Thursday, June 3, 2010

BILA AKU YANG MENGAWAL MASA

Tak pernah aku terlintas hati untuk menjadi suri rumah sebelum ini. Bagi aku hidup akan jadi bosan, badan gemuk, no social life dan yang pastinya tak de duit lah apalagi. Sebab aku tengok orang-orang sekeliling aku macam itu. Tapi pandangan sekarang dah berubah semenjak aku keje tempat baru ni. Memang horror gila. No life dan sangat memenatkan. Aku sangat tak boleh tahan keje 6 hari seminggu dan 10 jam (2 jam adalah wajib overtime-berbayar) sehari dengan keadaan aku yang ada anak 2 dan yang kecik tu kira bayi lagi.
Kuat hati aku ni nak berhenti jadi suri rumah. Tapi aku nak jadi suri rumah yang ada income. Aku sangat jealous tengok life sepupu aku. Dia ada skill menjahit yang dibuat sebagai sumber pendapatan. Lepas tu dia ada masa untuk pergi kelas baking, and I sure itu akan jadi sumber pendapatannya jugak. Dan yang penting dia dapat look after her kids. Aku jugak amat pasti dia ada masa nak bersosial sebab dia hantar anak dia ke tadika. Nice!
So , today aku MC sebab aku sangat letih dan tertekan. Aku abiskan masa aku dengan layan youtube untuk cari apa sebenarnya minat aku. Well aku dapat jugakla ideanya dan aku ada beberapa planning menuju kearah itu. Kalau nak ikutkan kelapangan memang tak lapang tapi aku nak tanamkan "JANGAN CARI ALASAN TAPI JALAN". Aku tidakla nak berhenti sekarang ni membabi-buta tapi bila tepat masanya nanti aku akan buat jugak. Sambil-sambil tu aku cuba cari keje lain gak.
Aku sangat sedih hari Isnin yang lepas, sebab aku tak tau anak aku periksa. Tak kisahla setakat tadika 5 tahun pun, tapi nampak sangat aku tak bagi perhatian. Macam mana aku nak bagi perhatian, aku batuk tak habis-habis. Balik keje sangat penat.
Hari ni aku sangat segar, sempat jugak aku pegi gim, pecah-pecahkan lemak yang ada. Dah berbulan gak aku tak pegi. Tapi lepas ni aku try cari masa jugak, sayang aku dah bayar untuk 2 tahun. Dapat pegi 2 kali seminggu pun berbaloi gak!
Apa-apa hal pun aku nak tunggu bonus baru aku tukar keje. Sayang wei... dah la keje macam orang gila. Nak la jugak bonus tu. Percaya atau tidak setakat ni aku baru cuti public holiday raya cina aje, walaupun public holiday hanya entitle 10 hari sahaja. Aku rasa cuti agung ni aku keje gak. Sangat sadis OK! Tak kisahla walaupun bayar double pay pun.. aku bukan gila duit sangat pun. Sekarang ni aku rasa company jahanam ni yang monitor hidup aku sampai aku rasa no life, semuanya terabai!

huhuhu serius rasa nak nangis!

Thursday, April 8, 2010

Bhai Oh Bhai!!!!!!

Actually aku nak cerita pasal warga bangladesh.. Since aku bekerja kat tempat baru ni beberapa perkara tentang mereka menarik perhatian aku. Selama ni pun (ditempat2 kerja aku yang lain) aku dah biasa kerja dengan diorang. Almaklumla keje dalam dunia manufacturing. Tapi kali ni aku memang direct dgn diorang. Kat tmpt baru ni, salah satu job description aku adalah untuk manage packing section (biasalah kalu keje dengan company yang berasal dari T####N ni, dia akan gunakan pekerja semaksimanya, nasibla.. beside aku, bos aku ngan store hand yang lain adalah bangladesh).

