Sunday, August 31, 2008
Kenangan Ramadhan
Kalu citer bab ramadhan aku rasa banyak lagi aku buat keje jahat dari keje mulia..
Korang pun tau kan aku sejak 5 tahun lepas keje ngan company yang pekerjanya melayunya aku sorang je.. Aku bab2 lain aku tak terpengaruh ngan dorang, semangat aku kental..
Tapi bab2 posa ni hehehe apasal hah setan aku mcm x amik annual leave je..
Bila time tak posa tu (bendera jepun naik), aku makan lebih dari ari biasa..
Pepagi aku dah siap bancuh air milo.
Tengahari kang aku suh kawan aku tapaukan..
Dulu kedai sebelah opis aku ni kedai melayu tu bukak ramai lah bebudak proton yang tak posa gi beli nasi.. aku apalagi ngambik kesempatan.. ngahahahaha! Selamba je makan tanpa rasa bersalah.. Yang lagi best nye opis aku banyak pompuan!
Oneday tu aku kantoi! Aku tak tau lak ada orang bank buat lawatan kat opis tu, time pepagi
aku tengah ngangkut milo, ada satu pegawai bank melayu tu pandang aku semacam je.. Aku sengih-sengih macam kerang busuk. . Dengan senyum kelat aku pun bersopan santun cakap "Maaf ye, encik saya ni tak boleh puasa!".. Kekadang aku makan pizza hut, McD, KFC.. meriahkan!
Jadi tahun ni, sebab ramai dah orang muslim, aku berazam akan kontrol perangai walaupun aku takleh posa.. Lagipun umur dah naik, bawak2 le bertaubat...
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
Hobi baru aku (Sungguh sengal)
Aku rasa macam syok aje nengok jentik2 tu mengeletis... tergedik2... aku boleh ralit... rasa macam sayang aje nak buang.. semalam lagi aku dah nampak tapi tunggu dulu, tetiba aku nengok banyak gila jentik2 tu pagi tadi dalam bekas bunga aku. Actually dulu aku guna gel, pastu aku malas nak beli aku letak air pastu letak batu... hah sekali aku nengok pokok tu segar bugar urat2... sejuk agaknya.. sebab tu jentik2 tu sihat je..
Aku rasala sebab tu kat malaysia ni banyak nyamuk.. agaknya ramai orang suka nengok jentik2 mengeletis... hehehehe.. Aku bakkan aje TV selalu ada iklan pasal menyamuk tu, kalu dak aku lah penternak jentik2 yang berjaya ... hehe..
Friday, August 29, 2008
DIA IDOLA SAYA
Apa yang membuat aku kagum sesangat ngan dia ialah semangat juang yang ada dalam diri dia. Actually ikut cerita dia, masa tingkatan dua dia dah berenti sekolah, sebab ayah dia ikut Arqam, jadi dia tak bagi anak2 gi sekolah. Tapi keinginan nak sekolah tu kuat. Bila dah umur 18 tahun tu dah ada duit hasil keje butik dia ambil peksa SRP dan SPM hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah dapat pangkat 2.
Lepas bila dah ada anak laki dia lak tak bagi keje, kak Ati ni dengan paksa rela ikut cakap sominya. Anak dia 2 orang tu, bila start pandai cakap kak ati dah ajar membaca. Percaya atau tidak, tak denya guna buku2 teks yang jual kat kedai tu. Tapi guna dairy buruk yang dia tulis sendiri ALPHABETnya. Si Azah ngan Adam ni (anak kak Ati) boleh membaca dalam umur 4 tahun (tapi merangkak la). Kedua-dua anak dia tak masuk TADIKA pun. Ada gak aku rasa macam sangsi sebab jarang kita tengok budak tak masuk TADIKA.. Tapi dengan mata kepala aku ni, menyaksikan performance anak dia yang mengalahkan budak2 yang di sogok ngan tuition dan bende canggih. Mak tabik spring kat ko nok!
Lagi satu yang aku kagum dengan dia ni tentang menabung. Cukup kagum! Tahun 2007 dia dapat menyimpan RM10,000.00. Pendapatan purata bulanan sekeluarga tak sampai RM3,000.00. Mesti korang tertanyakan macam mana aku leh korek semua ni, adala caranya. Aku ni adik angkat kesayangan dia, dia memang suka share sesuatu yang berguna.. Iskh bayangkan macam mana dia kuatkan semangat nak menyimpan.. Kalau aku memang x dapatla.
Beberapa hari yang lepas dia call aku tanya pasal notebook, teringin nak beli untuk anak2 dia. Aku apalagi racun kuat, hehehe.. siap offer diri nak temankan dia survey notebook.. Itulah serba sedikit tentang idola aku yang sangat berwawasan. Walaupun dia ni dalam golongan yang pertengahan tapi dialah contoh terbaik bagi diri aku. Inilah baru dikatakan "TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN, MAMPU MENGONCANG DUNIA".
Note :
Aku ada seorang kakak bernama ELMELY SALWANI, semalam dia telah memecahkan lobang, bagitau nama sebenar aku kat blog dia... SENTAP TAU!.. ni aku nak share ngan korang semua. Actually, sejak dia lahir tak penah orang panggil dia dengan nama ELMELY SALWANI tu. Cuma sejak akhir2 ni je dia sedar yang dia ada nama tu, blog pun buat nama elmely-cakapkosong.blogspot.com. Kalau Family panggil dia AYONG, orang kampung panggil dia ANI, kalau kengkawan dia panggil dia APEK... kenapa panggil dia APEK? sebab muka dia sebijik macam CINA BAGAN kalau tak pun CINA BUKIT.. but anyway dia ni pun IDOLA aku gak.. HAHAHAHA...
Thursday, August 28, 2008
Tak keluar pun
Pastu beberapa bulan lepas aku nengok ada produk cuci telinga...
Fuyohhhh... nilah produk kecantikan yang aku memang tunggu2...
Aku baca kat box tu
"Keeps ears refreshingly clean & clear"
"Gently washes away excess wax and dirt"...
What????????
Wahhhh... ini sudah baik punya..
Aku mulalah membayangkan wax tu kuar dari telinga aku...
Terimagine betapa refreshnya telinga aku...
Dan tanpa berlengah2 lagi aku kuarkan kad plastic aku
Time tu ujung bulan, gaji xde.. nafsu beli ade..
Aku tunggu 3 hari bagi wax banyak sikit...
