik bercinta dengan siapa pulak si ibu kumbang ni? ada kekasih gelapkah?
Nehi! Nehi! tapi si Ibu kumbang baru lepas baca novel cinta!

Kisah cinta yang biasa, senang kata KLISE!
Tapi cukup membuatkan hati berdebar, menyirap keseluruh genap tubuh.
Good mood sepanjang hari.. Betapa hebatnya kuasa cinta!

Realitinya kalau perasan cinta dalam diri aku mungkin sudah menurun peratusannya.
Yeah! I'm Mother of three.. isteri dan bekerja.. Terlalu banyak cabang emosi ni hendak di agih- agihkan! kekadang terlupa tentang CINTA! Lebih gemar melayan penat badan ketika senggang!
Apatah lagi orang seperti aku ini, terang-terang menganggap REALISTIK adalah teras kehidupan.. WALAH!

Sehinggalah suatu hari, ketika menonton bersama encik suami, aku memberi komen "eiiiii kalau dah tak boleh dapatkan seseorang tu sudahlah. Realistik la sikit!

Encik suami membalas"Awak tak pernah rasa cinta yang sebenar, awak tak tau."

Everyone, jangan salah faham, kami kahwin bukan kahwin paksa tetapi bercinta. Cuma aku tidak memberi 100% cinta padanya, well aku kan realistik katanya. hehe... Tetapi dia (suami aku pernah merasa cinta yang hebat dan tulus dari seseorang).. Aku pun terasa bahangnya. Aku tak salahkan suami aku kerana pernah ada orang lain ketika masa bercinta hingga awal perkahwinan aku, sebab ketika itu memang hak dia untuk memilih siapa yang patut jadi isterinya.. cuma menjadi tanya, apasal pilih aku? jawapannya adalah JODOH! lagipun aku seseolah memberi lompong-lompong yang boleh diisi oleh orang lain.. Aku sedar tapi I CANT HELP IT. OMG. HEHE.KAYU SUNGGUH!

Berbalik kepada komen encik suami itu, aku terdiam (bukan aku cemburu) tetapi rasa seseolah ruginya aku kerana tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati rasa CINTA itu. Kalau selama ini baca buku cerita tanpa rasa. Tetapi sekarang ini aku cuba perapkan ia dalam hati untuk nikmatinya dan serap dalam jiwa.

Abang, mungkin dari umur saya 17 tahun hingga 32 tahun (15 tahun rupanya perhubungan kita) ni saya tak pernah bagi diri saya untuk bercinta dan awak tak pernah merasakannya dari saya.. mana tau suatu hari terasa bahangnya kan? kerana saya sedang memupuk rasa cinta ni....jaga-jaga! hahaha

Friday, March 4, 2011

Aku memerlukannya

Gadget or teknologi bukanla kepentingan bagi aku. Sehingga bila aku perasan yang aku banyak ketinggalan hal semasa or kisah2 retis ni. Factor tempat keje yang tak menyekat penggunaan internet dan bila di rumah sibuk lak menyebabkan aku lupa ntk surf internet.

Start dari situ aku berangan untuk memiliki telefon mempunyai fungsi berinternet. Nak beli sendiri, mcm malas! Jadi suami ter'chenta la jadi mangsanya.. Kes pujuk memujuk mengambil masa 2 minggu gakla. Idaman hati ofkos lerr Blackberry Torch, tapi x pela dapat Blackberry Curve 9300 pun syukur Alhamdulillah. Hopefully dengan ada kemudahan rajin la skit nak update blog.

Bila dah lama x menulis, ayat pun rasa janggal!

Bye