Thursday, July 31, 2008

PINDAH part 1

Hari ni last la aku kat opis lama, esok bermula la episod opis baru. Dalam minggu ni memang hazabla. Paling hazab bila ari isnin aircond dicabut... hwaaaaa.. kitaorng bawak kipas sendiri.. Mula tu merungut (bukan aku sorang semua yang kat opis tu) gak tak tau merungut kat sape. Lelama tu aku insaf, baru aircond tak de, orang lain ade lagi susah.. Ni la manusia x reti bersyukur (marah diri sendiri hehe..).. dah dua hari ni kitaorg enjoy je..
Nyonya2 tu pulak, pakai baju macam tak pakai.. aku nak tangkap gambar tapi takut hehe.. seksi mcm gi tepi pantai.. hahaha..
Bila dah serba kekurangan ni, ada benda yang menarik perhatian aku..


Ni gambar meeting room, meja dah bawak ke tempat baru.. so, nak meeting tak de meja, bos aku pun tarik2 kotak buat mcm ni.. masa tu pecah perut nengok kih kih

Ni ilham receptionist hehehe... lasung tak selamat.

Sian aku mengecan duduk lantai.. klako!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

sorry mama semut, aku tak de softcopy gambar ko.. jadi sempena hari pahlawan ni aku tempek gambar Iskandar.. hwawawa..

Semalam hari jadi salah sorang ahli "KRONI-KRONIK" (geng sengal cermai kat Kolej 6,UPM), ANT si semut merah... atau nama sebenarnya Noraini Ismail..

Aku nak ucapkan SELAMAT MENJADI TUA..
Aku ada lagu untuk ko.. hehehe

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
You're born in the zoo
like monkey and kanggaroo
happy birthday to you..

Apa yang boleh mengingatkan anda pada dia?

  • Lagu dangdut
  • pasar malam
  • Zhulian (dia ada skill bisnes2 ni)
  • Keta Kancil..( hehe dia ni mak supir kitaorg.. dia je ade kete.. Aku? jalan kaki je.. hik hik.. time kasihla bawak aku jalan2 ye masa zaman blaja dulu, lunyai kete ko)

PESANAN untuk birthday gurl..

Oi.. ko tu tak reti2 ke nak berkontek2.. aku sepak ko laju2 kang.. NAK? hehe


Wednesday, July 30, 2008

Kelambu bayi dinasour

Korang biasa nampak tak bende ni?

Ameer tengah tidur waktu tengahari, berkelambu lagi...


hehe.. aku first time nampak bende ni kat umah mentua aku.. dia punya bentuk macam kelambu budak kecik. Tapi saiz dia besar. Bolehla muat seekor bayi dinasour.

Mana mak mentua aku beli?
Ala kat kampung aku tu biasa orang datang umah jual2 barang. Mak mentua aku mudah kesian. Dia pantang orang datang jual mesti beli, walaupun satu. Cukup buat syarat. Sebab tu penjaja tu memang dah AIM umah mentua aku. Inilah salah satu barang yang dia beli. Pada pendapat aku bende ni memang unik.

Yang bestnya Ameer suka la sangat dengan bende ni. Kalau dia tidur, tak kirala siang, apalah lagi malam mesti minta bende ni. Ameer panggil bende ni payung hehehe..

Macam-macam dah mak mentua aku beli dari penjaja tu, karpet, tikar buluh, baju telekung .. iskh.. banyak lagi.. yang pastinya harga dia mahal la sikit. Kitaorang laki bini ni adalah nasihatkan dia, jangan beli selalu sangat ngan penjaja ni, takut dia terbiasa. Tapi mak mentua aku kesian sangat ngan diorang tu. hehehe... IBU MERTUAKU.. OH.. IBU MERTUAKU

Tuesday, July 29, 2008

Hari pembalasan itu telah tiba



Suatu hari si isteri terbaring lesu setelah penat menidurkan anak kecilnya yang baru berusia beberapa bulan. Si anak ini memang selalu meragam diwaktu malam sejak lahir lagi. Membuat si isteri bertambah lesu.
Si isteri memandang kesekeliling, matanya rimas memandang rumahnya yang tidak teratur, fikirannya teringat kain baju yang belum berlipat. Tadi dia hanya sempat membasuh kain dan membasuh pinggan mangkuk.
Masa yang ada digunakan untuk berehat. Dia sungguh letih. Inilah dugaan sebagai seorng IBU. Ikutkan hati mahu sahaja dia berenti kerja, tapi apa boleh buat kewangannya masih tidak membolehkan dia membuat keputusan seperti itu.
Baru saja ingin lena, terdengar dia pintu dibuka. Si suami memandang sekeliling terus ke dapur, dilihatnya tiada makanan, pergi ke bilik, dilihat kain baju masih belum dilipat. Si isteri dapat melihat kemarahan diwajah si suami.
Si suami masuk semula ke bilik, diambilnya bajunya, dibawa ke bilik tetamu. Dicapai tuala, mandi, bersiap, ambil kunci kereta. Dimuka pintu dipandangnya si isteri, dikeluarkan kata-kata yang berbisa "Isteri, awak ini sejak ada si anak semua tidak terjaga, tidak memasak, kain baju di biarkan begitu sahaja, suatu hari nanti jangan menyesal". Lalu dia keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan si isteri yang kelesuan, yang kesedihan dan yang kelaparan.
Kantuk si isteri mula terbantut, fikirannya mula melayang, terasa kecewa.. tidak sampai setengah jam si isteri dapat berfikiran waras semula "lantakla dia, buat apa aku fikirkan ini semua, dia diluar sana bergembira, aku disini sengsara. Pedulikan semua itu, aku mahu tidur lena demi si anak kecil ini dan masa depan".
Si isteri terjaga mendengar rengekan si anak. "Oh! anakku lapar". Jam didinding di jelingnya, jarum pendek di nombor 5, jarum panjang di nombor11. Si isteri terdengar pintu dibuka. Si suami sudah pulang. Terus masuk bilik tetamu dan tidur pulas. Si isteri bangun melakukan apa yang patut dan keluar mencari rezeki. Tidak hiraukan si suami.
Di suatu hari yang lain, si suami terbaring lesu walaupun sedang bercuti. Si isteri baru sahaja sampai. "Suami, tolong isteri masak air untuk si anak". Si suami memandang isteri, "Isteri, awak tahu tak saya penat, seharian menjaga anak. Si anak ini asyik merengek! isteri tahu tak?"
Si isteri tersenyum, tahu, inilah masa yang paling sesuai untuknya"Suami, awak hanya menjaganya untuk setengah hari, saya sudah melalui sejak si anak lahir. Apa yang awak rasa hari ini, adalah apa yang saya rasa setiap hari. Jadi jika saya tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan sempurna awak harus faham, dan lebih baik jika hulurkan bantuan. Jika suami tidak suka dan ingin mencari pengganti lain, janga risau, teruskan bersikap ego, dan saya sendiri akan keluar dari hidup suami." Si isteri terus menuju ke bilik mencari si anak, buah hatinya tanpa mempedulikan si suami.
Si suami tergamam, direnungnya album perkahwinannya. Dicapai, lalu dibuka satu persatu. Dimuka surat terakhir, ada sekeping kad jemputan perkahwinannya. Disitu tertulis kata-kata yang akan mengubah dirinya untuk selama-lamanya.