Pastu aku pun ikut arahan:
- Insert nozzle into ear; keep head upright.
- Depress for one second; leave in ear for 10 seconds.
- Gentle tilt head to drain and dry with clean towel.
tak sabar nak nengok wax kuar....
Tapi, alangkah hanginnya aku, bila lap ngan towel jernih aje airnya...
mcm nothing happens..
sungguh frust... Aku try telinga sebelah pun sama..
Hancur luluh oooooo.....
Sok2nya aku try lagi..
Hampeh gak keputusannya...
Dah la rege dia 40 hengget... aku beli hutang!
Sakit ati...
Pada sesape yang bercita2 nak beli, pikir2kan lah ye..
Asam jeruk...
Hatiku pasti bergelodak.. nak asam! nak asam! lebih kurang macam tu la hati aku menjerit...
Aku punya feveret mangga muda tu sambal dia dia lupa pulak aku nama dia..
Tapi sesekali je aku beli.. mahal tu kalu beli kat sini.. menyampah aku..
Tak caya? cuba nengok tu price dia menyampah... aku amik 5 ketul dekat 5 hengget... dah la aku orang yang nan ado2.. tapi nafsu makan kuat... hehehe.. Tapi sempena nak posa ni aku belila jugak... hahaha.. best! pastu esok aku nak makan eskremmmm banyak2..
Nasib baik sedap.. kalu tak aku cerca je gerai asam jeruk ni..
Wednesday, August 27, 2008
Art class : Week - 3 and 4
Ikut kata cikgunya, sekarang ni penumpuan dia dah ada peningkatan, kalau dulu 2 minit, sekarang 4 minit.. Pastu cikgu tu kata Ameer ni jenis budak yang kalau dia tengah buat keje, kita kena buat keje kita sendiri.. jangan bersembang, nanti dia mula hilang tumpuan.. tapi mulut dia pok pek macam mak nenek tu still lagila... ehmmm! faktor keturunan.. hehe..
Okla jugak ada peningkatan... ehmm... 3 months to go...
Kakak aku sudah ada blog, silala bagi support dekat sini ...
Dream Job
Sejak akhir-akhir ni aku boleh dikatakan tiap2 ari pegi MYDIN... lunch lorrrr... ada2 aje alasan aku nak menerjah kesana... gila!
Jadi time aku kuar tu staff ofis MYdin ramai lerr yang kuar rehat.. aku pun macam best aje pandang diorang... iskh.. syioknya dorang ni tak yah kuar makan jauh2...
Lepas tu kan ... hehe.. ada lagi bende yang aku rasa macam ntah apa2 ntah.. dalam minggu lepas leh lak aku teringin nak kerja kat Mydin tu... memang gila la!!!
Mula2 tu aku ingat main2 je.. almaklumla kepala otak aku ni pandai merapu.. pastu datang lagi perasaan nak keje kat MYdin tu... membuak2 lak tu..
Ari ni lagi aku sudah tak tahan.. hehehe aku open website MYDIN tengok career oppurtunities. HEHE.. sah dah tu.. aku memang kemaruk...
Tapi aku ni malas la nak betulkan resume tu.. tapi dengan semangat aku yang macam ni, tak mustahil aku akan usahakan jugak nak amend kan resume aku...
Memang gila! dah lama aku tak de semangat nak cari keje lain.. tetiba ade semangat, aku teringin keje MYDIN lak...
Tuesday, August 26, 2008
Happy! Happy!
Yippie.. Yippie... Yihaaaaaaa!
Bleh buat Entry secara pukal! Boleh jalan-jalan umah korang....
Rindu dengan dunia maya aku ni..
Kawan-kawan maya aku yang best bangat ni..
Nak baca coretan korang yang menghiburkan hati aku....
SERANGGGGGGGGGG!!!
Sunday, August 24, 2008
Ameer nyanyi
Saturday, August 23, 2008
Aku buat-buat sibuk atau memang sibuk
Ye... saya sangat sibuk beberapa hari ini. Bukan sebab kerja saya, tapi sebab kerja orang lain. Kisah bermula hari khamis lepas, pagi2 lagi aku received call dari Buyer sebuah kilang yang ternama (1/3 pendapatan company kitaorang dari customer nila) menangis2 sebab lepas kena marah sebab account department punya attitude. Dia menangis bukan nak mintak payment tapi nak suruh settlekan invoice.. hehe sepatutnya kitaorg yang menangis2 mintak hutang ini terbalikla pulak. Aku memang sangat paham sangat dengan beban keje dia, memang kalu ada apa2 aku akan tolongla.. since boleh katakan tiap2 hari bercakap, memang agak close.
Tapi bende yang berkaitan dengan account department ni aku memang x ble nak kata apa.. lembab semacam. Tapi ari khamis lepas memang worst gila. aku siap pasang speaker bagi satu ofis dengar buyer ni nangis. Aku cakap kang tak caya.. hah! biar dengar sendiri.. Bila superior aku tau, kitaorg arrange meeting..
Alasan Acc mgr takleh nak settle sebab budak yang kena buat tu dah larikan diri, ghaib entah kemana, dia busy (ntah apa yang busy sangat aku pun tak tau, semua keje bermasalah.. tulah suka sangat pending keje.. sapa kata cina buat keje elok, kat opis aku ada contoh cina hampeh..), sorang lagi tu buat bank matter pastu dia ni ada perangai yang susah berkerjasama.. arghhh.. ade aku kisah!!!
Time meeting tu customer side nak aku yang settlekan, diorang dah menyampah ngan acc department aku. So, aku yang memang tak penah sentuh ni terpaksa menerima dengan hati yang terbuka. Nasib baik boss aku, si Ann ni berjanji akan support aku sekiranya orang lain banyak bunyi.
Alhamdulillah, hari pertama tu aku berjaya mengsiapkan seperti apa yang dischedulekan, customer side pun nampak happy. tapi aku la penat balik dekat pukul 9 malam, staff diorg pun dah tinggal berapa kerat. Tapi sinyonya acc tu, aku rasa nak sepak je (ACC mgr cuti), banyak bunyi.. dah la aku tolong department dia punya keje, dia tukang taip je... bila org cakap semua tak tau.. nak boikot aku la tu.. sori, silap orang!.. sikit aku tak takut..
