Tuesday, July 29, 2008

Hari pembalasan itu telah tiba



Suatu hari si isteri terbaring lesu setelah penat menidurkan anak kecilnya yang baru berusia beberapa bulan. Si anak ini memang selalu meragam diwaktu malam sejak lahir lagi. Membuat si isteri bertambah lesu.
Si isteri memandang kesekeliling, matanya rimas memandang rumahnya yang tidak teratur, fikirannya teringat kain baju yang belum berlipat. Tadi dia hanya sempat membasuh kain dan membasuh pinggan mangkuk.
Masa yang ada digunakan untuk berehat. Dia sungguh letih. Inilah dugaan sebagai seorng IBU. Ikutkan hati mahu sahaja dia berenti kerja, tapi apa boleh buat kewangannya masih tidak membolehkan dia membuat keputusan seperti itu.
Baru saja ingin lena, terdengar dia pintu dibuka. Si suami memandang sekeliling terus ke dapur, dilihatnya tiada makanan, pergi ke bilik, dilihat kain baju masih belum dilipat. Si isteri dapat melihat kemarahan diwajah si suami.
Si suami masuk semula ke bilik, diambilnya bajunya, dibawa ke bilik tetamu. Dicapai tuala, mandi, bersiap, ambil kunci kereta. Dimuka pintu dipandangnya si isteri, dikeluarkan kata-kata yang berbisa "Isteri, awak ini sejak ada si anak semua tidak terjaga, tidak memasak, kain baju di biarkan begitu sahaja, suatu hari nanti jangan menyesal". Lalu dia keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan si isteri yang kelesuan, yang kesedihan dan yang kelaparan.
Kantuk si isteri mula terbantut, fikirannya mula melayang, terasa kecewa.. tidak sampai setengah jam si isteri dapat berfikiran waras semula "lantakla dia, buat apa aku fikirkan ini semua, dia diluar sana bergembira, aku disini sengsara. Pedulikan semua itu, aku mahu tidur lena demi si anak kecil ini dan masa depan".
Si isteri terjaga mendengar rengekan si anak. "Oh! anakku lapar". Jam didinding di jelingnya, jarum pendek di nombor 5, jarum panjang di nombor11. Si isteri terdengar pintu dibuka. Si suami sudah pulang. Terus masuk bilik tetamu dan tidur pulas. Si isteri bangun melakukan apa yang patut dan keluar mencari rezeki. Tidak hiraukan si suami.
Di suatu hari yang lain, si suami terbaring lesu walaupun sedang bercuti. Si isteri baru sahaja sampai. "Suami, tolong isteri masak air untuk si anak". Si suami memandang isteri, "Isteri, awak tahu tak saya penat, seharian menjaga anak. Si anak ini asyik merengek! isteri tahu tak?"
Si isteri tersenyum, tahu, inilah masa yang paling sesuai untuknya"Suami, awak hanya menjaganya untuk setengah hari, saya sudah melalui sejak si anak lahir. Apa yang awak rasa hari ini, adalah apa yang saya rasa setiap hari. Jadi jika saya tidak mampu menguruskan rumah tangga dengan sempurna awak harus faham, dan lebih baik jika hulurkan bantuan. Jika suami tidak suka dan ingin mencari pengganti lain, janga risau, teruskan bersikap ego, dan saya sendiri akan keluar dari hidup suami." Si isteri terus menuju ke bilik mencari si anak, buah hatinya tanpa mempedulikan si suami.
Si suami tergamam, direnungnya album perkahwinannya. Dicapai, lalu dibuka satu persatu. Dimuka surat terakhir, ada sekeping kad jemputan perkahwinannya. Disitu tertulis kata-kata yang akan mengubah dirinya untuk selama-lamanya.

"Hawa dijadikan Allah dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kaki untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai"

Airmata suami mengalir, betapa diri terlalu mementingkan diri-sendiri. Dia terus bangun, menuju ke bilik, ingin dikucup tangan isterinya tanda mintak maaf. Akan dilindunginya kedua-dua insan yang menjadi tanggungjawabnya dan ditebusnya segala kekhilafan yang telah dilakukannya.



Nota : Si penulis (ibu kumbang) menjadi emosi (mula2 tu cool) ketika menulis karangan 380 atau lebih perkataan ini. Tujuan sebenarnya nak bagitau pembaca kad jemputan kahwin dia (kad kahwin tersebut ditaja oleh Dila a.k.a Faidee) ada kata2 hikmah dia atas, itu saje. Disini sipenulis tidak puashati dengan kata2 yang diluahkan oleh si isteri, tapi dia terpaksa tulis macam tu untuk mengekalkan suasana cerita...
Dia kalau boleh nak guna ayat macam ni..

