Tuesday, September 23, 2008

Della DoLLi

Wah! aku memang takleh nak kontrol diri dari RIAK.. ngahaha..
Bagi canla kat ye ari ni.. sekejap je tak lama pun.. hehe..
Semalam aku dapat desktop baru..... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! syiokkkk!
Punya la poyo siap aku bagi nama DElla DOlli lagi.. wakaka!
Aku baru nak jadi baik, nak buat keje kat opis, tak update blog.. ni dah punah dah!
Baru bercita2 nak buat resume nak mintak keje kat MYDIN, harusla aku tunda sebulan dua, sebab ngah kemaruk ngan Desktop baru...


Apasal dorang bagi aku?
Jawapannya dalam ramai2 staff tu, aku sorang je yang ADA BLOG, company aku menyokong aktiviti blogging aku diwaktu bekerja..
Verangan!
Sebenarnya ntahla aku pun tak tau, selain aku ade beberapa org yg dapat...
Lantakla apa pun reason ade aku kesah..

Sunday, September 21, 2008

Aku rindu kamu

September bukan saja tentang memori indah tapi juga tentang memori sayu. Tak lama lagi 27 september 2008 genap 7 tahun perginya seorang insan yang paling aku sayang. UWO, gelaran yang kami sekeluarga gunakan untuk memanggil emak kepada emak aku.
Walaupun bertahun uwo pergi tapi aku tetap rindunya padanya, dan hari ini aku betul-betul rindu dengannya. Sebab kami adik beradik adalah cucu yang tinggal serumah dengan UWO. Uwo lumpuh selama 30 tahun iaitu sejak umur emak aku berumur 16 tahun lagi. Disebabkan adik beradik emak yang lain dah berumahtangga, secara automatiknya, emak aku yang bongsu dan masih single masa tu bertanggungjawab menjaga nenek aku tu..
Mak ngan abah aku sediakan tempat uwo dibahagian atas, sebab atas tu rumah kayu jadi takdelah uwo rasa sejuk dan memudahkan dia mengesot. Uwo tak suka duduk diatas katil, sebab mengikut kata uwo, menyekat pergerakkan dia. Selain itu mak abah sediakan sinki dan air paip untuk mengambil air sembahyang dan bersuci. Uwo tak berseorangan tinggal diatas tu, sebab kami semua tidur diruangan tu.. Syok sangat tidur berjemaah disitu. Tengok TV, borak, makan dan tidur kat situ. Masa tu ruang bawah dan bilik-bilik jarang kami gunakan. Bagi kami, uwo is everything!
Ramai jugak orang mempertikaikan kenapa uwo diletakkan dia atas, bagi mereka penyelenggaraan lebih mudah sekiranya uwo diletakkan dibawah. Memang betul setiap hari emak (kadang kami adik badik) akan mengangkat 2 baldi air untuk kegunaan uwo, mengangkat hidangan hidangan dan membuang najis uwo. Tapi bagi kami itu bukan masalah yang penting uwo selesa!
Aku paling suka bila memandikan uwo, disebabkan tangan sebelah kiri uwo tak berfungsi, jadi uwo memerlukan bantuan untuk mandi. Bagi aku dan CK masa tu adalah heaven! main2 air sambil gosok daki uwo. Yang paling best mesti dapat upah. Kan CK?
Uwo ni tak lokek setiap kali ada duit kami adik badik adalah orang2 yang bertuah mendapat habuan. Kalau aku lari budget, aku selalu urut2 uwo, pastu uwo mesti bagi habuan. Tapi kekadang duit tu aku gunakan untuk belikan baju uwo, sebab uwo ni walaupun dia duduk dirumah saja tapi dia suka pakai cantik2. Pakaian uwo adalah kebaya dan kain batik. Bagi dia tak de alasan untuk dia berselekeh!
Seingat aku uwo tak pernah berungut tentang nasib dia, cuma dia terkilan tak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Uwo paling suka dengar cerita orang yang balik dari mekah. Setiapkali ada jiran atau saudara mekah, mereka akan melawat uwo dan mesti ada buah tangan untuk uwo. Walaupun uwo sakit, tapi sehingga ke saat terakhir hidupnya, uwo dapat mengerjakan solat dan puasa, termasuk yang sunat.
Boleh dikatakan setiap hari ada orang datang melawat, mungkin disebabkan uwo ni soft-spoken (menurun kat mak aku dan adik aku no.3.), orang selesa dengan dia syok tau, rumah kami meriah sangat. Bila time raya lagila meriah, semua keluarga bertumpu kerumah kami.