Hari kedua lak, pagi2 lagi nyonya tu call, suruh aku buat keje cepat2 dia ada dinner malam tu.. mengelegak rasa kepala aku ni.. mau jd ijo.. sepatutnya aku yang cakap macam tu.. dia tak pikir aku ni kang x tau lagi pukul berapa balik.. nak kisah ko je ade family, abis tu aku ni apa?... sepak kang laju2.. Time tu jugak aku jerit "You jangan nak buat saya naik darah, I tolong your department to settle all rubbish, you lagi banyak crita.. dont care!" lepas tu ade la dia argue mcm2 last2 tu okla.. dua2 jenis cakap main lepas, xde simpan.. itu la pulak eloknya. Bos aku ada kat sebelah geleng2 kepala, siap cakap camni lagi "Haiya, you tolong dia, dia pulak yang bising.. I tak paham la dgn Acc department ni. So, sekali lagi aku balik kul 9.10 malam dari tempat customer..
Esok ni aku kena pulak, pegi kilang dan siapkan beberapa keje untuk monday, sebab datelinenya monday.. customer dah fed up gila..
Mesej ni ditujukan untuk cik adik yang menghaibkan diri..
"Lain kali jangan buat macam ni dekat mana2 company.. Tak salah kalau nak menghaibkan diri, tapi make sure kerja tu boleh follow up.. mungkin boleh cakap padan muka kat company tu, tapi kekadang sebenarnya padan muka kat kawan2 sendiri. Dengan tindakan awak macam tu, saya yang kena buat semua walaupun xde kena mengena, buyer tu yang menangis2 teruk sampai MC hari jumaat.
Thursday, August 21, 2008
Pokok Maut
Setiap pagi aku lalu tepi pokok ni..
Kekadang aku terpaksa berenti betul2 tepi pokok ni.. ada perasaan takut disitu.. takut pokok tumbang, kena kete aku.. kalu nasib tak baik boleh jadi arwah ni... pihak MPSJ tak persan ke atau buat2 tak pasan? sebab waktu lunch selalu aku nengok staff MPSJ makan kat food court Mydin. Pokok ni jalan nak menghala ke Mydin. Atau yang sebeno2nya pokok tak bahaya pun, aku je yang terlebih imaginasi..
Tapi kalau korang seram tak?..
Wednesday, August 20, 2008
Anak kecil yang tak bernama
- Aminah
- Aisyah
- Amna
- Amni
- Atif
- A'ala
- Aula
Update : Umi baby ni baru je SMS, nama baby ni Sharifah Alya a.k.a Alya Alkaff. hehe sama dengan cadangan Kak Combi ngan Kak Kujie..
Bobo Ameer, Boo Ayah
Sekali tu bila ini budak sudah besar, aku dok pasan satu perangai dia, sejibik macam pangai aku time pegnen.. DIA SUKA SELIMUT YANG AYAH DIA DAH PAKAI.. atau dengan bahasa Ameer "AMEER NAK BOBO (selimut) AYAH".
Katakanla aku basuh selimut dia yang dia tengah guna. PAstu aku lipat elok2 kat bantal, harap2 dia tak pasan la.. bila diambik tu, dia pegang2 dan hidu sikit2.. pastu dia marah aku "Ibu basuh bobo Ameer, Ameer tak nak, tak de bau ayah, Ameer nak bobo Ayah".
Jadi selimut yang ayah dia dah pakai tu, bagi kat Ameer, Ayah pakaila selimut Ameer yang dah basuh. Tapi yang aku peliknya selimut aku dia tak minat.. Hwawawa.. tak best ke aku ni..
Ameer tido nyenyak dengan bobo ayahnya, ditemani oleh dinasour2nya dengan alasan "Ala ibu, dinasour nak tidor ngan Ameer, Sian dia". tak logik punya alasan.. Aku akan naik ijo bila haiwan ternakan dia ni terkena badan, sakit nak mampus..
Tuesday, August 19, 2008
Surprise SMS di pagi buta
Monday, August 18, 2008
Aku rasa bersalah!
Sejak dua menjak ni aku kuat komplen tentang office, tempat keje dan para boss. Setiap kali kumpul ngan geng2, mesti topik ni muncul.. kekadang aku x nak komplen sangat tapi tengok orang lain rancak, aku pun join sekakila... lepas tu rasa macam tak best sangat. Ari jumaat ari tu memang dah sampai peak!
Aku memang tak boleh tahan aku memang kena fikirkan sesuatu, demi diri aku...
On the way balik kampung tu (aku balik malam jumaat tu, berdua je ngan anak aku), Aku ingat balik semua bende yang aku dah lalui, aku nilai semula.
Actually, hidup aku lepas graduate sangat sadis la jugak. Aku bukannya senang dapat keje. Dengan result yang ala2 nak mampus tu, pastu kos yang aku pilih tu memang aku x minat, memang sakit ok nak cari keje. First time aku keje, ngan company Jepun, jadi ntahla aku pun tak pasti aku jadi apa... tapi aku buat semuala termasuk sapu sampah (itu ada bayar lebihla). Dahla tu aku jalan jauh oooo... tiap2 ari dekat 4KM pegi balik. Masa tu pulak aku pegnen (laki aku x leh amik aku, dia pun keje gak), aku jalan kaki sorang2, masa aku mabuk(awal2 pegnen) aku sampai muntah2 tepi jalan.. tapi masa tu aku rasa aku happy sangat, aku sabarkan hati, aku tak de pun komplen2... semua berjalan lancar... Bos cina aku garang sangat.. tapi jasa dia tu memang aku hargai dan aku ingat sampai mati.. lepas maki2 aku, mesti dia cakap macam ni "Emilia, saya marah2 kamu bukan sebab saya benci kamu, tapi saya nak kamu jadi pandai".
Lepas tu aku keje kat company pekerja asing, jadi admin... setahun dia tak bayar duit EPF, aku tau jugak tapi aku buat rileks je... masa ni pun aku x komplen ape2... sabar je, aku rasa tenang je... cuma sambil2 tu aku cari keje lainla.
