Wednesday, April 1, 2009

Banyaknye kes ragut!

Semalam aku tak bawa kete, jadi teksi adalah alternatif yang terbaik untuk aku. Sambil menunggu teksi sempat beramah mesra ngan auntie production yang nak pegi ke public phone. Dari tempat aku berdiri tu memang nampak auntie tu dengan jelas. Tetiba aku tengok orang naik motor mendekati auntie tu, dan tarik rantai dia. Nasib baik auntie tu tak jatuh, if terjatuh aku tak berani nak membayangkan, sebab kawasan tu tengah sesak dengan kete. Seb baik jugak, rantai tu pun x dapat diambil sebab putus. Kalau nak tau rantai tu kecik sangat, mcm tak mungkinla ada orang sanggup meragut sebabkan rantai tu.. Masuk je teksi, aku cite ngan uncle tu, dia kata aku orang ketiga yang cerita kat dia kes ragut untuk hari tu (semalam). Denar citer kak kujie pun kene ragut gak! Iskh apa nak jadi la...

********************************

Nak cite pasal menggandung pulak. Previous n3, aku ade bagitau pasal aku ada diabetes masa mengandung kan? For both pregnancies actually! Alhamdulillah, aku dapat mengawal kandungan gula walaupun kengkadang terkantoi sebab tekak ni degil, nak jugak makan bende yang berbahaya! Disebabkan mengawal pemakanan ni, berat aku tak naik sangat, before pregnant 60kgs, now baru 65.7kgs. Ahaks! cakap kosong lagi berat dari aku.. Aku ajak diet, boleh dia cakap "Ko sorang yang sakit, nak paksa lak orang pun makan macam ko.. sebijik macam abang ipar ko".. Kurang ajaq punya pompuan, tapi itu ari aku balik kampung memang jaki tengok dia makan, menyelerakan! huhuhu... aku je terpaksa kontrol!

Alhamdulillah, aku hanya tahap diet control je, takdelah sampai amik insulin. Sebabkan aku follow up dengan goverment (tapi aku ade gak follow up ngan klinik bersalin swasta, supaya banyak sikit maklumat bleh aku dapat), jadi kene amik darah every 2 weeks! jenuhla kalu nak pegi kesana semata2 nak tau bacaan gula tu je, last2 aku beli kat Guardian, yang murs2 sajork! Ala bukan nak pakai lama pun! Untuk makluman, sesape yang kene diabetes, tidak digalakkan mengambil susu, silalah ambil pil kalsium! (Dah dua kali peknen, baru2 ni je aku tau.. Hampehsss, itu pun dr kat klinik swasta yang bagi tau).

Aku dah start beli barang and of course kaler pink menjadi pilihan! Setakat ni aku dah beli, baju 4 pasang (regenya - RM4.80 sepasang, ahaks! baju ni ada jual kat kedai antarabangsa sg besar je, reason aku beli sebab kain tu nipis dan lembut sangat dan tak banya jahitan... masa ameer pun beli baju ni gak.. guna sampai hancur beb!) sarung tangan dan kaki sepasang, selimut baby yang ada topi tu sehelai, kain untuk bedung 2 helai dan mungkin ada penambahan (aku beli kain kapas, sebab dia besar dan lembut, 4.90 semeter) dan sarung bantal (ni aku jahit sendiri, laki aku kata kalu tak jahit sendiri dia nak buang mesin jahit tu... huaaaaaaaa! kejamnya)...

Sekadar fakta :

Apa itu diabetes?
Kondisi sistem didalam badan yang tidak boleh menukarkan gula dan karbohidrat yang diambil dalam makanan ditukarkan dalam bentuk tenaga. Maka, badan akan mengumpul gula yang berlebihan didalam darah dan didalam air kencing.

