Wednesday, November 10, 2010

SEMUANYA TENTANG AMEER

(entry ini agak panjang, almaklumla sesekali menulis)

Kepada yang tak tahu lagi anak aku yang sulung namanya Ameer Farhan, yang bermaksud "ketua kegembiraan". Alasannya aku nak anak aku tu akan gembira walaupun apa pun masalah yang menimpanya in future. Masa aku mengandung Ameer ni, aku berada dalam keadaan yang paling dibawah dalam kehidupan aku. Mungkin kalau dibanding dengan orang lain aku tak adalah malang sangat, cuma jika dibuat graf sepanjang hayat aku selama 31 tahun ni. Masa tu titik graf aku adalah dibawah sekali. Kalau hidup ini bulat macam tayar, masa tu tayar tu dekat bawah sekali. Rumahtangga, kewangan, kerjaya sungguh tak memberangsangkan. Tapi aku ada kesihatan yang baik dan keluarga yang sangat awesome support hidup aku. Jadi bila aku mengandung Ameer (before tu aku penah gugur), aku rasa masa itu adalah "the best thing happened in my life".

Walaupun hidup aku tak berapa nak bagus masa tu, aku sangat happy dan bahagia. Walaupun aku kena jalan kaki 2KM pegi dan 2KM balik sebab tak ada transport, bas pun tak ada. Cuma sesekali adalah suami hantar (dia keje shift) atau pun tumpang kawan kerja (aku malu nak tumpang selalu sebab diorang tak lalu dekat umah aku). Kekadang muntah-muntah tengah jalan especially on the way nak pegi keje tapi aku still tersenyum. Kebetulan masa tu cleaner opis aku berenti, jadi aku offer diri aku jadi cleaner part time after working hours sebab gaji masa tu RM750 je, mana nak cukup. Sempat gak la 2, 3 bulan. Boss aku lak jenis cerewet dan marah tak kira masa, tadah je la telinga. Masa tu aku je the one and only malay kat situ. Kiranya kawan nak megadu nasib pun takde. Masa tu penggunaan internet tak adalah macam sekarang. Nak guna opis punya jangan harap ok.

Masa tu aku realize, kebahagian dan kegembiraan itu adalah dalam diri sendiri, tak kira macam mana keadaan kita. Apa yang kita dapat, kejayaan apa yang kita capai, kecantikan yang kita miliki, kekayaan yang melimpah ruah belum tentu menjamin kebahagian dan kegembiraan. Jangan hairan kalau orang yang memiliki segalanya mengalami kemurungan, dan jangan terperanjat kalau orang yang kais pagi makan pagi hidup aman damai. Ia tidak dapat ditukarkan dengan duit, wahai tuan dan puan.

Dan apabila dugaan itu datang tak ada siapa yang dapat menggantikan atau mengatasinya, mereka dikeliling hanya mampu mendoakan dan bagi support saje. Jadi kenalah strong dan redha. Biarkan ia berlalu mengikut masa, fikir mengatasi dugaan tu sekadar boleh saje. time tu, aku malas nak fikir sangat, jalani hidup seperti biasa. Rasanya kalau tak fikirkan lagi banyak ilham dan idea.

Tiap hari-hari aku berdoa agar anak yang lahir ni mampu mengatasi segala masalah yang dia hadapi, Aku tak peduli yang lain2. Aku nak dia bahagia dunia dan akhirat. Sebab aku masa tu aku menikmati kebahagian dalam diri walaupun orang lain mungkin kata aku agak malang. Sampai sekarang aku rasa, masa itu adalah masa yang paling bahagia penah aku rasa sepajang hayat aku 31 tahun.