Pastu aku dapat keje kat tempat aku sekarang ni, tapi kat Klang Jaya(kat production, bahagian planning), masa tu umah aku kat Sijangkang. Aku jalan jauh gak.. mula2 aku kena naik bas, pastu aku jalan 6KM pegi balik (aku bawak kakak aku itu hari, terperanjat dia yang aku penah jalan kaki kat situ). Pastu kat opis tu aku ngan FR kena buli cukup2 dengan Production AM, tiap2 hari kitaorg mesti kena... tiap2 hari kitaorg menyabarkan diri antara satu sama lain.. kitaorg jarang komplem... walaupun tiap2 pagi sebelum pegi keje tu mesti hati aku berkata2 macam ni "Ya Allah apa pulak la ari kita orang nak kena".. Alhamdulillah kitaorg berdua dapat hidup lagi, rileks dan rasa happy dapat tempuhi cabaran, kitaorg berdua memang bersatu hati, make sure orang xleh nak kenakan antara satu sama lain, lagipun kitaorang sebaya dan "Scorpion".
Tapi aku kesal sekarang ni, Bila aku promoted, bila aku pegi keje naik kereta, jarak pun tak sampai 10Km pegi balik, tak sapa nak buli aku, aku boleh online sesuka hati, EPF aku dipotong setiap bulan, superior aku OK, senang mintak cuti, tak kisah bila datang lambat tapi aku komplem macam2... Sapa kata kalau komplen kita akan lega? bagi aku tak.. aku rasa bersalah sangat, sebab bilaa komplen tu, sebenarnya kita komplen tuhan... Serious aku tension bukan sebab apa2, tapi sebab aku komplen!
Aku harap sangat lepas ni kalau ada sesape komplen apa2 depan aku, aku dapat avoid, aku x nak join, biarla kalau diorang kata aku duta kompeni tu, aku tak kisah... biarla diorg kata aku bodoh aku x kisah... sebab aku penah rasa bende yang pahit dan susah dari ni.. aku patut bersyukur! Kalau iyapun aku fed up dengan company ni, biarla aku buat secara terhormat dan matang! Lagipun aku ngan FR bekerja keras untuk bagi bangsa lain nak percayakan bangsa melayu kat compeni tu(kitaorg minoriti, diorg pandang rendah) aku x nak rosakkan reputasi itu..
Oh ye! FR aku rindu la kat ko, walaupun aku dapat ramai member lain lepas ko berenti, sebenarnya aku takleh compare ko ngan diorang . sebab aku kenal ko masa kita sama2 susah (kena dera.. hahaha), tapi aku kenal diorang masa aku tengah senang lenang... (untuk pengetahuan semua, FR ni lelaki, bujang, hensem lagi... hehe ada sesapa nak borang?, bilala aku nak makan nasi minyak mamat ni)
Sunday, August 17, 2008
Raikan Cinta "Adeena and Faizal"
Mesti korang tertanya mana anak aku kan? mana leh bawak anak aku kan ala sakan sibuk.. pengapit!
Saturday, August 16, 2008
NOTA CINTA
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga dapat ku cari
mana nak sama cik adik seorang
Buai laju2 sampai pokok sena
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
cuba lihat dibawah sana
satu anugerah untuk semua
Tuai padi antara masak
Kalau ada air diperigi
(PS: Anugerah ini dari Mommy Lily yang sedang sarat, tak sabar nak tengok baby Lily.. dan saya pas anugerah ni untuk semua member sebab saya sayang korang)
Friday, August 15, 2008
SENSASI BLOGGER : MAMPUKAH IBU KUMBANG MENGATASI MAWI?
Agak memberangsang prestasi blogger-blogger di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ini mungkin disebabkan oleh anugerah-anugerah yang telah diberikan kepada para blogger menjadi pemangkin. Tahniah diucapkan kepada blogger yang telah menerima anugerah.
Salah seorang yang telah mendapat anugerah ialah blogger IBUKUMBANG. Ikuti perbualan wartawan sensasi blogger dan IBUKUMBANG.
SB: Berapa lamakah ibukumbang telah berkecimpung dalam dunia blogger?
IK: Saya bermula sejak dari kecil lagi semasa itu keluarga saya bermastautin di TIMUR LESTE. Saya sangat Gifted semasa itu.
SB: Setakat ini apakah anugerah yang paling anda sukai dan hargai?
IK: Sebenarnya saya tak berapa ingat.. Mungkin anugerah blogger paling riak. Ye.. saya pernah dapat anugerah itu.
SB: baru-baru ini kami mendapat tahu anda mendapat anugerah baru, bolehkah anda nyatakan apakah jenis anugerah itu dan dari pihak manakah anda mendapat anugerah tersebut?
IK: Dengan riak dan bangganya saya mendapat anugerah BRILLIANTE WEBLOG PREMIO-2008. Anugerah tersebut diserahkan oleh PearlEJ dan Ras.
SB: Ada apa2 yang ingin IK ucapkan kepada PearlEJ dan Ras?
IK: Saya amat2 berterima kasih kepada mereka. Anugerah ini tidak ternilai bagi saya... Ia menjadikan saya lagi bersemangat untuk mengetuk keyboard.. Saya berharap agar saya dan blogger yang lain diluar sana mampu menyaingi anugerah yang diterima oleh mawi... hehe
SB: Kami dapat tahu selepas anda menerima anugerah tersebut, anda menghilangkan diri, bolehkah anda ceritakan kepada kami misteri kehilangan tersebut.
IK: Selepas saya menerima anugerah tersebut, ramai orang diluar sana mengaku sedara dengan saya (ini statement orang kaya baru), walaupun saya lihat kesan2 genetik kami amat berbeza. Jadi saya telah jolikan duit kemenangan itu dan sekarang saya dah jatuh miskin... alhamdulillah semua yang mengaku sedara sudah menghilangkan diri.
SB: terima kasih IK kerana sudi ditemuramah oleh pihak kami (wartawan ni cepat2 nak blah, takut IK pinjam duit).
IK: sama2.
Inilah anugerah yang IK dapat....
Dengan ini Ibukumbang nak anugerahkan anugerah ini kepada...... lu pikirla sendiri! cuba pikir sapa agaknya ibukumbang nak bagi ye... hehe... adakah anda rasa diri anda? ehmmmm?????? jawapannya.....jeng...jeng..... ye semua kepada bloglist ibukumbang... Because you worth it..
Wednesday, August 13, 2008
Kamu ada fikir tak?
Tengah aku lepak kat SYED masa tunggu Ameer tu ada 3 orang budak sekolah menengah mcm ponteng sekolah (sabtu lepaskan sekolah ganti untuk cuti raya).. diorang pakai baju biasa.. tapi bawak beg.. dalam beg tu macam ada baju sekolah.. Selamba je tetiga isap rokok.. I'm speechless okey.. Risau aku nak menghadapi zaman anak remaja ni.. Elak la aku dari semua..
