Wednesday, November 10, 2010

SEMUANYA TENTANG AMEER

(entry ini agak panjang, almaklumla sesekali menulis)

Kepada yang tak tahu lagi anak aku yang sulung namanya Ameer Farhan, yang bermaksud "ketua kegembiraan". Alasannya aku nak anak aku tu akan gembira walaupun apa pun masalah yang menimpanya in future. Masa aku mengandung Ameer ni, aku berada dalam keadaan yang paling dibawah dalam kehidupan aku. Mungkin kalau dibanding dengan orang lain aku tak adalah malang sangat, cuma jika dibuat graf sepanjang hayat aku selama 31 tahun ni. Masa tu titik graf aku adalah dibawah sekali. Kalau hidup ini bulat macam tayar, masa tu tayar tu dekat bawah sekali. Rumahtangga, kewangan, kerjaya sungguh tak memberangsangkan. Tapi aku ada kesihatan yang baik dan keluarga yang sangat awesome support hidup aku. Jadi bila aku mengandung Ameer (before tu aku penah gugur), aku rasa masa itu adalah "the best thing happened in my life".

Walaupun hidup aku tak berapa nak bagus masa tu, aku sangat happy dan bahagia. Walaupun aku kena jalan kaki 2KM pegi dan 2KM balik sebab tak ada transport, bas pun tak ada. Cuma sesekali adalah suami hantar (dia keje shift) atau pun tumpang kawan kerja (aku malu nak tumpang selalu sebab diorang tak lalu dekat umah aku). Kekadang muntah-muntah tengah jalan especially on the way nak pegi keje tapi aku still tersenyum. Kebetulan masa tu cleaner opis aku berenti, jadi aku offer diri aku jadi cleaner part time after working hours sebab gaji masa tu RM750 je, mana nak cukup. Sempat gak la 2, 3 bulan. Boss aku lak jenis cerewet dan marah tak kira masa, tadah je la telinga. Masa tu aku je the one and only malay kat situ. Kiranya kawan nak megadu nasib pun takde. Masa tu penggunaan internet tak adalah macam sekarang. Nak guna opis punya jangan harap ok.

Masa tu aku realize, kebahagian dan kegembiraan itu adalah dalam diri sendiri, tak kira macam mana keadaan kita. Apa yang kita dapat, kejayaan apa yang kita capai, kecantikan yang kita miliki, kekayaan yang melimpah ruah belum tentu menjamin kebahagian dan kegembiraan. Jangan hairan kalau orang yang memiliki segalanya mengalami kemurungan, dan jangan terperanjat kalau orang yang kais pagi makan pagi hidup aman damai. Ia tidak dapat ditukarkan dengan duit, wahai tuan dan puan.

Dan apabila dugaan itu datang tak ada siapa yang dapat menggantikan atau mengatasinya, mereka dikeliling hanya mampu mendoakan dan bagi support saje. Jadi kenalah strong dan redha. Biarkan ia berlalu mengikut masa, fikir mengatasi dugaan tu sekadar boleh saje. time tu, aku malas nak fikir sangat, jalani hidup seperti biasa. Rasanya kalau tak fikirkan lagi banyak ilham dan idea.

Tiap hari-hari aku berdoa agar anak yang lahir ni mampu mengatasi segala masalah yang dia hadapi, Aku tak peduli yang lain2. Aku nak dia bahagia dunia dan akhirat. Sebab aku masa tu aku menikmati kebahagian dalam diri walaupun orang lain mungkin kata aku agak malang. Sampai sekarang aku rasa, masa itu adalah masa yang paling bahagia penah aku rasa sepajang hayat aku 31 tahun.

Alhamdulillah Ameer lahir sihat dan nama adalah doa. Dia adalah orang Happy go lucky, ceria sokmo. Dia bukan budak yang cerdik sangat. Tahap pembelajaran dia biasa-biasa. Just ikut silibus sekolah je. Mengaji pun sederhana. Tapi kelebihan dia, sangat sayang kawan, tak kedekut dan tak simpan dalam hati kalau kena marah. Sebagai ibu, aku tak susah sangat nak faham dia, sebab ada banyak sikap dia yang ikut perangai aku. Kekurangan dia aku perasan sejak kecil, kurang tumpuan.

Aku hantar sekolah Tadika Islam dengan harapan dia dapat basic agama, sebab aku tak mampu nak ajar. Memberi pendidikan agama itu wajib, tak apalah bahasa english ke, 3rd language dan yang lain2 tu, banyak masa lagi nak belajar. Kekadang ada masa tanya jugak cikgu tentang Ameer, jawapan mereka seperti diduga, tak reti duduk dian, banyak bercakap.. hehe!

