Saturday, July 4, 2009

Aku Kembali Lagi



Setelah berpurnama lamanya aku hilang, skang aku muncul kembali dalam arena penulisan ni. Alhamdulillah aku selamat beranakkan anak dara bernama Anis Farihah pada 6 Jun 2009. Dengan berat 2.21kg dan panjang 45cm (tapi semalam aku ukur dah bertambah 5cm).
Sepatutnya aku beranak 19 Jun 2009, Alkisah aku terbranak awal ni mcm ni. Disebabkan diabetes aku ni, klinik kesihatan suh aku pegi spital serdang untuk check-up. Sebabnya gi check up je, aku gi aje sensorang, kain baju aku ngan baby memang dah stand by dalam kete. Skali tu DR tahan aku masuk wad tang2 tu jugak, sebabnya aku diabetes, tapi baby kecik dahla tu air ketuban dah nak banyak, dan yang penting skali aku nye reading dah kelaut, almaklum le, pak mentua kan baru meninggal banyak kenduri. Aku ni bukan tahan sangat nengok makanan sedap2 ni.
3 hari la auk bermastautin kat wad tu, pastu check out ari rabu, diorang suh aku check in jumaat sebab dah 38 minggu, sesuai dah nak beranak. Jumaat tu aku masuk wad, Sabtu subuh sapie aku diinduce (masukkan ubat kat "tut"), time tu pun dah bukak 2 cm. start la sakit sikit2,boleh gelak lagik. Tghari check, okla dah bukak 3cm, DR. kata kang pukul 3 leh dah masuk labour. Aku mandi wangi2, sedia untuk bertolak ke labour room. Dr. pecahkan ketuban, sakit pun bertambah, dua jam pastu dia masukkan air untuk cepatkan beranak. dalam kul 6.30 ptg tu aku dah sakit mcm nak sepak org, dalam kul 6.45 rasa nak berak dah ni panggil nurse dia kata baru bukak 6cm. aku rileks lagi, dalam 5 min cam tu memang rasa nak berak, aku sensorang dalam labour tu, mentang2 aku diam je tak ade memekak. aku picit binatang yang panggil org tu, sekali kepala budak dah nak kuar. Bukak dalam 7 cm je. kelam kabut nurse tu. hehehe! Sib baik baby kecik. Aku suka nurse tu, muda lagik, keje dia teliti, abis dikoreknya darah aku, jahit pun elok je. Aku syak, dia termakan bodek aku, sebab aku kata dia lawa.. hehe..
Aku memang suka bodek nurse, nanti diorang serve bagus punya, taktik nih. Aku ni kalau beranak tak induce mcm x sah je. ni yang kene pikir panjang nak branak lagik. sakit dan debarannya lain mcm skit.


9 comments:

Tijah said...

wohh! taniah weh! kuang ajar ko kan sempat bodek nurse? wakakaa. aku dulu siap cubit2 lengan dia..tapi lepas tu aku mintak mahap la balik. siap budak tu tangan lebam2. apa bleh buat kann...hahaha

@e_da said...

wahhh tahniah kak.. rupanya dalam diam dah kuarkan heroin.. dah dapat sepasang dah.. very cute ler baby pink nih...

Emi Farez said...

kak jah - wajib bodek ni, almaklumla branak spital gomen.

@e_da - time kasih bebanyak, dari firasat akak, @e_da expected boy ke?

Suzi said...

TAHNIAH!!!moga bertambah bahgia buat sekeluarga...
take care!

Emi Farez said...

terima kasih kak suzi

Amalina said...

Terlambat sikit, tahniah buat ibu kumbang dgn kelahiran yg baru. Lately byk org keliling sy, dan blogger yg saya kenal masa awal2 blogging dulu meletup2 (beranak). Teringin nak beranak pulak... bilalah agaknya tu, hmmm... BTW, Comei anak da'a dia. Putih gebu cam mak dia kot. Kisses utk baby, hmmm masham.

cikgu panji said...

tahniah kerana dapat baby yang comel itu. macam maknya la kan...hehehe

azwan said...

tahniah dapat members baru dalam famili, semoga lebih bahagia dan dimurahkan rezeki

UmiMia said...

dah beranak dah ko yer.......congrats babe....
comel anak ko...