Wednesday, August 13, 2008

Kamu ada fikir tak?

Gambar ni aku amik kat google, kredit kat tuan punya gambar "wanmus.com"

Tengah aku lepak kat SYED masa tunggu Ameer tu ada 3 orang budak sekolah menengah mcm ponteng sekolah (sabtu lepaskan sekolah ganti untuk cuti raya).. diorang pakai baju biasa.. tapi bawak beg.. dalam beg tu macam ada baju sekolah.. Selamba je tetiga isap rokok.. I'm speechless okey.. Risau aku nak menghadapi zaman anak remaja ni.. Elak la aku dari semua..

Cuma aku kat sini nak kupaskan satu isu "Kalau diorang buat sesuatu ni, ada fikir ke tentang baik buruknya".. ada orang buat nakal tapi masa depan tak terjejas.. ada orang buat nakal hidup jadi tak guna sampai bebila..

Senario satu - Hisap rokok
  • Si Joni (bukan nama sebenar) merokok, dia punya limit sampai takat tu je, masa depan dia still terjaga, silap2 sampai satu masa dia berhenti merokok.
  • Si Mamud (bukan nama sebenar) merokok, beberapa bulan akan datang dia try ganja, kemudian ectasy pastu heroin last2 sampai ke tua jadi penghisap dadah tegar...

Senario Dua - Pergi Disko
  • Farah (bukan nama sebenar) pergi disko saja-saja nak layan muzik, nak enjoy dengan kengkawan. Dekat sana dia cuma minum air fresh orange sahaja. Duduk bersama dengan orang yang dia kenal, masih menjaga pakaian. Sebelum dia pegi, dia make sure assignment dan sudah ulangkaji pelajaran (andaikan dia budak IPT). Dia tak nak enjoy sampai menggadai masa depan!
  • Ezwani (bukan nama sebenar) lak pergi disko jugak.. excited ni, bila dah pegi lupa diri.. pelajaran entah kemana. Pedulik apa dia time peksa ke cuti.. Mula2 pegi minum air fresh orange, pastu tingin lak nak try air kuning... pakaian lak mak oiii ikut pesen maaaa.. bila tengok orang lain try ectasy, dia pun nak cuba jugak... Nak enjoy! last2 kena buang universiti, hancur musnah!...

Senario Tiga - Berkasih sayang

  • Ani (bukan nama sebenar) bercinta dengan Abu (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang.. bila dah selalu bersama kadang2 tercuit jugak nafsu tu... tapi kedua2nya faham situasi tu.. diaorang masih belajar dan banyak risiko kalau diorang buat yang tak baik.. Diorang jadikan bercinta ni sebagai pemangkin untuk berjaya. Diorang belajar bersungguh2, graduate dan cepat2 cari kerja dan kahwin..
  • Ana (bukan nama sebenar) bercinta dengan Ali (bukan nama sebenar), selalu jalan2, makan2 dan tengok wayang... bila dah selalu bersama tercuit nafsu, tanpa mempertimbangkan baik buruk.. akhirnya sigadis termengandung sebelum tiba masanya.. jika nasib baik silelaki akan bertanggungjawab jika tidak terkontang-kanting atau buang bayi... berkemungkinan akan dibuang belajar kedua2nya.. masing2 menyalahkan antara satu sama lain..
See, macam mana situasi yang sama tapi hasilnya berbeza... sebagai ibubapa adakah cara melarang anak untuk tidak melakukan sesuatu itu masih boleh diguna pakai? Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, budak ni terdedah sangat..
Ada seseorang kenalan rapat bagi tip cara menangani anak2 zaman sekarang, yang aku rasa "good idea". Katanya sebagai ibu bapa kita harus menerangkan sebab akibat setiap tindak tanduk yang harus mereka terima terhadap jalan mereka pilih.. Ajar mereka berfikir sejak kecil lagi, dan dan biarkan anak2 membuat keputusan sendiri sejak kecil, ibubapa hanya perlu guide sahaja..
Huh... besarnya tanggungjawab kita ye sebagai ibubapa? Takkan kita nak anak2 kita jadi remaja tak bermoral.. Cara nak kendalikan anak pun kenalah Up to date...
Semoga semua yang membaca ni jadi ibubapa yang baik atau anak yang memikirkan masa depan, Masyarakat yang bertanggungjawab.. Sedih nengok budak sekarang ni.. Pelacuran, mat rempit, buang anak macam lagi....