"Hawa dijadikan Allah dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"

Airmata suami mengalir, betapa diri terlalu mementingkan diri-sendiri. Dia terus bangun, menuju ke bilik, ingin dikucup tangan isterinya tanda mintak maaf. Akan dilindunginya kedua-dua insan yang menjadi tanggungjawabnya dan ditebusnya segala kekhilafan yang telah dilakukannya.



Nota : Si penulis (ibu kumbang) menjadi emosi (mula2 tu cool) ketika menulis karangan 380 atau lebih perkataan ini. Tujuan sebenarnya nak bagitau pembaca kad jemputan kahwin dia (kad kahwin tersebut ditaja oleh Dila a.k.a Faidee) ada kata2 hikmah dia atas, itu saje. Disini sipenulis tidak puashati dengan kata2 yang diluahkan oleh si isteri, tapi dia terpaksa tulis macam tu untuk mengekalkan suasana cerita...
Dia kalau boleh nak guna ayat macam ni..

"Hei! tahu pun awak letih.. awak tau tak saya dah lama rasa tau.. Mengaku lelaki konon.. buat keje sikit dah lembik.. kalau macam ni bukan awak yang patut bercita-cita cari lain,.. saya ni yang patut cari lain. Tahu tak!" phuhh lega!

Monday, July 28, 2008

Kalau aku terkentut macam mana?

Korang penah alami atau tidak?

Bukan kentutla.. kalau korang tak kentut baik pegi check kat spital...




Begini ceritanya..





semalam aku gi Sungai Besar nak beli selipar. Singgahla satu kedai ni. Mak aku kata kedai tu baru bukak, boleh tahan le design nya.. Mak aku duta Sungai Besar Okay.. Mak aku ni lebih kurang ITA.ITU,SANA.SINU la.. Kalau Ita duta Sungei Wang, Mak aku duta Sungai Besar.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. cool Ita cool!


Masuk2 je ada dah pekerja nak layan aku.. biasalah tu.. tapi aku rasa rimas, dia follow aku.. aku try lah gi kedepan jalan lelaju, dia ikut aku lelaju gak... Aku cool lagik.. try2 kasut sambil tu aku bagi dia satu pandangan (kalau pandangan tu bercakap dia kata "berambus" hehe).. tapi dia still lagik follow aku dengan jarak yang paling dekat.. mcm mak ngan anak kecik.. huh.. rimas2..


Ada tiga bende bermain dalam kepala hotak aku :

  1. Of course ... RIMASSSSSSSSS!
  2. Kalau aku terkentut macam mana? mesti bau punya.. pastu mestu aku malu, pecah lobang woooo.. mesti pastu dia ngumpat aku kaw..kawnye.. di buatnye masa tu aku dah 3 hari tak membuang!
  3. Aku bawak duit 10 hengget je.. aku target nak bli selipar rege RM6.90 jerr.. tak payahla nak ikut sangat, lainla kalu aku beli kasut PRADA sekontena.. uhuk!uhuk!

Last2 aku tak tahan hati, aku sound budak tu...

"Dik, kalau nak ikut akak, akak tak kisah tapi jangan rapat2 sangat"

"kalau akak terkentut macam mana? pls keep your distance" ( ini aku sambung dalam hati jerr...)

Aku rasa niat dia follow aku baik aku pun xsalahkan dia, mesti bos dia dah letakkan kat job description huhuhu.. tapi aku rasa bos dia lupa nak letakkan standard jarak yang patut untuk memfollow hik! hik!.. Tengok gaya budak tu xde experience lagikla, mcm lepas SPM jer.

Lepas tu budak tu tersentap, aku pun kuar dari kedai tu.. yang penting aku tak beli apa2 pun.. Aku sure punya dia mesti ngumpat aku kaw..kaw.. hehe ade aku kesah!!!

Sunday, July 27, 2008

Mencari khazanah alam

Semalam cik abang pegi memancing kat JERAM, aku sebagai seorang isteri yang MITHALI ni pegi mengantarkan pepagi buta.. yg penting aku x sempat mandi.. acccemmmm!!!.. sikumbang pun x mandi gaks... hehehe..
Cik abang saya ni memang kaki pancing.. Aku menggalakkan pun tidak, melarang pun tidak.. suka hati hang la.. Asalkan jangan suruh aku sediakan semua peralatan sebelum memancing.. pastu balik jangan suruh aku mengemaskan bende2 tu..
Tapikan kekadang cukup susah hati kalu dia balik bawak ikan banyak.. hehe.. sebab mana aku nak simpan, peti ais aku kecik..huhu.. alamat sedekah kat org lerr.. satu lagi sebab, terpaksa aku memasak.. yang pasti sebelum tu kena siang.. hehe itu yang aku paling alergik nak buat.. hahaha.. Aku suka jer kalu dia bwk balik batang pancing jerrr..


Ameer ngah nengok anak ikan
Ameer ngan mahluk asing a.k.a ayah dia

Dua beranak yang belum mandi lagik..


Ameer excited nengok belacak.. hehehe


Ketibaan para nelayan..

Aku nak carik muka yang burok2 la nak tempek kt muka dia (laki aku) ni... eksyen x nak muka tempek kat blog aku.. siap ko..