Cuma aku kat sini nak kupaskan satu isu "Kalau diorang buat sesuatu ni, ada fikir ke tentang baik buruknya".. ada orang buat nakal tapi masa depan tak terjejas.. ada orang buat nakal hidup jadi tak guna sampai bebila..
Senario satu - Hisap rokok
- Si Joni (bukan nama sebenar) merokok, dia punya limit sampai takat tu je, masa depan dia still terjaga, silap2 sampai satu masa dia berhenti merokok.
- Si Mamud (bukan nama sebenar) merokok, beberapa bulan akan datang dia try ganja, kemudian ectasy pastu heroin last2 sampai ke tua jadi penghisap dadah tegar...
Senario Dua - Pergi Disko
- Farah (bukan nama sebenar) pergi disko saja-saja nak layan muzik, nak enjoy dengan kengkawan. Dekat sana dia cuma minum air fresh orange sahaja. Duduk bersama dengan orang yang dia kenal, masih menjaga pakaian. Sebelum dia pegi, dia make sure assignment dan sudah ulangkaji pelajaran (andaikan dia budak IPT). Dia tak nak enjoy sampai menggadai masa depan!
- Ezwani (bukan nama sebenar) lak pergi disko jugak.. excited ni, bila dah pegi lupa diri.. pelajaran entah kemana. Pedulik apa dia time peksa ke cuti.. Mula2 pegi minum air fresh orange, pastu tingin lak nak try air kuning... pakaian lak mak oiii ikut pesen maaaa.. bila tengok orang lain try ectasy, dia pun nak cuba jugak... Nak enjoy! last2 kena buang universiti, hancur musnah!...
Senario Tiga - Berkasih sayang
- Ani (bukan nama sebenar) bercinta dengan Abu (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang.. bila dah selalu bersama kadang2 tercuit jugak nafsu tu... tapi kedua2nya faham situasi tu.. diaorang masih belajar dan banyak risiko kalau diorang buat yang tak baik.. Diorang jadikan bercinta ni sebagai pemangkin untuk berjaya. Diorang belajar bersungguh2, graduate dan cepat2 cari kerja dan kahwin..
- Ana (bukan nama sebenar) bercinta dengan Ali (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang... bila dah selalu bersama tercuit nafsu, tanpa mempertimbangkan baik buruk.. akhirnya sigadis termengandung sebelum tiba masanya.. jika nasib baik silelaki akan bertanggungjawab jika tidak terkontang-kanting atau buang bayi... berkemungkinan akan dibuang belajar kedua2nya.. masing2 menyalahkan antara satu sama lain..
Ada seseorang kenalan rapat bagi tip cara menangani anak2 zaman sekarang, yang aku rasa "good idea". Katanya sebagai ibu bapa kita harus menerangkan sebab akibat setiap tindak tanduk yang harus mereka terima terhadap jalan mereka pilih.. Ajar mereka berfikir sejak kecil lagi, dan dan biarkan anak2 membuat keputusan sendiri sejak kecil, ibubapa hanya perlu guide sahaja..
Huh... besarnya tanggungjawab kita ye sebagai ibubapa? Takkan kita nak anak2 kita jadi remaja tak bermoral.. Cara nak kendalikan anak pun kenalah Up to date...
Semoga semua yang membaca ni jadi ibubapa yang baik atau anak yang memikirkan masa depan, Masyarakat yang bertanggungjawab.. Sedih nengok budak sekarang ni.. Pelacuran, mat rempit, buang anak macam lagi....
Tuesday, August 12, 2008
Art class : week - 2
Pastu teacher dia suh dia lukis mata, idung, telinga, mulut dan part2 anggota badan yang lain.. hehe kena penyabar ye jadi cikgu budak kecik.. kalu haku mau budak2 ni aku piat2... kalu tak pun darah aku naik.. sakit hati... Ameer punyalah banyak cakap.. layan la ko teacher.. aku x koser.. lepas snap picture lebih kurang aku pun chiow.. lepak2 kat SYED hik.. hik.. sambil minum Teh ais.. minum slow2.. lama nak tunggu ni..
Dekat2 12.30pm tu aku cepat2 gerak kat art centre tu, nak ngambik Ameer.. masa tu tengah buat finishing untuk gambar "orang"dia..
Kali ni aku tengok dia agak independent skit, tak banyak teacher nolong.. outline tepi2 tu sikit2 je teacher tolong.. warna pun dia yang decide.. okla.. step by step.. pastu tengok dia dah pandai jaga colour dia.. dulu kalau beli color mesti sepah2 sepahkan.. tapi skang dia pandai simpan dah.. dah tau kegunaan kot..
Actually N3 pasal Ameer pegi kelas ni aku akan buat setiap kali dia gi kelas tu.. sebab aku nak nengok dia punya progressive.. Untuk aku refer dimasa akan datang...
Monday, August 11, 2008
Muat ke kasut tu?
Sekali pakai, alamak, terbesar sudeyyyy (kaki aku saiz 4, kaki dia saiz 6), tapi gigih gak pakai ni.. saja nak nyakat.. Bila dah kekdahnya gitu kepala otak aku berdiskusi..
Apa yang aku diskusikan sangat tu?
Ya, aku berdiskusi tentang kasut dan tentang kehidupan kita yang sebenarnya...
Bila aku jadi ibu zaman moden ni aku selalu cakap "eiiii nasib baik jadi mak2 zaman ni, kalu jadi mak2 zaman dulu mesti susah, xde diapers". Tapi mak2 zaman dulu tak de kisah pun atau rasa susah... bila xde diapers anak2 diorang cepat tanggal pampers.. Ataupun bila kita tengok orang yang agak susah, terdetik kat hati ni "sian, diorang hidup susah" Tapi peliknya diorang boleh tersenyum.. Sometime bila teringat balik zaman2 xde Hphone ni mcm hilang ingatan pulok terfikir mcm mana ya dulu kalu buat temujanji, hehe mcm susah je... tapi masa time tu semua orang punctual, tak susah pun. Kalu sekarang nak gi temujanji telipon beratus kali...