Alhamdulillah Ameer lahir sihat dan nama adalah doa. Dia adalah orang Happy go lucky, ceria sokmo. Dia bukan budak yang cerdik sangat. Tahap pembelajaran dia biasa-biasa. Just ikut silibus sekolah je. Mengaji pun sederhana. Tapi kelebihan dia, sangat sayang kawan, tak kedekut dan tak simpan dalam hati kalau kena marah. Sebagai ibu, aku tak susah sangat nak faham dia, sebab ada banyak sikap dia yang ikut perangai aku. Kekurangan dia aku perasan sejak kecil, kurang tumpuan.

Aku hantar sekolah Tadika Islam dengan harapan dia dapat basic agama, sebab aku tak mampu nak ajar. Memberi pendidikan agama itu wajib, tak apalah bahasa english ke, 3rd language dan yang lain2 tu, banyak masa lagi nak belajar. Kekadang ada masa tanya jugak cikgu tentang Ameer, jawapan mereka seperti diduga, tak reti duduk dian, banyak bercakap.. hehe!

Beberapa hari before raya puasa hari tu, time hantar Ameer dan adik dia kat pengasuh, pengasuh dia tanya semalam Ameer ada cerita apa2 apa tak?. Aku jawab tak ada. Pengasuh suruh telefon sekolah sebab semalam ada mak kawan sekolah tunjal kepala. Berderau darah aku. Sampai tempat keje aku call sekolah. Cikgu kata masa tu kelas belum mula satu budak nama Nain panggil Ameer, dia kata nak tunjuk sesuatu, rupa-rupanya mak dia tunggu depan pintu pagar, mak Nain tu marah-marah Ameer dan tunjal kepala Ameer dengan alasan Ameer pukul anak dia sampai lebam. Masa tu Ameer menangis teresak-esak. Cikgu yang ada kat situ terperanjat tengok situasi itu, Cikgu tanya tak nampak pun lebam-lebam dekat Nain. Dia kata 2 minggu lepas. Cikgu suruh mak budak tu balik sebab tak baik buat perangai depan budak-budak. Cikgu ada alasan tak nak bagitau, sebab diorang tak nak masalah jadi besar. Aku accept, aku setuju untuk tak membesarkan masalah. Cuma andai kata anak aku pukul anak orang atau nakal sangat tolonglah bagitau aku. Supaya aku boleh buat sesuatu.

Bulan lepas, cikgu call, telinga Ameer luka, kawan dia buat. Diorang bawak klinik keadaannya tak serious. Malam tu Mak budak tu call, mintak maaf. Aku cuma kata bende kecil, anak aku pun sama, sama-sama nakal. "Budak-budak memang la negil" bak kata Ameer. Haha!

Waahhhh! ngantuknya.. ermmm dah 4.15 pagi rupanya! terpaksa sambung episod dua esok.

P/S: Nia, apa email nia nanti akak forward no kak Ann.

and for those yang comment, thank you sangat. Bukak2 blog2 ini main curi2. anak2 jeles.


8 comments:

Cik Pah said...

kengkadang kalau bebudak bergaduh kita tak perlu masuk campur sgt..nnt kita mak bapak bergaduh.. diorang berdua dah okay. macam ko cakap lah..kengkadang benda kecik jer..

tapi.. mak budak tuh mmg tak patut tunjal kepala anak ko. mmg biadap lah dia tuh.

KSWSK said...

kau update blog sebulan skali dah ye skang..skali tulis mmg panjang tp xpe aku stil sudi membaca...

Ck said...

nanges mak occay....

azreen said...

sedey la baca citer ameer.....sian dia....tk patut la tindakan mak budak tuh....

rindu btul nak baca blog ko.... :-)

tigrismalaya said...

maner episod 2 ne??

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Aimmie Qistina said...

tersentuh ati baca entry akak..first tima masuk sini..jemput jenguk blog sy..

MindHeartBodySoul said...

Salam,

Wahhh... kagum dgn semangat juang yg Ibu Kumbang post pasal 2km pegi, 2km balik... gigih sungguh. Aku insaf... aku yg asik Mc & asik nak megelat kerja... Insaf...