Beberapa hari before raya puasa hari tu, time hantar Ameer dan adik dia kat pengasuh, pengasuh dia tanya semalam Ameer ada cerita apa2 apa tak?. Aku jawab tak ada. Pengasuh suruh telefon sekolah sebab semalam ada mak kawan sekolah tunjal kepala. Berderau darah aku. Sampai tempat keje aku call sekolah. Cikgu kata masa tu kelas belum mula satu budak nama Nain panggil Ameer, dia kata nak tunjuk sesuatu, rupa-rupanya mak dia tunggu depan pintu pagar, mak Nain tu marah-marah Ameer dan tunjal kepala Ameer dengan alasan Ameer pukul anak dia sampai lebam. Masa tu Ameer menangis teresak-esak. Cikgu yang ada kat situ terperanjat tengok situasi itu, Cikgu tanya tak nampak pun lebam-lebam dekat Nain. Dia kata 2 minggu lepas. Cikgu suruh mak budak tu balik sebab tak baik buat perangai depan budak-budak. Cikgu ada alasan tak nak bagitau, sebab diorang tak nak masalah jadi besar. Aku accept, aku setuju untuk tak membesarkan masalah. Cuma andai kata anak aku pukul anak orang atau nakal sangat tolonglah bagitau aku. Supaya aku boleh buat sesuatu.

Bulan lepas, cikgu call, telinga Ameer luka, kawan dia buat. Diorang bawak klinik keadaannya tak serious. Malam tu Mak budak tu call, mintak maaf. Aku cuma kata bende kecil, anak aku pun sama, sama-sama nakal. "Budak-budak memang la negil" bak kata Ameer. Haha!

Waahhhh! ngantuknya.. ermmm dah 4.15 pagi rupanya! terpaksa sambung episod dua esok.

P/S: Nia, apa email nia nanti akak forward no kak Ann.

and for those yang comment, thank you sangat. Bukak2 blog2 ini main curi2. anak2 jeles.


Wednesday, October 13, 2010

Eh pedengki ke?

Hi uolls lamanya aku tak update. berbulan-bulan. Well katanya sibuk.. (bluwekkk). Walaubagaimanapun aku gigih jalan ke blog orang lain. Selain ke blog2 feberet aku, aku suka gak pegi ke blog2 orang ado2 ni. Saje je cuci mata. Isk... isk... kayo2 orang malaysia ni ye.? henbeg je berbulan-bulan gaji aku...
Takpe la rezeki masing-masing. Tapi yang aku tak puashati tu ada sorang umat tu tuduhla kebanyakan orang yang stalker blog dia tu, suka dengki dengan dia. Eh mana ada. I tak rasa dengki la. Kalau U cakap ari tu U tido 14 jam, ada orang massage badan u ke, keje 4 ari seminggu ke? I dengki ok. Sebab itu la keperluan diri aku sekarang ni, yang aku envy sangat. Setakat sekarang ni aku tak pernah pun terfikir nak pakai henbeg mahal2, kasut mahal2.. Tak pernah terlintas. Or may be yang sebenarnya aku memang tak mampu.
hehe.. Sebenarnya kalu jenis yang memang suka2 bende cmtu leh je usaha zaman skang ni.. katanya ada kad kredit kheeeeeeennn... Setakat nak bli COACH tu lehla guna kheeeennn. Or main la kutu.. by ur turn dah leh bli kheeeeeeeeeeennn. But then it is not my priority lagi. Banyak yang yang menunggu. Setakat ni yang wajib2 je. Ada kemudahan asas (kereta, rumah) tu yang penting. Ingat kalu ada barang LV ko, Prada ko., boleh ke buat kenderaan nak g keje, or buat tempat berteduh anak beranak? hehe.
Lagipun aku nak gi mana pakai kasut LV tu, kalu setakat g keje (company komunis) 6 hari seminggu tu, pakai kasut lebih RM50.00 pun rasa sayang. Atau kalau tiap2 minggu balik kampung (yang memang tak kenal apa itu PRADA ko LV) baik tak payah... rugi oooo beli mahal tak dapat nak kekwat (that y I tak jeles kalu uols kekwat2 barang mahal kat blog, mahal tu.. ahaks). Ialah aku ni bergaul pun ngan orang se level ngan aku je. paling branded pun BONIA, Carlo rino ke, sembonia ko.. hehe..
Aku rasa kalau ko dah keje bagai lembu gila, pastu ko dapat apa yang ko nak, it's okay, I'm not jealous. Sebab banyak yang ko korban. Tapi kalu ko dapat sesaje, macam bulan jatuh keriba, huwaaaaaaaaaaaahhhh aku jeles!
Aku penah terfikir, kebiasaannya kalu orang miskin or orang kampung berada dikelompok orang2 yang kaya, mesti orang kata "kampungnya!, atau menghina skitla. Tapi pada aku sama je kalu orang yang over bergaya dan terlalu kaya pegi kekelompok orang yang miskin, sama jugak ko tetap macam kera sumbang, masakla kene kutuk.
Honestly, aku memang memerlukan duit untuk meneruskan hidup, itupun kalu duit ini masih valid lagi. Manalah tahu sok2 daun getah lak pulak jadi sesuatu untuk meneruskan hidup, that time aku tak memerlukan duit.
Tapi bagi aku kemewahan yang melampau bukan aku, sebab aku suka pakai seliper soploh hengget je kalu jalan2. Apatah lagi kalau aku terpaksa mengorbankan masa rehat, masa ngan family or else. Uols, 24 jam tu sekejap je. So, susah sikitla nak jeles.. apatah lagi bila ko tempek gambar ko macam zombie, bukti ko bekerja keras. Aku simpati OK kat ko sebenar. Sebab beside money or kemewahan banyak lagi yang boleh kita buat mendapat nikmat hidup.
Setelah panjang lebar hujah2 aku, korang percaya tak kalu aku kata "AKU TAK JELES KEPADA ORANG YANG SUKA MENUNJUK-NUNJUK DI BLOG!".