Takde giliran untuk menjaga uwo, emak dengan rela menjaga dan merawat uwo. Bagi aku banyak yang emak terpaksa korbankan. Disebabkan pekerjaan abah takde kat sungai besar ( sungai besar mana ada hotel), emak terpaksa berjauhan dengan abah. Emak terpaksa menjaga uwo yang lumpuh, atok yang uzur dan anak 4 orang yang masih kecil. Sudah tentulah percutian keluarga takde. Memang jarangla kami menjejak kaki keluar dari daerah sungai besar ni. Emak lagi rela tak kemana-mana dari tinggalkan uwo. kecuali jika betul2 perlu.
Ada sekali emak terpaksa pergi ke Pahang, kenduri kahwin abang sepupu, cucu sulung uwo. Masa tu aku dah form 3, CK dah kerje. Dengan hati berat mak terpaksa menyuruh aku menjaga uwo. Aku happy sangat, aku ajak JEMOD, BATUL dan MADON tidur rumah aku selama 3 hari. Jadi mak akula yang menjalankan tugas meminta kebenaran ngan mak dorang, lagipun masa tu cuti sekolah. Memang kelakar, ari pertama masak, sian uwo makan bende x sedap! nasi lak lembik semacam. Jangan tak tau, sejak hari tu BATUL terer masak, berkemah kat rumah aku telah mencungkil bakat masak dia! Kawan-kawan aku ni sayang uwo, sebab setiapkali diorang datang umah (selalunya time abah aku takde), uwo mesti paksa2 aku hidangkan diaorang makanan, dahla tu siap suruh bagi diorang bantal, walhal diorang datang tu time petang.
Bagi aku lak, disebabkan emak banyak tanggungjawab, menjadikan aku berdikari. Bila umur 13 tahun, time2 ni dah kena pakai bra, aku pegi beli bra sendiri. Aku ingat lagi jenama sweetie, hehehe. Lepas tu, masa form 2 aku tengok semua kengkawan ada saving account, dengan selamba derrk aku pegi bank buat account sendiri.
Orang yang melihat, mungkin rasa kami terbeban menjaga uwo, tapi bagi kami uwo adalah kegembiraan kami. Dia nadi kami.
Ada orang cakap, kesiannya mak aku jauh dari suami, tapi bila uwo meninggal pun tetap berjauhan dengan abah sebab abah keje offshore, memang x boleh nak berkepit.
Ada orang cakap, tak takut ke suami kawin lain sebab sibuk sangat jaga emak yang sakit. Alhamdulillah setakat hari ini aku tak dengar lagi dan pasti abah takde isteri lain.
Ada orang cakap, kesian anak2 tak bawak berjalan kemana2, asyik terperap je kat rumah. Tapi bila uwo meninggal, seingat aku memang kitaorang x pergi kemana2 juga, sesekali je.
Ada orang cakap, susah nak jaga anak2 kalau suami jarang ada, takut anak2 terbiar, pelajaran tertinggal, anak jadi jahat. Alhamdulillah, adik beradik aku takde yang membawa masalah walaupun tak excellent!
Ada orang cakap, dah la bela emak tu sendiri, duit pun tak kongsi dengan adik beradik yang lain. Alhamdulillah sepanjang emak membela uwo, hidup kami berkat, sentiasa cukup duit, tak pernah tak makan walaupun tak kaya raya.
Dan macam-macam lagi orang bercakap tentang itu. Seolah-olah mereka lupa kuasa tuhan. Manusia tak pernah selesa dengan apa yang kitaa buat, buat jahat dikata, buat baik pun kena kata.
Kami bersyukur, setelah 30 tahun uwo diduga tuhan, saat terakhir dia sangat mudah. Sehari sebelum itu, uwo masih lagi sihat walafiat seperti biasa. Dapat menikmati pisang goreng yang dia nak makan. Takde sapa pun yang perasan pemergian uwo, walaupun emak yang tidur sebelah uwo. Uwo meninggal diwaktu awal pagi, ketika mengambil air wuduk untuk sembahyang sunat( Memang setiap awal pagi uwo akan sembahyang sunat), kerana ditangan ada cebuk dan kakinya terjulur ke sinki dan begitulah cara uwo setiapkali mengambil wuduk. Semoga roh uwo tenang disana. Al-fatihah.
Alhamdulillah, taklama selepas pemergian uwo, mak segera melaksanakan impian uwo untuk mengerjakan haji. Walaupun secara upah, setidak-tidak impian beliau terlaksana.
Maaf tiada gambar uwo dipaparkan disini bagi menghormati perasaan emak saya yang masih tidak boleh melihat gambar uwo (CK jangan bagitau emak aku buat N3 ni).
Cerita ini dipaparkan bukan untuk apa-apa tujuan sekadar meluahkan perasaan yang susah untuk diluahkan melalui kataa-kata dan sekadar renungan kitaa bersama.

