Saturday, November 22, 2008

Persaingan, daya saing dan apa-apa saje yang berkaitan!

Aku menggambar diri aku ni kurang berdaya saing ataupun kengkadang tu tak berdaya saing langsung. Contohnya kalau orang kata kat aku "Apa hadiah husband you bagi masa birthday?", aku dengan tanpa segan silunya cakap "Dia wish pastu dia bagi saya 3 ketul cokolat ferrero Roche (wei aku rasa aku salah eja) yang masih ada lagi tanda harga petronas yang harga dia tak sampai 5 hengget", "I hadiah yang paling best I dapat dari my husband kete VIOS". Lepas tu aku tak rasa apa2, lantak ko la.
Ada lagi contoh, masa aku 2nd semester diploma, aku sebilik ngan coursemate. Disitu boleh mewujudkan kejadian persaingan. hehehehe. Memang wujud pun tapi sebelah pihak je. Aku tak berminat nak involve. Korang mesti nak tau kan? bak sini aku crita.
kalau tak silap aku, aku sebilik dengan dia selama 3 semester. Setiap kali result keluar aku tak yah susah-susah pegi bersesak2 nak tengok, aku tunggu je kat bilik, sebab dia akan memang nak tau, dia hapal no matrik aku ( dip - 58874, deg - 86092), aku tanya la karang, korang jgn salah paham, dia baik hati nak tolong aku, dia bermaksud nak compare result. Aku je yang menggunakan keadaan tu. Mula2 tu aku pegi gak tengok sendiri, pastu tgk sikap dia gitu nbuat apa nak susahkan diri. Macam biasala dalam bebanyak2 tu, adalah sesekali aku lebih dari dia hehe. Kalau dia lebih, dia suka, tersenyum. Tetapi tetiba aku terlebih, memang kelakarlah, siap tanya aku lagi.
Kalau time buat assignment pun best gak. Masa tu aku bawak komputer. Dia akan cepat2 buat assignment guna komputer aku. Buatla aku tak kisah. Aku akan buat nanti bila nak dateline. Selalu gak la dia tak puashati, mcm mana tetiba bleh siap. Ataupn kengkadang tu potong dia. hehehe. Sebenar orang yang buat keje last minute ni, kalau tak de aral melintang akan membuahkan hasil yg luar jangkaan, maksudnya sel2 otak tu akan digunakan luarbiasa.
Tapi honestly, memang kesianla, kalu dia sekumpulan ngan aku, sebab aku ni parasit sikit ngan dia, aku kurang menyumbang. Ialah sebabnya dia sangat bersungguh dan dia rasa lagi bagus dari aku, so dia selalu nak menang. Aku bagila dia menang, silalah buat kerja lebih. Aku akan buat bila dia suruh. Ada sekali dua je sekumpulan, pastu takde dah. hehehe! Kalu nengok aku study pun dia panas bontot, cepat2 dia study. Kalau aku nengok dia study, tengok keadaanla kengkadang aku study gak, kengkadang layan mata. Miahaha! Pastu dia tak sebilik ngan aku sebab masa tu kolej Kesepuluh baru bukak, dia kuar bersama kengkawan dia menjadi batch pertama penghuni kolej 10.
Selepas tu aku dah tak penah sebilik ngan coursemate, sebab aku tak berapa sangat nak involve dengan konflik mcm ni. Aku nak hidup tenang je. Bila aku masuk degree hidup lagi fun dan langsung tak ada persaingan sebab geng2 aku lain course. Cuma aku tanamkan kesedaran dalam diri supaya tidak "GB" atau nama lengkapnya GAGAL BERHENTI. Rugi tu kalau GB nanti aku tak dapatla bersosial dengan kengkawan. Ya! aku pegi UNIVERSITI bukan nak belajar 100%, aku cuma nak enjoy life as student and culture!
Ada pro and contra benda. Aku memilih untuk menjadi pasif ni masa aku remaja dengan lebih tepat masa umur 14 tahun. Masa tu aku berhadapan dengan jiwa kacau atau pun nak bagi nampak macam serius sikit aku guna istilah "KONFLIK JIWA". Miahahaha! Masa tu aku sedar aku ada potential untuk jadi orang berjuang atau bersaing ni. Aku try mengikut arus! Aku sangat pressure dan aku tak boleh terima keadaan tu. Ialah, kalau nak bersaing tentu antara kengkawan, aku sayang kawan2 aku, aku tak nak disudut hati aku ada niat tersorok, seperti bersaing tanpa dikesan. Aku tak happy. Masa tu aku decided untuk jadi orang yang tak nak compare ngan orang lain, belajar bila aku suka, gembira bila kawan dapat sesuatu yang bagus. Dan menganggap apa yang mereka dapat adalah rezeki masing-masing. Mungkin suatu hari nanti giliran aku lak. Kalau aku nak berusaha pun bukan sebab orang sekeliling tapi untuk diri aku sendiri je.
Kiranya kalau aku ni masuk rancangan realiti, aku sure tiap2 minggu juri jemputan akan komen aku macam ni, "Awak ni kurang daya saing, awak macam tak berminat nak menang, awak datang sini bukan nak belajar, awak datang sini untuk berkawan, awak tahu tak berapa ramai orang nak berada ditempat awak, awak mensia2kan peluang yang ada" Pastu minggu depannya aku kena undi kuarla. CHHHHHHHHHHHIIIIIIIITTTT!
Iya keburukkan yang nyata jika kurang daya saing ni, tentulah kurang berjaya. Aku teringat cerita "KETIKA CINTA BERTASBIH 2", salah satu dialognya "Ramai dikalangan kita yang berwajah singa tetapi memilih untuk menjadi kambing". Iya aku terasa sebab aku tak nak berubah kepada yang sangat baik untuk memajukan diri. Apa yang ada didalam kepala otak aku, aku nak jadi orang yang bersyukur dengan nikmat tuhan, bahagia sekiranya orang disekeliling aku berjaya dan dikelilingi oleh orang yang berhati mulia dan tak berdengki. Sekarang ni aku masih terdetik juga dalam hati "Apasal tuhan tak bagi aku, mcm ni?", masih ada lagi bisikan hati itu.
Malas aku nak fikir2 dan pening2 kepala, walaupun tak semaju manapun, cukup sekadar tidak bergantung dengan orang lain. Yang lain2 aku serahkan kepada yang maha Esa, manalah tau tuhan nak bagi aku rezeki yang melimpah ruah ke... hehehe verangan!

