Saturday, February 7, 2009

Menghargai Hak dan Menjaga Hati

Aku selalu terfikir tentang hak aku tehadap diri-sendiri. Setakat aku hidup hampir 30 tahun ni (hampir je, belum lagik ibukumbang di usoa 30-an, hokey), seberani mana aku mempertahankan hak aku?
Adakah aku sanggup bermati-matian mempertahankan hak aku kerana benda sebesar hama?
Iskh! takdelah macam tu sekali.
Adakah aku sanggup dipijak-pijak, menderita diri, hidup dalam kegelapan kerana takut mempertahankan hak sendiri?
Rasanya pun aku tak sanggup jugak!

Bila aku fikir dan ingat semula akan kejadian-kejadian atau peristiwa yang lepas, aku pasti aku adalah orang yang akan memperjuangkan hak aku bila aku rasa aku terancam ataupun bila sampai satu tahap yang hampir melampaui batas! (memperjuangkan hak yang betullah, bukan menegakkan benang yang basah).

Sebagai seorang wanita yang berumah tangga, aku suka nak bagi contoh kisah rumahtangga jugak. Alasan aku supaya boleh aku buat panduan hidup aku sendiri, lagipun aku percaya sangat kebanyakan insan-insan yang singgah ke Blog aku ni adalah wanita yang telah berkahwin.

Jiran mak aku, namanya PIAH (bukan nama sebenar) berkahwin ngan RAHIM (bukan nama sebenar juga). Sebelum itu sekiranya ada anak-anak atau sedara-mara diorang yang terbaca dan dapat tangkap cerita ini adalah pasal diorang aku nak minta maaf, bukan niat nak memalukan diorang tapi hanya sebagai kajian kes ataupun sebagai panduan hidup sahaja.

Sepanjang perkahwinan diorang ni, diorang dikurniakan 7 orang anak. Mula-mula tu hidup diorang miskin. Rahim ni ada perangai mengada-ngada sikit, kalau nak makan nak dimasak menggunakan kayu. Disebabkan taat dan sayang kat suami, Piah ni sanggup cari kayu api untuk masak untuk suami dia ni.

Entah macam mana ditakdirkan Ilahi, diorang dlimpahkan rezeki, berubah lah kehidupan, buat rumah baru, beli kereta dan pasti hidup mewahlah. Tapi biasalah kalau lelaki dah duit banyak, makanya lupa daratan, mulalah episod duka dalam hidup Piah.

Rahim mula berpoya-poya ngan pompuan, pernah memadu 4 kan si Piah ni, bukan itu saja, dia pernah suruh piah ni jaga anak dia dengan bini lain dari bayi sampai Tadika. Tapi Piah ni baik dia jaga anak tiri tu, sampai satu tahap anak tiri dia tu lagi sayang dengan dia berbanding mak dia sendiri.

Bak kata orang harta ni tak kemana, kalau tak pandai jaga, abis semua kereta kene tarik, takde kerja dan bini semua lari kecuali Piah. Tapi episod duka dia tak berakhir lagi, kalau Rahim ni ada duit lebih mesti dia cari pompuan, pernah dia cakap piah ni maca B**I.

Kali terakhir aku jumpa Piah ari sabtu lepas, masa aku ngan mak aku nak pegi beli lauk, mak aku nampak dia tengah main-main ngan cucu-cucu depan umah, mak aku suruh aku berenti. Dia kata lama tak jumpa Piah ni. Sambil tu Piah tu cakap, "ko tengok cucu-cucu ngan anak-anak aku ni, kurus dan pucat kan?". mak aku tanya balik "kenapa kak?", "masa aku takde aritu Rahim yang jaga budak-budak ni, tak di bagi makan, malam dibagi maggi je". Untuk pengetahuan korang parent cucu-cucu dia tu dah cerai, jadi mak cucu-cucu dia ni terpaksa hantar anak ke kampung dan cari rezeki kat KL, dengan cara camni dia boleh tolong mak dia juga.

"Mak, cik Piah pegi mana?"
"Dia pegi hospital 2 minggu buat kimoterapi!"
"Oh..."

Piah ni dia sakit cancer rahim.