Cuma aku teringin nak tanya kat golongan ini;

"UOLS TAK TAKUT KE KENE ROMPAK, BILA TUNJUK SEMUA RETE BENDE KORANG? DALAM DUNIA MAYA NI BULAN SEMUA ORANG BAIK MACAM I HOKEY,,,, HEHEHEHE?

Thursday, June 3, 2010

BILA AKU YANG MENGAWAL MASA

Tak pernah aku terlintas hati untuk menjadi suri rumah sebelum ini. Bagi aku hidup akan jadi bosan, badan gemuk, no social life dan yang pastinya tak de duit lah apalagi. Sebab aku tengok orang-orang sekeliling aku macam itu. Tapi pandangan sekarang dah berubah semenjak aku keje tempat baru ni. Memang horror gila. No life dan sangat memenatkan. Aku sangat tak boleh tahan keje 6 hari seminggu dan 10 jam (2 jam adalah wajib overtime-berbayar) sehari dengan keadaan aku yang ada anak 2 dan yang kecik tu kira bayi lagi.
Kuat hati aku ni nak berhenti jadi suri rumah. Tapi aku nak jadi suri rumah yang ada income. Aku sangat jealous tengok life sepupu aku. Dia ada skill menjahit yang dibuat sebagai sumber pendapatan. Lepas tu dia ada masa untuk pergi kelas baking, and I sure itu akan jadi sumber pendapatannya jugak. Dan yang penting dia dapat look after her kids. Aku jugak amat pasti dia ada masa nak bersosial sebab dia hantar anak dia ke tadika. Nice!
So , today aku MC sebab aku sangat letih dan tertekan. Aku abiskan masa aku dengan layan youtube untuk cari apa sebenarnya minat aku. Well aku dapat jugakla ideanya dan aku ada beberapa planning menuju kearah itu. Kalau nak ikutkan kelapangan memang tak lapang tapi aku nak tanamkan "JANGAN CARI ALASAN TAPI JALAN". Aku tidakla nak berhenti sekarang ni membabi-buta tapi bila tepat masanya nanti aku akan buat jugak. Sambil-sambil tu aku cuba cari keje lain gak.
Aku sangat sedih hari Isnin yang lepas, sebab aku tak tau anak aku periksa. Tak kisahla setakat tadika 5 tahun pun, tapi nampak sangat aku tak bagi perhatian. Macam mana aku nak bagi perhatian, aku batuk tak habis-habis. Balik keje sangat penat.
Hari ni aku sangat segar, sempat jugak aku pegi gim, pecah-pecahkan lemak yang ada. Dah berbulan gak aku tak pegi. Tapi lepas ni aku try cari masa jugak, sayang aku dah bayar untuk 2 tahun. Dapat pegi 2 kali seminggu pun berbaloi gak!
Apa-apa hal pun aku nak tunggu bonus baru aku tukar keje. Sayang wei... dah la keje macam orang gila. Nak la jugak bonus tu. Percaya atau tidak setakat ni aku baru cuti public holiday raya cina aje, walaupun public holiday hanya entitle 10 hari sahaja. Aku rasa cuti agung ni aku keje gak. Sangat sadis OK! Tak kisahla walaupun bayar double pay pun.. aku bukan gila duit sangat pun. Sekarang ni aku rasa company jahanam ni yang monitor hidup aku sampai aku rasa no life, semuanya terabai!

huhuhu serius rasa nak nangis!