WELCOME TO MY WORLD!

19 comments:

Tijah said...

sama la kita nok. mmg kurang daya saing. org nak buat apa, nak menjobo apa..skati ko lah. bila time besday, laki aku kasi kad je pun dah ckp best. nak memintak2 ni bukan perangai aku. dia kasi aku amek, x kasi xde mane aku nak merajuk2 cam budak kecik. senang citer...xyah pening2 paler, hidup jer cam biasa seadanya...kan??

Anonymous said...

skrg ni nk bersaing sapa mesin timbang lagi lajuuuuuuuuuuu gerak dia. hahahaha

Aida said...

btul2..
aida pun mcm tue gak lebih kurang..
mls nk gila2..
ilek jer wat asimen last minit!
tp kalu mood baik...
awal2 lagi aida dah siapkan..hehehe..
tp yg paling sakit jiwa raga..bila ada kwn yg sedap jer gi copy..
aida dah separuh nafas kena lanyak ngn lect tnya macam2 nk siapkan asimen..die sedap2 tiru...mmg makan dlm..bulat2 plak tu..kalu die wat sikit2 kira ok la kan..nie bulat2!!!
mmg hangen la kan..
harap2 sem depan tak nk tgk muka die lagi..
bukn kedekut!
tp tak slah kalu tnyamcm mana nk wat dpr tiru bulat2...die tak yah pikir apa2 pun...huhu..

eh2..dah mcm tulis kat blog aida plak pnjgnyekan..hehehe..
sory kak..hiks!

pearl'E.J said...