Hasil tangkapan


Sesi pembahagian khazanah laut... (kebanyakkannya ikan gelama)
Nasib baik aku terus balik kampung, jadi hasil tangkapan tu tadi ble pass2 kat org tua kat kmpg ni...hehehe



Saturday, July 26, 2008

KELUARGA KUMBANG

Pyzam Family Sticker Toy

Dengan jayanya saya menyiapkan tag kak COMBI kita.

Sekarang tugas saya pula nak mengetag

  1. Cik DILA Faidee
  2. PRINCESSQ
  3. KAK JAH
  4. HOTMAMA
  5. MEENZULEYKA
  6. KUMBANG
  7. ALEXI

Sila jalankan tugas-tugas anda ye... kalau ada masa, kalau tak buat takpe..

Sila klik pYzam.com

Aku ada masalah... hehe

Setiapkali aku lalu kat sini mulut aku memang macam mak nenek membebelkan pasal kedudukan traffic light.. apatak nya menggagau aku carik traffic light ni.. gila.. apasal diorg letak lampu tu kat kedai tu? apa la logiknya..


Adoyai... ada sekali tu aku hampir2 terlanggar motor gara2 tak nampak tiang tu.. bapak kumbang cakap aku tak tumpukan perhatian.. aku jawab balik.. "sebab saya tumpukan sangat kat jalan ni sebab tu saya tak nampak traffic light yang kat tepi kedai tu" hehehe.. laki aku tersentap.. haha "Suka hati awak la"..


Jab lagi aku nak balik kampung.. nak lau traffic light ni hehehe...

Friday, July 25, 2008

Mari Mengaji

Warning : Kepada Suami saya, ibubapa saya, kakak saya dan adik-adik lelaki saya, sekiranya kalian membacanya.. N3 ni dibuat sekadar melihatkan development kanak-kanak diperingkat umur ini sahaja. Bukan bermaksud apa-apa atau sengaja menyakat anak saya. Harap maklum!


Kekadang bila aku ngambik anak aku kat umah babysitter, aku bergosip sebarang dua rangkap.. hehe.. biorkan je si Ameer main2 ngan kakak.. hehehe..
Ari tu time aku bergosip sakan (ngumpat laki dia) kitaorg dengarla bising2 suara Ameer ngan kakak (anak babysitter). kitaorang buat derk je.. sambung lagik gosip (ngumpat laki aku pulak.. hehehe)...
Dah selesai, aku pun nak manggil Ameer, sayup2 (sayup apanya.. terang gila suara diorg tu..) aku dengar diorang ngaji IQRA', kakak dah pandai ngaji IQRA' tu yang excited nak ajar si Ameer .. Sejuk perut aku.. hehe.. Tapi kan... sila tengok gambar dibawah....

huwaaaaa....... anak aku mengaji pakai tudung... aku tanya diorang (buat soal siasat sikit) , tapi sempat tangkap gambar ni.. jiwa blogger tu kental lagik..

"Kenapa Ameer pakai tudung"
"Ameer nak belajar ngaji"
"Tapi, kenapa pakai?"
"Kakak pegi ngaji pakai tudung, nanti Ameer pandai macam kakak"

Huwaaa... anak aku sudah ingat lain... lepas tu punya la aku menerangkan (regu sekali ngan baby sitter)

"Ameer budak BOY, Kakak budak GIRL, budak boy belajar ngaji tak payah pakai tudung, budak girl kena pakai.. Ameer BOY ker GIRL?"
"Ameer BOY"
"Abis tu kalau mengaji pakai tudung ke tidak?"
"Tak pakai"

Mencabar sungguh jadi parent ni kan.. mesti tahu terangkan sebab musabab ngan anak-anak.. Kalu zaman dulu bolehla kelentong jerr...

Tak nak anak-anak duduk atas bantal sebab tak elokla benda kat kepala buat letak bontot bagi alasan
"Jangan duduk atas bantal tu, nanti bisul"

Tak nak anak angkat kaki sambil niarap (iyalah kan buruk rupanya) bagi alasan
"kalau kaki sambil meniarap, nanti salah seorang ibubapa meninggal"

dan macam-macam lagila...

Sekarang anak2 tambah cerdik, diorang selalu buat Q&A, kalau silap jawab tak pasal2 kang kita yang kantoi... Dah la aku ni ibu yang sengal hehehe..

Thursday, July 24, 2008

IBU MERTUAKU

hihi... Korang penah terfikir tak kalau duduk dengan mak mertua atau sedang mengalaminya sekarang.. Sebenarnya ini salah satu benda yang aku sangat2 takut nak lalui.. hehe.. bukan sebab mak mentua aku yang tak OK.. aku ni hah yang masalah besar... kuang..kuang...

Tapi kuasa tuhan takde sapa boleh melarangkan... Apa patut aku buat sekiranya aku ditakdir akan serumah ngan ibu mertuaku..

Buat Analisis tentang Mak mertua tersebut
Sayang suami saya
Dah tua
Pandai dan rajin masak
Pemilih bab makan
Alim
tak suka anak menantu pakai baju ketat-ketat atau cabut tudung
Aktif
Tak suka orang alihkan barang
suka bercakap
permurah (rajin bagi aku duit.. hehehe.. aku tolak tapi orang dah paksa, amik jela... hahaha)
Ada opinion sendiri
kalau aku silap dia tegur

Buat analisis tentang diri sendiri
still young (wah.. wah.. perasan..)
Tak gheti sangat masak, kalu ada pilihan lain suka lagi makan kat luar
Suka pakai baju atas buntut
Lembik, suka tido, especially kalu balik kampung
Aku suka kemas rumah lagi than masak, harus aku alih-alihkan barang
Suka gak bercakap, berterus terang
pemurah gak
Sama aku pun ada opinion gak

Sediakan tempat yang selesa untuk dia
Bagi satu bilik untuk ibu mertua ku itu supaya dia tidak diganggu oleh anak2 ku dan dapatla dia rehat dengan secukupnya (Aku harap masa tu aku tingga umah yang lagi selesa la)

Amik maid

Supaya boleh tengok2kan dia time aku gi keje, biar mak mentua aku jadi boss.. hahaha.. (mintak2 masa tu aku mampu)

Jangan cerita hal peribadi depan dia

Hahaha takut dia salah faham... susah wei...

kalu nak shopping jangan terlalu tunjuk

Iyalah kang dia ingat aku menghabis duit laki aku.. kekadang bende ni jadi big issue wooo.. kawan aku mak mentua dia cuba control duit diorang

Bawak dia bergaul

Hehe mintak2 adala jiran tua-tua boleh dia bergang.. kalu tak pun aku cari kelas2 untuk orang tua bersosial.. carikan geng2 surau kerr.. bila dia dah bersosial tak de la tertumpu sangat fikiran dia tentang anak, menantu atau cucu2nya... dan dia lebih open minded..