Maksudnya kita takkan rasa susah kalu kita dah memang disituasi itu atau telah menyesuaikan diri. Kita akan rasa susah kalau kita cuba lawan arus, berusaha nak keluar dari keadaan itu.. sebenarnya bagus kalau nak kuar demi kebaikan. But sometimes, kita memang terpaksa berada dalam situasi begitu. Kalau kita tak leh terima jugak keadaan itu, melawan arus, at the end kita takkan rasa happy, kita lupa sebenarnya ada bende lain yang boleh buat kita rasa menikmati keadaan hidup yang sebenarnya...
Ibaratnya kalau kasut tu kecik, kaki ko besar, jgn la nak try jugak nak masukkan kaki ko tu... sakit la kaki tu, kalu tak pun kasut rabak... alternatif yang baik, ko carik la kasut yang ikut saiz ko..
Tetiba aku teringat pasal kisah raya 3,4 tahun lepas. Adalah sedara aku ni, keje kat Shah Alam, keje biasa2 je, jalan raya umah sedara-mara termasukla umah mak aku... korang tau tak dengan keadaan panas tu, boleh dia pakai neck tie... muka kitaorang masa tu memang takleh nak cakap memang rasa nak terkencing gelak, sesungguh ni tahan gelak.. kalau tengok muka dia tu huhhhh.. memang tergambar betapa bangga gila pakai neck tie masa berjalan di hari raya...
Ibaratnya, kalu ko pakai Heels 3" kat opis, okla tu xde masalah pun. Tapi bila ko gi tapak project tu, yang kawasannya ala2 hazab tu, baik la ko pakai safety shoes dan apa2 saje yang sesuai. kalu ko degil gak nak catwalk pakai kasut runcing tu, tergolek kang orang gelakkan dengan gaya yang luarbiasa...
Satu lagi penyakit, ada sesetengah orang yang memang sanggup papa asal bergaya, kalau beli kete tak hengat, nak yang best je... Walaupun mampu bayar bulanan, tapi jangan lupa pasal mantainance, penyakitbya, roadtaxnya dan minyaknya.. semua ni kena di timbang tara. At the end kalu salah kira kita gak yang susah.. Kalau ko rasa kemampuan ciput, just cukup untuk kete yang ciput.. kalau ko rasa kemampuan ko gajah.. yeah! no problem, terserah nak apa...
Ibarat kalu kasutnya, kalu kat tangan ko ada 40 hengget, tak yahla ko pulun gi pinjam kat ah long ke apa ke semata2 nak beli kasut Gucci (gucci ade kasut ke? ntah aku belasah je ni... tak tau pun.. sori kalu salah), 40 hengget tu mehla join aku gi beli kasut kat vinci ke, bata ke atau mana-mana le mydin pun boleh gak... Ko jangan risau banyak-banyak barang, kasut ni kalu bukak kasut baru nampak jenamanya... kalu aku beli kasut ribu-riban harus aku gantung kat leher.. hehe.. kalu aku beli seluar dalam yang memahal lak, aku pastikan ade label jenama tu bebesor, pastu aku pakai kat luar... hehehe ehhh.. lari tajuk pulak aku rasa...
Jadi apa jenis kasut dan kehidupan yang korang rasa korang suka?
Kalau aku aku sukakan kasut yang selesa. Tapi aku tak kisah kalau pakai heel bila keadaan memerlukan. Kalau kehidupan pulak aku suka bersederhana, bak kata abah aku "Kalau kita banyak duit pun orang tak hingin nak rompak, kalau kita susah pun orang tak caci"... Ada pepatah dulu2 yang aku memang ingatla.. "Kerbau kalau jatuh, buruk bunyinya"..
Jangan salah faham ye, aku buat N3 ni bukan nak sindir sesapa, kalau ada yang terasa hati maafkan saya..
.... Lalu ku pulangkan kasut Fiza yang besar itu, lantas ku pakai selipar ku yang comfort tu... wah! bestnya.. aku tersenyum lalu meneruskan kerje aku sebagai machai... dusss... tot.
Sunday, August 10, 2008
Happy Birthday Kak Sab
Welcome to 30's world....
Semoga life journey berjalan lancar
Semoga kandungan ko elok2 je dan selamat bersalin
Semoga persahabatan kita berjalan lancar
Semoga apa yang ko inginkan akan tercapai
Semoga murah rezeki dan diberkati Allah..
Dan yang paling penting,
SEMOGA KENANGAN INDAH "KRONI KRONIKS" SENTIASA DALAM INGATAN
Saturday, August 9, 2008
Kagum..
Kenapa yerk nak buat muka macam ni.? Diorang tulis kisah harian diorang macam semua orang. Tapi kekadang diorang ada bagi pendapat. Time tu la aku terkagum.. sangat matang, buat aku termalu sendiri okey... kekadang orang yang umur lebih tua dari diorang lagi keanakan2.
Seingat aku masa aku zaman diorang xdela matang cam diorang (ke aku sorang je yang mcm tu...)..
Jadi perumpamaan "Siapa dulu yang makan garam tu dah tak leh pakai".. kena simpan kat dalam peti besi.
Pesanan kepada adik2 itu, Semoga korang berjaya dimasa hadapan, teruslah meluahkan apa yang ada kat dada korang.. share le ngan akak ni haaaa... Fizikal akak okey lagi, cuma otak dan minda akak selalu pencen.. Sebab tu akak decide nak pinjam buah fikiran korang yang fresh lagi tu..
Antara blog-blog bebudak itu ialah :
Precious - Combi's daughter
Rara - Mummy's daughter
Syasya fickry
Alwani fickry
Keep blogging... cheers!
