Wednesday, July 8, 2009

Bersyukur itu nikmat!

Sila check lubang hidung aku!


Sebenarnya dah lama teringin nak buat entry ni dan aku sedar ada beberapa blogger pernah meluahkannya. Setiap kali aku melawat blog orang lain (tidak semuanya) atau tengok status dekat Facebook terdetik perasaan rendah diri, terasa kecil sangat. Kadang-kadang segala mak nenek story diorang tu mempengaruhi kepala hotak aku.

Mula memperbandingkan sendiri. Segala kekurangan diri mula dikaji. Terasa down siot. serius! especially masa memula berkecimpung ngan dunia berblog2 ni. Terbaca lak blog yang penulisnya segala-gala dalam blog citer yang gah-gah je. Perhhhhhhhhh! rasa nak jadi lalat je. Cuma iman sahaja yang menghalang aku jadi lalat! hahaha!

lari tajuk sikit, sometimes ada orang akan meroyan bila ada lalat. Tapi kena ingat sebagai tuan punya blog kekadang ko yang mencetuskan orang nak jadi lalat. Ibarat perempuan yang pakai terlalu menjolok mata, tetiba ada lelaki pandang ko bagai nak rogol, jangan maki orang tu pulak. Sebabnya ko yang mencetuskan orang tu nak pandang ko mcm nak rogol (sebab tu disuruh tutup aurat - tapi aku pun x tutup mana pun, propa je lebih miahahaha).

Tapi sebagai pembaca pula kita ingat itu adalah hak induvidu suka hati la nak tulis apa pun. Tak suka jangan baca. Disebabkan timbang tara yg macam tu mengengkang aku dari jadi lalat. (blog tijah rating tinggi tukang romen hehe komen pun masyuk takde kecoh pun pasal lalat, tapi sendri mau ingatla mcm mana dia punya stail, sgt rileks! jadi kalu banyak lalat tu kena muhasabah diri tu.. peace no war).

Dalam aku rasa rendah diri tu aku baca gak blog2 yg mengundang amarah ni, bukan apa aku nak menguatkan perasaan dalaman aku. Dari situ aku mula menanamkan dalam hati:

1. Semua tu rezeki dari Allah yang maha esa, pencipta semua yang ada di bumi ni.

2. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Mungkin apa yang diceritakan tu yang best2 je, yang sadis simpan dalam poti bosi.

3. Aku rasa sangat tak adil disebabkan beberapa kekurangan yang ada kat aku, aku lupa semua nikmat yang tuhan bagi. Sesungguhnya aku adalah dikalangan mereka yang tidak bersyukur.

4. Sejak aku sedar, aku mula bersyukur kepada tuhan, menikmati segala anugerah yang dia bagi kepada aku, dan aku percaya tuhan akan bagi apa yang aku pohon bersesuaian dengan masanya. Bak kata mak aku "Apa ko nak risau tuhan orang lain sama dengan tuhan ko, kalau tuhan boleh bagi rezeki dekat diorang, tak mustahil suatu hari nanti ko dapat. tapi kalu sibuk susah hati, sembahyangnya pemalas, macam mana tuhan nak bagi kat ko". Rasa macam kene pelempang bila dengar cakap mak aku tu! Pecah lobang lak malas sembahyang (tapi berusaha untuk melakukan kewajiban itu). Insyaallah!

5. Aku berusaha untuk memulakan hari aku untuk bersyukur supaya aku boleh menikmati hari-hari aku dengan senyuman. Aku percaya kalau kita tak bersyukur, tuhan bagi macam-macam anugerah pun belum tentu mampu mengembirakan hati. Semuanya dari hati beb!

6. as a result, sekarang ni sesapa propa macam-macam kat blog, kirim salam la aku nak jeles! ADE AKU KESAH! miahaha!

16 comments:

Tijah said...

wooo best! best! aku stuju sgt tu. tuhan jer yg tau apa yg terbaik utk ko. dia jer tau benda tu sesuai tak sesuai utk ko. dia jugak yg tau samada ko bakal riak tak riak kalu dpt satu anugerah tu...

kesimpulannya...takyah la bersangka buruk kan? bersyukur jer la dgn apa yg ada. hidup pun bukannya lama...

aa...nok. aku nak rekues ko buat perenggan nok. bebintang bijik mata aku nak habeskan baca sampai ke bawah. wakkakkaka...

Emi Farez said...

kak jah - Ampun nok dah lama x nulis, keras tangan nok!

lada hijau said...

