Monday, July 7, 2008

LELAKI IDAMAN AKU KETIKA SEBELUM KAHWIN DAN SELEPAS KAHWIN

Muka poyo aku ketika tunggu buyer pagi tadi

Pepagi lagi seorang buyer aku call suruh amik data... So aku pun pegila sana... actually, peginya 5 minit aje campur perjalan pegi balik 5 minit.. Tapikan aku pegi sana 2 jam.. Aku memang suka borak2 dengan buyer2 ni.. Apalagi buyer yang tak poyo..

Tiba2 dia tanya aku "Nko ari tu kahwin macam mana ko yakin yang lelaki tu memang pilihan engko?" grrrrr.. soalan cepu mas ni.. "Errrr actually masa tu aku main kawin aje, aku tak kisah pun.. tapi ada la beberapa kriteria yang aku tetapkan, itu pun ntah apa2 ntah.. Tapi kalu ko tanya sekarang ni dengan faktor umur gini aku rasa kriteria2 yang aku nak dah lain.."

Mari kita lihat apa ciri2 lelaki yang aku nak ketika berumur 24 tahun dan pengalaman hidup masa cetek lagi:


  1. Handsome

  2. Outgoing

  3. Aku mesti suka sangat orang itu

  4. Tak cemburu

  5. Sentiasa bersama

  6. Sekepala

  7. Satu kampung ngan aku (Sonang aku balik kampung, I love my hometown)
Ciri2 lelaki yang aku nak ketika aku berumur 29 tahun, sudah merasa asam garam perkahwinan:



  1. Memahami

  2. Ringan tulang

  3. Hormat keluarga aku

  4. pandai membahagikan kewangan dan masa

  5. Mesti lagi sayang ngan aku

  6. Memberi aku ruang untuk bersendirian (aku memang suka layan blues)

  7. Mempunyai hobi sendiri

  8. Menghormati privasi aku semacam mana aku menghormati privasinya

  9. Satu kampung ngan aku (Hahaha... yg ni je tak berubah... hahaha)
Wah! memang berbeza sungguhkan.... hiks... hiks... Walau macam mana pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni, walaupun kekadang rasa nak mengamuk, rasa nak tenyeh2 hidung dia tu..

P/S.. Kepada cik abang saya, Sekiranya anda membacanya jangan kecik hati ya, saje je suka2..

11 comments:

echah_syed said...

takut gak yer kat cik abe mu.. :p

bila dah lame kawen mcm combi..........>

1. harap kasih tak berubah hati..

2. semakin hari semakin syg gituu..walopun dah tak secunn fasha sandha..

3. masih nak berkepit bila berjln kat mall..

4. tak kedekut..

5. mestilaa ringan tulang..membantu ape yg patut :)

ok tak..??

Ck said...

aku punya kriteria lelaki idaman skrg ni rasa sama je macam dulu2, tp masalahnyer tak dpt2 pun.tp tetap bersyukur jer aku ni.

Emi Farez said...

Kak Echah - Wah! saya bersetuju ngan kak echah tu... takutla jugak. manala tau dia salah faham kerr.

Elmely - Apa??? ko nak kawin ngan anak raja kerr... muhahaha.. kim salam ngan abang iparku

Jie said...

betul tu, sebelum dah selepas memang berbeza..jadi adik² yang masih mencari/tgh memilih yang mana satu, fikirkanlah...

Emi Farez said...

Kak Jie - Apa bley buat kak jie, faktor pengalaman mengajar kita.. masa blum kahwin tu masa dialam fantasi

Qaseh Bidadari said...

al hamdulilah...lelaki idaman mama tu x berubah walopon dah hampir 11 thn kawen...dan yg penting,sekampung...muahahaha...

ita.itu said...

selalu mesti x dpt apa yg kita nak kan...menciiiiiiiiiiiiiii

Amalina said...

Salam ziarah.

Emi Farez said...

Mama ranggie - yess,,, yg penting sekampung.. ngeh2

Ita.itu - apa bley buat ita, dugaan

Amalina - terima kasih sebab menjengok..

queen_ija said...

heehee....zaman sekolah lain lelaki pilihan ko ek?aku tau saper...

Emi Farez said...

oittt, jangan nak pecah lobang hokeyy...