Friday, August 8, 2008
AKU PELAKON HANDALAN
"Saya tak tau nak cakap macam mana, anugerah ini betul-betul diluar jangkaan saya. Saya ingatkan @#$@ yang akan menerimanya, tak sangka nasib menyebelahi saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AKAK kita ni kerana mencalonkan saya sebagai 5 calon untuk finalist malam ini. Tak lupa juga kepada para pengundi-pengundi saya yang bersungguh menghabiskan segala rete untuk mengundi GAMBAR XXXXX saya yang paparkan dimajalah dot..dot..dot.. Saya amat yakin gambar tersebut menyumbang kepada kemenangan saya malam ni..Untuk pengetahuan semua SAYA SANGAT RIAK hahahaha..kerana menerima anugerah ini... Dengan ini saya ingin berkongsi anugerah ini kepada:
1. Combi - Pelakon utama mami jarum
2. Kak Jah - Pengacara rancangan MARI MEMASAK part 1
3. Ita.itu - Duta Sungei wang merangkap pelakon iklan sungei wang
5. Umi Mia - Pelakon iklan Shampoo
6. Viruspadu - Pelakon iklan susu dutch lady
7. Mummy - Pelakon utama MAMI TANJUNG
8. Hotmama - pelakon utama iklan DIGI (bukan yang kuning tu.. ni lain.. hehe)
9. Mommy lily - Pengacara rancangan kanak-kanak
10. Marinahunny - Pelakon video klip "na..na..na.. Ganu kite..."
11. PrincessQ - Pelakon iklan KERAJAAN NEGERI SELANGOR
12. Faidee - Pelakon iklan visit Singapore 2008
13. Wanie - Pengacara kreatif bersama wanie
Sebenarnya setiap seorang yang diberi tag hendaklah ikut rules dekat bawah tu... ermmmm saya nak tambah satu rules
"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN "
2. Put a link to the person you got the award from.
Wednesday, August 6, 2008
Aku di makan ikan?
Ari isnin time nak pegi parking kete kita org lalu kat ikan gigit2 tu (fish SPA), teruja gila nak buat. Semalam dengan hati semangat waja kitaorg (aku, kak khalidah, kak mai ngan fiza) nak cuba.. .
Tapi sampai je kat sana, fiza lak buat hal, tetiba lak takut... tak jadik..
Aku excited, walaupun..
Kak Mai dah ada pengalaman, tak pe..
Yang best kak khalidah, boleh dia cakap camni,
"Kaki I berkerakla, malula"
"Malu ngan sapa kak, kaki saya pun berkerak gak"
"Malu kat ikan" hehe.. ini macam pun bole ke?
Nyum! nyum! cedapnya... aku memang x leh tengok kaki aku, geli nengok di mengerumun tu.. kalu tertengok sure aku sepak2 ikan tu.. hahaha..
Ini memula nak celup kaki, auchhh.. memang geli sehhhh... aku sampai sepak air terkena kaki khalidah.. menjerit sakan..
(from left: Kak Khalidah, Fiza, Aku dan Kak MaI)
Masa ni dah steady, syok lak rasa nyerrrrrr... bila dah lama tu rasa sesemut je kat kaki tu..
Masa ni terperanjat nengok ikan mengerumun kaki abang tu, semua lari kat dia, apasal ye? apakah istimewanya kaki dia, adakah kaki kitaorg x cukup wangi atau sebaliknya... hahaha!
Kesimpulannya, saya sangat enjoy, macam nak pegi lagi esok.. Ada org tu miang la pulak tadi tak nak, ni teringin nak buat esok... layan jela...
Tuesday, August 5, 2008
BARU KU TAHU...
Subuh2 semalam check blog, baca msg dari shuotbox dari Kak Jie dan Kumbang. Katanya blog ni nampak weird kat header tu. Selama ni memang tak nampak apa2 beza sebab guna Internet explorer.. Tiba2 tergerak hati nak guna Mozilla, hah.. hambik ko... BARU KU TAHU tu dia hodohnya blog aku... Dengan kadar segera, cepat2 tukar layout.. buat dengan kadar kelam kabut.. apalagi bloglist lak menghaib... Harus xleh idup.. Ni yang bangun sesubuh nak tempek bloglist.. hehehe.. Maaf ye kepada sesape yang tetiba namanya masih tiada dalam bloglist tu.. tak sempat doule check lagi.. Boleh tak nak mintak tolong... hehe.. tolong tinggalkan jejak! please.. boleh le saya letak balik kat bloglist saya..
Baru ku tahu...
Minggu lepas dapat email dari P.A boss, invite semua staff pegi new factory petang ahad, ada makan2 katanya.. siapa suruh pakai baju merah, suar putih.. saya ngan fiza sepakat nak pakai tudung putih. sebab saya ngan dia je yang pakai tudung... poyo-poyo la ni kitaorg dok ikut tema.. Sekali pegi sana makan bihun goreng, ada beberapa kuih muih, pastu ada kambing panggang.. (semua halal... aku ngan boss aku ni tak runsing sangat sebab kalu pegi umah dia memang stand by pinggan mangkuk untuk orang Islam termasuk periuk belanga ngan sabun2 sekali).. Aku makan la sikit kambing tu..
Time nak balik tu, lalu depan tokong, memang kat situ ada bilik khas diorang sembahyang ngan tokong (takpe yang penting surau lagi besar.. hehehe).. sekali aku nampak ada daging kambing (sepinggan la besar dia) tadi kat dalam tokong tu... huahuahua.. aku tak suka... pastu aku nampak sami... hehe BARU KU TAHU, diorang buat upacara sembahyang bulan hantu... patutla kitaorang kelamkabut pindah, walaupun tempat tu serabai lagi..sebab orang cina percaya bulan hantu tak sesuai untuk pindah randah ni Ngeh.. Ngeh..
Baru ku tahu....
Selama ni aku baik ngan seorang nyonya la... semuanya berjalan lancar.. tapi dia selalu la kutuk nyonya yang lain... kata nyonya2 yg lain tu sombong lah, mcm2 lagila.. Memang aku tak pernah nengok nyonya2 yang lain ajak dia makan... So, masa kitaorang sibuk2 pindah tu, kitaorang dah start nampak perangai dia.. Fiza ni satu Department ngan nyonya tu, sepanjang masa buat packing tu boleh dikatakan Fiza ngan HOD je yang buat keje.. Paling ketara, waktu last day kitaorang kemas2 tu, semua orang balik lambat.. dia sorang je yang balik kul 6... Wah.. sangat selamba... lantak la situ..
Nak dijadikan cerita, semalam opis aku still lagi networking x stabil.. So, Vicky (bos nyonya tu) call aku pepagi buta, suh bawah aku punya broadband (diorg semua guna streamyx).. Aku pun bawak la dengan rela hati (dengan notebook sekali aku bawak.. malas nak install dah..) so, aku letakla kat account department, nyonya tu dah start pandang aku ngan pandangan seolah2 aku bawak tu suka2 aje! Dulik ngan jelingan manja itu...
Bila dah penat jadi cleaner tu, aku gi la ke account dept ni, nak melepak jab.. tetiba boleh dia kata macam ni..