Hari2 yang aku lalui adalah sangat "AKU SANGAT TIDAK SUKA MODE" dekat tempat ni. Tapi honestly gelagat2 bangladesh ni mampu mencuit hati aku. Aku define dorang ni kategori manusia yang dilahirkan JIWANG, relationship adalah penting dalam hidup mereka. Dan sesuatu yang mengejutkan aku, bagi mereka duit bukanlah segala2nya. Cukup sekadar boleh hantar balik kampung dan meneruskan hidup disini.

Workstation aku sangat open, bangla2 tu selalu berkeliaran dekat situ. Aku selalu biarkan handbag yang berisi duit dan handphone dekat situ, kadang2 saje2 je aku letak duit lima puluh dekat tmpt yg open. Percaya atau tidak, xde sekupang pun duit aku hilang. Aku pun perasan x pernah dalam paper mereka2 ini terlibat jenayah rompakan.. Yang biasa kita dengar kes rogol!

Tapi yang aku paling tak larat tu perangai sensitip dan cepat sentap tu.. takleh tertinggi volume skit dah kecik hati, tapi kalau bagi muka, over pulok! Haha diorang ni pandai gak berbdi bahasa, walaupun gaji sikit tapi diorg rajin belanja air atau buah (sesuaila denga budget dorang tu), memang tak kedekut. Tapi kalau dorang dah offer jangan la menolak. Kalau kita tolak nanti diorg malu, mungkin jatuh maruah dorang. Ade sekali tu ade sorang bangla belanja air, aku tolah sebab aku x gemar sgt air bikarbonat ni, terus je bangla tu sound aku, "Kakak, ambik saja la, nanti u buang, kalau u tak ambik saya malu.." .. Satu keje lak aku nak membuangnya!

Cukup setakat ni dulu.. Silat gambar dibawah, itulah wajah terkini ANIS FARIHAH...



Sunday, March 28, 2010

TERASA INGIN MEMULAKAN SEMULA

Dah lama tak update blog. Rasa berat kepala ni. Kalau nak cerita kat orang banyak interruption. Last2 lupa nak cerita yang sebenarnya. Sebenarnya banyak sangat peristiwa yang menarik berlaku, tak kiralah yang manis atau yang pahit. Tapi ada yang tak boleh nak cerita kat sini. errmmmmmm! 2009 sangat happening hokey! Eh rasanya 10% sahaja yang manis, kelahiran si anak dara sudah pasti. Well, nasib baik si husband berkelakuan baik tahun 2009 until to date kalu tak lagi sesak kepala hotak..

Nampaknya kena cari masa untuk berblogging sekarang ni. Bermacam2 sebab kenapa seseorang tu berblogging. Matlamat saya hanyalah untuk release apa yang ada di benak ni. Yang telah terkumpul selama 9 bulan atau yang dulu-dulu. Berusaha mencari masa, ditengah-tengah kesibukan tugas sebagai manusia. Tiada janji ataupun komitmen yang mampu saya berikan, atau sesuatu yang extravaganza hasil dari luahan ini. Hehehe! Wah seriusnya ayat. Sometimes pengalaman hidup menjadi orang itu berubah watak! Walaupun diluar watak saya masih sengal dan bengal tapi didalam dunia maya ni saya x mampu melindungkan rasa hati. Penat sangat agaknya.

Beberapa bulan yang lepas saya mendiamkan diri seketika sebab beberapa ahli keluarga membaca blog saya, saya rasa macam tak boleh nak luahkan rasa. Malu..... Tapi sekarang mereka itu mungkin dah lupa saya ada blog yang sedang berupdate. I feel free. Kepada yang masih membaca terima kasih bebanyak. Cukuplah dulu sebagai intro. Nak upload gambar anak dara yang terbaru pun tak dapat, lupa lah nak bawak kabel camera.

Saturday, July 11, 2009

Ameer dan nenek ikan

Perbualan antara Ameer dan nenek ikan (mak mentua aku, pepandai Ameer bagi gelar) seminggu selepas pak mentua aku meninggal.

Ameer : Nenek ikan, atok botak dah masuk kubur kan? kita dah tak boleh jumpa atok botak lagi.

Nenek ikan : Memang tak boleh jumpa, tapi atuk datang melawat, dia tengok Ameer buat apa.

