Sunday, September 21, 2008

Aku rindu kamu

September bukan saja tentang memori indah tapi juga tentang memori sayu. Tak lama lagi 27 september 2008 genap 7 tahun perginya seorang insan yang paling aku sayang. UWO, gelaran yang kami sekeluarga gunakan untuk memanggil emak kepada emak aku.
Walaupun bertahun uwo pergi tapi aku tetap rindunya padanya, dan hari ini aku betul-betul rindu dengannya. Sebab kami adik beradik adalah cucu yang tinggal serumah dengan UWO. Uwo lumpuh selama 30 tahun iaitu sejak umur emak aku berumur 16 tahun lagi. Disebabkan adik beradik emak yang lain dah berumahtangga, secara automatiknya, emak aku yang bongsu dan masih single masa tu bertanggungjawab menjaga nenek aku tu..
Mak ngan abah aku sediakan tempat uwo dibahagian atas, sebab atas tu rumah kayu jadi takdelah uwo rasa sejuk dan memudahkan dia mengesot. Uwo tak suka duduk diatas katil, sebab mengikut kata uwo, menyekat pergerakkan dia. Selain itu mak abah sediakan sinki dan air paip untuk mengambil air sembahyang dan bersuci. Uwo tak berseorangan tinggal diatas tu, sebab kami semua tidur diruangan tu.. Syok sangat tidur berjemaah disitu. Tengok TV, borak, makan dan tidur kat situ. Masa tu ruang bawah dan bilik-bilik jarang kami gunakan. Bagi kami, uwo is everything!
Ramai jugak orang mempertikaikan kenapa uwo diletakkan dia atas, bagi mereka penyelenggaraan lebih mudah sekiranya uwo diletakkan dibawah. Memang betul setiap hari emak (kadang kami adik badik) akan mengangkat 2 baldi air untuk kegunaan uwo, mengangkat hidangan hidangan dan membuang najis uwo. Tapi bagi kami itu bukan masalah yang penting uwo selesa!
Aku paling suka bila memandikan uwo, disebabkan tangan sebelah kiri uwo tak berfungsi, jadi uwo memerlukan bantuan untuk mandi. Bagi aku dan CK masa tu adalah heaven! main2 air sambil gosok daki uwo. Yang paling best mesti dapat upah. Kan CK?
Uwo ni tak lokek setiap kali ada duit kami adik badik adalah orang2 yang bertuah mendapat habuan. Kalau aku lari budget, aku selalu urut2 uwo, pastu uwo mesti bagi habuan. Tapi kekadang duit tu aku gunakan untuk belikan baju uwo, sebab uwo ni walaupun dia duduk dirumah saja tapi dia suka pakai cantik2. Pakaian uwo adalah kebaya dan kain batik. Bagi dia tak de alasan untuk dia berselekeh!
Seingat aku uwo tak pernah berungut tentang nasib dia, cuma dia terkilan tak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Uwo paling suka dengar cerita orang yang balik dari mekah. Setiapkali ada jiran atau saudara mekah, mereka akan melawat uwo dan mesti ada buah tangan untuk uwo. Walaupun uwo sakit, tapi sehingga ke saat terakhir hidupnya, uwo dapat mengerjakan solat dan puasa, termasuk yang sunat.
Boleh dikatakan setiap hari ada orang datang melawat, mungkin disebabkan uwo ni soft-spoken (menurun kat mak aku dan adik aku no.3.), orang selesa dengan dia syok tau, rumah kami meriah sangat. Bila time raya lagila meriah, semua keluarga bertumpu kerumah kami.
Takde giliran untuk menjaga uwo, emak dengan rela menjaga dan merawat uwo. Bagi aku banyak yang emak terpaksa korbankan. Disebabkan pekerjaan abah takde kat sungai besar ( sungai besar mana ada hotel), emak terpaksa berjauhan dengan abah. Emak terpaksa menjaga uwo yang lumpuh, atok yang uzur dan anak 4 orang yang masih kecil. Sudah tentulah percutian keluarga takde. Memang jarangla kami menjejak kaki keluar dari daerah sungai besar ni. Emak lagi rela tak kemana-mana dari tinggalkan uwo. kecuali jika betul2 perlu.
