Friday, January 30, 2009

RAMA-RAMA berterbangan

Aku masih lagi dalam cuti yang panjang. Best ke? kalu cuti free bestla, ni compulsory leave. Apa bleh buat. Jadi sempena hari yang panjang ni aku pun menghabiskan masa kat kampung, ulang alik dari umah mak ke umah mak mentua aku. Yang paling best Ameer Farhan, tapi sejak akhir2 ni pepandai dia je tukar nama jadi Amirul, sesuka hati dia je.

Bila kat kampung aktiviti si Ameer ni penuh sikit. Main ngan cucu jiran mak aku, pegi memancing, tanam jagung, cari ulat, jalan2 tengok burung, pegi pantai (tapi pantai ni takleh mandi, berlumpur). Pendek kata seharian tu dia tak tido la.

Dalam perjalanan aku balik dari umah mentua ke rumah mak aku tadi, aku nampak rama-rama terbang sepanjang parit. Banyak sangat! Tetiba aku teringat memori masa aku still lagi belajar kat UPM.

Kalau aku tak silap masa tu tahun 2001 or 2002, Dila, Lieya dan Amy (bukan aku) ada assignment tentang rama-rama. Diorang ni amik kos Bio-industri. Disebabkan suka buat assignment last minute, kelam-kabutla kengkawan aku ni nak mencari rama-rama. Aku tak ingat idea sapa, tapi cadangan tu menjadikan kampung aku sebagai lokasi mencari rama-rama.

Dengan menaiki kereta kancil yang disewa, gerakla kitaorang kekampuang aku. Sendat jugakla kereta tu. Aku, Lieya, Amy, Dilla dan satu jantan coursemate diorang, aku lupa nama dia. Macam biasala, Dilla jadi mak supir.

Pantang nampak je rama-rama kitaorang berenti, riuh rendah menangkap rerama. Kalau kitaorang nampak rama-rama kaat umah orang, dengan selamba badak kitaorang minta kebenaran. Aku yang tak de kene mengene ni pun ikut excited. Diorang pun excited gak, almaklumla bukan semua orang ada experience tinggal kat kawasan sawah padi. Apa tah lagi masa tu padi tengah menghijau, sayup aje suasana. nyaman!

Tapi aku tak pasti samada ade assignment diorang tu OK ke tak, no idea. Yang aku pasti tiap kali aku tengok rama-rama aku teringat kisah ni. Sometime bende yang kecik macam ni menjadi kenangan indah dalam hidup. Alhamdulillah, kampung aku masih macam dulu tak berubah dan masih lagi virgin cam dulu. Kalau ade pun sikit2 je, semuanya untuk kebaikan.

9 comments:

UmiMia said...

ishk tak yah kata rama2...aku nih ha....kalau nampak nasi lemak bungkus kecik, nampak dadih sure teringat dah kat Sixth College ..lagi plak kalau tengok citer biru....ahahaha...ooppssss....

kuIna said...

kenangan terindah tu....

Ck said...

ko buat aku windu ngan kampung je nok!

Anonymous said...

Aku macam kenal umi mia...tp...entahlah...Emi dah ingat ke sape aku...kenangan juga ni...mcm rama-rama kau tu....hehehehe

echah_syed said...

rama-rama & kupu-kupu ape bezanyer ekk.

dah lame tak nmpk rama-rama kat sini agaknyer semua telurnyer diracun manusia :(

azreen said...

mcm best je kg ko nok....nak datang bleh ker...hehehhee

NouroulSuhaimi said...

wahh.. sakan ko coti nok...
dapat plak dok kampung.. heven je kan?

tigrismalaya said...

kenangan oh kenangan...rindu rasanya nak balik ke upm

Emi Farez said...

ahaks... yolah tu ros

yup kuIna!

jom balik kmpg yong!

mahfuz, aku rasa ko kenal dia!

combi, mehla melawat sungai besar

azreen, mehla!

cok, sangattttttttt!

tigris, pegi main je kat sana, nak blajo lagi aku malas.