"Emi, tadi Vicky mau pijak you punya notebook.. dia kata sapa punya ni letak kat sini sepah saja.. Vicky marah ooo"
Aku jeling Fiza, Fiza geleng2 kepala slow2, aku pahamla nyonya tu fitnah Vicky.
"Oh yeke Vicky cakap macam tu, ke you yang cakap macam tu? sebabkan Vicky yang call I pagi2 suruh bawak my notebook.. kalau tak pun nanti I tanya Vicky, samada dia ada cakap macam ni ke tak? I rasa macam tak percaya Vicky cakap macam tu.."
Muka dia dah sentap... hehehe aku tipu je, tak koser nak prolong kan issue, lagipun diorang mesti dah kenal perangai dia yg sebenar2nya.
Satu benda lagi ni aku tertanya dengan cerita dia... dia selalu cakap, husband Vicky tu bekas pakwe dia. Pastu selalu pesan ngan aku jangan crita ngan sesapa, Vicky x suka kalau Vicky tau... bila2 fikir balik, macam tipu je.. Sekarang BARU KU TAHU siapa dia sebenarnya..
Monday, August 4, 2008
Ameer dah pandai cakap........
Sunday, August 3, 2008
Ameer pegi kelas melukis
Masa ni teacher dia tengah suh lukis katak, tapi ameer lukis kucing hahaha....
Alamak posing mulut ternganga.. masuk lalat tau la...
Masa ni dah start nak mengolour ...
Ameer Farhan bersama kataknya.. Wei anak aku bukan gifted sampai lukis macam tu cantik.. Teacher dia pegang tangan dia masa melukis (first class katanya).. hehe lantakla asal anak aku enjoy... Teacher cakap Ameer ni mesra, cakap x berenti.. hahaha ni perangai keturunan.. sikit2 dah ikut macam aku.. Bagus! anak ibu ni..
Saturday, August 2, 2008
Last day! tayar ko pancit!
Ntah apa la nasibnya.. penat2 aku bye2 kat office, dari jauh aku nengok tayar dah melepek.. hwawawa.. tak bestnya, harus aku terpaksa bli tayar baru. terbang lagik duit..
Yang penting aku x tau mcm mana nak tukar tayar.. ni first time kene ni.. nasib baik siang. Dengan muka tak malunya aku mintak tolong kat pekerja company pindah-memindah ni.. nasib baik ada yang nak nolong.. sambil tu aku belajar le..
Tools yang diperlukan:
jek (betul ke gini spelling nye? aku dgr sipi2 je.. kalu x betul tolong betulkan)
pembuka skru
batu bata
Cara2 merangkap kekdahnya:
- Mula2 longgarkan skru (kalau guna kete auto make sure gear kat "P")
- Naikkan jek harus la bersungguh bagai nak mampus
- kalu tak cukup tinggi letak batu-bata bawah jek tu, pastu naikkan jek tu
- Tukar gear kat "N" (supaya tayar boleh pusing2)
- Tanggalkan skru dan kuarkan tayar
- Letakkan tayar spare
- tukar gear ke "P"
- pasang skru dan ketatkan manja2
- turunkan jek
- ketatkan skru bagai nak gila
- siap
- pegi pam angin dan ketatkan skru kat kedai
Friday, August 1, 2008
Milik siapakah "GADIS" ini?
Tarikh : 31 Julai 2008
Masa : 6.30 ptg
Note : N3 ini agak serius, diharap kawan semua dapat menghayati dan memberi pendapat untuk dikongsi bersama
Wahai kawan-kawan yang dihormati mari kita renungkan gambar dibawah untuk sejenak. Apakah yang anda dapat lihat?
Ya, Seorang perempuan tua (lebih tepat lagi uzur) yang sedang meminta sedekah ditengah-tengah kesibukan pasar malam. Diwajahnya tergambar kesakitan yang amat sangat. Sambil mulut terkumat-kamit. Dalam hati aku tertanya siapakah manusia jahanam yang sanggup menjadikan perempuan tua uzur ini meminta sedekah. Tidak mungkin atas kerelaan sendiri.
Aku beranikan diri mengambil gambar tua ini. Aku mengaku ada sedikit takut, kerana percaya ada seseorang yang sedang memerhati ibu tua ini. Kaki aku melangkah tapi mata aku tidak lepas memandang si perempuan uzur itu. Berhenti digerai nasi ayam tidak jauh dari si perempuan tua itu.
"Kak, pilih nak beli apa?"
"Emmm" mata aku tak lepas memandang.
"Tengok apa kak?"
"Oh.. tu tengok makcik tu, kesian tengok dia."
"Makcik tu anak perempuan dia yang letak dia kat situ."
"Betul ke ni?"
"Betul kak, hari tu dekat pasar malam seksyen 6, dipukulnya makcik ni"
"Kenapa dia nak pukul makcik tu?"
"Saya rasa dia nak mintak duit kot.." Abang nasi ayam tu membuat andaian yang pada saya logik. Kami sama-sama memandang makcik tu, ada beberapa orang menghulurkan sedekah. Aku pasti ada orang lain yang tersenyum melihat duit yang sedang dihulurkan itu. Aku seperti ingin menjerit "tolong... jangan korang bagi duit tu kat makcik tu, bukan dia yang dapat, semua tu binatang bertopeng manusia yang dapat.."
"Saya biarlah susah macam ni meniaga kat pasar malam, nak suruh mak saya mintak sedekah tidak sama sekali." Abang nasi ayam itu meluakan pendapatnya.
Siap membeli nasi ayam, saya berlalu dengan hati yang sebal.
Amaran : Kata-kata kesat dibawah, ditujukan kepada anak perempuan si perempuan uzur. Sila jangan baca sekiranya anda tidak selesa.
Eh! pompuan ko ada pantatkan? pegila menyundal. Apasal ko nak suruh mak ko mengemis. Bagi aku ko la manusia hanjeng dalam dunia ni. Aku tak heran kalau orang nak melacur ke, jadi perompak ke, ko tau tak! tapi orang macam ko ni memang lahanat dunia akhirat.. Aku harap sangat nak tengok muka ko.. hidup ko macam mana.. aku nak tengok balasan tuhan kat ko.. kalau ko rasa boleh senang dengan cara ni ko silap.. aku dan beberapa orang yang tengok mak ko mengemis, pembaca-pembaca blog ni mendoakan semoga tuhan laknat hidup ko... mampus lagi baik.. anjing dengan babi lagi elok dari ko... perempuan jahanam!!!