Friday, September 19, 2008

Wow... Dah lima tahun rupanya!

Aku memang tak sabar2 buat N3 ni, sebab saje je nak tayang gambar kahwin aku kat korang...
Lagipun aku cukup kagum sebab dah bertahan 5 tahun, siyesss aku ingat 5 bulan pun tak sampai itu ari... Almaklumla asyik gaduh sesaje..

Tapi pada firasat aku sebab tu la, sampai sekarang bernyawa lagi, semua main luahkan.. takde simpan2.. tak puashati cakap je.. kalau aku simpan hati, mau gila! not so me..

Tadi kitaorang leh tergelak sebab terperanjat dah lama kitaorg kahwin ghopanya! hehe.. as usual, kitaorg x celebrate pun! MALAS..

Banyak2 gambar aku suka yang ni.. aku mcm perempuan melayu terakhir!

Gambar ni aku suka skit2 je.. amik kat beranda bilik aku..

Yang ni aku suka view je, please muka aku macam ntah2, jangan tengok!

Kalau berdasarkan muka aku yang asal tu, mengikut kepakaran KAK BED, boleh tak ko alter jadi eira fazira or nasha aziz! sila buat cercaan KAK BED!

Actually masa aku kahwin ni aku xde duit. Almaklum la tak keje.. semua memang berdasarkan budget yang abahanda sediakan. Walhal ikut aku punya nafsu merancang mau dasyat gila.. uhuk! uhuk! sedih.. Hantar proposal kat abahanda banyak reject dari approve! (Peringatan : Bukan aku yang beriya2 nak kahwin, mak bapak aku ngan mak bapak mentua aku yang suruh kahwin!)

Yang paling kelakor, masa tu aku nak gi beli hantaran kat SOGO (Sogo lagi!), dalam pala hotak aku mcm2 ni.. Sekali abahanda bagi aku RM500.00 je, weiiii! runtuh segala cita2 aku.. Dalam perjalanan tu Pakyob tanya aku "Apakata awak beli barang awak, saya beli barang saya, pastu kita tukar jela"... dengan erti kata lain RM500.00 tu aku guna untuk beli barang aku la.. Shit! shit! shit! tak nak!... Pastu aku jawab ngan berkhemah "Eh, takpe, awak belila barang saya, saya beli barang awak, kita beli barang saya dulu".. Apalagi aku main tunjuk2 je (tapi barang yg sederhana je, macam Carlo Rino yg ada sale, G Amani sensei yg ada promotion gak).. yang pasti lebih la dari RM500.00.

