Saturday, August 16, 2008

NOTA CINTA

Satu, dua, tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga dapat ku cari
mana nak sama cik adik seorang

Buai laju2 sampai pokok sena
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
cuba lihat dibawah sana
satu anugerah untuk semua
























Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
Intai saya antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada air diperigi
bolehla saya menumpang mandi
terima kasih untuk mommy lily
semoga selamat melahirkan baby

(PS: Anugerah ini dari Mommy Lily yang sedang sarat, tak sabar nak tengok baby Lily.. dan saya pas anugerah ni untuk semua member sebab saya sayang korang)

8 comments:

Lily Satrina ® said...

♥ Anak ikan merentang kali,
Anak buaya merentang tasik;
Jika seribu orang kuberi,
Puan tetap kupandang cantik.

♥ Tengah tidur rasa terkenang,
Bagai dilambai rasa ke teratak;
Kasih di terima, si ibu Kumbang'
Salam dari pembawa budak.

♥ Ibu Kumbang, saya ni tak adalah jiwa kesasteraan, tp inilah pantun yg terbaik pernah sy hasilkan utk tahun ni. Terima kasih atas dedikasi itu x

IBU KUMBANG said...

si anak kumbang memakan ikan
si ibu kumbang memasak serawa
tiada apa dapat ku berikan
sekadar pantun dari hati dan jiwa

julietchun said...

Dah mcm pesta pantun pulak ya.Aku pun nak pantung gak lah.

Pagi dan malam gosok gigi
Tag dan award byk sungguh tapi tak sempat nak buat lagi :D

echah_syed said...

bergetar getar rase didada,
bertemu dgn sijejaka tampan,
jom laa kita bersuka ria,
dapat award dari kawan-kawan.. :)

ok laa tuu :p

ita.itu said...

mekacih ye wak sbb bagi kita award..hehe

IBU KUMBANG said...

Julietchun -
ibukumbang anak pak rahmat
biar lambat asal selamat.

Combi -
saya suka makan-makan
tak lupa juga pada minuman
bila dapat award dari kawan
jangan lupa beriak sakan

Ita.itu-
ikan duri ikan gelama
ibukumbang jawab "sama-sama".

Lily Satrina ® said...

♥ hahaahha..makin menjadi-jadi jual-beli pantun ni ya?

IBU KUMBANG said...

siokkan... sesekali ada pesta pantun