Saturday, June 28, 2008

Wah eksyen nyerrr..

Ni nak cite skit la kan.. Company aku ni budak melayu ade 8 daripada 70 org kat production, 3 (termasuk aku) dari 25 org kat office, campur2 aku sorg jerr pompuan melayu.. Jadi bila sesorg tu paham jerr la macam mana attitude kita of course depensive (kalu tak kena buli), plain (takde ayat bunga ni, sumer straight forward) dan yang paling penting aku x koser nak campur bila diorg ngumpat (hehe lagipun aku x paham hehehe).. After chinese new year masuk ler dua org staff melayu, cik pengantin (account) ngan HR (pangkat akak-akak.. biarla aku namakan Kak HR)
Company aku ni memang aku akui la tak berprosuder sgt.. cthnye gaji 8 hbulan dan rasanya dah lama tak naik gaji... memang la aku pong sakit ati.. tapi aku ni jenis malas nak sakit2 kepala (sambil2 tu aku mintak gak keje lain), aku cari gak kelebihannya (aku dah keje sini almost 3 years).. bos atas aku bertimbang rasa, senang coti hehehe... boleh datang lambat...hehe patut masuk kul 9.00 aku masuk kul 9.30.. jgn tak tau ade scan time lagik hehe.. yang penting keje ko siap dan jangan banyak songeh...
Aku ni sebenonye nak cite pasal akak HR ni la.. (cik pengantin lebih kurang aku gak... tak banyak hal...) Selalu la nanya aku memacam ttg company ni.. mula2 aku layan gak lama aku menyampah.. bosan sebab dia ni belagak nan mampus.. sampai aku aku boleh hapal ayat dia "akak ni dah berpengalaman selama 13tahun kat Company P******M, jaga 853 org untuk semua cawangan kat malaysia, setakat buat keje HR celah gigi jerr" dah la tu cakap ngan aku yg memang celupar ni hehe.. aku pernah la terjwb "Alah kak kalu tak betul pun mana saya nak tau" (Dia nk bukak mulut, cepat2 aku blah hehe..). Ade la beberapa insiden lagi kita bertengkar ala2 gitu.. hehe..
ari selasa lepas time aku, ms vogue dan cik pengantin makan kat pantry dia pun datang, sambil start la complain2.. aku dah start menyampah dan tercakap la macm ni.. "Buruk2 pun mesti ade kelebihannye" di jawab "ni lain kalu org yang dari corporat company macm saya datang ke company kecik mcm ni memang tak puashati, lainla kalau org yg dari company kecik dtg ke sini memang tak rasa apa2" Sorila aku mmg x pandai cover2, time tu gak aku terus berbual ngan cik pengatin crita pasal lain tanpa pedulikkan dia.. dan pastu kalu aku tgh berckp akan terus diam kalu dia datang. Kalu diterasa aku pedulik hapa...
Bagi pendapat aku, kita keje ni untuk cari rezeki, yang pasti ajal maut, rezeki dan jodoh memang dari si pencipta. Kalu dah berusaha tapi dapat takat camtu bersyukur ajela, supaya berkat dan cukup sampai hujung bulan.. Kalu banyak complain ni mcm kita tak redha dengan apa yg tuhan bagi.. mungkin jugak tuhan nak uji kita, ataupun kena gak musahabah diri, mana nak tau sbb sikap kta sendiri tuhan nak bagi terduduk sikit, biar insaf.. walau mcmmanapun saya suka company ni.. :))

Si kumbang addicted to computer games


Memang dah lama giler tak update... nak buat camne kalu nak guna kene berebut dengan si kumbang... bapak punya payah.. So, last week my hubby and I decided to control his addiction. Macam2 ler alasan kitorg bagi, kata bawak gi kejela , tinggal kat tempat keje.. dan macam2 lerr.. tiap2 ari tanya mana notebook... huhhh.. aku dulu masa umur 3 tahun bukan sajo x main bondo ni, ntah2 x wujud lagik.. Buat lawak bodoh la pulak.. hik hik... lariksssss..


