Wednesday, July 9, 2008

PETUA PEMBANTU KEDAI ONE PLUS

"Adik, kamu umrnya berapa ya?"
"29 tahun kak"
"Anaknya berapa?"
"Satu kak"
"Waduh kok kenapa badannya macam anak tiga?"
"Ntah la kak, dalam tempoh dua tahun ni naik 10kg (dari 54kg ke 64kg)"
"Nggak cuba berdiet?"
"Ada kak tapi hangat2 taik ayam"
"Sebenarnya mau kurus aku ada petuanya"
*excited*"Ajar aku kak"
"Kamu ambil 7 helai daun sirih, rebus bersama segelas air putih, kalau kamu mahu, boleh juga rebus dengan manjakani, setelah setengah gelas, kamu ambil, tunggu sejuk sedikit dan minum"
"Berapa lama nampak hasil ni kak"
"Diminumnya sekali seminggu, hanya orang yang sudah melahirkan anak sahaja yang boleh guna petua ini, hasilnya terpulang, tapi ia juga untuk bagus untuk barang sulit wanita"

Terusku terjah kedai india sebelah tu, beli sirih, wah berkobar2 ni,... masa mula2 nak minum pahitnya, dahla tu rasa pedas... tapi nak kurus punya pasal ku gagahkan juga.. dah 3 minggu ni.. ngeh2 belum nampak hasil yang ketara...




Sedikit fakta tentang sirih..

Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

6 comments:

UmiMia said...

ermmm...bagus gak tu...boleh neray...lagi satu buah pinang, hiris nipis, keringkan dan tumbuk halus...letak sesudu dalam segelas air dan minum...ha..byk petua ni..pilih jer mana satu...

Rumah Kuning said...

kat umah saya banyaaakkk sgt sirih. tak tau nak buat apa. boleh le try petua ni. hehe

Emi Farez said...

UMI MIA - memang banyak, dah la tu murah....

Cikgu panji - time kasih menjengok.. lagila best, free je.

echah_syed said...

combi selalu buat ni..didihkan sirih pastu basuh kat toooot!

minum ekk..blom pernah tp pernah dgr utk yg nak jarakkan hamil :)

nak kurus nak kurus!

Anonymous said...

dah lama tau khasiat sirih ni...tapi itulah....
virus M lagi kuat..hahahaha

MOLY said...

Insya-Allah tuh kak .....
usaha usaha !!
:D

tapi kena exercise jugak ..
ajak ameer gi jogging
:)