Time beli barang dia, kesian betul la mamat ni.. Dia tunjuk Perfume CK rege Rm200.00++, aku kata x best, aku tunjuk dia HUGO BOSS rege seratus lebeh je yang ada perfume ngan shower jel aje, dengan alasan aku suka bau tu... kencing kuat, walhal duit nan ado! Pastu beli lak kasut, dia pilih kasut sarung BONIA, aku leh cakap gini "Abis tu xkan awak ada dua kasut sarung, awak bukannya keje opis, kasut sarung tu awak kene beli sendiri, sebab masa nikah nanti awak kene pakai kasut sarung gak.. Apakata untuk hantaran saya beli yang ni (sandal Bonia, rege RM99 lepas 50% less), awak bley pakai selalu".. huhuhu.. seb baik dia agree kalau dia angry mampos naya... Jangan tak tau sandal tu dia pakai sampai dekat 4 tahun! Akhir berjaya gak aku beli barang hantaran dengan budget ciput! ada lebih RM30.00, sori aku nak bagi balik kat abahanda, aku belanja pak yob Makan kat KFC! ngahaha.. Balik tu abahanda tanya, "Ada balance tak?", Aku tipu, aku cakap"Orang siap tambah duit sendiri lagik"..

Untuk bilik pengantin abahanda aku bagi budget ciput gak.. RM500.00 campur langsir dan kelambu! Dahla tingkap bilik aku ada 3, campur pintu 1, pintu beranda 1... Mak aihhh abahanda ni memangla.. Gi survey cadar semuanya, rege lari budget! last2 aku dapat idea tempah je, cadar tu, aku buat atas dia kain cotton kosong warna peach, keliling dia kain langsir warna peach, harga RM250.00.. Masa ari kejadian (ari aku kahwin), ada gak yg komplain (dah agak dah), tapi aku x sangka ada gak yg suka... ada kawan aku pun follow gak buat cadar gitu.. sampar skang aku pakai, sebab selesa!

Maka abah aku lak masa nak tentukan duit hantaran, boleh dorang nak samakan macam duit hantaran CK,walhal hantaran dia kategori ciput gak time tu, kalu aku sama duit hantaran ngan dia, mau orang ingat laki aku kahwin ngan JANDA (janda pun hantaran mahal skang!).. time CK kahwin tu zaman nabi, aku kahwin zaman millenium! Dengan alasan dorang taknak ada perbezaan antara anak dorang.. aku argue! mana bleh ni tak de kene mengena denagn KEADILAN, hantaran kene ikut zaman hehehe.. Last2 dorang stuju gak nak naikkan sikit tak banyak pun! hantaran kitaorang adik badik ciput! sebab tu performance kitaorg sebagai wife pun ciput!

Sebenarnya banyak lagi bende yag sengal2, tapi mcm tak pelah, cukupla ni.. Tapi sebenarnya sekarang ni aku bersyukur sangat sebab aku kahwin time x keje, memang tensi sebab xdpt ikut kehendak tapi untung sebab tak sakit kepala nak pikir duit! Budget ciput pun x kesahla asal free... Aku xde terfikir pun nak bayar balik kat abahanda aku tu, cuma aku nak ucap terima kasihla sebab sponsor time kahwin itu ari... TQ ABAH!

So, sempena ulangtahun yang ke 5 ni, aku rasa OK la kitaorg punya relationship.. x stress sgt! Aku no complaint lagik.. Prinsip aku mudah je selagi tak kena lempang, bagi nafkah, x kena madu, x kongkong aku, ok da tu.. kalu nak buat jahat sila jgn bagitau aku, buat senyap2 je.. x koser aku nak amik tau!

Doa aku, tak nak la doa semoga diperpanjangkan jodoh, sebab tetiba dia buat x senonoh, pastu doa aku dimakbulkan tuhan! HAZAB aku..

Biarla ALLAH yang menentukan dan semoga hanya yang terbaik sahaja untuk kami, sekiranya jodoh yang panjang itu yang terbaik, panjangkanlah jodoh kami.. Sekiranya perpisahan itu yang terbaik, pendekkanlah jodoh kami! AMIN..

P/S : Kak Bed wedding planner tersohor, nasib baik masa tu aku miskin, pastu belum bergelumang dengan dunia berblog ni, kalu tak harus mak suh ko adjust muka mak yang nan ado ni... tapi kalu x chanteeekkkkk harus gak mak cerca ko!

