Monday, January 19, 2009

AKU KEMBALI KERANA SENTAP!

Apa khabar korang semua? Aku sekarang dah sihat sikit. Ari ni aku MC tapi saje2 je. Kali ni aku mengandung agak pelik skit. Aku rasa nak muntah tengok blog aku, ntah kenapa ntah. Tapi aku ada la melawat korang tapi mcm xlarat nak bagi komen.

Dah beberaapa minggu ni, alhamdulillah aku pulih seperti sediakala. Tapi lappy aku lak buat hal. Adakah tuhan tak nak aku memblog lagi? hehehe.

Tapi ari ni aku tersentap, aku pegi BLOG KAK SENDUK, ku lihat rumah barunya telah direnovate, sekali ku dapati blog aku dah xde dalam bloglist kak senduk. HUAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! Kalu mcm ni la gayanya mungkin aku akan hilang dalam ingatan kengkawan maya aku ni. Kebetulan aku kat umah mak aku ni, aku pun gigihkan diri aku memblog. Korang ingat lagi tak kat aku?

Beberapa ari ni aku terfikir, apa yang aku sangat2 nak dalam hidup aku ni. Iyalah kan memandangkan dalam ekonomi yang macam ni, apalagi melihat apa yang terjadi di Palestin. Aku rasa aku nakkan kesabaran. Hanya sabar yang boleh membuat kita mengharungi liku2 hidup.

Beberapa tahun yang lepas seperti korang2 semua, aku pun tak terlepas dari diduga. namanya pun manusiakan? Apakah jenis dugaan tak payahla aku selongkar lagi. Benda dah lama. Sesebelum tu aku memang hidup dalam suasana yang happy2. Sekali diduga, tuhan bagi aku yang best sekali, gelabah jugak. Honestly aku tak tau nak buat apa.

Satu ari tu aku dah buntu sangat, aku duduk bawah paip yang terpasang dekat bilik air, xde niat nak bunuh diri pun. Cuma nak dapat ilham je. Aku try nak selesaikan masalah tak boleh jugak, semua jalan aku rasa macam buntu sangat. Bila bercerita dengan orang terdekat samada menambah lagi masalah aku ataupun aku akan dengar nasihat KLISE "Sabarlah, ini semua dugaan tuhan..". Aku memang bengang masa tu, ingat senang ke nak sabar? Tapi aku tau aku memang kena sabar juga, itulah satu2 jalan yang aku ada.

Aku lupakan seketika masalah aku, apa yang aku fokuskan masa tu mencari jalan macam mana nak bersabar. Itu lebih penting! Masa tu aku betul2 faham betapa pentingnya sabar. Macam2 jalan aku aku try! aku baca buku2 motivasi yang berkaitan ngan kesabaran, buku pertama yang aku beli "MENCARI HATI YANG BAHAGIA". Aku salin semua mutiara2 kata yang boleh buat semangat aku pulih, aku tampal kat dinding bilik aku, jamban, workstation dan semua tempat yang mudah aku lihat. Dan yang paling penting aku amalkan doa2 yang sepatutnya, antaranya doa nabi yunus dalam perut ikan tu, aku baca 144 kali, lepas tu tidur memang lena.

Sedar tak sedar aku dapat rasakan, masalah aku tu berlalu dengan masa, dan yang paling penting hati aku tenang, walaupun apa orang kata, aku tak tersentuh pun. Peknen kali ni kekadang aku runsing tak tentu pasal, jadi sekarang ni aku korek balik segala khazanah lama aku tu, xde sapa yang boleh tolong kita melainkan tuhan.

kepada kengkawan yang tinggalkan comment kat previous entry dan kat chatbox tu, time kasih ye. Insyaallah lepas ni aku akan kembali aktif tapi pelan2 la, tunggu lappy ok dulu.

23 comments:

Tijah said...

nok...jgn risau. kau masih dlm ingatanku. cuma tu la...aritu kat blogroll kira ko cempien la...lama giler tak update.

nih nak tanya nih...ck mana?? ck?? lepas buat puding karamel tuari langsung x muncul2....

Emi Farez said...

CK keracunan lepas makan karemel tu... hehehe!

Acah je, sebenarnya PC dia pun ada masalah... Kt tmpt keje dia xleh bukak blog. thanks Tij lawa! kelas nama ko skang!

@e_da said...

