Dalam bulan june 2012, saya kehilangam kasih sayang dan doa seorang ibu mertua. Bersyukur beliau tidak lama menderitta. Meninggalkan dalam keadaan baik. Ameer Farhan, anak teruna saya memaggil ibuku itu "nenek ikan". Jujurnya saya sangat terasa kehilangannya. Mungkin pada sesetengah menantu adalah satu kelegaan (bukan menuduh tapi berdasarkan cerita-ceriti kawan). Tapi bagi saya pula, saya rasa terbeban. Kalaulah selama ni, memberi kasih sayang kepada suami saya kongsi bersama, tapi kini tugas itu terbeban dipundak saya, ALONE!.. Maaf suamiku, si isteri mu ini agak bebal memasak. Tidak tergapai dek saya kecekapan dan keenakan masakan nenek ikan. Saya akur! Sempat juga saya mengambil telekung peninggalan nenek ikan. Aduhai, saat pertama kalu saya memakai telekung itu, airmata berjurai tak berhenti. Hati sayu tak tergambar dek saya. Perasaan yang berbeza ketika memakai telekung itu, berbanding telekung sendiri. Saya terfikir saat itu alangkah beruntung sekira setiap kali orangyang memakai telekung pemberian kita, mdoakan dan sudah tentu pemberian itu, untuk jalan yang benar. Agaknya sebab itu nenek ikan mengumpul banyak telekung semasa hayat dia. Dia tahu bila dia pergi, telwkung itu akan dimiliki oleh warisnya, akan memgingatinya setiap kali solat. Alhamdulillah!
EMI FAREZ
Wednesday, January 2, 2013
Kakak Sentap dan Adik Kekwat
Beberapa bulan yang lepas saya berkrisis dengan BFF, dan sehingga kini masih lagi sentap-menyentap haha... Anyway during persahabatan, kami sangat close.. banyak benda yang dikongsikan.. especially rahsia. Kami juga ada lagu tema tentang persahabatan kami ni. hehe childish sangat. Walhal memasing dah kertu.
Walaupun kami berlainan jantina tapi tidak menimbulkan kontroversi. Sebab dia kategori lelaki berjiwa halus (harap reader paham kiasan saya ni). Saya selesa dengan dia. Bercakap apa saja, menangis bila saya rasa nak menangis, mengutuk, but the best is adelah bergosip.. Dia sangat pandai bergosip hahaha..
Punca kenapa berkrisis ni, tidakla saya tahu.Semua jenis cara memujuk telah dipraktiskan.. huhu.. tapi fail! Si dia senyap seribu bahasa membiarkan saya tertanya.. I hate silence! Kebanyakan manusia di dunia ni tak pandai membaca hati orang lain. So, speak out please! dengan cara itu orang akan tahu apa yang ada dalam hati kita, membetulkan salah paham yang ada.
Tapi yang kelakar si Adik kekwat (nama yang saya gelarkan sebab tahap egonya itu), sentiasa bergosip tentang saya.. Gosip ringan2 saje uolss.Kadangkala mengundang senyuman dan sengihan buat saya. Kelakar hokey!. Seperti saya juga si adik kekwat bagi gelaran kakak sentap untuk saya. Tang mana yang sentap pun tak ku tahulah.
Alhamdulillah dalam tempoh "Berpatah arang, berkerat rotan", belum sekalipun saya membuka aib sidia, mengungkit apa yang pernah saya lakukan untuknya. Takkan saya buat perangai keji. Pada saya jika kita boleh lakukan apa saja masa berbaik, why not kita teruskan hingga saat kita bergaduh. Masa nilah kita dapat menilai, jenis sahabat apakah kita ini?
Bunga-bunga untuk berbaik macam dah ada, cuma ego sahaja yang membatas segala-galanya. Sesuailah sangat nama adik kekwat tu. hehe... Honestly saya memang rindu nak bergosip-gosip dengan adik kekwat... huhu sangat rindu. Rindu juga laksa buatannya.
Dia bukan sahabat yang terletak sipi-sipi dalam hidup saya. Tapi dia menghuni di sudut paling jauh dalam hati saya.. Susah tu nak keluar.. Kita boleh berkawan dengan ramai orang tapi hanya beberapa sahaja yang mampu buat kita rasa selesa, bak kata orang ada "chemistry". Dia adalah salah seorangnya.