17 comments:

farina said...

hmmm poning kepale dok pikir masalah remaja skrg...cabaran utk ibubapa kan...ape2 pun renungan k.emi bleh dijadikan panduan.....(tetiba tringat time dikurung emak org dalam jamban, smash kencang oleh ayah org dengan tali pinggang)hukuman2 semcm tuh mematangkan dan menyedarkan kite apabila dewasa kelak....

.::WaNiE::. said...

yep yep..kat office ni ada sorg ibu tunggal..saya pelik..anak gadis dia tu walaupun mom n daughter pun moden, tp anak ppn dia pandai jaga diri bab2 gitu..saya tanya apa rahsia dia?

Dia kata gitu jugak..dari kecik kene bagitau dia kalau dia buat itu ini apa kesudahakan dia sume..

Hmm..mmg besar tgjwb ibu bapa zmn skrg.

Akak said...

Salam ibu kumbang...

Membesarkan & mendidik anak2 remaja sekarang nie banyak cabarannya, ialah zaman dia org nie tak sama mcm zaman 20, 30 tahun dulu, sekarang nie serba moden..

Pada akak, kita tak boleh jadi ibu bapa jerr pada anak2 remaja nie, ada masa2 yg tertentu kena jadi kawan juga, berbual & bercerita tentang semua hal (at the same time boleh lerr korek2 rahsia)...

marinahunny said...

nak membesarkan anak2 zaman skrg ni mmg mencabar, mcm2 pengaruh yg ada..kesimpulannya kita kena balik pd pegangan kita..

ras-adieza said...

pendapat saya sama dengan 'akak', terlampau besar jurangnya zaman kita dengan zaman sekarang.

anak2 sekarang ni cara pemikiran dia lain sangat. Katakan kita nak sekat internet dan handphone tapi persekitaran tetap ada. Kita tetap tidak mampu mengawal deorang bila di luar pandangan kita.

cuma apa yang saya amalkan tiap2 hari perlu mendekati anak dan sambil2 tu kena mengingatkan dia apa yang baik dan apa yang buruk. keluarga juga perlu jadi a good listener, supaya anak tak takut bercerita.

Budak2 sekarang lebih terbuka tak macam kita dulu...takut nak berdepan dengan mak bapak. Bila kita dah terapkan nilai2 murni..so bila dia lepas dari pandangan mata...dia sendiri kena kawal tanpa kita. Lagi satu, ibu dan ayah adalah contoh terbaik untuk anak2 ikut.

Panjangnyer....saya bagi ulasan. memang suka kalau citer bab anak2 remaja. :)

Anonymous said...

betul la. budak2 skrg semakin advance. nak buat apa2 ske ikut kawan2. nak dibiarkan takut terjebak, nak dilarang takut memberontak. kita sebgi parents ni kena guide betul2, bgtau cause & effect sesuatu perkara. kalau betul caranya insyaallah mereka faham.

byknye cabaran waima nak membesarkan sorang anak zaman skrg ni ek?

Qaseh Bidadari said...

memang takut dgn keadaan skrg nih..risau mcm2 benda berlaku...cara mama plak,jadikan mereka sahabat,teman,anak...apa saja masalah atau permintaan,ceritakan pada mama...mama tgk anak2 mama memang berjiwa lembut dan senang dgr kata mama..semoga sampai ke besar mereka mcm tu...

ita.itu said...

ish takut ek..jd kena pantau la anak2 kita dr skrg kan...tp kalo dah apaknye merokok camne..

echah_syed said...

aritu precious gi hard rock cafe(ade pic dia kat blog dia)..combi tanye apa yg best kat sana..??