Pendapat aku, dalam kes ni memang yang bersalah adalah Rahim. Tapi selain itu Piah pun bersalah juga. Sebab sepanjang aku ikut kisah diorang ni, Piah langsung tak mempertahankan hak dia. Dia membiarkan diri dia dipijak oleh Rahim. Aku selalu terdengar cerita kezaliman Rahim tapi aku tak pernah dengar Piah menuntut hak. Aku tak pernah dengar Piah pergi merujuk kes hidup dia kat Pejabat kadi. Tapi aku selalu dengar Piah merungut.

Pada aku pengorbanan Piah ni sia-sia. Bagi aku pengorbanan yang berbaloi sekiranya dia dapat mengubah Rahim, tapi setakat ini apa yang aku lihat Rahim ni bertambah-tambah naik tocang. Korang rasa ada tak macam kes kat dicelah-celah kehidupan? hehe.. aku rasa macam lebih kurang je. Tapi kisah ni, kisah benar aku tak reka tapi nama je aku reka. Sekiranya Piah tahu hala tuju hidup dia, pegangan hidup dia dan hak dia sebagai seorang manusia, mungkin keadaan sebaliknya terjadi. "Tiada tuhan ubah kehidupan sesuatu bangsa kecuali dengan keinginan/usaha mereka sendiri". Setuju tak?

Bila agaknya mak abah aku akan memainkan peranan mereka sebagai ibubapa?
Berdasarkan analisis aku, berpandukan aku ngan si cakap kosong tu dah berkahwin, maka selepas kami nikah tanggungjawab dan hak terhadap kami sudah menjadi milik si suami. Tapi itu tak bermaksud hak mak abah aku abis begitu sahaja. Sebabnya kami berkahwin dengan golongan marhaen yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Mak dan abah aku akan menggunakan hak dia sebagai mak ibubapa sekiranya "anak-anak perempuan kesayangan dia ni (abaikan adik-adik lelaki aku untuk sementara waktu) kena lempang ngan laki memasing ataupun sekiranya apabila mereka mendapat signal yang menantu-menantu mereka sudah melampau batas atau mereka lihat anak mereka tidak dapat menghandle dengan sendiri lagi. Abah aku berperwatakkan garang, mak aku perwatakan lembut, tapi aku sangat percaya mak aku akan lebih mempertahankan haknya, sementara abah aku menyokong dan memberi pendapat segala tindakan mak aku. Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. Wahai adik-beradikku sekiranya ini terjadi jangan terkejut, sebab aku selalu lepak ngan mak aku, selain membuli dia, aku jugak mengambil kesempatan menyelami hati dia ni. Anyway, mak aku selalu baca dicelah-celah kehidupan, selalu dia buat revision ngan aku.

Tidakkah aku rasa terganggu dengan tindakan mereka itu?
Tidak, malah aku bangga dengan mereka, kerana mereka mempertahankan hak dan melakukan yang sewajarnya. Aku rasa hidup aku lagi kuat kalau mereka buat mcm itu, tapi dengan syarat biarlah yang sewajarnya dan berlandaskan sesuatu yang baik tanpa ada niat yang terpesong.

Upssss.. cukupla dulu.

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 27 tahun kepada adik bujang aku yang bernama LUQMAN UL - HAKIM! All the best and good luck!

selamat malam!

Nota : Apa yang ditulis adalah pendapat peribadi penulis iaitu ibukumbang, tanpa niat menyakitkan hati orang lain.

18 comments:

azreen said...

hidup berumahtangga ni mmg byk cabaran nye....sokongan daripada keluarga pun sgt penting supaya kita menjadi lebih tabah dan matang mdlm mengharungi kehidupan berkeluarga..... :-)

Cik Pah said...

piah piah...napelah ko begitu sabar skali..tp kan IK.. mmg ade orang yg cantu lah..taknak melawan dan tak nak mempertahankan haknyer demi kebaikan rumah tangga.if me... dh lama rahim tu aku tinggalkan.

julietchun said...

takde pompuan yg berkawin pastu nak bercerai, tapi apa gunanya kita menyeksa zahir dan batin melayan suami yg camtu.Kita mahu yg terbaik utk membina sebuah keluarga, rumahku syurgaku.

attyfir said...

kekdg menjadi seorg insan yg tak banyak cakap..dan terlalu mengikut ckp suami yg mcm *****
tak mendtgkan kan kebaikan..malah membawa keburukan..

pertahankan hak kita..sebagai wanita dan isteri..

echah_syed said...