Walaupun kami berlainan jantina tapi tidak menimbulkan kontroversi. Sebab dia kategori lelaki berjiwa halus (harap reader paham kiasan saya ni). Saya selesa dengan dia. Bercakap apa saja, menangis bila saya rasa nak menangis, mengutuk, but the best is adelah bergosip.. Dia sangat pandai bergosip hahaha..
Punca kenapa berkrisis ni, tidakla saya tahu.Semua jenis cara memujuk telah dipraktiskan.. huhu.. tapi fail! Si dia senyap seribu bahasa membiarkan saya tertanya.. I hate silence! Kebanyakan manusia di dunia ni tak pandai membaca hati orang lain. So, speak out please! dengan cara itu orang akan tahu apa yang ada dalam hati kita, membetulkan salah paham yang ada.
Tapi yang kelakar si Adik kekwat (nama yang saya gelarkan sebab tahap egonya itu), sentiasa bergosip tentang saya.. Gosip ringan2 saje uolss.Kadangkala mengundang senyuman dan sengihan buat saya. Kelakar hokey!. Seperti saya juga si adik kekwat bagi gelaran kakak sentap untuk saya. Tang mana yang sentap pun tak ku tahulah.
Alhamdulillah dalam tempoh "Berpatah arang, berkerat rotan", belum sekalipun saya membuka aib sidia, mengungkit apa yang pernah saya lakukan untuknya. Takkan saya buat perangai keji. Pada saya jika kita boleh lakukan apa saja masa berbaik, why not kita teruskan hingga saat kita bergaduh. Masa nilah kita dapat menilai, jenis sahabat apakah kita ini?
Bunga-bunga untuk berbaik macam dah ada, cuma ego sahaja yang membatas segala-galanya. Sesuailah sangat nama adik kekwat tu. hehe... Honestly saya memang rindu nak bergosip-gosip dengan adik kekwat... huhu sangat rindu. Rindu juga laksa buatannya.
Dia bukan sahabat yang terletak sipi-sipi dalam hidup saya. Tapi dia menghuni di sudut paling jauh dalam hati saya.. Susah tu nak keluar.. Kita boleh berkawan dengan ramai orang tapi hanya beberapa sahaja yang mampu buat kita rasa selesa, bak kata orang ada "chemistry". Dia adalah salah seorangnya.
Monday, December 31, 2012
New hope
Kadangkala mengingati kenangan manis lagi memedihkan hati sebab terfikir andainya masa boleh di putar kembali.. Sebaliknya mengingati kenangan pahit pula menyebabkan kita tesenyum kerana kejayaan kita mengharungi detik-detik perit itu.
Boleh dikatakan 2012 tidak berpihak kepada saya. Banyak cabaran yang saya lalui, dan sehingga saat saya menaip ini pun masih tercabar lagi. Sudah lali dengan hardlife mungkin, terasa yang pahit pun sudah jadi manis.
Sebetulnya kepayahan itu bukan totally racun dalam hidup tapi harus juga dijadikan pemangkin untuk lebih produktif dan think outside the box.
Of course ada beberapa impian yang telah difikirkan sejak awal 2012 lagi, boleh jugak sejak 2010 lagi, nampaknya 2013 ini harus lebih serius lagi hendaknya.
WELCOME 2013, AND GOOD BYE 2012...
Friday, August 5, 2011
MENCARI CINTA
Hati rasa macam ada taman, siap tersenyum sepanjang hari..
Aik bercinta dengan siapa pulak si ibu kumbang ni? ada kekasih gelapkah?
Nehi! Nehi! tapi si Ibu kumbang baru lepas baca novel cinta!
Kisah cinta yang biasa, senang kata KLISE!
Tapi cukup membuatkan hati berdebar, menyirap keseluruh genap tubuh.
Good mood sepanjang hari.. Betapa hebatnya kuasa cinta!
Realitinya kalau perasan cinta dalam diri aku mungkin sudah menurun peratusannya.
Yeah! I'm Mother of three.. isteri dan bekerja.. Terlalu banyak cabang emosi ni hendak di agih- agihkan! kekadang terlupa tentang CINTA! Lebih gemar melayan penat badan ketika senggang!
Apatah lagi orang seperti aku ini, terang-terang menganggap REALISTIK adalah teras kehidupan.. WALAH!
Sehinggalah suatu hari, ketika menonton bersama encik suami, aku memberi komen "eiiiii kalau dah tak boleh dapatkan seseorang tu sudahlah. Realistik la sikit!