1st time dlm hidup dia gi tmpt tu sbb teringin nak tgk ape ade didlm sana..

dia ckp..ntah takde yg siok pun bingit telinga,ade mcm2 bau,baju dorang seksi giler..rugi bayo minum pun mahal !

alhamdulilah..bila dia dah rase ok laa tu.betol kehendak anak2 jgn disanggah..gelodak ingin cuba,ingin rase dorang sgt agresif..cuma kita nasihat dan byk2 berdoa pada ALLAH supaya jgn tersimpang..

setakat ni combi teda masalah dgn dorang sbb kepercayaan 'restu' ibubapa sgt laa kuat.

pernah precious ckp kat combi..'kalo dia nak buat sesuatu tanpa restu combi dia takut 'ketulahan'

combi sgt percaya pada dia sbb dah 22 tahun tak pernah lagi dia buat sesuatu yg combi rase hilang kepercayaan..insyaALLAH.

combi pun takut gak 'ketulahan' kat huby huhu.. :(

Lee said...

Hi Ibu Kumbang, I too used to churi off school days, but went fishing instead, never got caught, haha....only once, caught smoking.
Terok kena tulis 1000 lines, "I must not smoke cigarettes in school". 1000 sentences!!!
Boys will be boys as long as they don't get involved with bad company.
You keep well and have a nice day, Lee.

Anonymous said...

ye betul tu..kita kena rapat dan boleh dijadikan tempat bersembang mcm kawan2..dia boleh tanya apa saja..

hari ini angah mengadu kawan2 dia ckp...dia anak mak

so dia balas..tak kan anak hantu pula...harap2 dia tak akan jdi anak hantu....

julietchun said...

Terlalu byk cabaran & dugaan utk bsrkan ank zmn skang,sebab tu ibubapa skang muda2 lg dah kena drh tgi & skt jantung ya.

@e_da said...

sgt mencabar jaga anak2 zaman sekarang ni kan... yg penting kena rapat dan selalu pantau pergerakan anak2...

Anonymous said...

emm..betull..mase saya amik gambar ni pun terkejut ngan situasi ni.cuba anda bayangkan anak anda di situasi ini..ape perasaan anda? saya amik gambar nih sebab nak kongsi ngan anda semua..jagalah anak anda

Emi Farez said...

Farina - nasib baik ko insap dek oiii..

Wanie - seronok la kalu macam tu.. memang mengerikan jadi mak bapak ni

AKAK - hehe betul tu, bila jadi kawan senang je diorang bukak rahsia

Marinahunny - hehe jangan gelabah mcm saya ni

Kak RAs - tak pe, saya suka baca pendapat akak tu.

Ita.itu - tak lama lagi turn kita kan...

Combi - Kalau macam precious tu okayla.. pandai jaga diri..

U. LEE - thanks for your comment. For me as long as "NAKAL" not effect your future, No problem with it.

Kj - iskh... iskh sorang ni pun rasa nak tercabut tekak.. hehe

Mama ranggie - keep it up.. mama, saya ni masalah kurang sabar.. anak saya lak pangai macam saya.. nakal skit.

Kujie - kekadang kata2 kawan ni yg tak elok, nasib baik angah tu pandai jawab..

Julietchun - akak tambah skit, dahla tu makan bende yang bebukan

Ida - sangat setuju

Wanmus - terima kasih datang melawat ye... sedangkan tengok gambar anak orang rasa nak melempang. Apalagi kalu anak sendiri..

Emi Farez said...
This comment has been removed by the author.
Emi Farez said...
This comment has been removed by the author.