Ada sekali emak terpaksa pergi ke Pahang, kenduri kahwin abang sepupu, cucu sulung uwo. Masa tu aku dah form 3, CK dah kerje. Dengan hati berat mak terpaksa menyuruh aku menjaga uwo. Aku happy sangat, aku ajak JEMOD, BATUL dan MADON tidur rumah aku selama 3 hari. Jadi mak akula yang menjalankan tugas meminta kebenaran ngan mak dorang, lagipun masa tu cuti sekolah. Memang kelakar, ari pertama masak, sian uwo makan bende x sedap! nasi lak lembik semacam. Jangan tak tau, sejak hari tu BATUL terer masak, berkemah kat rumah aku telah mencungkil bakat masak dia! Kawan-kawan aku ni sayang uwo, sebab setiapkali diorang datang umah (selalunya time abah aku takde), uwo mesti paksa2 aku hidangkan diaorang makanan, dahla tu siap suruh bagi diorang bantal, walhal diorang datang tu time petang.
Bagi aku lak, disebabkan emak banyak tanggungjawab, menjadikan aku berdikari. Bila umur 13 tahun, time2 ni dah kena pakai bra, aku pegi beli bra sendiri. Aku ingat lagi jenama sweetie, hehehe. Lepas tu, masa form 2 aku tengok semua kengkawan ada saving account, dengan selamba derrk aku pegi bank buat account sendiri.
Orang yang melihat, mungkin rasa kami terbeban menjaga uwo, tapi bagi kami uwo adalah kegembiraan kami. Dia nadi kami.
Ada orang cakap, kesiannya mak aku jauh dari suami, tapi bila uwo meninggal pun tetap berjauhan dengan abah sebab abah keje offshore, memang x boleh nak berkepit.
Ada orang cakap, tak takut ke suami kawin lain sebab sibuk sangat jaga emak yang sakit. Alhamdulillah setakat hari ini aku tak dengar lagi dan pasti abah takde isteri lain.
Ada orang cakap, kesian anak2 tak bawak berjalan kemana2, asyik terperap je kat rumah. Tapi bila uwo meninggal, seingat aku memang kitaorang x pergi kemana2 juga, sesekali je.
Ada orang cakap, susah nak jaga anak2 kalau suami jarang ada, takut anak2 terbiar, pelajaran tertinggal, anak jadi jahat. Alhamdulillah, adik beradik aku takde yang membawa masalah walaupun tak excellent!
Ada orang cakap, dah la bela emak tu sendiri, duit pun tak kongsi dengan adik beradik yang lain. Alhamdulillah sepanjang emak membela uwo, hidup kami berkat, sentiasa cukup duit, tak pernah tak makan walaupun tak kaya raya.
Dan macam-macam lagi orang bercakap tentang itu. Seolah-olah mereka lupa kuasa tuhan. Manusia tak pernah selesa dengan apa yang kitaa buat, buat jahat dikata, buat baik pun kena kata.
Kami bersyukur, setelah 30 tahun uwo diduga tuhan, saat terakhir dia sangat mudah. Sehari sebelum itu, uwo masih lagi sihat walafiat seperti biasa. Dapat menikmati pisang goreng yang dia nak makan. Takde sapa pun yang perasan pemergian uwo, walaupun emak yang tidur sebelah uwo. Uwo meninggal diwaktu awal pagi, ketika mengambil air wuduk untuk sembahyang sunat( Memang setiap awal pagi uwo akan sembahyang sunat), kerana ditangan ada cebuk dan kakinya terjulur ke sinki dan begitulah cara uwo setiapkali mengambil wuduk. Semoga roh uwo tenang disana. Al-fatihah.
Alhamdulillah, taklama selepas pemergian uwo, mak segera melaksanakan impian uwo untuk mengerjakan haji. Walaupun secara upah, setidak-tidak impian beliau terlaksana.
Maaf tiada gambar uwo dipaparkan disini bagi menghormati perasaan emak saya yang masih tidak boleh melihat gambar uwo (CK jangan bagitau emak aku buat N3 ni).
Cerita ini dipaparkan bukan untuk apa-apa tujuan sekadar meluahkan perasaan yang susah untuk diluahkan melalui kataa-kata dan sekadar renungan kitaa bersama.