Wednesday, September 17, 2008

Pegi SOGO beli Baju Longgok!

Masa puasa ke-2 ari tu, aku dah berkobar nak pegi beli baju raya si Ameer. Siap cakap lagi kat Pakyob (nama laki aku Ayob, family dia panggil pak yob, aku pun layan jerrr), nak carik kat SOGO. Macamla kat subang ni xde shopping kompleks.. Yang sebeno2nya aku nak usha baju aku.. ngahahahaha!
So, gigihla aku ni mujuk dia, bukan xleh nak gi sorang tapi aku ni memerlukan suntikan modal.. Akal jahat dah datang! Kalau aku ada duit apa barang ajak dia!
Seperti biasa sampai aje budaknye department kitaorang bawak diri memasingla.. tak main cari sesama kang perang lak! aku pun carikla size 4 tahun, yang pakyob ni carik size 3 tahun.. aku tak tegur lantak ahhhh... malas siot nak gaduh! masa ni aku tengah ada nafsu nak membeli belah.. Tapi idakla kita orang carik baju yang memahal, standard aku yang ada diskaun 50% dan 70% je..
Tapi bila dia nengok baju yang aku pilih tu siap cerca2 aku lagi, aku buat derkkk je.. aku yakin ngan pilihan aku.. Siap sound aku lagi! "Suka sangat nyusahkan diri, kang berapa kali nak datang sini".. Yola mak cik tadah je telinga ni, buat degil aje.. Sebenarnya aku rasa baju yang dia pilih yang salah size, anak aku boleh tahan tembannya..
Kalau biasanya aku mesti argue kali ni aku diam je sebab kalu dia salah size lehla aku napak ke SOGO lagi... aku mcm terdengar2 SOGO ni ajak aku datang lagik!
Yang aku paling x tahan lagi tu, leh dia tanya kat cashier tu, "Ni kalau salah leh tak tukar" pastu jari tunjuk baju yang aku pilih.. ngahahaha, aku gelak kuat dalam hati.. meh nak tengok baju sape yang kena tukar nanti.
Sampai umah aku try baju yang aku pilih, semuanya sesuweiiiiiii... pakyob punye muka sudah lain, pastu sengih2... Ni nak habaq mai, sendat je, mcm pakai baju tahun lepas je.. ada satu baju tu pulak, kepala pun x muat.
Yeye... ada alasan nak gi SOGO lagi! ari khamis minggu lepas, lepas aku amik kete, aku terus gi SOGO sengsorang, pi la tukar size 4 tahun.. sekali balik, baju yang x muat kepala tu pun dah tukar size still x muat kepala... camne tu, dahla baju tu yang paling mahal!
Yeye! ada alasan lagi nak pegi SOGO! Ari sabtu tu, lepas sahur terus ajak Fiza gi SOGO, aku amik dia kat umah dia kul 9.. siap husband dia heran apasal gi pepagi... wei jangan memain gi sogo kene pegi subuh ari... sampai sana nak kul 10.00pg.. Ramai gila orang menunggu kat depan sogo, aku masuk parking pun kene beratur panjang, lepas tu level 1 dah penuh...jenuh gak aku carik parking.. gila bebeh! kayo orang Malaysia ni...
First time sebenarnya masuk shopping complex masa diorang bukak pintu.. merasala aku pekerja SOGO tu tunduk hormat kat aku sambil wish "Good morning" "Selamat pagi".. Aku tersengih2 macam YB melawat kawasan.. seb baik dorang tak salam cium tangan ngan aku...
Kali ni aku memang xde nia nak tukar2, terus naik tingkat 7, jual balik baju tu.. pastu aku terus beli baju T-shirt ntuk aku.. Padan muka ko Pakyob, marah2 lagi aku, tak pasal2 duit baju tu dapat kat aku balik! ngahaha..
Pastu aku ngan Fiza jenjalan kat jalan TAR, tapi tak beriya sangatla, minah tu pegnen, sian dia kene dera ngan aku..
Balik tu singgah SUBANG PARADE gi beli Big Apple, time tu aku x posa, apalagi makaaaaaannnnn! Gambar xde.. aku ibarat piranha x makan sebulan!