hikss... sama laa aku nih pun.. tak reti aihh nak saing2...aku buat apa yg aku suka, kata nak ikut2 org itu ini, mintak maaf laa kann...

pelik kdg2 bila aku tgk org yg jenis suka bersaing-saing nih... org buat itu, dia pun ikut, org buat ini depa pun buat.. pelik betui...

attyfir said...

tah ler..kty tak eran org nak dpt apa..kasi apa..kita ikut kemampuan..

azreen said...

ik....manusia kan mcm2...ade org gembira walaupun hidupnye sederhana, tp ade tu tak senang duduk tgk org lebih sikit dari dia....macam2 kan....tp aku pun cam ko malas nak ambik pusing lantakla diorg nak buat apa...janji tak kacau hidup aku kan....asalkan kita bahagia dgn hidup kite dah la...

MakMonas said...

aku lak ada masalah kurang percaya diri wei...cthnya kan,,kawan2 skolah atau university dulu ajak jumpa,,,,aku cam..."mati la mati la"..sebab aku rasa aku la paling terpuruk dan tersorok..eh betul ke bahasa aku? apalagi kawan opis dulu2,,,kenapa eh? adakah aku kurang daya saing juga?

tigrismalaya said...

manusia mmg ade mcm2..kdgkala member2 yg paling hampir pon pangai cam taik...ptui...

eh ko kolej mane? kolej 10 gak ker? aku kolej 11 pes batch..sonot laa aku time tue jantan dok ting 1-3, pompuan 4-7...muahahahha...dan2 lari tajuk...

Unknown said...

heheheeh..hmm, ade pro n kons la ek? biase la tuh..

Suzi said...

ada semangat nak bersaing tu memang bagus tapi jangan sampai ada hasad dengki pulak ..ye tak?

chronicles of angelzz said...

yes uollss... idop secara moderate sajork... cukup dngan apa yang ado org kata kan...

NouroulSuhaimi said...

idop biase2 rasanya lagi aman kannnn??? heven je rasa....

julietchun said...

Kalo bersaing tuh leh dpt mas seketul ke bes gak.Tapi kekdg kalo jumpa ngan yg otak kureng btl aku lawan gak, saje tjk bagusss,hik,hik.

Nis Manis said...

oh, dolu2 nis pun ada sorg kawan (now x-kawan) yg pesen cenggitu.. xleh org dpt markah lebeh skett drpd dia..

lagi dia tambah x puas ati tu sbb nis buat esaimen pakai pc dia.. muahahahah!!!

ita.itu said...

maleh aku nak bersaing2 nih..hehe....kdg drg ni jeles la nok..

echah_syed said...

prasan tak?? bloggers pun ramai gak bersaing blog sape yg paling canggih.. :p

tapi combi ni tak mkn saman..dari dulu kini & selamanyerr tetap buat 'bodo' jer.. :)

nak wish belated besday kat ko..sori mmg dah lmbt ni..

epi besday..semoga ko berbahagia didonia & akhirat.amin

*header tu..unik beb!

hOtMaMa said...

gitew..kellas entry ko nok..!! bersaing secara positif tak per.. kalau dah mcm kawan ko tu... hazab! tu bersaing ker menjeles dng org...hahaha!

Emi Farez said...

KJ - betul tu tak kemana!

cik aida - hehehe biar ntah apa2 dari meniru

PearlEJ - mcm xde target sendiri

kty - betul tu, kapla tarak penin

azreen - ikut apa yg kita suka je. senang

wina - lebih kurang la tu

rimau - member mcm taik tu lagik sakit ati

suw - mestila

suzi - bila ada hasad dengki tu susah skit

COA - betul nok!

cok - geng la kita

JC - ko memang!

Nis - dah rezeki memasing nak buat camno...

ita-itu - gimme 5!

combi - tima kasih.. sebab tu saya suka terjah blog combi, sebab kita jadi diri kita'

hotmama - tu namanya hati busuk! miahahahaha

Anonymous said...

Ibu kumbang sihat ke??lama tak masuk blog.....baby ok?