Friday, August 5, 2011

MENCARI CINTA

Hati rasa macam ada taman, siap tersenyum sepanjang hari..
Aik bercinta dengan siapa pulak si ibu kumbang ni? ada kekasih gelapkah?
Nehi! Nehi! tapi si Ibu kumbang baru lepas baca novel cinta!

Kisah cinta yang biasa, senang kata KLISE!
Tapi cukup membuatkan hati berdebar, menyirap keseluruh genap tubuh.
Good mood sepanjang hari.. Betapa hebatnya kuasa cinta!

Realitinya kalau perasan cinta dalam diri aku mungkin sudah menurun peratusannya.
Yeah! I'm Mother of three.. isteri dan bekerja.. Terlalu banyak cabang emosi ni hendak di agih- agihkan! kekadang terlupa tentang CINTA! Lebih gemar melayan penat badan ketika senggang!
Apatah lagi orang seperti aku ini, terang-terang menganggap REALISTIK adalah teras kehidupan.. WALAH!

Sehinggalah suatu hari, ketika menonton bersama encik suami, aku memberi komen "eiiiii kalau dah tak boleh dapatkan seseorang tu sudahlah. Realistik la sikit!

Encik suami membalas"Awak tak pernah rasa cinta yang sebenar, awak tak tau."

Everyone, jangan salah faham, kami kahwin bukan kahwin paksa tetapi bercinta. Cuma aku tidak memberi 100% cinta padanya, well aku kan realistik katanya. hehe... Tetapi dia (suami aku pernah merasa cinta yang hebat dan tulus dari seseorang).. Aku pun terasa bahangnya. Aku tak salahkan suami aku kerana pernah ada orang lain ketika masa bercinta hingga awal perkahwinan aku, sebab ketika itu memang hak dia untuk memilih siapa yang patut jadi isterinya.. cuma menjadi tanya, apasal pilih aku? jawapannya adalah JODOH! lagipun aku seseolah memberi lompong-lompong yang boleh diisi oleh orang lain.. Aku sedar tapi I CANT HELP IT. OMG. HEHE.KAYU SUNGGUH!

Berbalik kepada komen encik suami itu, aku terdiam (bukan aku cemburu) tetapi rasa seseolah ruginya aku kerana tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati rasa CINTA itu. Kalau selama ini baca buku cerita tanpa rasa. Tetapi sekarang ini aku cuba perapkan ia dalam hati untuk nikmatinya dan serap dalam jiwa.

Abang, mungkin dari umur saya 17 tahun hingga 32 tahun (15 tahun rupanya perhubungan kita) ni saya tak pernah bagi diri saya untuk bercinta dan awak tak pernah merasakannya dari saya.. mana tau suatu hari terasa bahangnya kan? kerana saya sedang memupuk rasa cinta ni....jaga-jaga! hahaha

5 comments:

Rumah Kuning said...

tunggu...bahang cinta akan menyerang. hehehe

Cheritera Kami said...

hahahaha..bahang asmara..weh..update la blog direct dr bb tu..bleh ar slalu aku bc bebelan kau

Ck said...

tak semua orang sama nok....ada org dapat cepat dan ada yg dapat lambat...aku dulu pon cenggituh gak pelik tgk org feeling cintan cintun lelebih....tapi skrg bila dah terkena panahannyer.....dalam hati mak sentiasa ada taman nokkkkkkk

marinahunny said...

lama nye tak baca ablog mak kumbang nih...hahaha

Emi Farez said...

rumah kuning - hehe tunggu

wawa - blackberry tu hampeh..

ayong - ngeh ngeh

marina - hehe insyaallah lepas ni slalu update