Thursday, April 8, 2010

Bhai Oh Bhai!!!!!!

Actually aku nak cerita pasal warga bangladesh.. Since aku bekerja kat tempat baru ni beberapa perkara tentang mereka menarik perhatian aku. Selama ni pun (ditempat2 kerja aku yang lain) aku dah biasa kerja dengan diorang. Almaklumla keje dalam dunia manufacturing. Tapi kali ni aku memang direct dgn diorang. Kat tmpt baru ni, salah satu job description aku adalah untuk manage packing section (biasalah kalu keje dengan company yang berasal dari T####N ni, dia akan gunakan pekerja semaksimanya, nasibla.. beside aku, bos aku ngan store hand yang lain adalah bangladesh).

Hari2 yang aku lalui adalah sangat "AKU SANGAT TIDAK SUKA MODE" dekat tempat ni. Tapi honestly gelagat2 bangladesh ni mampu mencuit hati aku. Aku define dorang ni kategori manusia yang dilahirkan JIWANG, relationship adalah penting dalam hidup mereka. Dan sesuatu yang mengejutkan aku, bagi mereka duit bukanlah segala2nya. Cukup sekadar boleh hantar balik kampung dan meneruskan hidup disini.

Workstation aku sangat open, bangla2 tu selalu berkeliaran dekat situ. Aku selalu biarkan handbag yang berisi duit dan handphone dekat situ, kadang2 saje2 je aku letak duit lima puluh dekat tmpt yg open. Percaya atau tidak, xde sekupang pun duit aku hilang. Aku pun perasan x pernah dalam paper mereka2 ini terlibat jenayah rompakan.. Yang biasa kita dengar kes rogol!

Tapi yang aku paling tak larat tu perangai sensitip dan cepat sentap tu.. takleh tertinggi volume skit dah kecik hati, tapi kalau bagi muka, over pulok! Haha diorang ni pandai gak berbdi bahasa, walaupun gaji sikit tapi diorg rajin belanja air atau buah (sesuaila denga budget dorang tu), memang tak kedekut. Tapi kalau dorang dah offer jangan la menolak. Kalau kita tolak nanti diorg malu, mungkin jatuh maruah dorang. Ade sekali tu ade sorang bangla belanja air, aku tolah sebab aku x gemar sgt air bikarbonat ni, terus je bangla tu sound aku, "Kakak, ambik saja la, nanti u buang, kalau u tak ambik saya malu.." .. Satu keje lak aku nak membuangnya!

Cukup setakat ni dulu.. Silat gambar dibawah, itulah wajah terkini ANIS FARIHAH...



Sunday, March 28, 2010

TERASA INGIN MEMULAKAN SEMULA

Dah lama tak update blog. Rasa berat kepala ni. Kalau nak cerita kat orang banyak interruption. Last2 lupa nak cerita yang sebenarnya. Sebenarnya banyak sangat peristiwa yang menarik berlaku, tak kiralah yang manis atau yang pahit. Tapi ada yang tak boleh nak cerita kat sini. errmmmmmm! 2009 sangat happening hokey! Eh rasanya 10% sahaja yang manis, kelahiran si anak dara sudah pasti. Well, nasib baik si husband berkelakuan baik tahun 2009 until to date kalu tak lagi sesak kepala hotak..

Nampaknya kena cari masa untuk berblogging sekarang ni. Bermacam2 sebab kenapa seseorang tu berblogging. Matlamat saya hanyalah untuk release apa yang ada di benak ni. Yang telah terkumpul selama 9 bulan atau yang dulu-dulu. Berusaha mencari masa, ditengah-tengah kesibukan tugas sebagai manusia. Tiada janji ataupun komitmen yang mampu saya berikan, atau sesuatu yang extravaganza hasil dari luahan ini. Hehehe! Wah seriusnya ayat. Sometimes pengalaman hidup menjadi orang itu berubah watak! Walaupun diluar watak saya masih sengal dan bengal tapi didalam dunia maya ni saya x mampu melindungkan rasa hati. Penat sangat agaknya.

Beberapa bulan yang lepas saya mendiamkan diri seketika sebab beberapa ahli keluarga membaca blog saya, saya rasa macam tak boleh nak luahkan rasa. Malu..... Tapi sekarang mereka itu mungkin dah lupa saya ada blog yang sedang berupdate. I feel free. Kepada yang masih membaca terima kasih bebanyak. Cukuplah dulu sebagai intro. Nak upload gambar anak dara yang terbaru pun tak dapat, lupa lah nak bawak kabel camera.