Saturday, August 9, 2008

Kagum..

Bila weekend, dah abis round rumah2 maya kat bloglist tu aku sesuka tengok2 blog lain. sometimes termasuk blog2 budak zaman kini yang umur 23 tahun ke bawah... Masa baca diorang punya blog tu, muka aku macam kat bawah ni...


Kenapa yerk nak buat muka macam ni.? Diorang tulis kisah harian diorang macam semua orang. Tapi kekadang diorang ada bagi pendapat. Time tu la aku terkagum.. sangat matang, buat aku termalu sendiri okey... kekadang orang yang umur lebih tua dari diorang lagi keanakan2.
Seingat aku masa aku zaman diorang xdela matang cam diorang (ke aku sorang je yang mcm tu...)..
Jadi perumpamaan "Siapa dulu yang makan garam tu dah tak leh pakai".. kena simpan kat dalam peti besi.
Pesanan kepada adik2 itu, Semoga korang berjaya dimasa hadapan, teruslah meluahkan apa yang ada kat dada korang.. share le ngan akak ni haaaa... Fizikal akak okey lagi, cuma otak dan minda akak selalu pencen.. Sebab tu akak decide nak pinjam buah fikiran korang yang fresh lagi tu..

Antara blog-blog bebudak itu ialah :
Precious - Combi's daughter
Rara - Mummy's daughter
Syasya fickry
Alwani fickry

Keep blogging... cheers!

16 comments:

attyfir said...

sama le kita..suka jln2 gi blog org

Hanisumayyah said...

Yerlah...saya pun suka baca blog budak2 ni saje meluaskan pengalaman dan menambah pengetahuan...salam kenal...

ita.itu said...

aah ek..betul tuh..kita dulu x gitu ek..drg skrg nih hebat kan

Amalina said...

salaam,
mmg pun. tapinya budak2 la ni lahir2 dah ada komputer, dah baligh dah boleh bukak internet, byk boleh dpt info. zaman kita dulu dpt info dr apa yg dikeliling kita je, plg2 jauh pun apa yg tv tunjuk. itule excuse nye for not being matured walapun dah byk mkn garam, hihi.

julietchun said...

zaman dah berubah,dunia dah maju :D

Akak said...

Salam...

Mungkin sebab budak2 sekarang nie lebih educated, banyak membaca, pergaulan yg positif, berdiskusi dgm kawan2 & so on..

Emi Farez said...

atty - almaklumla weekend jrg org update

hijrah - betul.. nak juga tau apa yang terjadi dengan bebudak zaman sekarang.. kan

ita - tau tak pe :)

amalina - saya pun guna alasan tu juga

julietchun - betul la tu.. tapat sekali moto berita harian tu..

akak - lagi tambah lak pulak ngan mak ayah punya dorongan tambah hebatla bebudak tu...

azlanlin said...

Kematangan datang daripada pengalaman. Pengalaman datang dari apa yang dilalui, apa yang dibaca, pemerhatian daripada tingkahlaku org sekeliling... Maka masyarakat yang MATANG dengan pengalaman belum tentu, tindakan mereka juga MATANG!

ada komen ibu kumbang?

>>salam kenal dr saya...

Emi Farez said...

ye belum tentu, tapi kebarangkaliannya tinggi untuk bertindak matang.. hehe.. pengalaman, pemerhatian org sekeliling boleh dijadikan guideline.. tindakan yang kurang matang dari masyarakat yang matang mungkin dipengaruhi oleh emosi, pengaruh, kesihatan dan apa2 sahaja anasir yang boleh menyebabkan mereka bertindak diluar kematangan.. wah! aku jawab macam buat posting.. hehehe.. terima kasih datang menyinggah..

Tijah said...

kita bukan tidak matang. cuma terkadang bila menyalurkan sedikit ketidakmatangan dlm bentuk penulisan membuatkan hidup kita rasa lebih ceria. serius dlm kehidupan, santai dlm penulisan. wahhh..kj pun komen mcm posting jugak! hikhik

Emi Farez said...

silakan kak jah buat posting kat umah aku... aku anugerahkan ko penulis jemputan!.. aku nak tambah sikit dalam kehidupan pun aku tak nak serius sangat... rugi.. hehehe..matang bila perlu...

Tijah said...

ye. enjoice life to the fullest kekdahnye. hehehe...dah jadi forum soal jawab lak umah ko nih!

Emi Farez said...

hehe.. aku dah sediakan kaunter pertanyaan kat pintu umah.. no hal lah..

Anonymous said...

Salam...
A'ah, aku ada baca blog bebudak umur 11- 12 tahun, yg belum amik UPSR pun...

Bebudak tu siap bagi blog award kat pakcik2 & makchik2 macam kiter...


Weihlah... mintak kita doakan kejayaan UPSR derang lagik...
Dari situ tahu lifestyle bebudak nih...
Padat... banyak enrichment programme...

Emi Farez said...

Sugar2 - hehehe.. advance, sebenarnya dah jadik keperluan dah..

farina said...

kanak2 millenium...org tgh tg blog anak kumbang ni...hehehe