Sila lihat baju longgok yang kitaorang beli!

Tuesday, September 16, 2008

Aku baru paham, selama ni tak paham!

Aku nak citer pasal sesuatu yang berpuluh tahun aku tak paham, tetiba je sabtu lepas baru aku paham!
Sejak kecik lagi, kalau time berbuka posa kat umah kitaorang xde makanan tambahan, kalau ade pun jarangla.. kuih-muih tu memang nan ado la... Sebab abah aku tak suka lauk banyak2 ni dia kata MEMBAZIR!
Aku ni apalagi, sebagai seorang anak yang lahir pada zaman PARAM ni, harusla mcm bengang2 sikit.. apahal lak xde lauk tambah? Rasa mcm x caya je bapak aku tu x suke membazir... macam dengar BED TIME STORY je... Musykil mak!
Sejak aku kecik lagi aku memang kenen2 ngan abah aku ni nak lauk tambah, tapi selalunya mesti aku kene marah!.. Yang aku peliknya adik-badik aku yang lain tu macam rilek je, tak kisah je... Bior betul? diorang ni xde perasaan nak membazir makanan... sesuatu diorang ni.. ke atau aku yang sesuatu suka sangat nak kenen2 abah aku..
Kekadang aku buat spekulasi dalam pala otak aku ni.. Agaknya abah aku ni bekas awek dia jual kuih kat PARAM kot, sebab tu tak suka makanan PARAM, macam ala2 kecewa gamaknye.. Tapi aku x brani tanya ngan abah aku, kang x pasal2 kurus posa abah aku sebab marahkan aku, silap gaya terpaksa bapak aku berbuka sebelum waktunya.. ngahahahaha!
Sebab tu bila aku dah masuk UPM, time tu berbuka ikut suka akulah nak makan apa kan, so..first day posa tu aku beli mcm2 makanan, yang aku x makan pun aku beli.. saje je .. GILO!, Sampai ade member heran apasal aku gitu... Aku cakap dengan dorang saje sesuke.. Mesti dorang ingat style aku berbuka macam tu. Walhal nan ado! Ngahaha! Punya la psiko... Aku memang xleh terima alasan abah aku kata MEMBAZIR, sebab kengkadang aku tengok abah aku kuat gak membazir bende lainn..
Setelah bertahun2 lamanya, sabtu lepas time aku berbukak posa kat kampung abah aku cakap camni
"Masa berpuasa ni lah, banyak sekali makanan terbuang2 kat hotel2 dan kafeteria, tak sampai separuh je, dah masuk tong sampah, sayang rasanya!"
Aku melongo! bukan kagum dengan cite abah aku tu, tapi baru aku paham apasal abah aku x suke makanan tambahan.. Sebab abah aku ni keje line perhotelan dan catering, ala2 pakcik kantin la, yang masak2 tu (jangan tanya apasal aku x tau masak). Jadi dia antara orang2 yang menyaksikan makanan itu dicampakkan kedalam tong sampah! Apasal lambat sangat pick up ni!
Apalah abah aku ni, cubalah cakap dari awal lagi sebab-musababnya, kan aku senang x yah nak musykil2! Nak gaduh2 manja ngan dia, aku ni ade ala2 anak memberontak skit, kene ade gaya baru aku ikut cakap kalau tak aku confius! ngahahaha..

Nilah abah saya, saya tangkap curi gambarnya ketika dia sedang membuta diwaktu tengahari, dimana emakku sedang bersarkas memasak! (aku tak tolong mak aku, penat baru sampai.)

Monday, September 15, 2008

Blog personality




Your Blogging Type is Logical and Principled



You like to voice your well thought out opinions on your blog.

And if someone doesn't what you write, you really don't care!

Serious and blunt, sometimes people take your blog the wrong way.

But you're a true and loyal friend to those who truly get you.

Aku tengok ramai orang buat, aku pun nak buat gak.. huissshh, macam jahat je aku punya personality... tapi mcm ada gak yang betulnya..

Sunday, September 14, 2008

Adik ke atau abang?