aku rasa pompuan ni selalunyer malas nak bising2 sbb susah kalo naik turun mahkamah dan satu lagi malu kalo org lain tahu masalah dorang.

satu lagi tatau nak mula dari mana, nak kemana,ngadu dgn sape dan seribu satu persoalan..

apapun aku rasa tuhan maha adil..kesabaran seseorg akan dibalas kebaikkan samada cpt atau pun lmbt.

cuma kalo bole dizaman semua para isteri bekerja jgnlaa dibiar suami pijak kepala sukati.

tigrismalaya said...

sian nek piah tue...wanita mmg patut mempertahankan haknya..mgkn dia banyak memendam dan tak taw nak salur kat mana keresahan hatinya...mgkn jalan yg terbaik bagi dia adalah dengan mengikut arus sajer...

tapi ramai pompuan macam ne...kalo drama2 tibi pon slalu ader citer2 gini...kadang2 sakit ati kita yg nengoknya..

Tijah said...

itu yg bagusnya ada mak ayah mcm tu. etlis kita ada tempat utk mengadu.

isk! ko nih...lama x muncul sesekali menulis cam takut jer aku nak membacanya. siyes nih...

Emi Farez said...

azreen - saya lagik mmentingkan keluarga dari perkahwinan.

ais - betul, tak payah tgu lelama

Jc - bebila ko nak carik laki ko pilih yg ok, kalu rasa ada talent buruk ko reject je.

k atty - hidup wanita

combi - hehehe kalu boleh biarla sabar bertempat!

tigris - semoga jgnla kita berfikiran cam ni

Kjah - jgn la taku kak jah, aku bukn tulis citer hantu!

hOtMaMa said...

hadoii..kesiannyer!! kalau nak ikut kan mmg kita patut la kena pertahankan hak kita... tak kan sanggup tunggu & tadah jerk apa org buat kat kita kan... tp dlm kes jiran ko nih agak2nyer... terlalu mentaati suami kot... tu yg sanggup tadah & terima jerk hazab selama dia berumah tangga kot.. tah la... hanya dia & tuhan jerk yg tahu... semoga laki dia yg durjana tu dapat pembalasan yg setimpal di kemudian hari..

cendawanintim said...

itu lah asam garam lam berumahtangga..

nok, ko dah baper bln sekang??

Anonymous said...

Diam tidak semestinya setuju...
Marah bukannya membantah...

MakMonas said...

aku baru nak bagi komen ni...laptop aku ada masalah dgn java script...dah enter type panjang2 manjang la "page cannnot be displayed"

hmm...adehh..perkahwinan...tiap org merasa bahagian masing2 ..tu bagi aku la....sebenarnya aku dah type panjang tadi..tp skang dahmalas nak type lagi...

aku simpan je la dalam ati aku..huks

Anonymous said...

k emy....whats wrong...dlah sentiasa doakan k emy...insyaallah apa jer tindakan yang terbaik...dlah call k emy tak dapat...sah2 aku yang tak dapat tdo mlm ni pkirkan k emy...btul2 sedih klau k emy camni...jangan lupa dlah kan yur gud listener sampai bila2...banyakkan istighfar..akan lebih tenang nnti..

UmiMia said...

sejibik mcm baca citer DCCK ni...betul...hak kita..kita kena tau kena ambik tau dan kena dapatkan...

viruspadu said...

ralit betul saya baca, tak sedar2 dah hbs

tp sedih la cerita pasal piah tu

mcm mana la dia leh tahannnnnnnnn jer kan, dia sgt penyabar orangnya

Anonymous said...

Kengkadang, kalau kita nengok dari luar kita akan kata,

"Piah-Piah, cubalah ko bangkit pertahankan diri sikit, Piah, cubalah ko fasakh ker, Piah ko buat cengginilah, Piah ko kena macam nilah..."

Tapi bila tibe satu keadaan Allah jatuhkan kita dalam keadaan Piah...
ko tahu ko kena buat itu, buat iuni, ambil tindakan itu yg sepatutnya.... tapi sukar diambil, banyak yg Piah kena pikir... banyak option ... tahu tapi sukar diexplainkan... hanya piah yg tahu... kalau kau jadi piah,kau akan mengerti...

Anonymous said...

berkobar-kobar semangat masa baca n3 ni. semangat penulis boleh sampai kpd pembacanya.hehehe

Anonymous said...

Hello. And Bye.