Encik suami membalas"Awak tak pernah rasa cinta yang sebenar, awak tak tau."
Everyone, jangan salah faham, kami kahwin bukan kahwin paksa tetapi bercinta. Cuma aku tidak memberi 100% cinta padanya, well aku kan realistik katanya. hehe... Tetapi dia (suami aku pernah merasa cinta yang hebat dan tulus dari seseorang).. Aku pun terasa bahangnya. Aku tak salahkan suami aku kerana pernah ada orang lain ketika masa bercinta hingga awal perkahwinan aku, sebab ketika itu memang hak dia untuk memilih siapa yang patut jadi isterinya.. cuma menjadi tanya, apasal pilih aku? jawapannya adalah JODOH! lagipun aku seseolah memberi lompong-lompong yang boleh diisi oleh orang lain.. Aku sedar tapi I CANT HELP IT. OMG. HEHE.KAYU SUNGGUH!
Berbalik kepada komen encik suami itu, aku terdiam (bukan aku cemburu) tetapi rasa seseolah ruginya aku kerana tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati rasa CINTA itu. Kalau selama ini baca buku cerita tanpa rasa. Tetapi sekarang ini aku cuba perapkan ia dalam hati untuk nikmatinya dan serap dalam jiwa.
Abang, mungkin dari umur saya 17 tahun hingga 32 tahun (15 tahun rupanya perhubungan kita) ni saya tak pernah bagi diri saya untuk bercinta dan awak tak pernah merasakannya dari saya.. mana tau suatu hari terasa bahangnya kan? kerana saya sedang memupuk rasa cinta ni....jaga-jaga! hahaha
Friday, March 4, 2011
Aku memerlukannya
Gadget or teknologi bukanla kepentingan bagi aku. Sehingga bila aku perasan yang aku banyak ketinggalan hal semasa or kisah2 retis ni. Factor tempat keje yang tak menyekat penggunaan internet dan bila di rumah sibuk lak menyebabkan aku lupa ntk surf internet.
Start dari situ aku berangan untuk memiliki telefon mempunyai fungsi berinternet. Nak beli sendiri, mcm malas! Jadi suami ter'chenta la jadi mangsanya.. Kes pujuk memujuk mengambil masa 2 minggu gakla. Idaman hati ofkos lerr Blackberry Torch, tapi x pela dapat Blackberry Curve 9300 pun syukur Alhamdulillah. Hopefully dengan ada kemudahan rajin la skit nak update blog.
Bila dah lama x menulis, ayat pun rasa janggal!
Bye
Start dari situ aku berangan untuk memiliki telefon mempunyai fungsi berinternet. Nak beli sendiri, mcm malas! Jadi suami ter'chenta la jadi mangsanya.. Kes pujuk memujuk mengambil masa 2 minggu gakla. Idaman hati ofkos lerr Blackberry Torch, tapi x pela dapat Blackberry Curve 9300 pun syukur Alhamdulillah. Hopefully dengan ada kemudahan rajin la skit nak update blog.
Bila dah lama x menulis, ayat pun rasa janggal!
Bye
Wednesday, November 10, 2010
SEMUANYA TENTANG AMEER
(entry ini agak panjang, almaklumla sesekali menulis)
Walaupun hidup aku tak berapa nak bagus masa tu, aku sangat happy dan bahagia. Walaupun aku kena jalan kaki 2KM pegi dan 2KM balik sebab tak ada transport, bas pun tak ada. Cuma sesekali adalah suami hantar (dia keje shift) atau pun tumpang kawan kerja (aku malu nak tumpang selalu sebab diorang tak lalu dekat umah aku). Kekadang muntah-muntah tengah jalan especially on the way nak pegi keje tapi aku still tersenyum. Kebetulan masa tu cleaner opis aku berenti, jadi aku offer diri aku jadi cleaner part time after working hours sebab gaji masa tu RM750 je, mana nak cukup. Sempat gak la 2, 3 bulan. Boss aku lak jenis cerewet dan marah tak kira masa, tadah je la telinga. Masa tu aku je the one and only malay kat situ. Kiranya kawan nak megadu nasib pun takde. Masa tu penggunaan internet tak adalah macam sekarang. Nak guna opis punya jangan harap ok.