Aku rasa macam x pernah citer pasal adik lelaki aku yang bawah aku kan? Actually dia ni muda 3 tahun dari aku.. Start dari sekolah rendah sampai la masuk UPM aku sentiasa bersama si budak hitam ni.. Actually aku la bodoh nak mampus.. Sebab masa dia matrix aku selalu dok cerita pasal kos veterinar kat dia.. sebab member bilik aku amik kos tu.. Aku dok excited citer macam2.. Ntah mcm mana tetiba agaknya dia minat dia apply kos tu... serius aku tak sangka dia amik kos tu, sebab dia ni bley pengsan nengok darah!

Aku dah start rasa mcm x best la.. asyik2 jumpa muka dia.. kalu sporting x pe... dia punya perangai punyala skemaaaaa.. aku ngan dia macam langit dan bumi.. Start dari sekolah menengah dia memang suka la tegur aku mcm2.. Aku kan kakak, apa aku kesah!.. CK tak sekolah sama ngan kitaorg dia skolah Agama..

Rezeki dia agaknya, masukla dia kat UPM tu, yang menjadikan idup aku terusik skit.. Dah la dia tu skema, korang tau tak banyak2 persatuan kat UPM tu, dia masuk Persatuan Mahasiswa Islam.. Bertambah hangatla dia mengkhutbah aku... tapi aku kebal!

Kalau dia tetiba jumpa aku kat mana2 tengah lepak2 ngan kengkawan sambil gelak2 besar, dengan keadan diri yang lepas laku, heh! dan2 tu gak aku dapat sms yang tertulis lebih kurang begini:

"Ko ni cakap slow2 la, apasal pakai baju ketat? pakai la baju labuh2 skit.."(dia kalu boleh nak akak dia pakai baju kurung ngan tudung labuh!, ko suh CK pakai dulu baru aku)

Mula tu aku sentap gak la.. tapi lelama aku x heran! Tapi paling kelakor kalu kawan aku Dilah terjumpa adik aku kat mana2 memang best.. Bukan dia kisah ngan adik aku yang ala2 jalan tunduk, yang ala2 bengkek nengok akaknya dengan geng2 ni... Mesti punya dila tegur adik aku,
"Man, apasal sombong sangat tak nak tegur kak dilah, amboi... pemalunya..meh la sini borak2"
Ni antara yang aku ingatla.. ada lagi dialog yang lain... Aku apalagi ketawa melekek-lekek la... aku tau adik aku x suke, tapi aku suke.. ngahahahaha!.. Kekadang tu kalu aku jumpa dia, aku saje2je pegang2 dia... kena marah ooo aku. tapi aku sengih2 jela! Dia ni dah macam ABANG aku lak!

Tapi dalam tu, ada gak manfaatnya dia belajo kat tmpt yang sama ngan aku, bila dia masuk sana, bapak aku belikan motor (aku x de motor, aku jalan kaki je, exercise!).. Apalagi aku, pantang je ade peluang, aku pinjamla untuk berjoli2, walaupun lesen xde, kawan2 ade lesen, kalu x pun aku tibai jela GUNA LESEN AGUNG AKU!

Kalau tak pun dia ni aku gunakan sebagai machai aku, tukang amik kat LRT atau komuter.. jimat maaaaaaaaaa... aku selalu sengkek sebab kuat joli! Mulut dia membebel2 campur ngan hadis sekali, tapi telinga aku spesel, semua yang dia cakap tu masuk belah kanan terus kuar belah kiri, tak sangkut kat mana2 sel otak aku pun! pelik bin ajaib betul aku!
Bila time hujung semester, dia ni jadi along aku dan penyelamat, seingat aku sampai la ni ade lagi hutang piutang aku kat dia yang tak berbayar... Aku harap dia halalkan la hendaknya! Itula sebahagian kenangan aku ngan adik aku yang tak hensem tu! Kalu dia baca ni, jap2 lagi mesti di cerca aku.. ngahahahaha!

CK, mak aku (mak aku je yang memenuhi kriteria berpakaian adik aku), adik ku itu dan aku!