Ameer : Ohhh! atuk datang jadi hantu ke nenek? eeiii tak nak Ammer takut!

Nenek ikan : eh.. ???? (speechless)

Ini akibatnya selalu nengok citer keliwon!

Friday, July 10, 2009

Aku terperangkap didalam personaliti Emilia yang nakal

Sempena aku dalam mode "berpantang" adalah beberapa kawan yang sudi datang melawat. Memang menceriakan aku sesangat. Terima kepada sesapa yang melawat aku. Walaupun kepada makcik sebelah umah aku yang memang tak baca blog ni.

Last week ada kawan datang melawat aku, Batul dan Rohaya datang melawat. Rohaya ni memang dah lama tak jumpa dengan aku. Mukadimahnya mestilah bertanya khabar dan disusuli oleh gosip sipi-sipi. Gosip kampung dia pun "on" jugak walaupun aku tak kenal.

Ntah macam mana tetiba Rohaya ataupun kitaorang panggil "Ro" (aku rasa pelik lak tetiba nickname dia ni) bersuara "Emi, ko ni dari sekolah sampai sekarang ni tak berubah-ubah ye, macam dulu jugak". Lepas tu apalagi diorang pun mengungkit segala macam kenakalan aku masa sekolah dedulu.

Actually aku try nak explain kat diorang, yang sebenarnya aku ni ada juga perubahan. Tapi semuanya melibatkan dalaman. Kalau orang tu tak bercerita secara serius dengan aku memang tak nampak apa-apa. Aku terasa janggal untuk bertindak matang yang bersesuaian ngan umur (akak sekarang dah 30 tahun ye adik-adik) bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan terutamanya yang lama tak jumpa. Buat masa ni aku cuma bertindak matang bila membuat keputusan untuk diri aku atau keluarga, dan memberi pendapat kepada kekawan bila diorang bercerita masalah.

Bagi aku memang patut aku berubah dari sekarang. Bayangkanlah umur dah dekat 3o tahun tapi perangai secara lahiriah masih macam belasan tahun (badan memang dah macam omak orang lah). Ini memang tak bagus! Aku dapat rasakan orang yang peringkat umur bawah aku atau pangkat anak-anak buah macam kurang respect atau lepas laku ngan aku.

Ini mendatatangkan kesan yang kurang baik, sebab aku ada anak-anak yang sedang membesar. Takut kang anak aku tak respect lak ngan. Camno tu? Aku terperangkap dalam keselesaan sebagai Emilia yang nakal, sehingga aku susah nak berubah. Aku takut kehilangan my sense of humor tu. Aku tengah cari jalan untuk seimbangkan personality aku, yang sampai sekarang aku tak dapat nak cari. WISH ME LUCK!

Wednesday, July 8, 2009

Bersyukur itu nikmat!

Sila check lubang hidung aku!


Sebenarnya dah lama teringin nak buat entry ni dan aku sedar ada beberapa blogger pernah meluahkannya. Setiap kali aku melawat blog orang lain (tidak semuanya) atau tengok status dekat Facebook terdetik perasaan rendah diri, terasa kecil sangat. Kadang-kadang segala mak nenek story diorang tu mempengaruhi kepala hotak aku.

Mula memperbandingkan sendiri. Segala kekurangan diri mula dikaji. Terasa down siot. serius! especially masa memula berkecimpung ngan dunia berblog2 ni. Terbaca lak blog yang penulisnya segala-gala dalam blog citer yang gah-gah je. Perhhhhhhhhh! rasa nak jadi lalat je. Cuma iman sahaja yang menghalang aku jadi lalat! hahaha!

lari tajuk sikit, sometimes ada orang akan meroyan bila ada lalat. Tapi kena ingat sebagai tuan punya blog kekadang ko yang mencetuskan orang nak jadi lalat. Ibarat perempuan yang pakai terlalu menjolok mata, tetiba ada lelaki pandang ko bagai nak rogol, jangan maki orang tu pulak. Sebabnya ko yang mencetuskan orang tu nak pandang ko mcm nak rogol (sebab tu disuruh tutup aurat - tapi aku pun x tutup mana pun, propa je lebih miahahaha).