18 comments:

Tijah said...

touchingnye ik. mak ko baik sgt..mengingatkan aku kat mak aku. mak aku pun bela abah dia merangkap atok aku dah berpuluh taun dah. alhamdulllah panjang umo lg dia. skrg ni ada kat mah pakngah aku plak..round2 umah anak. tapi tu la..aku x penah rasa kasih seorang nenek. nenek aku meninggal since mak aku kecik.
huwaaa!! (emo plak haih!)

alfatihah buat uwo ko...

NouroulSuhaimi said...

al-fatihah utk uwo ko..
banyak pahala mak ko dapat..
alhamdulillah...

byk nilai2 +ve disebalik n3 ko ni..
tenkiu!

Ck said...

ko memang kena buat entry ni, sebab ko banyak dosa ngan uwo tu,
bagi 10 hengget suh beli panadol, belennnye lesap....

echah_syed said...

al-fatihah utk uwo ko semoga rohnyer dicucuri rahmat.

kita nnt mampu tak takecare mak kita cam gitu..hanya mase menentukan..

ita.itu said...

hehe..lesap duit belen ek..xpe la..korang ni bagus ye...x mengeluh pun jaga uwo kamu ye...aku baca pun aku terharu k...

cendawanintim said...

N3 nih membuatkan saya teringat tentang arwah nenek yang telah saya jaga selama 4 tahun...masih segar diingatan nih...memang jaga orang sakit memerlukan kesabaran yang tinggi...

Teman2 Sekalian said...

alfatihah untuk uwo..
kenangan yangan amat mahal untuk dikenang... semuga keluarga IK senantiasa diberkati olehNYA...

Emi Farez said...

KJ - respectkan kat diorang ni, aku tahu samada mampu atau tak nak buat mcm diorang.

Choco - sama, choco... ntahla tetiba sayu aje ari ni.. dahla mendung ajo ari ni..

CK - eh yeke? tetiba aku hilang ingatan!

Combi - saya selalu cakap ngan mak saya, saya mcm tak mampu nk buat apa yg dibuat. tapi mak saya cakap, bila dah tiba masanya kekuatan itu datang dengan sendiri, yg penting ikhlas.

ita.itu - maybe dah biasa dengan dia.. x rasa apa2, rasa sonok adalah!

Cendawanintim - memang sgt diperlukan, tapi setiap kesabaran tu ada ganjarannya.

mummy lieza - kalau diberi peluang untuk kembali pada ketika itu, saya memang x nak ubah apa2. biarlah mcm tu je... seronok sgt masa tu..

Diana Ishak said...

takyah dengar la cakap cakap orang ni. dorang sebenarnya rasa bersalah sebab tak dapat jadik isteri mithali cam mak ko, so dah tak dapat jadi mithali tu harapan agar org lain pun takyah jadik sama.

standard la kan org melayu...

aku bukan melayu.....aku jawa + keling + penjajah sikit.

veeda_areena said...

bergelinangan air mt kak bed membasahi pipi......

hanjengkan mulot2 orgg..... tapi nak buat mcm mana.... kite kene tunjok kan apa yg dorang cakap tu adalah pelesu.............

apa pownnnn alfatihahhh kat uwo ....

.::WaNiE::. said...

kita2 ini belum tentu dpt buat benda yg sama..

haihh

along said...

al-fatihah untuk UWO,semoga UWO tenang disana...

julietchun said...

Byk pahala yg mak ko kumpulkan.Dan tak sangka aku ko ni cucu yg baik.

UmiMia said...

ermmm...paham sangat perasaan ko sbb nenek aku pun duduk sekali, mak aku pun anak bongsu...dah tu aku pun cucu kesayangan dia...tok aku meninnggal pun aku ada kat sebelah...sedih sangat.......rindu...

Emi Farez said...

Green apple - ko dan2 je x ngaku melayu.. aku baru nak bagi sejuta sapa yg ngaku melayu!

kak bed - aku rasa nak baling taik hanjeng kt dorang..

Wanie - betul... memerlukan pengorbanan tu

Along - tenkiu...

Julietchun - aku suke kelentong nenek aku sebenarnya, tu yg rasa bersalah sgt ni..

Umimia - terima kasih, kongsi rasa ngan aku... best sgt tgl ngan nenek ni

Jie said...

Kak Jie ada adik down syndrome...meninggal ketika usia 21tahun

Emi Farez said...

kujie - walaupun menuntut pengorbanan yg tinggi, tapi kita bahagia bersama merekakan!

arieon said...

Pengorbanan untuk mereka adalah sesuatu yang membahagiakan. Dan tidak pernah menjadi beban jika ikhlas menjaga mereka.