Friday, August 29, 2008

DIA IDOLA SAYA

Sempena hari merdeka lagi dua hari lagi ni aku nak la kongsi cerita tentang seseorang yang jadi idola hidup aku. Nama dia aku panggil kak Ati, dia ni jiran aku masa tinggal kat Flat proton. Dia ni surirumah biasa je. Sambil2 tu dia jaga anak orang ataupun kengkadang menjahit.
Apa yang membuat aku kagum sesangat ngan dia ialah semangat juang yang ada dalam diri dia. Actually ikut cerita dia, masa tingkatan dua dia dah berenti sekolah, sebab ayah dia ikut Arqam, jadi dia tak bagi anak2 gi sekolah. Tapi keinginan nak sekolah tu kuat. Bila dah umur 18 tahun tu dah ada duit hasil keje butik dia ambil peksa SRP dan SPM hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah dapat pangkat 2.
Lepas bila dah ada anak laki dia lak tak bagi keje, kak Ati ni dengan paksa rela ikut cakap sominya. Anak dia 2 orang tu, bila start pandai cakap kak ati dah ajar membaca. Percaya atau tidak, tak denya guna buku2 teks yang jual kat kedai tu. Tapi guna dairy buruk yang dia tulis sendiri ALPHABETnya. Si Azah ngan Adam ni (anak kak Ati) boleh membaca dalam umur 4 tahun (tapi merangkak la). Kedua-dua anak dia tak masuk TADIKA pun. Ada gak aku rasa macam sangsi sebab jarang kita tengok budak tak masuk TADIKA.. Tapi dengan mata kepala aku ni, menyaksikan performance anak dia yang mengalahkan budak2 yang di sogok ngan tuition dan bende canggih. Mak tabik spring kat ko nok!
Lagi satu yang aku kagum dengan dia ni tentang menabung. Cukup kagum! Tahun 2007 dia dapat menyimpan RM10,000.00. Pendapatan purata bulanan sekeluarga tak sampai RM3,000.00. Mesti korang tertanyakan macam mana aku leh korek semua ni, adala caranya. Aku ni adik angkat kesayangan dia, dia memang suka share sesuatu yang berguna.. Iskh bayangkan macam mana dia kuatkan semangat nak menyimpan.. Kalau aku memang x dapatla.
Beberapa hari yang lepas dia call aku tanya pasal notebook, teringin nak beli untuk anak2 dia. Aku apalagi racun kuat, hehehe.. siap offer diri nak temankan dia survey notebook.. Itulah serba sedikit tentang idola aku yang sangat berwawasan. Walaupun dia ni dalam golongan yang pertengahan tapi dialah contoh terbaik bagi diri aku. Inilah baru dikatakan "TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN, MAMPU MENGONCANG DUNIA".

Note :
Aku ada seorang kakak bernama ELMELY SALWANI, semalam dia telah memecahkan lobang, bagitau nama sebenar aku kat blog dia... SENTAP TAU!.. ni aku nak share ngan korang semua. Actually, sejak dia lahir tak penah orang panggil dia dengan nama ELMELY SALWANI tu. Cuma sejak akhir2 ni je dia sedar yang dia ada nama tu, blog pun buat nama elmely-cakapkosong.blogspot.com. Kalau Family panggil dia AYONG, orang kampung panggil dia ANI, kalau kengkawan dia panggil dia APEK... kenapa panggil dia APEK? sebab muka dia sebijik macam CINA BAGAN kalau tak pun CINA BUKIT.. but anyway dia ni pun IDOLA aku gak.. HAHAHAHA...

16 comments:

Tijah said...

hahaha..ko paksa sket akak ko tu tempek gambar dia betul2 kat profile tu. nak la tengokkkk mak sedarenyer si kumbang itukk!!!

Emi Farez said...

hehehe.... macam nak pembuiktian je.. CAN! why not!

UmiMia said...

aha.....kalau mcm tu aku patut kagum kat mak aku lah...ajar aku ABC sampai terkencing, satu hari jer dapat. sambil memasak, paksa aku berdiri baca buku BI guna sebutan betul. Menyimpan RM10 sehari, hujung tahun beribu2 duit dia...kagum ngan pompuan yg terror mcm tu...naper lah anak dia tak kuat mcm tu...

Emi Farez said...

Umi Mia - hehe susah nak kuat semangat mcm tu.. baik ko menuntut kat mak ko, mcm mana leh jadi camtu.. pastu ko buat entry spesel..

Ck said...

wah! balas dendam nampak,sentap ker? aku tak de hal punyer org nk panggil aper pun......

Emi Farez said...

Peace yo.... Ahaks

Amalina said...

Wah! TQ for sharing the story IK. Sungguh memberi inspirasi.

echah_syed said...

ape nak sentap nama korang kalah artis gituuuu :D


semangat mak combi pun cam gitu sbb ayah meninggal mase kita sume masih sekolah.. :(

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.. :)

echah_syed said...

combi again..kekeke :p


cina bkn sebarang cina,
hidung terletak mcm seludang,
jgn diburuk jgn dihina,
takut nanti ko kena pelempang... :p

larikkksssssss !

hOtMaMa said...

wahhh..mak terkasima barang sesaat dua... sungguh kagum dng kegigihan kakak tu kan... cemana tu.. pendapatan bulanan lebih kurang 3k jer permonth tp boleh saving sampai mcm tu ek.. mmg dasat.. mak dpt saving manja2 jerk... mana taknyer kuat merambu la katakan...hahaha.!
sesungguhnya cerita ini amat la menginsafkan...

ita.itu said...

wah IK ..aku kagum gak lah ngan mentor ko.bagus dia ajo anak2 ek..hehe..abis pecah rahsia CK..hehe

Anonymous said...

huhuhuhu.....ade edisi balas dendam rupanya :D

wahhh....dia tak jejak supermarket ke? Kita ni gatal je kaki nak menapak ke situ

julietchun said...

Tabik sungguh ngan pompuan camtu.Takkan setkt kata mengata je ngan kakak ko tuh,bagilah sampai lebam bijik mata baru ganazzzz :D

Emi Farez said...

Amal - sebab memberi inspirasi tu yang buat N3 pasal dia.

Combi - betul tu, kalau diukur dengan sikap saya sekarang ni, macam tak mampu buat macam diorg, tp x taulan manusia selalu berubah2..

Hotmama - hehe aku pun kuat merambu tu yg duit ntah kemana

Julietchun - Tabik je ke, tak nak ikut buat teladan sekali ke?
ita.itu - dia ajar aku mcm mana nak ajar budak2.. tapi aku ni kurang sabar,.. :) kah... kah... sesekali kenakan si CK tu..

Kak jie - Sanggup dia tak jejak, kecuali hari raya.

Teman2 Sekalian said...

caya lah IK...
hehehehehehee...
btw.. salam ramadhan dan selamat berpuasa buat IK dan family...

Emi Farez said...

Salam ramadhan dan salam kemerdekaan..