Selamat kembali kak emi... takpela pelan2... ibukumbang tetap dlm ingatan .. hihi.. jgn risau2 take care jaga diri n baby...

Suzi said...

tulah lama menghilang tertanya2 juga...saje agak2 mungkin sbb tak sihat atau sibuk hihihi...
selamat kembali ye....

Cik Pah said...

welcome back ik.. huh.. early pregnancy mmg sgt pelik dan rase meyusahkan pun ade gak.. tapi itulah.. nak wat came..terima lah seadanyer.. anyway..looking forward for ur next entry..

julietchun said...

Slmt kembali kekandaku ;D Rindu banget sama kamu nih, hrp ko sht dan akan terus kongsi citer2 panas.

kuIna said...

selamat kembali..

moga sihat selalu & bleh buat cerita baru yg gempak!

attyfir said...

ko masih dlm ingatan..hehehhe

ain said...

salam mama kumbang..lamanya tak de entry. rindu gitu..hihi..

setahun yg lepas akak pun diuji dengan dugaan yg hebat..masa tgh mengandung lagi. Alhamdulillah dgn sabar, doa dan dorongan suami, semuanya ok. bila masa berlalu, semuanya pun berlalu..tk care!!

azreen said...

selamat kembali babe....ko tetap dalam ingatan.....jaga diri ek....jgn banyak2 pikir....nnti terganggu pulak baby kat dalam tu....senyum selalu tau... :-)

Anonymous said...

Wah dah kembali...dah ok ke? Apapun yang kita lalui kita mesti ingat, ujian datang mungkin sebab memang kita kuat. Kau hayati kalam Allah ni

"Tidak Allah Membebani Seseorang Itu Melainkan Atas Kemampuannya Sendiri"

Maknanya apapun yang berlaku Allah tau kita mampu hadapinya... Identiti aku tak lama lagi aku dedahkan..tp mungkin kau dah lupa.

NouroulSuhaimi said...

selamat pulang... ko dah sehat ke skrg? take kkkk... ;)

echah_syed said...

baca surah yasin selepas solat maghrib..insyaALLAH semua dipermudahkan ALLAH swt.. :)


mesti idea melimpah ruah kan sbb dah lame bercuti :p

tigrismalaya said...

aku pon sama...

cam takde masa nak memblog...curi2 memblog walhal tadi niat nak kemas2 uma...uma mak cam diterajang setan dah jadiknyer...hwaaaaa....

princessQ said...

salam...aku dh agaks ko msti mabuk pegnant nih...
minggu nih blik kg wei....bole aku ronda g umh ko....
aper2 pn keep in touch...@ calling2...sms2..

Nad Eusoff said...

masih ingat kat blog neyh..
hehe
masih bertuan tanah kedaung rupenye
ekekeke
nyway t8 gud care of urself sis

azlanlin said...

Selamat kembali!!! Kembali menceriakan suasana kumbang-kumbang yang berterbangan di alam maya... Come back!!

Anonymous said...

Salam...
Tenang sikit hati bila blog ni dah update.

Emy, teguh pendirian, kekar matlamat. Biarpun kita kecil, kita masih mampu ubah dunia. Soalnya adakah kita mahu berusaha ke arah itu. Masalah hanya warna untuk kejayaan.

Tarik nnafas panjang-panjang dan tanya diri: siapa aku dan mana matlamat aku. tak kira siapa pun kita, kita memang dilahirkan untuk jadi pemenang.

Jangan lupa janji JENTAYU!. Kecilnya dia, mampu tewaskan garuda..

Doa saya mengiringi...

* terima kasih kerana saban hari singgah di laman saya walaupun tak pernah meninggalkan kesan.. heheh.

.::WaNiE::. said...

jap aku nak ingat balik ko sapa..hahahahaaa

cendawanintim said...

bengang kan kalu orang sengaja takmo letak blog list kita...

ko jaga diri!

Emi Farez said...

love u! susah betul kalu internet rosak ni

UmiMia said...

aku ingat lagi ko...rindu pun ada..uhuhuhu...ingatkan nak tutup blog dah..ha dengar tu abg syirfan motivate ko...betul cakap dia...be strong ok...

Cheritera Kami said...

aku ngan dina mmg tabik kat kau mie..time tu kau mmg nmpak cool babe..than bila aku n dina mengalami saat getir ala2 kau punya ujian tu..kami jadikan terapi kau tu sbg pedoman..tq babe..br skang aku bpeluang nak bgtau...