Sekali lagi aku berhijrah
Dari Sijangkang ke Subang Jaya
Didorong oleh perasaan marah
kerana tol naik angkara sidurjana
Bersaranglah aku di rumah burung
Berulang alik tunggang Kelisa
Merempit di jalan 3 lorong
Subang Jaya ke Shah Alam "Vice Versa"
Disini bermula episod perkenalan
Antara aku, Nurul dan Kak Mas
Kami berjiran rumah bersebelahan
Ketika sedang menyusun mengemas
Nurul dan Kak Mas anak-beranak
Menyewa bersama bujang-bujangan
Jiran-jiran buat tak nampak
Malas menyibuk dan campurtangan
Kak Mas bwerusia awal 50-an
dimulut rokok tak penah lekang
Mengampai basuhan hanya berkemban
Tidak peduli mata yang memandang
Padang permainan belakang rumah
Tempat Nurul bertenggek dibuaian
Sampai tak sedar langit dah merah
Bersedia telinga dengar bebelan
Yang Pasti Nurul buat tak tahu
Kak Mas mula Naik Hantu
Bukak pintu turun melulu
hampir terjatuh terlanggar batu
Dari sinki aku saksikan
Nurul dipukul bertubi-tubi
Aku bercakap dalam fikiran
Mungkin itu cara menasihati
Aku bosan hiasan rumah
Ingin tukar bali ke kotemporari
Yang pasti Kak Mas Juga berubah
Dibiarkan Nurul hidup sendiri
Bercukur kening bergincu merah
Gaya Kak Mas bertambah Jangok
Hidup Kak Mas bertambah mewah
Jadi Bonzer duit banyak terlonggok
Hidup Nurul bertambah malang
Berjumpa ibu semakin jarang
Ibu mengherdik pabila pulang
Tak cukup itu disepak terajang
Nurul macam anak terbuang
meminta nasi dan juga wang
kepada jiran tak kira bangsa
Ada yang jahat cuba perkosa
Bulan lalu dengar berita
harap yang baik untuk dirinya
Nurul diambil kebajikan masyarat
Semoga terjaga jiwa terawat
Jadikan ini sebagai tauladan
bukan sebagai satu ikutan
kuatkan semangat dan juga iman
Semoga dipermudahkan perjalanan
Nukilan,
Ibu Kumbang
18 June 2008
No comments:
Post a Comment