Masuk kelas anger management

hehe malaysia ada tak kelas macam ni Buat aktiviti bersama-sama Contohnya masuk kelas buat kek ke... hehehe

Aku buat N3 ni bukannya aku tak sayang ngan mak mentua aku, sayaaaaaaaaaaaaaaaang sanggggggggaat.. tapi almaklumla kekadang salah faham.. ini sekadar guideline atau buah fikiran aku sahaja.. supaya tidak tergezut.. hehe..

Target aku, aku nak win-win situation :

  • Aku tak nak mak mertua aku menghabiskan hari2 tuanya dengan susah hati
  • Aku tak nak aku makan hati

"Ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur"

Wallahualam...

Tapi aku tak nak lah buat aktiviti macam ni ngan mak mentua aku.. ngeh.. ngeh..

Wednesday, July 23, 2008

DI SUATU PETANG


Ya Ampun,
petang tadi buat percubaan untuk tidur
Tapi heroku tidak merestuinya..
Diajak aku bermain dinasour
sehingga aku naik bengang

Lalu bangun menggoreng cekodok....
Siap.. terus duduk disofa layan DVD
Gambar tak cantik
Almaklumla hasil kerja perampok
merampok dari panggung wayang...
pedulik! terus saje menonton..

si hero membaling kusyen2 sofa
Aku buat tak nampak..
lantakla asal bahagia
Ahaks.. terus menonton dan makan tanpa perasaan

Mood aku macam tak betul
kutahu ini pasti gara-gara PMS
sedikit rasa kecewa
Memang teringin nak pregnant lagi
tapi takpela belum rezeki

Abang, jom kita buat lagi
Mulai minggu depan
hari-hari pada waktu malam
pastikan anak tidur dulu
lepas tu kita tutup lampu..
Good nite, I love you..

Wah! lucahnya aku...
kah!kah!kah!
Ibukumbang
20 Julai 9.45pm
Sambil Tengok GANGSTARS

Tuesday, July 22, 2008

Kucing Ameer

Hari sabtu lepas on the way nak gi Speedmart kat ss19, nampak satu art centre baru bukak.. Ameer nampak ada lukisan budak-budak terus excited ajak aku naik Art Centre tu. Aku pun pegi la sana..
Pas story mory lebih kurang skit aku macam berminat nak masukkan si Ameer ni.. Ada promotion kalu register sebelum 31 Julai dapat percuma satu bulan.. best..best.. Aku pun register, duit time start kelas baru mula bayar.. tapi bayar penuhla..
Tengah register tu, teacher tu bagila Trial Class kat ameer suruh lukis kucing.. Bio betul teacher ni.. aku diam je, masih ragu2 dengan keupayaan anak sendiri.. Tak sangka anak aku gigih juga nak siapkan.. biasanya aku yang menghabiskan lukisan dia..
Wah.. jelesnya aku ngan teacher tu.. siap Ameer cakap camni lagi ngan teacher tu "Ameer sayang teacher, ibu pegi work, Ameer nak sekolah drawing CAT ngan teacher..." Haha.. anak aku dah mula lupakan aku.... mhuahahaha... Tapi sayang, aku tak bawak camera, sebab aku tgh charge bateri camera.. mana aku sangka ada peristiwa menarik.. uhuk..uhuk.. Ari tu aku nak bli gula jerr.. Tapi apa-apapun aku dah tangkap gambar lukisan dia...


Aku tau korang tak nampak bentuk kucing tu.. itu yg bagu point2 tu.. hehe

Nilah lukisan gambar CAT dia tu, Teacher tu kata ini standard lukisan budak umur 3 tahun plus.. Alah aku masukkan dia kelas ni pun nak bagi dia mix dengan other races jer.. at least boleh berkomunikasi dengan orang lain.. Lagipun Ameer ni aku antar kat rumah orang jadi dia punya pergaulan tu terbatas.. lainla kalau antar nursery..

Sibuk mulut dia bercakap sepanjang jalan tentang kucing dia tu.. hehe.. dah la aku pegi jalan kaki jer... loteh eden...

Monday, July 21, 2008

Aku tersentap...

Ari tu aku blurr kan gambar macam ni kan..

Sebenarnya gambar dia mcm ni....

Amacam gambar tu sakan tak.... Sebenarnya aku guna gambar tu sbb masa aku memula masuk tmpt keje kat company ni, aku takde gambar.. yang ada softcopy gambar posing ni jerrr.. aku bagi je la kt diorang.. Aku amik gambar ni masa aku umur 23 tahun hehe.. kat clinique counter, KLCC.. masa tu jerawat aku banyak gila.. plan lak lepas abis blaja nak kawin tu yang sibuk menghabiskan duit bli ubat jerawat, duit PTPTN tu woo... ranap aku.. masa tu diorg ada tangkap gambar free sebab beli barang banyak.. ni yang ada gambar posing2 maut ni.. ewah.. punyala cun gambar aku.. walhal jerawat satu muka, mcm buntut ayam.. hehe.. diorg edit gambar aku kaw kaw nyer..

Berbalik kepada cerita asal, bila aku gi merayap ke tempat customer aku suka bagi bende ni kat pondok guard.. senang.. kalu hilang pun apa aku kesah... biasanyer tak de pun orang mempertikaikan kehebatan gambar aku tu.. satu ari tu.. jeng..jeng...
"Akak, apasal gambar akak ni lawa, akak yang betul2nya tak de la lawa,"budak guard tu sound aku tepat kat idung aku ni hah.. Aku sudah menyentapla.. cuba jd cool.. tp sure muka aku merah giler.. "Oh! ye ke?".. "betul kak, iskh kak diet la.. skarang nampak mcm 30 tahun dah.." Wah! ini budak sudah lebey.. aku ngadukan ngan boss ko.. Alamak aku ni vendor la, susah nak ngadu tu.. Last2 aku senyum jer..

Tapi, honestly la aku memang tersentap gile.. siap maki2 lagi dalam ati ni hah.."suka ati aku la kalau tak lawa ke gemuk ke? yang sibuk2 apasal.." tapi mata pandang cermin.. hwawawa... nasib baik masa nak menunggu orang tu lama.. Jadi aku pun sempat bermusahabah diri.