Masa tu aku realize, kebahagian dan kegembiraan itu adalah dalam diri sendiri, tak kira macam mana keadaan kita. Apa yang kita dapat, kejayaan apa yang kita capai, kecantikan yang kita miliki, kekayaan yang melimpah ruah belum tentu menjamin kebahagian dan kegembiraan. Jangan hairan kalau orang yang memiliki segalanya mengalami kemurungan, dan jangan terperanjat kalau orang yang kais pagi makan pagi hidup aman damai. Ia tidak dapat ditukarkan dengan duit, wahai tuan dan puan.
Dan apabila dugaan itu datang tak ada siapa yang dapat menggantikan atau mengatasinya, mereka dikeliling hanya mampu mendoakan dan bagi support saje. Jadi kenalah strong dan redha. Biarkan ia berlalu mengikut masa, fikir mengatasi dugaan tu sekadar boleh saje. time tu, aku malas nak fikir sangat, jalani hidup seperti biasa. Rasanya kalau tak fikirkan lagi banyak ilham dan idea.
Tiap hari-hari aku berdoa agar anak yang lahir ni mampu mengatasi segala masalah yang dia hadapi, Aku tak peduli yang lain2. Aku nak dia bahagia dunia dan akhirat. Sebab aku masa tu aku menikmati kebahagian dalam diri walaupun orang lain mungkin kata aku agak malang. Sampai sekarang aku rasa, masa itu adalah masa yang paling bahagia penah aku rasa sepajang hayat aku 31 tahun.
Alhamdulillah Ameer lahir sihat dan nama adalah doa. Dia adalah orang Happy go lucky, ceria sokmo. Dia bukan budak yang cerdik sangat. Tahap pembelajaran dia biasa-biasa. Just ikut silibus sekolah je. Mengaji pun sederhana. Tapi kelebihan dia, sangat sayang kawan, tak kedekut dan tak simpan dalam hati kalau kena marah. Sebagai ibu, aku tak susah sangat nak faham dia, sebab ada banyak sikap dia yang ikut perangai aku. Kekurangan dia aku perasan sejak kecil, kurang tumpuan.
Aku hantar sekolah Tadika Islam dengan harapan dia dapat basic agama, sebab aku tak mampu nak ajar. Memberi pendidikan agama itu wajib, tak apalah bahasa english ke, 3rd language dan yang lain2 tu, banyak masa lagi nak belajar. Kekadang ada masa tanya jugak cikgu tentang Ameer, jawapan mereka seperti diduga, tak reti duduk dian, banyak bercakap.. hehe!
Beberapa hari before raya puasa hari tu, time hantar Ameer dan adik dia kat pengasuh, pengasuh dia tanya semalam Ameer ada cerita apa2 apa tak?. Aku jawab tak ada. Pengasuh suruh telefon sekolah sebab semalam ada mak kawan sekolah tunjal kepala. Berderau darah aku. Sampai tempat keje aku call sekolah. Cikgu kata masa tu kelas belum mula satu budak nama Nain panggil Ameer, dia kata nak tunjuk sesuatu, rupa-rupanya mak dia tunggu depan pintu pagar, mak Nain tu marah-marah Ameer dan tunjal kepala Ameer dengan alasan Ameer pukul anak dia sampai lebam. Masa tu Ameer menangis teresak-esak. Cikgu yang ada kat situ terperanjat tengok situasi itu, Cikgu tanya tak nampak pun lebam-lebam dekat Nain. Dia kata 2 minggu lepas. Cikgu suruh mak budak tu balik sebab tak baik buat perangai depan budak-budak. Cikgu ada alasan tak nak bagitau, sebab diorang tak nak masalah jadi besar. Aku accept, aku setuju untuk tak membesarkan masalah. Cuma andai kata anak aku pukul anak orang atau nakal sangat tolonglah bagitau aku. Supaya aku boleh buat sesuatu.
Bulan lepas, cikgu call, telinga Ameer luka, kawan dia buat. Diorang bawak klinik keadaannya tak serious. Malam tu Mak budak tu call, mintak maaf. Aku cuma kata bende kecil, anak aku pun sama, sama-sama nakal. "Budak-budak memang la negil" bak kata Ameer. Haha!
Waahhhh! ngantuknya.. ermmm dah 4.15 pagi rupanya! terpaksa sambung episod dua esok.
P/S: Nia, apa email nia nanti akak forward no kak Ann.
and for those yang comment, thank you sangat. Bukak2 blog2 ini main curi2. anak2 jeles.
Wednesday, October 13, 2010
Eh pedengki ke?