Gestational Diabetes?
Diabetes yang menyerang wanita mengandung dimana beliau bebas dari diabetes sebelum mengandung.
Kebiasaannya boleh dikawal dengan memakan makanan berkhasiat dan senaman. Kadangkala ada juga pengidap diabetes jenis ini yang terpaksa mengambil insulin.
Ia akan hilang sejurus selepas bersalin, tetapi ada juga yang akan berseterusan.
Berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dimasa akan datang.

21 comments:

Tijah said...

ko bebaik nok. skrg ni ramai betul org jahat. aku dah jrg bawak handbag skrg. pegi bank pun duit masuk poket jer. lagi selamat rasanya xde sapa nak seluk poket suar aku yg tebal dgn lemak ni...

@e_da said...
This comment has been removed by the author.
@e_da said...

huhu ragut menjadi2 sejak ramai org kena berhenti keje...

hujung bln ni sy kena buat MGTT minum air gula tu.. adoii la...

azreen said...

ko jaga diri ik....risaukan dgr citer mcm2 skrg ni......smga ko selamat bersalin nnti....tak sabar ek... :-)

Cik Pah said...

aku cukup kagum ngan ibu ngandung yg gigih jahit segala barang unutk anak yg akan lahir.. aku teringinnak buat gak.. tapi tangan nih takde seni lah..

Anonymous said...

Negara nak maju memang macam ni...
Ramai yang tertekan dan ditekan...
Kuatkan iman dan iktikad...

julietchun said...

lama tak jengok blog ko. anak pompuan ke? Moga ko selamat

Ck said...

ko kan sajer tau nok!!!

echah_syed said...

waaaa dah jadi science teacher nih.. :p

kat umah ade mesin cek darah..kalo rasa dah lain mcm cpt2 laa cek..tp combi ni penakut tahap cipan kalo nak cucuk jari sendiri.. :(

sempat lagi ko jaga body ekk.caiyoklaa!

mesti baby girl ko kiut miut.tak sabo combi nak tgk..ko pun nak sorok smpi 44 hari gak ke??

Suzi said...

ni buat takut nak balik m'sia ni ...tapi tetap kena balik gak hihihi...
kalau betul dpt baby girl syoklah beli baju sbb baju girl ni cantik2...baju boy semacam je...nampak sama je...

cendawanintim said...

jaga diri nok, jaga makan minum jugak...

selamat bersoping barangan baby..

attyfir said...

sekrg mmg ramai org jahat..dah terdesak.malas keje..

jaga kesihatan okeh..

Kujie said...

pernah tengok depan mata juga....

pernah kena ragut juga...

Aida said...

take care kak...miss uuuu :-)

Aisya Redd Rohim said...

Penatlah nak menginjek peha sendirik kalo kena diabetes tuh...


Haaa... kalau dah kena ragut
baiklah tak usah melawan nak tunjuk tere atau nak pertahankan duit & reter bender... nyawa & diri lebih penting...

tigrismalaya said...

ko takde laa naik banyak sgt yer...

aku b4 peknen 58 kg, last seblom meletop 83kg uols...tapi seb baek xdapt diabetes..yg sedehnya ble berat nak turun balik neh..

viruspadu said...

enjet insulin x best huhuhhuhuhu

Cheritera Kami said...

kau bebaik emi time tggu teksi tu...jln jgn lengkang kangkung sgt...perati keliling kit..kalau yg xpegnen ni kalau cedera diri sendiri..kau tu ader bwk sorang lg dlm peyut tu...xsabar nak tggu baby gal kau...

MOLY said...

sila berhati hati ye ibu kumbang
jaga diri jaga baby
:)

@rep said...

ermmm bawak handbag letak celah ketiak sajo..

Diana Ishak said...

nenek aku pun kena ragut yang bestnya depan pintu gate sendiri.

biasa la kan nenenk aku ni dok kampung, asal ada keta besau benti depan gate je dia dulu keluar macamkan paham je apa orang tu nak tanya.

orang tu hulurkan kad, pastu tarik rantai dia. mujur kepala tak melekat kat gate kalau tak satu hal aku nak kena panggil bomba.