  • Aku tak leh nak marah budak tu, sebab walaupun suka hati aku la nak buruk ke tak, tapi siapa suruh aku letak gambar yang memang melampau untuk aku.. kenapa tak ukur baju di badan.. kalau aku letak gambar yang memang itu aku, tak de sape pun heran dan mempertikaikan.. memang hak aku tapi aku yang mencetuskan bende ni.. bila aku publishkan kat orang aku mesti bertanggung jawabla.. jangan nak menyentap atau meroyan nak maki2 org (nasib baik aku stage sentap jerrr..)
  • Aku kena berfikiran terbuka. Sebab budak tu first time jumpa aku (guard baru aku rasa), maksudnya teguran dia jujur, memang dari hati. Aku kena ucapkan terima kasih kat dia atas teguran dia tu (jarang orang nak terus terang), walaupun hakikatnya pahit untuk aku telan, tapi yang betul tetap betul. Memang betul pun antara aku ngan akak aku yang beza 3 tahun tu pun aku memang nampak dewasa (xmo guna word tua). Memang hakikat!

So, aku kena la bertindak:

  • Kena memperbaiki gaya skit.. (shopping.. hahaha)
  • kuruskan badan.. (berjaya la menurunkan 2 kg.. hahaha.. tapi macam dah nak failed jerr... no! kena usaha balik)
  • Tukar gambar kat staff card tu.. ( yang ni memang fail, aku hangin jer ngan diorang ni. Aku mintak tolong creative department tukarkan gambar, storyla jujur ngan diorg apasal aku nak tukar. Tau apa jadi? dengan bos diorg skali pakat tak nak tukarkan.. saje jer nak kenakan aku ni.. salah aku gak suka sakat diorg..)
  • Cari idea kalu org tanya bagi jawapan tutup mulut.. hehehe.. contohnya "Ala artis tu kalau tak mekap burok jugak" or "ala Sharifah Aini masa muda cantik, tapi bila dah tua xla lawa sangat"or "entahla dik akak pun tak tau apasal akak jadi macam ni" or "Akak keje kat company ni lepas SPM, ni gambar lama sangat..(walhal baru, 5 tahun)"..

Wah! siyesss gila memang aku release lepas tu. Yang aku pelik lepas kejadian tu ramai lak orang mempertikaikan gambar tu. Tapi saya sudah tidak sentap lagi... mhahahaha..

Bila sebut je nama Sharifah Aini, aku mula teringatkan Sharifah Fadzilah.. hehe.. "Oit Dila ko pregnant apa yang besar? adakah macam sejarah yang lepas2 atau kali ni ada lain.. MISS you.. Aku hargai invitation ko yang aku akui ko memang gigih la ngajak aku.. tapi simpanan aku ada sejuta rupiah jerrr.. memang la bunyi da bommmm.. tapi bila aku convert ke SIN DOL tinggal 146 lebih kurang.. tak caya ker.. harus ke aku tangkap gambar buku simpanan aku dan publish kat blog aku ni? hahahaha :)) "

Aku tak kira nak gak tempek muka ko kat sini, walaupun gambar ni zaman purba.. gambar baru ntah kemana..

Sunday, July 20, 2008

Ketua yang riang gembira....


Ayah kumbang : Ameer, kalau orang tanya, nama Ameer apa? jawab AMEER FARHAN ok..
Kumbang : Ok.
Ayah kumbang : Cuba cakap, AMEER FARHAN
Kumbang : AMEER FARAN
Aku : hehehehe (jadi back up singer)
Ayah kumbang : Salah tu, A-MEER FAR-HAN
Kumbang : A-MEER FA-RAN
Aku : hahahaha (jadi back up singer)
Ayah kumbang : Ikut ayah cakap, FAR
Kumbang : FAR
Ayah kumbang :HAN
Kumbang : HAN
Ayah kumbang :FAR-HAN
Kumbang : FA-RAN
Aku : hahahahaha.... *gelak guling-guling*

Nasib baik nama dia ada dua, kalu dibuatnya satu je, mau melekat FARAN.. hehehe tak best.. tak best..


AMEER : ketua, FARHAN : kegembiraan

P/s : Apasal gambar ayah kumbang tak de dalam blog ni?.. sebab kalu ada di nak saman.. hello.. saya pun tak kose la tempek gambar awak kat sini (wah!! sebenarnya nak cover malu)


Saturday, July 19, 2008

Bye bye Mas Rudy

Khamis Lepas hari last Rudy.. Wah! ada skit sedih lorrr... Mas ini orangnya pandai ambil hati lho.. gantengnya nggak tapi manis skali..
Kaluau bicara soal politik sering kali berkata begini..
"Malaysia sekarang nggak ubah kayak indonesia zaman Suharto"
Meh.. enjoy gambar..







Ini gambar org terlepas tanjung rambutan.... Rindu la pulak ngan MAS RUDY..

TAG MISS REEZ A.K.A Kak senduk

Hehehe tag ni aku culik dari kak Rezzberry's Blog... Sebab aku ngeri dengan sumpahannya itu, aku gigihkan juga untuk membuat sehabis baik.. hahahaha...

5 TABIAT BURUK ANDA TIME SEKOLAH
1) Suka datang lambat (berlarutan sampai kerja)
2) Selalu tertinggal buku
3) Suka lepak2 kat kelas kuncu
4) Kutil jerawat ( masa tu jerawat aku banyak woooo.. skang ni bila xde jerawat aku rasa mcm kehilangan sesuatu.. best ooo kutil jerawat)
5) ponteng waktu semayang .. hehe tiap2 minggu period...


3 FAVOURITE SUBJECT ANDA... KENAPA???
1) Pendidikan jasmani - hehe.. buat2 lupa bawak baju, nanti ble lepak2 kat kantin
2) Maths - Memang suka....
3) Agama - Time ni bergabung ngan kelas lain.. bleh bergabung ngan kuncu2.


3 SUBJEK YANG ANDA TIDAK SUKA.. KENAPA??
1) Sejarah - Mak ai... banyaknya kena hapal.. sedangkan lirik lagu aku x leh nak hapal, apalagi buku sekolah...
2) Biologi - sepert yang diatas..
3) Bahasa melayu - mengantuk la wei....


MENARIK PADA KAMU...??
Suka berketawa kot dan berlawak budusss.....


ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA....????
Family terutama Ameer


SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR, SIAPA YANG ANDA HUBUNGI???
Mak.. Selalunya dia yang call..


TAG RAKAN ANDA...
Kepada semua yang baca blog ni...

Friday, July 18, 2008

Mengelongkar khazanah....

Kalau citer pasal apa ada dalam beg orang pompuan atau sesiapa aje yang pakai beg, kebanyakkannya dalam beg tu macam shopping complex.. macam2 ada.. Almaklumla memasing bawak handbag ala2 beg balik kampung.. Just name it.. mesti ada.. kekadang tu ada yang bawak bende yang tak masuk dek akal...
Jom kita check apa yang ada dalam beg saya ini... Oh! beg ni.. apa jenama dia dan dimana aku beli?...
Jawapannya...
Entahla penat aku belek2 nak gak tau apa jenamanya..kot..kot jenama fendi tersesat kerr.. tapi tak dapat cari.. andaikan ajela bag aku bag jenama "cap ayam".. beli lak.. hehehe MYDIN, Subang Jaya.. hehehe jgn memain I ada kad MYDIN tau..
Bagus ! beg ni besar.. boleh taruk susu ameer skali!
Make-up tetap ada walaupun muka aku ni waruk...
Handphone cikai dan Wallet (aku amik laki aku punya.. dia dah x pakai.. selesa)
Aku nikan sengal sikit selalu la lupa, jadi kena la bawak buku untuk mencatat2 kununnya
Semenjak butang baju aku tercabut dikhalayak ramai, aku memang pastikan ada bende ni..
Untuk kegunaan ketika perlu...
Kut2 ada kecemasan ble aku kuarkan duit aku yang berjuta2 tu..
Ini digunakan ketika aku nak jadi paparazi.. ade cite pasal kamera ni.. aku beli masa nak bersalin si Ameer.. bila aku tau mengandung aku main kutu.. orang semua ingat untuk aku gunakan bila bersalin nanti.. aku diam je.. hehe kalu ikutkan aku dapat bulan 10.. tapi bulan 4 nak bersalin, so.. aku dapat awal.. Sebenarnya duit tu aku blikan camera ni hahaha.. masa tu rege dia RM1050.00, Balance dia RM150.00 lebih dari cukup nak cover aku bersalin.. Ala spital klang jer.. Tak sampai RM50.00.. Next mengandung aku nak main kutu lagi.. beli camera lagi canggih.. Ahaks.. (Cepatla mengandung lagi.. dah lama sgt pakai camera ni.. macam dh nk rosak je..)
Sebagai seorg machai.. harus la ada Tag ini.. aku bukan keje bank rakyat walaupun aku pakai tali dia.. aku rebat abang ipar aku punya.. dia keje sana.. aku blurrkan tag tu sebab aku aku ada posting istimewa tentang itu.. ngeh2..
Bende ini pun macam penting kut2 la nak download ape2..
Ini pun penting.. hahaha..
Uhuk.. uhuk.. kalu dua bende ni tak de sanggup aku beli lain semata2, bukan ari2 aku guna pun, tapi mesti ada dalam beg tu.. baru aku rasa lengkap..
Apasal nak bawak sesemua ni kemana saja yerrr...? sebabnya aku ni spesis sengal dan pelupa harusla aku bawak sesemua ni kemana-mana saje.. dan aku akan pakai bag yang satu ni jer sampai rosak tak kirala aku gi keje ke, gi MYDIN(suka pegi sini..), opsss pasar malam ke dan gi meeting ke akan guna beg yang sama.. hahaha.. sebab tu aku punya beg warna selamat.. senang match ngan apa2 baju.. sebenor2nya kan aku suka beg warna merah... tapi sbb pangai aku sendiri harus aku lupakan je.. tapi aku rasala lepas je beg aku ni jahanam aku nak bli beg merah menyala gak la... tak kira pakai baju hijau, biru atau kuning.. aku redah je.. kalu korang nampak beberapa bulan akan datang ada badut sekitar subang jaya pakai beg merah baju kuning, aku la tu... akan ku pastikan menjadi realiti.....

Thursday, July 17, 2008

Harus ke aku malu?




INFO : Daerah kawasan Sabak Bernam ni memang terkenal dengan produk IKS contohnya seperti kuih-kuih raya dan kerepek yang diusahakan dikawasan rumah. Salah satu usaha untuk memajukannya, pengusaha akan mengupah orang-orang kampung menjaja produk mereka dikawasan Klang Valley. Mereka ini dibayar berdasarkan komisen, banyak jual, banyak dapat duitnya.


Tadi masa aku tengah tunggu mee kari aku (best wooo.. kat gerai SS19) aku terjumpa jiran aku yang jadi penjaja kerepek ni, meh ikuti perbualan antara penjaja kerepek ngan aku..

Ibukumbang : Makcik.. tak sangka nak jumpa kat sini..
Penjaja : Ala apasal boleh jumpa kamu kat sini, malu makcik... eh! tak payah2 cakap2 lagi nanti kawan2 kamu nampak malu kamu..
Ibukumbang : Eh! Tak dela.
Penjaja : Yela apa pulak kawan kamu kata nanti nampak kamu bersembang ngan penjaja..
Ibukumbang : Apa salahnya menjaja, rezeki yang halal..



Pastu aku terpikir kenapa aku perlu malu? Sebab keje menjaja kerepek dan keje tu tak standard ke.. Aku rasa aku tak perlu malu untuk mengaku kenal, bersaudara atau bersembang dengan mereka dikhalayak ramai.. Malahan aku respect mereka..
  • Mereka mencari rezeki yang halal
  • Mereka wanita2 (kebanyakan wanita) yang kuat.. bayangkanlah mereka mengheret dua plastic besar kerepek.. berat ooo... tadi aku try angkat.. harus aku tercirit.. tut...
  • Mereka survivor
  • Mereka bersungguh-sungguh (alang2 buat tak jadi...)
  • Mentality mereka kuat (ingat senang jumpa orang jual produk)
Lagipun layak ke aku nak malu.. aku ni..hanya sekadar pekerja biasa, aku tak mampu nak jumpa orang jual barang dan gaji aku cukup2 makan saje.. Last2 aku rasa aku lak yang malu dengan diorang... Ialah pendapatan diorang melalui komisen.. kalau banyak jualan aku sure memang mengatasi aku.. ngeh..ngeh.. aku malu.. aku malu..

