Monday, July 7, 2008

BILA JIWA KACAU, FIKIRAN BUNTU..

Mesti semua orang melaluinya... ialah sebagai bukti tuhan sayang kita dan diuji dengan pelbagai cara. Sebagai makhluk tuhan yang lemah ni, kekadang cara kita mengatasinya itu tak berapa nak kena.. disini ada beberapa tip2 yang saya nak share (setelah dicampur2 ngan pengalaman kengkawan dan pengalaman sendiri...) taraaaaaa.. inilah hasilnya.. semoga boleh membantu saya dan sesiapa sahaja dikemudian hari....

Stage 1 - Menangis sepuas-puasnya
Sila ambik cuti untuk menangis ini.. . Menangis sehingga anda rasa puas. Sekira anda seorang yang susah nak menangis sila baca novel, tengok cite sedih2 atau apa saje yang boleh buat anda menangis.
(sila jangan fikir cara untuk mengatasi masalah tersebut).

Stage 2 - Cari doa-doa yang boleh menyabarkan dan menenangkan hati
Ini penting supaya fikiran kita waras dan tidak dikacau oleh syaitan yang dilaknat tuhan itu. Ini juga boleh mengelakkan kita dari membuat tindakan bodoh seperti bunuh diri dan mengambil najis dadah.
(sila jangan fikir cara untuk mengatasi masalah tersebut).

Stage 3 - Baca buku-buku motivasi
Untuk menambahkan ilmu dan buah fikiran dari orang yang professional dan juga untuk memperkasakan jiwa, hati dan minda. Di stage ini anda boleh merancang tindakan2 anda atau membuat keputusan, menekadkan diri dan mencari punca2 masalah dan bermusahabah diri. Tulis mutiara kata atau kata2 motivasi besar2 dan tampal ditempat yang mudah dilihat.

Stage 4 - Bertukar-tukar fikiran atau meminta pendapat
Semasa anda di Stage 1 hingga 3, tidak digalakkan untuk meminta pendapat. Ini kerana kadangkala orang disekeliling kita ini menambahkan lagi masalah tersebut samada dengan sengaja ataupun tidak.. kekadang mereka yang terlebih emosi dan kita yang ditimpa masalah pula yang terpaksa menyabarkan mereka. Kadangkala mereka memberi pendapat yang tidak relevan untuk digunakan. Jadi emosi yang stabil amat penting ketika anda berada di stage ini. Sekiranya anda rasa pendapat mereka bukan cara anda, jangan terus dibuang, sila timbang tara semula.

Stage 5 - Buat keputusan
Senaraikan keputusan-keputusan (sebanyak mungkin) yang mungkin anda ambil, dan tulis akibat dan risiko dari keputusan-keputusan tersebut. Sekiranya masih tidak dapat buat keputusan, pergi rileks2, jangan fikir langsung. sekira masalah tersebut adalah masalah dirumah, jangan bawak (kalu bawak pun bukan leh selesai, menambahkan tension adalah) ketempat kerja, kedai makan atau panggung wayang. Gunakan peluang2 untuk release tension tersebut dengan sebaik mungkin. Kalau ada orang buat lawak, sila sedaya upaya untuk ketawa. Bila anda rasa tenang semula, bolehla untuk menilai semula masalah tersebut. Sila jangan abaikan kedua orgtua ketika membuat keputusan kerana restu dari mereka amat penting.

Actually cara ini amat berkesan kepada saya... hiks hiks..

hidup mesti happy, kalu tak rugi!

8 comments:

Anonymous said...

stage 1 : Menangis sepuas-puasnya > heheh....Kak Jie akan memerap kat bilik air..menangis....bawah pancuran air...sampai sejuk².

Lepas tu keluar ..mengigil...tidur.

Bila bangun..dah lega..:D

echah_syed said...

slm ibu kumbang..

slm kenal..

makaseh singgah umah combi..

harap kita jd teman tp mesra gitu :)

......................................

nak ketawa kuat2 ni.. :D

Ck said...

cara terbaik menghadapi masalah,
kalau aku le, aku tidur sepuas2nyer, lps bangun barulah lega dan cari jalan utk settle masaalh

Emi Farez said...

KAk Jie - Hehehehe time ni jangan la nak kacau kan kak jie, adela yang kena maki.. hehehe.

Kak Chombi - Terima kasih gak kat akak sebab sudi jgk menjengok...

Ayong - mhuahahaha... aku memang respect dgn ko bab ni... satu teraphy yg bagus

@e_da said...

salam kenal akak... thanx singgah blog ida... kita add link yerrr... moga kt dapat bersahabat ya....

Emi Farez said...

Time kasih ida sebab singgah...

queen_ija said...

kalau aku nangis puas2...tido pastu....tk pn g tpt yg bising2 jerit puas2.....(giler tk giler nih?)

Unknown said...

Singgah sini...http://bangarulsite.blogspot.com