Tuesday, July 8, 2008

TENTANG.....

Bersama Jemod, Ais krim tu nampak aje sedap tapi rasa hancur

Sahabat, teman, rakan, kawan (dientri ini saya akan menggunakan istilah kawan) dan macam2 lagi istilah boleh digunakan untuk menggambarkan seseorang yang rapat dengan kita. Selain itu kita labelkan mereka2 ini antaranya dengan label kawan sepejabat, kawan sekolah, kawan satu taman dan kawan blogger.
Lepas tu kita akan bagi rate kat diorang ni.. "oh! dia ni kawan baik saya tau", "saya ngan dia ni kawan biasa2 je" ataupun "saya ngan dia ni teman tapi mesra". Ada ketikanya pulak tu kita akan cari kawan tu depend ngan situasi.. "oh! ari ni nak nengok wayangla, nak tepon KAWAN A la, ajak dia skali", "Rasa macam nak makan kat william la, kalu ajak KAWAN B mesti best, dia suka makan" ataupun "Uwaaaaaa... sedihnya aku ari..., KAWAN C tolong aku, ko aje yang boleh bagi pendapat kat aku..uwaaa..."
Yang pastinya saya adalah salah seorang yang akan sengsara kalau tak berkawan. Di alam TABIKA kawan baik saya JEMOD, dialam sekolah rendah kawan baik saya JEMOD, ROY, ZARINA, WIRDA dan WATI... Bila naik sekolah menengah saya menikmati waktu2 yang menarik bersama kawan-kawan iaitu JEMOD, BATUL, IYAN dan MADON..
Habis episod ngan kengkawan kat sekolah, saya sambung hidup saya kat alam IPT, 1st year saya disana, saya hilang taring dalam berkawan baik, ramai orang disekeliling saya tapi macam tak de chemistry..kesepian itu berlarutan sampai saya 2nd year, zahir saya nampak macam berkawan tapi jiwa saya masih kosong...... Apa yang saya cari sebenarnya secara generalnya dalam berkawan? Of course saya tak boleh nak cari yang sama ngan kawan-kawan saya masa sekolah dulu.
Kalau tak silap saya, kegemilangan hidup berkawan saya muncul apa bila saya bertemu dengan DILA, KAK SAB, SHEEDA, ANT, LIEYA DAN MARIA... betul2 syok.. saya mula tak sabar2 nak memulakan setiap semester dan sedih apabila semester berakhir.... sempat saya bersama mereka selama 2 tahun setengah..ngeh2 miss uoll..

Apakah yang saya cari pada seorang kawan:
  • Dia adalah dia
  • Orang yang ikhlas membantu saya dan berkata TIDAK jika dia tidak dapat membantu saya
  • Orang yang memberitahu apa yang dia suka dan tidak
  • Orang yang tahu membahagikan masa dengan kawan dan boyfriend
  • Orangnya ceria
  • Sudi mendengar keluh-kesah saya
  • Orang yang hormati privasi saya
  • Dan pastinya orang yang tidak mengungkit2


Indahkan hidup berkawan ni...
kalau tak de kawan rasa macam SEPI sangat2,
hari2 yang dilalui bagai daun kering ditiup angin
Terbang entah kemana-mana
Kalau hidup tanpa kawan
Pasti aku gagal menjawab pertanyaan ini
"Apa kenangan terindah awak masa sekolah, IPT atau bekerja"
Tapi kerana adanya kawan
500helai A4 paper senang2 aku habiskan
untuk membuat esei tentang kalian
Akan kuceritakan budi baik kalian
Akan ku cuba menterjemahkan senyuman kalian
tak lupa juga karenah kalian yang menyakitkan ..

Nukilan
Ibu kumbang... 8 july 2008

11 comments:

queen_ija said...

iye la.....bak kata pepetah kawan ketawa senang di cari,kwn berduka sukar di cari..(ntah btl ke idak,akunye pepatah ni)heeeheee

IBU KUMBANG said...

queen-ija - Ko ke H**iJA**? kekadang tu bukan kawan tak nak menagis sama2, tapi waktu tak kena.. Time kasih melawat aku... macam mana nak lawat alam maya ko...

.::WaNiE::. said...

saya terasa mcm ada sorg je kawan..dia teman saya mengadu..dia teman shopping dia teman merewang..dia teman tgk wayang ke..sume dia..

yelah selain dari suami la kan:P

echah_syed said...

takut dgn kwn mkn kwn laa..

ade ker..?? mkn aiskrim lagi bagus ekk :D

nak puji jap..kwn suke kaler umah ko ni tau..sgt suke :p

Jie said...

kawan..kakjie tak de kawan rapat walau ramai kawan.
semuanya sama tetapi tak rapat...

IBU KUMBANG said...

Wanie - Oh sapa kah orang yang bertuah itu mesti selalu dapat card vasss..

Kak Chombi - Trima kasih kak.. ari ni baju saya pun kaler tu.. jom makan ais krim MC D..

Kak Jie - Wah.. adil dan saksama, iyalah kang yang jeles... hik hik

ita.itu said...

susah nak jumpa kwn yg betul2 kan..oh blog list tuh mmg add i x leh msk..ramai yg ckp mcm tuh..jd x leh nak wat ape..hehe

IBU KUMBANG said...

Ita - Kena sungguh2 cari, macam carik cik abang jugak.. ngeh..ngeh.. kalu camtu kena buat link special le kt side bar tu

elmely said...

kawan rapat memang ramai.baik 2 belaka.

elmely said...

kawan rapat memang ramai.baik 2 belaka.

princessQ said...

akumm....aku dh tukar nicname....asik tak leh comment...yes....its me...H**iJa**...