Bila kat opis laks memang tak sempat banyak bende nak buat... nak packing lagi... nak filing bende yang dah berzaman aku sorokkan bawah meja aku tuuuuuu... Nak jumpa buyer lagi... Tau jerrr la kalu deal ngan company jepun ni memang sakit ati, semua nak cepat jeerrr.. ingat kitaorg print barang macam petik jari kerrr.. Lagi satu yang aku menyampah, kalu mintak sesuatu.. example stock balance, mintak kul 3, kul 3.30 dah nak result.. hello korang ingat kitaorg ni tak de client lain kerrr... nak jaga buntut korang jerr ker. memang la betul Customer is always right but be considerable a skit... Ade ke patut last friday, ini berkaitan ngan invoice la (hehe takde kene mengena dgn aku pun tapi saje nak sakit ati jugak..mhuwahahaha)... cabinet dan meja ditanggalkan, jadi komputer pun di buka jugak ler... dan2 tu lak buyer company C ni call la kata invoice tu ade error mesti revised time tu jugak.. PIC kata nanti dia revised lepas komputer pasang balik mbe after lunch.. punya la bengap budak tu boleh dia kata urgent... sekarang jugak.. last2 mampus situ la.. pedulik hape.. eh dah melalut jauh la pulak hehehe ..

So today I wish I can post few entries to cover last week stories (marathon la ni). Amin..

Saturday, June 21, 2008

Makan Time

Ms. Vogue, Cik Pengantin, Ibukumbang and Ms. Young Forever

Sejak, dua menjak, tiga menjak nak pindah ofis ni aku rajin pose2 ala gediks kat lam opis tu.. Terutamanya tempat yang paling selalu aku kunjungi iaitu pantry.. adeje yang aku nak buat kat sana. Amik ayo kosong, buat ayo untuk hilangkan mengantuk dan adalah tempat wajib waktu lunch. Pendek kata tak ade org berani kacau lerrr.. biasanyer aku kalu makan mesti berempat Ms.young forever, Ms. Vogue dan Cik pengantin.

Sekarang ni kitaorang paraktik bawak bekal dari rumah. Mula2 tu rasa susah, lama2 tu okla.. rasa macam bestlak.. kalu tak bawak pun biasanyerrr kita orang tapau dari kedai sebelah.. Buat masa sekarang ni opis ni shoplot..

Thursday, June 19, 2008

Pindah



Sekarang ni tengah sibuk kemas barang, pasalnya nak pindah ketempat yang lagi besar.
Badan punyalah penat. tapi yang best banyak sampah lagi dari document yang nak disimpan.
Esok ada lagi yang nak dipacking..

Grrrrr... lotih makcik!
Mak aiiii, workstation aku macam pusat pembuangan sampah....
Cepatla pindah... hehe tambah dekatla nampaknya..

Wednesday, June 18, 2008

Aku, Kak Mas dan Nurul

Sekali lagi aku berhijrah
Dari Sijangkang ke Subang Jaya
Didorong oleh perasaan marah
kerana tol naik angkara sidurjana

Bersaranglah aku di rumah burung
Berulang alik tunggang Kelisa
Merempit di jalan 3 lorong
Subang Jaya ke Shah Alam "Vice Versa"

Disini bermula episod perkenalan
Antara aku, Nurul dan Kak Mas
Kami berjiran rumah bersebelahan
Ketika sedang menyusun mengemas

Nurul dan Kak Mas anak-beranak
Menyewa bersama bujang-bujangan
Jiran-jiran buat tak nampak
Malas menyibuk dan campurtangan

Kak Mas bwerusia awal 50-an
dimulut rokok tak penah lekang
Mengampai basuhan hanya berkemban
Tidak peduli mata yang memandang