Senang kata Sape kita nak buat penilaian, bila2 fikir banyak kali... hah terperanjat.. rupanya kita yang patut malu.. Lagipun hidup ni mcm roda, kalu sekarang ni kita kat atas, bukan standard la kenal ngan penjaja2 ni, tapi suatu hari nanti kita pulak kat bawah.. masa tu lagi perit..




Wallahualam..

Wednesday, July 16, 2008

Ibu, Nak pakai ROCK...

"Ibu, nak pakai rock (bandana <- betul kerr aku eja ni)" "kenapa nak pakai rock?" "Hari hujan ni, nanti ameer deman..." hehehe tetiba ibunya timbul tanduk nak mendajalkan anaknya... Lalu ku ikat bandana itu ala-ala skarf.. Siap kumbang complaint lagi.. "Ameer tak nak, Ini bukan rock ibu, ini macam ibu" hahahaha............ lihat la hasilnya... dalam tak nak2 ni.. posing jugak... ngeh2

Nasi Lemak Party...

Hari jumaat dah received email dari Admin manager suruh lapangkan perut sebab abang Din nak belanja makan nasi lemak.. bukan nak kata apa la, nasi lemak dia memang power (isteri dia yang masak).. sambalnya pedas tapi tak memeritkan perh..perh..perh.. Pagi tadi aku memang dah set kepala otak, teringat tahun lepas punya kenangan masa makan nasi lemak tu.. Aku ingat aku sorang je excited, rupanya boss aku pun sama, siap tanya ngan aku lagi pepagi "Emi, today Abg Din bring nasi lemak, right?" hehe aku sengih "Yup, yummy!".. Pukul 12.30 tgh geng makan aku call, "Emi, we eat first, bley makan banyak".. aku ngan semangat nye.. "Okay, lets go".. aku kelentong boss aku "Ann, I eat first, course I have an appointment with xxxx", Slumber je boss aku jawab "Go lah, dont finish it..".. YA ampun tahun ni punya nasik lemak memang ada ummph.. hehehe.. sampai ada yang tak dapat makan.. tahun lepas ada gak berlebih. kih kih.. kes terlupa la ni... Nyonya2 dan amoi2 tu pun berlawan tambah nasi nampak.. ngeh2.. Ada memang yang on leave siap mintak tolong simpankan dalam peti es lagik.. Yang ni klakar, kawan aku si Indon cina tu pun tak dapat makan, kali ni pun dia gunakan perkataan yang boleh menimbulkan kontroversi "Aduh! Emi saya lupa dong, ari ini abang din bawak nasik lemak.. ini kerna terliwat.. " aku gelak kuat2 dulu.. "Mas Rudy, jangan guna perkataan itu Mas, bisa bikin huru-hara..." I'm gonna miss him.. Esok hari last dia keje.. Susahla aku nak praktis cakap Indon..

TAG..

Kena tag ngan Kak Chombi!!!!!


--------- START HERE -------------I



nstructions:1. Copy and paste this tag from "Start Here" to "End Here". (don't forget the image)2. Place your blog's name with your URL at the end of the tag. If you have more that one blog, please add them too! Just make sure that you post this tag in all of your blogs.

3. Tag 5 blogs that is not yet in this post (just to avoid duplications ^_^ )

4. This is the twist... Go to the 5 blogs that you tagged and comment on any of their posts. Why? So that search engines can crawl to your site. ^_^

5. Return to the Momhood Moments blog and leave a comment saying that you joined the tag together with the URL of the tag. I'll be checking on it and add you in the master list.
Kepada sesapa nak buat sila la...

Tuesday, July 15, 2008

Bila Suami Cari Lain

NORA DANISH DICERAIKAN OLEH SUAMINYA MUNGKIN DISEBABKAN ORANG KE-3Samada nak terima atau tidak ini adalah hakikatnya.. kebanyakkan wanita Malaysia (negara lain pun ada gak) memang berisiko suami cari lain.. tak kisah le dia ni cantik ke, baik ke, bijaksana ke ataupun yang cukup pakej.. Kadang2 orang lelaki bila ditanya kenapa cari lain, jawapannya ialah "Ntahla isteri saya tu semuanya cukup tapi hati telah dicuri oleh wanita yang lain yang kurang daripada isteri saya.." Mak ai.. yang cukup sifat ada risiko, apalagi aku ni yang ntah apa2 ni... ngeh..ngeh... Kalu macam ni baik aku bersedia dari sekarang.. hik hik.. Siap awak cik abang.. kalau awak cari lain saya dah prepare semua bullet2, segala macam bentuk seni mempertahankan diri.. Ada berani?
Bila terjadi situasi macam ni kita ada 3 pilihan (bukan langsung tak de pilihan ok!), menurut pendapat org dah berpengalaman (nama dirahsiakan) jangan harapla lelaki akan buat pilihan, harus kita yang buat.. kalu harap lelaki main tarik tali le jawabnya.. diorang mesti cakap macam ni "sabarla yang abang tengah fikirkan, orang disana betul2 dah mengharapkan abang bagila masa, abang takut nanti dia buat bende yang tak betul, abang yang kena".. harus dia akan terus permainan cintanya itu... ngeh..ngeh..

BILA DAPAT BERITA SUAMI ADA ORANG LAIN
Bila suami bagitau dia ada orang lain, jangan lak mengelabah, jangan sesekali cakap macam ni "Abang! kenapa abang buat ayang macam ni? abang tau tak ayang sayang sangat ngan abang, ayang tak sanggup hidup tanpa abang, cinta ayang hanya untuk abang..." confirmla itu abang naik kepala.. eksyen la dia.. hehehe mesti dalam hati cakap macam ni "hohoho.. yippie..yippie.. bini aku takut kehilangan aku, ada harapan aku kawin lain.." Bila tau je dia ada orang lain hehe patut cakap macam ni "Oh! patutla nampak abang lain macam je.. kalau ditakdirkan abang jodoh banyak susah la hidup abang ye, nak bahagikan gaji abang yang ciput tu, ayang nak banyak ni RMxxxx.xx tiap2 bulan, nasib baikla rumah, kete ngan saham ASB tu nama ayang... tapi bang ayang tak berani nak benarkan abang kawin sebab ayang tengok abang tak berapa nak mampu, ayang takut berdosa sebabkan ayang benarkan abang kawin, abang tak berlaku adil, berdosa tu.. kena fikir masak2 perkara ni.. tapi terpulangla kat abang" ckup sampai disitu... hehe bagi dia fikir dulu... pastu kita harusla fikir strategi.. dalam mikir strategi kena lapangkan otak.. ahaks...
Kalau kita dapat tau dari orang lain lak... fikir2 dulu apa yang kita tak tukar nama lagi untuk harta2 yang ada, mintak duit buat simpanan ngan suara yang manja.. harus hati2 jangan sampai dia kahwin senyap.. buat2 tak tau dulu.. sebab kalu dia tau yang kita tau nanti dia kurang respect ngan kita.. harus atur strategi tanpa sedar.. sebab orang yang tengah cover curang ni dia akan kabulkan semua permintaan kita.. hehehe.. kalu kita press2 dia... kang dia cakap camni lak "hah! senangla kalu awak tahu, tak payahlah saya nak sorok2.. kalau saya lambat balik tu fahamla ya.."