Tapi sebagai pembaca pula kita ingat itu adalah hak induvidu suka hati la nak tulis apa pun. Tak suka jangan baca. Disebabkan timbang tara yg macam tu mengengkang aku dari jadi lalat. (blog tijah rating tinggi tukang romen hehe komen pun masyuk takde kecoh pun pasal lalat, tapi sendri mau ingatla mcm mana dia punya stail, sgt rileks! jadi kalu banyak lalat tu kena muhasabah diri tu.. peace no war).

Dalam aku rasa rendah diri tu aku baca gak blog2 yg mengundang amarah ni, bukan apa aku nak menguatkan perasaan dalaman aku. Dari situ aku mula menanamkan dalam hati:

1. Semua tu rezeki dari Allah yang maha esa, pencipta semua yang ada di bumi ni.

2. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Mungkin apa yang diceritakan tu yang best2 je, yang sadis simpan dalam poti bosi.

3. Aku rasa sangat tak adil disebabkan beberapa kekurangan yang ada kat aku, aku lupa semua nikmat yang tuhan bagi. Sesungguhnya aku adalah dikalangan mereka yang tidak bersyukur.

4. Sejak aku sedar, aku mula bersyukur kepada tuhan, menikmati segala anugerah yang dia bagi kepada aku, dan aku percaya tuhan akan bagi apa yang aku pohon bersesuaian dengan masanya. Bak kata mak aku "Apa ko nak risau tuhan orang lain sama dengan tuhan ko, kalau tuhan boleh bagi rezeki dekat diorang, tak mustahil suatu hari nanti ko dapat. tapi kalu sibuk susah hati, sembahyangnya pemalas, macam mana tuhan nak bagi kat ko". Rasa macam kene pelempang bila dengar cakap mak aku tu! Pecah lobang lak malas sembahyang (tapi berusaha untuk melakukan kewajiban itu). Insyaallah!

5. Aku berusaha untuk memulakan hari aku untuk bersyukur supaya aku boleh menikmati hari-hari aku dengan senyuman. Aku percaya kalau kita tak bersyukur, tuhan bagi macam-macam anugerah pun belum tentu mampu mengembirakan hati. Semuanya dari hati beb!

6. as a result, sekarang ni sesapa propa macam-macam kat blog, kirim salam la aku nak jeles! ADE AKU KESAH! miahaha!

Tuesday, July 7, 2009

Orang kampung aku tengah kayo!

Sekarang ni tengah musim potong padi wei.. memasing aku tengok sengih sajork. Almaklum le harga padi mahal. masak la lepas ni harga beras naik lagi. Sesape yang suka makan nasik tu baik belajar kurangkan sumber karbohidrat tu.
Aku teringat satu kisah berkisar musim potong padi. Tapi kejadian ni berlaku kat kampung kawan aku. Aku tak tau apasal ntah kawan aku yg sorang ni banyak tol gosip kat kampung. Sampai aku boleh kenal orang kampung dia mengalahkan aku kenal orang kampung aku sendiri.
Ada seorang pompuan ni dia berkehendakkan barang kemas dekat laki dia, siang malam memujuk kalah bebudak. Walhal anak ramai. Duit padi yang dapat tu pun setakat bleh makan je la. Tapi disebabkan tak tahan dengar bini merengek kalah budak umur 4 tahun, laki dia ni gigih gak la kuarkan duit yang termampu. Time tu duit RM1000.00 sekeping laku lagi. Yang laki ni pun bagi la kat bini tadi. Bini dia ni x pueh ati, sebab tak cukup ngan rege barang kemas yang dia nak. Nak dijadikan cite, tetiba bini dia koyakkan duit tadi. Apalagi laki dia tadi terus ceraikan ngan talak 3. Aku bila dengar citer tu aku ketawa dulu, sebab jarang dengar hehehe! Kalu aku jadik laki dia pun aku ceraikan jugak haha!