Padang permainan belakang rumah
Tempat Nurul bertenggek dibuaian
Sampai tak sedar langit dah merah
Bersedia telinga dengar bebelan

Yang Pasti Nurul buat tak tahu
Kak Mas mula Naik Hantu
Bukak pintu turun melulu
hampir terjatuh terlanggar batu

Dari sinki aku saksikan
Nurul dipukul bertubi-tubi
Aku bercakap dalam fikiran
Mungkin itu cara menasihati

Aku bosan hiasan rumah
Ingin tukar bali ke kotemporari
Yang pasti Kak Mas Juga berubah
Dibiarkan Nurul hidup sendiri

Bercukur kening bergincu merah
Gaya Kak Mas bertambah Jangok
Hidup Kak Mas bertambah mewah
Jadi Bonzer duit banyak terlonggok

Hidup Nurul bertambah malang
Berjumpa ibu semakin jarang
Ibu mengherdik pabila pulang
Tak cukup itu disepak terajang

Nurul macam anak terbuang
meminta nasi dan juga wang
kepada jiran tak kira bangsa
Ada yang jahat cuba perkosa

Bulan lalu dengar berita
harap yang baik untuk dirinya
Nurul diambil kebajikan masyarat
Semoga terjaga jiwa terawat

Jadikan ini sebagai tauladan
bukan sebagai satu ikutan
kuatkan semangat dan juga iman
Semoga dipermudahkan perjalanan





Nukilan,

Ibu Kumbang
18 June 2008

Tuesday, June 17, 2008

GURINDAM IBU TAK GUNA


I dedicate this poem to my dearie son,

Melihat wajah comelmu
Hatiku meruntun pilu
Mengenangkan diriku
Yang curang padamu

Wahai kamu yang tidur pulas
Hatiku merasa gundah tidak terkira
Mengingatkan aku yang selalu culas
Untuk mengajarmu A,B,C dan 1,2,3

Kadang-kala pengasuhmu dibohongi galak
Memberi alasan lambat balik kerja banyak
Walhal aku bersendiri di Sturbucks
Menbaca blog-blog sambil ketawa terbahak

"Kecergasan" dirimu jadi senjata
Untuk pukul dan herdik tak kira masa
Sedangkan banyak kaedah dan juga cara
tapi ternyata aku ibu tidak berguna

Kata orang tua zaman dahulu
Syurga dibawah telapak kaki ibu
Layakkah aku diannggap begitu
sedangkan realiti tak semulia itu

Wahai tuhan aku bermohon
Agar dosaku dapat kau ampun
Kerana aku salah caturan
Anugerahmu ku anggap beban

Nukilan,
Ibu kumbang,
17 Jun 2008, 11.00pm

Saturday, June 14, 2008

Melawat ICHA

baru je melawat anak sedara Ayah Kumbang di Banting, si Icha ni melecur 10% kat peha ngan bontotnyerr... Sian si ICHA ni.. Kumbang punya lerr suka jumpa cousin dier.. Coz my side he is the one only grandchild my parent had. Memang dah lama tak jumpa my In Law ni.. actually we are close and both of us kalu itu jam sembang tak cukup masa.. hehe.. Apalaga kalu time sakat my mother in law...


My in law ni kalu masak punye le sedap.. siap amik tempah catering.. Tapi kali datang tak de makan ape2 almaklumler baru balik spital.. HOPE ICHA GET WELL SOON!

Potong Bird

Malam tadi Kumbang nak kencing so ibu kumbang ni pun gi lerr temankan pegi bilik air.. sambil tu mulut dia bising lerr cakap..