Mi, aku x faham... agaknya sebab x berperenggan kot. Sampai perenggan bawah aku da lupa apa aku baca kat perenggan atas hahaha... (aku ikut Tijah)... tapi blog korang memang best... ramai pengikut. Blog aku plak kalau berada kat dunia realiti, konfem aku boleh dengar bunyi cengkerik hahaha...

Oh, ya... aku nak tanya pendapat ko. Pasal puisi2 & cerpen aku. Aku ingat nak bubuh skali manuskrip novel aku yang dah konfem kena tolak. Patut ke aku siar cara percuma?

Skali lagi, aku terbuat essei kat kotak melaser ko nih. Sekian terima kasih.

Kujie said...

what you give, u get back

blog kak jie tak de lalat..sbb wangi...so yg dtg bertandang semua lebah....cari bunga nak wat madu...:p

julietchun said...

baru ku perasan ko dah stat berblog balik. Tahniah, ko dah dapat baby girl. bersyukur dgn apa yg tuhan beri kat kita. perancangan tuhan tak siapa yg tahu. Aku pun tunggu CK hapdate ni.

kuIna said...

eeehh sy letak serai wangi..

baby girl yer.. tome mcm saya kan... hehehe

azreen said...

setuju ngan ko....marilah kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yg Allah kurniakan....hidup ini hanya sementara.....marilah kita berbuat baik kepadaNya...

echah_syed said...

setuju dgn mak ko..

combi pun selalu ckp dgn anak-anak kena rajin solat baru ler hajat dimakbulkan tuhan.. :)

tomei baby ko IK..!

nnt siap ler ko berkejo dgn dia..mmg dia selalu laju dari ko.. huhu

Tijah said...

wah! dah ada perenggan...aku suka! aku suka! maka aku baca la balik...

aaa...baru clear...

attyfir said...

blog nie takde lalat..
kty nak citer pasal benda yg gah2 den keroje kerani yo.ekekeke..
jadi citer psaal koje yo lah..ekekeke

NouroulSuhaimi said...

betol la nok...
kdg2 memang rasa sesuatu je bila membaca kan? itu adalah normal!

tapi kita kena ingat setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan maseng2.

mulai dari sekarang marilah kita mencungkil kelebihan yang ada pada diri kita supaya perasaan rendah diri dan perasaan kurang bersyukur dengan nikmat ALLAH tidak menguasai diri!

NouroulSuhaimi said...

ishh.. cemana leh kluar nama betol aku lak tu? aiyooo... salah godek ler ni!!!

Unknown said...

Hehehe...

Entri yang bernas dan mengundang semua yg membaca utk muhasabah diri!

UmiMia said...

betullllllll...aku setuju ngan entry ko nih...

tapi aku mmg jenis yg mudah rasa puas hati dgn diri sendiri (benda yg buat laki aku bising)...jadi, aku jenis yg tak kisah org nak propah ker berlagak dgn aku..tu sbb ada kawan2 aku yg mcm tu...sbb kalau diaorang citer...aku layankan jer....huhu

yg penting..tanamkan sifat sentiasa bersyukur...banyak hikmahnya

Emi Farez said...

Ana - Ok jugak klu ko post dalam blog. manalah tahu ada orang suka.

kak jie - hehe.. betul tu!

julietchun - huhuhu aku ni ibarat kitab buruk huhu.. dah mula dilupakan!

Kuina - hehe! betul3

azreen - syukur alhamdulillah..

combi - jenuhla saya, sekarang ni start cari tenaga nak main kejo2

tijah - TQ for your advise!

kak atty - hehe cite apa2 pun boleh, dah x jeles!

Cokolat - pecah lobang dah nampaknya! meh kita "Syukur alhamdulillah" macam iklan HAI-O.

VersedAnggerik - Entri ni hanya satu perkara yang bermain2 dikepala je.

Rose - Sebenarnya hidup lagi tenang klu bersyukur ni.

Kak T JB said...

Perasaan yg sama dirasai tapi aku dah 40an, dah tua tapi jiwa giler2.cam tak penah ada masalah padahal berserabut.org tgk... aduh bahagianya kakak ni..tapi semangat mengatasi segala2nya. Jgn mudah bercerita keburukan keluarga kita. Citer yang manis jer, yg buruk pahit kelat simpan n mengadu pada Allah s.w.t. Insya'Allah, muka kita jiwa kita hati kita .. tenang, muda n redup jer.