"Hei! tahu pun awak letih.. awak tau tak saya dah lama rasa tau.. Mengaku lelaki konon.. buat keje sikit dah lembik.. kalau macam ni bukan awak yang patut bercita-cita cari lain,.. saya ni yang patut cari lain. Tahu tak!" phuhh lega!

17 comments:

Meen Zuleyka said...

Artikel tersebut dgn tujuan ingat mengingatkan...

hOtMaMa said...

waaahhh.. entry motivasi nampak...ahaks!
bagus tu...ingat mengingati supaya muhasabah diri sket..

weiii lott0649 tu apa kes??? gilo apo..

ita.itu said...

lelaki mmg mcm tu la kadang..bukan nak tolong isteri..penat tau..hehe

Emi Farez said...

Lotto649 - wei.. apabondo ni.. macam nombor ekor jerrrkk.

Meenzuleyka - mula nak sharing, last2 aku emo tak pasal.. terpengaruh dgn crita rekaan sendiri.

Hotmama - teringatkan memori bangun tengah malam buat susu.. bila kita nak buat susu tgh malam lagik wei.. hotmama.

ita.itu - aku harap2 ada la orang lelaki yang bacakan.. hehehe.

Jie said...

wah..bagus ni motivasi sesama kita...

Jie said...

lotto tu dinamakan spam, kalo nk tau.....

kalo kita klik...dia dptlah trafik

UmiMia said...

hahaha..hiraukan jer komen from lotto dan spam yg sengkatan dgnnya...

situasi tu situasi biasa berlaku dalam masyarakat skrang kalau suami yang jenis tak memahami...tapi jawapan yg last tu jwpn paling best sekali....ingat dia sorang leh ugut cari lain....hahahaha

Akak said...

Salam...

Tugas isteri & ibu nie bukan mudah hanya wanita2 yang mampu menjalankannya tu sebab suami hanya boleh menjadi ayah a.k.a boss sebab depa tak boleh bertahan dengan keranah anak2 & kerja rumah yg melambak, tu tak masuk kerja kat pejabat lagi (bagi weanita yg bekerja)..

Ampunnn lerr, nie bukan nak mengutuk lelaki tapi ni dah nature depa yg suka dilayan..

Amalina said...

hmm... laki ni kena bagi peluang sebenarnya. bagi dia peluang jadi surarumah buat apa yg kita buat, baru dia tau n paham letihnya. Kalu tak dia takkan tau. Bukan mcm kita org pompuan yg pandai membayangkan. bukan dia nak belagak kot. yg penting, somi isteri kena selalu communicate kalu tak puas hati ke apa ke. communicate pun mcm2 cara la kan, kadang cara gurau, kadang high pitch sikit, hihihi. bagi berdengung masuk dlm telinga dia. kalau tak ckp 10 kali pun tak berdengung lg.

Tijah said...

wahhh..sudah dihinggapi lalat nampaknyer blog mu ini wahai ibukumbang. takpe, kite menulis hanya utk berkongsi cerita..tul tak?? tul tak?? sapa stuju ngan akak sila angkat kain??

Ck said...

suami siapa itu........ jeng jeng jeng

echah_syed said...

combi terigat sape tu yg komen..huby yg tak baik watpe disimpan bukan mcm emas makin lame makin mahal huahua.. :p

jual lelong jek !

Emi Farez said...

Kak jie - alamak, dah banyak kali klik ni... hehe untuk mengingatkan diri-sendiri jugak.. hehe..

Umi mia - Kata2 yang akhir tu la yang sebenar yang patut dibagi.. hehe..

Akak - bukan nak mengutuk sebenar (ada sikit2la) tapi sebenar tanggungjwb kita gak nak menyedarkan diorg.. Diorgkan manusia biasa gak..

Amal - Saya sangat2 setuju.. bila dah rasa baru boleh menilai..

KJ - betul, menulis blog ni semata2 nak berkongsi apa yang ada kat kepala otak dan bertukar2 pandangan.. apasal ko malas update blog ko skrg KJ? ko berdiet sampai lemah tenaga batin ko...

Elmely - ko jangan nak buat spekulasi.. watak2 tersebut hanyalah rekaan semata2

Chombi - Emas pun jangan simpan lama2.. tAkut perompak amik nanti..

marinahunny said...

bagsu citer tuh..saya copy masuk blog saya leh..?? nk bg hubby baca..

Emi Farez said...

Silakan .. tapi jangan lupa bagi kredit kat akak ye..

farina said...

best2...bleh jadik novelis la k.emi...tersentap jiwa raga bakul ku, hehehe

Tijah said...

wey, berdas2 aku hapdet, ko tak baca eh?? kecit ati aku tau!!! huhuhuhu