Kumbang : Ibu, kalau bird ni potong semuakan, nanti jadi buntut tau!
Ibu kumbang : *confius* kenapa pulak jadi buntut?
Kumbang : yela.. macam kakak tak ade bird, ade dua buntut..
Ibu kumbang : okey.. cepat basuh bird tu nanti ibu potong bird baru tau... *hehehe *

Friday, June 13, 2008

Si kumbang sakit


Mula-mula ingatkan gatal biasa jer.. sapu gak losyen tapi macam berair. Malam tadi bawak klinik, ohhhh rupanya dia kena gatal yang disebabkan dulu kena chicken pox so ni bagi habis lerrr kumannye.. Susah betul nak bagi kumbang di makan ubat.. penat sehhh.. macam org bersilat.. Pagi tadi pukul 3 pagi dia bangun tak selesa.. pastu request nengok DVD Bees.. sambil tu aku edit kawan yang kawin itu hari... kueh..kueh.. best gak picture editornyer..

Tuesday, June 10, 2008

Menenangkan Jiwa hehe..

Hari ni amik MC kunun2 sakit perut.. AOTA jerrkk sebenor-benornye g i melepak sakan kat STURBUCK's sambillll surfing.. sesekali kenela memanjakan badan dan kehendak tekak.. ah gitu..

Ari sabtu lepas aku ngan adik aku yang besar tu gi plaza low yatt.. coz nak belikan abah aku notebook sempena ari jadi dia yang tak lama lagi.. after survey ceruk2 bangunan tu, kitaorg decided nak bli HP TX2032Z. Not bad boleh pusing2 skrin dia, touch skrin and ada remote control.. Hopefully he like it.. kalu tak suka pun aku paksa dia suka... :P yoyo.. jerrr..

Esoknyerlak aku gi kawan opis aku kawin.. cantik mekap dia,, kalu aku bujang lagi mau aku tempah mak andam yg sama... makan pun sodap.

Semalam g keje ngan perasaan yang malasnyerr tu yang ari ni amik cuti berehat... P

Friday, June 6, 2008

Gawat..

Aku still lagik takleh nak trima fuel increase ni... still lagik tensen.. tak ta la naper. Mungkin slama ni dah belanja secara boros. Jadi nak berjimat cermat ni macam satu perkara yang susah. Slow-Slow la kan. Kalu kita ditimpa masalah maksudnya ade peluang yang lebih baik diluar sana.

Thursday, June 5, 2008

CARA AKU BERJIMAT CERMAT!

Dengan kenaikan minyak yang memang aku akui tak boleh dielak oleh mana negara di dunia.. aku berusaha untuk menstabilkan taraf kewangan aku dengan:
  1. Masak setiap hari.
  2. Kurangkan makan di luar.
  3. Pikir banyak-banyak kali sebelum beli apa-apa.
  4. Kurangkan berjalan-jalan yang bukan.
  5. Waktu lunch kat ofis jangan nak makan yang over-over.. kalu sekali-sekala tu boleh lerr..

Buat masa ni, itu jerr yang aku mampu nak fikir...

Wednesday, June 4, 2008

Hujan

Hari hujan lebat... line celcom x bape nak bagus...

Sunday, June 1, 2008

Birthday Abah

Tak lama lagi birthday abah yang ke-62 tahun, dah tua abah rupanya... sepanjang hidup aku ni tak penah lagi bagi present kat abah... so tahun ni dah bincang dengan ayong, man, amal dan emak nak bagi hadiah untuk abah kami... hadiah ape yerrrr,, sebenarnya nak bagi notebook.. harap2 tercapaila hasrat kami adik beradik.......

PENGENALAN

Alhamdulilah, terlaksana gak akhir untuk create blog walapun dah lama berhajat nak mencurahkan rasa, jiwa dan raga... wah..wah... sound like naughty.. well..

Well, start with myself, I am 28 years.. ok.. tell you the truth I am going to 29 this november this year... I feel many things I did in my life was not delivered with 100% comitment and confindent. Even though with this age I'm suppose completely knew what should I do and vision.. but no big deal as long as I have passion to change and it is not late to improve myself..


I hope I can :

Improve my writing skill
Build up my confident
keep blogging (Jangan hangat-hangat taik ayam)