Hi uolls lamanya aku tak update. berbulan-bulan. Well katanya sibuk.. (bluwekkk). Walaubagaimanapun aku gigih jalan ke blog orang lain. Selain ke blog2 feberet aku, aku suka gak pegi ke blog2 orang ado2 ni. Saje je cuci mata. Isk... isk... kayo2 orang malaysia ni ye.? henbeg je berbulan-bulan gaji aku...
Takpe la rezeki masing-masing. Tapi yang aku tak puashati tu ada sorang umat tu tuduhla kebanyakan orang yang stalker blog dia tu, suka dengki dengan dia. Eh mana ada. I tak rasa dengki la. Kalau U cakap ari tu U tido 14 jam, ada orang massage badan u ke, keje 4 ari seminggu ke? I dengki ok. Sebab itu la keperluan diri aku sekarang ni, yang aku envy sangat. Setakat sekarang ni aku tak pernah pun terfikir nak pakai henbeg mahal2, kasut mahal2.. Tak pernah terlintas. Or may be yang sebenarnya aku memang tak mampu.
hehe.. Sebenarnya kalu jenis yang memang suka2 bende cmtu leh je usaha zaman skang ni.. katanya ada kad kredit kheeeeeeennn... Setakat nak bli COACH tu lehla guna kheeeennn. Or main la kutu.. by ur turn dah leh bli kheeeeeeeeeeennn. But then it is not my priority lagi. Banyak yang yang menunggu. Setakat ni yang wajib2 je. Ada kemudahan asas (kereta, rumah) tu yang penting. Ingat kalu ada barang LV ko, Prada ko., boleh ke buat kenderaan nak g keje, or buat tempat berteduh anak beranak? hehe.
Lagipun aku nak gi mana pakai kasut LV tu, kalu setakat g keje (company komunis) 6 hari seminggu tu, pakai kasut lebih RM50.00 pun rasa sayang. Atau kalau tiap2 minggu balik kampung (yang memang tak kenal apa itu PRADA ko LV) baik tak payah... rugi oooo beli mahal tak dapat nak kekwat (that y I tak jeles kalu uols kekwat2 barang mahal kat blog, mahal tu.. ahaks). Ialah aku ni bergaul pun ngan orang se level ngan aku je. paling branded pun BONIA, Carlo rino ke, sembonia ko.. hehe..
Aku rasa kalau ko dah keje bagai lembu gila, pastu ko dapat apa yang ko nak, it's okay, I'm not jealous. Sebab banyak yang ko korban. Tapi kalu ko dapat sesaje, macam bulan jatuh keriba, huwaaaaaaaaaaaahhhh aku jeles!
Aku penah terfikir, kebiasaannya kalu orang miskin or orang kampung berada dikelompok orang2 yang kaya, mesti orang kata "kampungnya!, atau menghina skitla. Tapi pada aku sama je kalu orang yang over bergaya dan terlalu kaya pegi kekelompok orang yang miskin, sama jugak ko tetap macam kera sumbang, masakla kene kutuk.
Honestly, aku memang memerlukan duit untuk meneruskan hidup, itupun kalu duit ini masih valid lagi. Manalah tahu sok2 daun getah lak pulak jadi sesuatu untuk meneruskan hidup, that time aku tak memerlukan duit.
Tapi bagi aku kemewahan yang melampau bukan aku, sebab aku suka pakai seliper soploh hengget je kalu jalan2. Apatah lagi kalau aku terpaksa mengorbankan masa rehat, masa ngan family or else. Uols, 24 jam tu sekejap je. So, susah sikitla nak jeles.. apatah lagi bila ko tempek gambar ko macam zombie, bukti ko bekerja keras. Aku simpati OK kat ko sebenar. Sebab beside money or kemewahan banyak lagi yang boleh kita buat mendapat nikmat hidup.
Setelah panjang lebar hujah2 aku, korang percaya tak kalu aku kata "AKU TAK JELES KEPADA ORANG YANG SUKA MENUNJUK-NUNJUK DI BLOG!".
Cuma aku teringin nak tanya kat golongan ini;
"UOLS TAK TAKUT KE KENE ROMPAK, BILA TUNJUK SEMUA RETE BENDE KORANG? DALAM DUNIA MAYA NI BULAN SEMUA ORANG BAIK MACAM I HOKEY,,,, HEHEHEHE?
Subscribe to:
Posts (Atom)