Pilihan yang kita ada ialah :
Rampas balik (Pulangkan cinta hatiku..) kenapa ya?
Of course la diakan milik kita, yang pasti kita tak nak anak kita akan berkongsi kasih sayang ngan adik badik tiri, itu laki akula...hwawawawa !!!! Tapi harus diingat kita ada peluang 50% untuk merampasnya balik, harus juga bersedia jika jodoh sampai takat itu.. sebenarnya bila bersedia untuk tidak dapat lagi senang sebab mentality kita dah kuat.. Dapatla pesaing yang bodoh nak mampos senang la kita atur strategi...
Berundur... kenapa nak mengalah?
Huh.. kalu pangai laki tu banyak buruk dari baiknye, sanggup aku ikat reben kat kepala dia bagi kat pompuan tu.. ataupun malas nak rebut2, macam le hensem dan best sangat!!! ataupun "Yippie Boleh cari laki baru, best! best!"
Sanggup bermadu.... ada berani?
hehe ni secara personalnya saya tidak akan memilihnya... uhuk..uhuk..hehehe no idea!

Opps jangan lupa lak sediakan bala tentera yang akan jadi perisai... siapakah bala tentera itu? of course mak ayah dia, sedara mara dia dan kengkawan dia... kekadang membantu tau. mhuahahaha... Ceritakan keburukan suami yang tengah cari lain tu dengan cara berhemah.. hihi

Mengikut kata orang lebih berpengalaman (nama dirahsiakan) "Jangan paksa suami tinggalkan kekasihnya, tapi cuba ajak suami itu berfikir"... Cikgu aku dulu selalu cakap (aku rasa dia menyindir sebab kitaorg bengap subject fizik tak paham2 dia ajar) "Kita boleh paksa kuda itu pegi ketempat minum, tapi kita tak boleh paksa kuda itu minum" ..Peace cikgu Ali Asad..

Walaubagaimanapun harus diingat ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan.. kekadang bukan salah lelaki semata2, mungkin khilaf dari diri kita sendiri... N3 ini sebagai panduan saya juga sekiranya berdepan dengan situasi begini dan saya harap akan bertindak dengan waras dan tahu apa yang saya pilih,..

Wallahualam!

Monday, July 14, 2008

Koleksi..

Sedar tak sedar ada barang yang menjadi koleksi bersama.. Kekadang kalau pegi mana2 rumah mesti terjumpa benda-benda ni...

Alasan kita menyimpan tu macam-macam la.. jejarang kalau kita dapat barang-barang ni terus buang... Benda-benda ni lokasi dia kat ceruk2 dapur atau kat dalam stor.. Jarang orang mengaku ini barang koleksi.. Walau pun dalam rumah itu benda2 diatas dan barang-barang seperti kristal ker pinggan mangkuk memahal kerr apa2 saja disimpan oleh tuan rumah, tapi standardnya berbeza. Kristal dan pinggan mangkuk memahal tu akan diletakkan diruang tamu untuk dipamerkan kepada orang yang datang, dibelikan almari antik bagai...

Macam tu jugak dalam kehidupan kita dengan orang sekeliling.. kadang2 kita terlepas pandang.. orang itu sentiasa membantu kita, tapi kita tidak iktiraf dan hargai dia dalam hidup kita. Tapi kita selalu cari mereka2 ini.. Orang2 yang kita sanjung menhilang bila kita memerlukan..Ada juga sesetengah ibu bapa yang double standardkan anak-anak sendiri.. yang berjaya, yang menawan, yang bijaksana akan disayangi, dipuji.. harus diwar warkan orang kampung.. kekadang tambah perisa lagi kasik enak.. Setandan pisang tak semuanya elok.. Anak yang tak bernasib baik ni.. tak cantik.. duduk kat umah ngan mak bapak, buat keje2 dapur.. selalu la pulak dibanding2 ngan anak yang bernasib baik... At the end bila jatuh sakit.. anak yang diwarwarkan tadi entah kemana.. bagi alasan tak menjengok sebab banyak keje, tak leh tinggalkan.. last2 anak yang dipandang rendah itulah yang menjaga.. masa tu menyesal tak sudah..

Disini saya bukan ingin menyindir sesiapa tetapi sekadar berkongsi buah fikiran dan rasa kerana saya juga tak terlepas dari tidak menghargai orang sekeliling saya...

MAAFKAN SAYA..P/s : Harus ke aku bli almari antik untuk barang2 kat atas tu..? hehe

Sunday, July 13, 2008

Wah! bangganya saya...Buatla lagi..

Kumbang      : Ibu, sini la... tengok ameer buat apa?
Ibu kumbang : Okey.. kejap yer.. *Apalah yang dibuat agaknya dek anak aku ni...*
Kumbang      : Hi hi...
Ibu kumbang : Ya Ampun... Bangganya ibu dapat anak sebijak ni... cerdiknya anak ibu.. *aku gi amik camera* pose sikit.. ibu nak tangkap gambar..
Kumbang     : Amik gambar kat luar ye...
Jeng... jeng... ini comel ker comot..
Ewah... encem nyer..
Pose gaya menggoda
Gaya memukau..
Sebenarnya rasa nak cubit2.. tapi bila mengingatkan salah satu proses pembelajaran aku... senyum ajela.. walaupun dekat setengah botol bedak tu habis.. Kalau tak salah ada satu cerita hantu korea yang ala ala macam ni kan.. apa yer nama antu..